Tengah2 serabut banyak kerja semalam, tiba-tiba terkeluar idea menulis sesuatu, post kat fb...banyak pulak dapat feedback. hehe.
Benda tu xdelah current isu yang buatkan diri stress ke apa, tapi macam semak kat otak dan perlu dikeluarkan. Sebab benda yang selalu dengar dan akan sentiasa dengar xtau sampai bila.
Apakah itu??
Inilah dia:-
Awak bila lagi??
Soalan klise utk saya, awak, dia, mereka dan siapa2 yang berkaitan.
Letih aih nak jawab. Sebab jawapannya takde kat saya, awak,dia, mereka dan siapa2 yang berkaitan itu
Sebab, awak bila lagi? ni biasanya adalah soalan untuk benda yang xpasti
Awak bila lagi nak kahwin? Xsemua orang ditakdirkan ada jodohnya di dunia, kalau bukan di dunia, mungkin di akhirat sana.
Awak bila lagi nak ada anak? Ada orang memang ditakdirkan tiada rezeki untuk jadi ibu bapa.
Awak bila lagi nak tambah anak? Ada orang memang ditakdirkan untuk ada sorang/dua/tiga je anaknya.
Dan rentetan awak bila lagi akan berlarutan sampai bila2...sampai kita tua, sampai awak bila lagi nak jadi nenek?
Dan, soalan-soalan ini semua tiada jawapan pada orang yang di tanya, dek kerana ketakpastiannya.
Benda yang pasti..adalah mati. Semua orang pasti melalui. Tapi, agak2 kalau di tanya, awak bila lagi? Merujuk pada mati...mesti dilabel biadap..hukhuk..sedangkan benda itu pasti cuma tak tau bila masanya akan tiba sahaja.
Jadi, jadi,jadi..
Boleh tak tolong jangan tanya dah soalan awak bila lagi itu pada saya, awak,dia,mereka dan siapa2 yang berkaitan.
Sebab takde jawapan.
Bantulah saya,awak,dia,mereka dan siapa2 yang berkaitan untuk istiqamah bersangka baik pada ketentuan Tuhan.
Sebab iman saya xsekuat ustazah, saya perlu lebih mujahadah, tapi bila selalu sangat ditujah, lama-lama jadi goyah.
Doa yang baik2..fikir yang baik2..InsyaAllah, yang baik2 akan datang pada kita =)