background

Showing posts with label Delhi. Show all posts
Showing posts with label Delhi. Show all posts

Thursday, 5 January 2017

Wonderful memory #tripkaripastijadi to Kashmir & IndiaGoldenTriangle  (Epilogue)

سم الله الرحمن الرحيم

Alhamdulillah. Selesai entry 10days journey to Kashmir & India golden triangle. What a wonderful experience. My 1st time join geng backpackers & they are awesome. Rezeki mengenali geng travel yang best! Few days after trip, i write a review in my fb. So i wanted to share it here as my epilogue entry. And i'm gonna add up few other things yang dirasakan sesuai dan relevan. 

It was a wonderful experience. Being the 1st timer, travel backpack with the people you don’t know, I would say, this is a good start & not bad at all. Being extrovert is an advantage for sure. Haha. Secara keseluruhannya,  I have no problem with the trip even ada things yang dah plan tak bole buat, ada add up kos sikit-sikit, biasalah tu. Namanya pun travel. Expect the unexpected dan berlapang dadalah. Dramas? Well, what do you expect..Jalan 9 orang kot, macam-macam hashtag keluar, tapi all in all, semuanya OK je. This is part and parcel of the journey. Life pon macam tu kan? As long as semuanya boleh manage, kira hokey sangat lah tu. 

For those yang senasib dengan saya, having backpain/slip disc, this backpack style mungkin agak mencabar since we cannot carry heavy things. My two sisters keep asking me, are u sure K.long? Backpack? Mukatamad ke ni? Can u just bring beg troli tu? And the answer is NO. huhu. If u have slip disc tapi nak cuba juga, please ambil vitamin/ubat untuk saraf 1 month advance sebelum trip, at least pain tu bearable. Do consult your doctor. Do your physiotherapy. Minimize barang-barang yang nak dibawak. Opt for something pakai buang. Alhamdulillah, as for me, backpain attack few times tapi masih boleh control. Thanks to neurobion & bekalan ubat yang ada. Do some walk to train your body, ni untuk makhluk2 yang kurang berjalan.  1 month before ku jalan-jalan pusing tasik 3kali seminggu. Haha. Know our body condition and do whatever we can supaya kita tak menyusahkan orang during trip. Well, at least we can minimize it. Muka cekodok penyet kadang2 tak boleh elak bila tengah menahan sakit tu kan, tapi apekan daya. Budak pipi tembam with mata teduh menyebabkan muka macam mintak nyawa je bila tak senyum dan tengah gangguan emosi. Haha. 

As for Kashmir & India Golden Triangle, just like what I discover when I was in Chennai, same goes to Kashmir, Delhi, Agra & Jaipur. I learn about survival. I can see different kind of survival. Orang di Kashmir survive dengan cara berusaha gigih, do whatever they can to earn money in a more “clean” way, scam ada jugala kot sesikit tapi di Golden Triangle, aiyyo… scammers are everywhere.. cheating all the way..kena be extra alert dan jangan mudah terpedaya. Berjalan ke tempat yang less fortunate dari tempat kita mengajar kita erti syukur, don’t complain much sebab orang lain rupanya lagi susah. Then came the ayat “Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah kamu dustakan?”. Pastu rasa macam kena lempang laju-laju sebab selalu lupa diri, focus pada benda yang kita takde padahal benda yang kita ada banyak lagi. Sepanjang jalan-jalan dan lihat kehidupan mereka yang susah, I understand the true meaning of “We define our own happiness”,  walaupun macam-macam benda kurang but they can still have a good laugh, play around and have some fun. India is such a wonderful country, tapi sayang, keindahan dicemari dengan sikap rakyat yang kurang civilize tu menyebabkan ku rasa kalau nak repeat pun, Kashmir je kot. And definitely akan try pergi kawasan2 lain pulak like shimla, goa maybe, jodpur & many more. Keadaan india yang nampak serabut, banyak orang susah dan gelandangan, agak kotor dan berbau mungkin sebab penduduknya terlalu ramai, masalah kewangan yang kritikal & macam2 lagi. Kalau yang kaya, kaya sangat. Yang miskin, miskin amat. 

For gang trip karipastijadi. Thank you very much for everything. K.Maya & Nana untuk tunjuk ajar macam2 since before trip start lagi. Roommateku Thirah almost everyday tolong letak minyak and massage belakang, nasibla kan thirah dapat roommate yang macam2 penyakit since start sampai abes trip, huhu.  Ketua trip a.k.a Zaha yang makes this trip happen walaupun macam-macam dugaan dan cabaran sehingga right before flight take off, huhu. Geng-geng lelaki Ibnor, Jack, Qayyum & Zul yang tolong angkatkan beg, jadi body guard, tolong nego harga, tolong bebel “ko dah letak rub kat blakang blom?” dan macam-macam lagilah. It is so nice knowing u guys!
I wish them all the best in what ever they do. So sorry utk apa2 salah silap atau kekurangan. I take full responsibility for what ever mistake and misbehave that I’ve done sepanjang trip. They are owesome people. I believe Allah let me know them so i can learn from them. Seriously, everyone of us has our own life issues, survival story, amazing life experience (personal or work) and insyaAllah we learnt something from each other. Hopefully..ada rezeki, panjang umur we can travel together again. InsyaAllah. 

Trip karipastijadi signing off. Thanks for the memories and Alhamdulillah for the opportunity. =) =)

Abadikan memori as fridgemagnet. 


Wonderful memory #tripkaripastijadi to Kashmir & IndiaGoldenTriangle (Costing)

سم الله الرحمن الرحيم



Dah tamat sharing pasal journey, entry ni nak share berkaitan costing. Mana-mana yang tercatat & teringat & yang ada info jelah ye. 

Duit yang dikumpulkan for this trip adalah RM2250. Ianya termasuk bayaran Tiket Flight, Guide & Pakej di Kashmir, Hotel di Golden Triangle, Transport di Golden Triangle kecuali Metro Train & Tiket bas dari Airport ke Metro Station, tuk-tuk & jeep naik amer fort.


Flight
 Kul-Del-Kul =RM744.85
Del-Srinagar-Del =RM366

Pakej di Kashmir 5hari 4malam : USD 115
Pakej ni termasuk pergi balik airport
Pengangkutan sepanjang berada di Kashmir (MPV) & Shikara dari Houseboat ke Shikara Stand
Makan minum kecuali mineral water 
Entrance fee: Mughal garden, pari mahal 
(Harga pakej bergantung kepada bilangan orang juga..makin ramai makin murah- 1 houseboat selesa untuk 8 org, 2orang 1bilik) 

Hotel 
 Heritage Home (Delhi-1 malam)
Krishna Palace (Jaipur - 2malam
K.G Palace (Delhi - 1 malam)
Kos perhead i'm not sure, sorry! (Ketua group yang uruskan..huhu)
But for sure it's not expensive. Boleh dapat around RM30/40 pernight perhead. Tapi perlu diingat hotel india masa book tu bayaran exclude gst 18%. So, that 18% kami bayar guna cash in hand. Dalam rm15 sorang.  

Transport 
Jaipur (Tempo Traveler for 10 seaters 2 days)
= Rs 3000 + parking fee xsure berapa Rs
Delhi (Tempo Traveler for 10 seaters 1 day) = Rs 6000 

 Duit yang bawa sendiri tukar dalam RM1000 tetapi berjaya bawa pulang lebih kurang RM200. Kadar tukaran masa nak fly haritu Rs 100 = RM6.10-6.20. Duit poket ni adalah untuk bayaran berikut:- 

Ponny ride Sonamarg = Rs 800
Ponny ride Gypsy Valley Naranag = Rs 600
Sewa costume kashmiri people & gambar = Rs 500 (2×)
Taj Mahal Entrance Fee = Rs 1000
Agra Fort Entrance Fee = Rs 500
Jantar Mantar Entrance Fee = Rs 200
Amer Fort Entrance Fee = Rs 550
Metro Train = Rs 50
Bas to Metro Train = Rs 30 
Tuk-tuk delhi = Rs 40
Car in Agra = Rs167 (Rs 750 percar)
Jeep ke Amer fort = Rs80(Rs400perjeep)
18% tax for hotel = RM 15
Tips untuk pendayung shikara, horseman, Salim & Noora, tuan rumah naranag, tour guide Agra & Jaipur, driver van Delhi 
Makan maggie, chai & biskut di Sonamarg, titbits in Kashmir & makan minum di Golden Triangle
Shopping sari & souvenirs   

Tips: sesetengah tempat macam Agra Fort, Jantar Mantar & Amer Fort boleh dapat entrance fee lebih murah for student. Silalah bawa student kad. Jimat banyak gak, kalau fee Rs500, student boleh dapat Rs100. 
 
Yang tak temasuk dalam kos di atas adalah kos sebelum iaitu untuk visa RM186.90. Valid 6months. 

So total kos untuk diri sendiri bagi trip ini adalah RM 3236.90  untuk trip 10 hari. Well, not bad. Pengalaman yang kita dapat worth more than that. Let's hope i can save more money & travel more in the future. Insya Allah. 
 

Wednesday, 4 January 2017

Wonderful memory #tripkaripastijadi to Kashmir & IndiaGoldenTriangle (Episod 9)

سم الله الرحمن الرحيم


Hari ke 10 (25 September 2016)
Last day last day. Huhuhu. 
 Pagi ni by 9.00am kami ready untuk gerak. Tapi masing-masing macam siap awal je.
Zul datang bilik, ajak Thirah pegi jalan-jalan kat bawah beli buah. Aku settle kemas few things lagi. 
Pastu dah siap semua, Zul & Thirah naik balik dengan hasil tuaian mereka. So kami sama-sama makan buah yang dibeli. Sedap. Ada limau, epal dengan ape ntah. Potong buah pakai sudu je. Pon boleh! haha. 
Da settle semua, kami turun bawah. Masa ni dok contact dengan Shafi, dia kata cousin dia nama Romy akan datang ambil kami. Dok tercari-cari juga sebab tak nampak, tapi akhirnya bertemu jua. Haha. 
Van kali ni lagi besar dari kat Jaipur. Driver dia pun merangkap tour guide juga. Memang boleh speaking dan boleh cerita tentang building dan tempat-tempat yang kami lawat. Mulanya ingatkan Romy akan follow kami, rupanya tak. Drop dia area ofis Invicta, pastu kami teruskan perjalanan dengan driver je. Dia bawa kami lalu Old Delhi dengan New Delhi. Dan pemandangan biasa kita boleh tengok, sesak, padat dan kurang bersih. Hmm. 

Meena Bazar



Ada jual-jual kat kaki lima jalan


1st tempat kami pergi, Jama' Masjid. Masjid tua kat India. Masuk sana tak boleh bawa kamera or u'll have to pay, Rs 300. Kami bawa masuk curi-curi je. Huhu. Nak naik menara pun boleh, kena bayar Rs100. Tapi kami tak naik pun. Tak semua pun yang masuk masjid ni. K.Maya & Ibnor stay luar jaga kasut kami. Jama' Masjid ni masjid lama, tapi macam tak well maintain kot. Tapi ada certain part macam under renovation. So maybe perceptionku salah. Maybe memang keadaan dia begitu untuk mengekalkan keasliannya. Banyak pintu boleh masuk dan kat area-area pintu ni ada orang jual-jual tudung, kopiah, tasbih, benda-benda macam tu lah. 

Air ada bau sikit. Huhu

Jama Masjid

4 kerat ni je ada

Luar Jama' Masjid

Kat area luar ni, peminta sedekah ramai betul. Hmm. Dari Jaipur pon. Mengekor je. Pening kami. Tapi ignore jelah. Driver dah pesan, jangan bagi, nanti lagi ramai yang akan serbu. Lepas Jama' Masjid driver bawa kami ke Raj Ghat Mahatma Gandhi memorial. Ni memorial park untuk Gandhi. Pegi tengok-tengok kejap aje. Nak kena tanggal kasut bayar bagai. Shelf yang tak bayar ada tapi kata tak leh letak kat situ, baik kata wajib semua bayar je. Haha. Hangin kejap semua orang. End up kami decide tak nak masuk dan tengok dari atas je. Tapi bukan ada apa pun. Tengok padang pastu ada memorial kalungan bunga je.
Ni lah pemandangan memorial tu. Kita boleh tengok dari atas kalau taknak buka kasut & pay (Gambar ehsan google)
Settle memorial park kami ke India Gate. Ku bayangkan dia macam tempat awam orang lalu-lalang dan ada India Gate disitu. Tapi rupanya dia memang kawasan khas memang untuk tourist attraction. Huhu. Kat sini kejap je jugak. Ambil gambar pastu chow. Tapi beli aiskrim masa on th way nak naik van. Sedap dan murah. Nyamss. 

"Tema gamba: Bini-biniku bekpekes"

Group pic
Lepas settle kat India gate kami pergi makan. Kat Karim Restaurant. Kat kawasan Jama' Masjid juga. Sini macam kawasan muslim. Ada bazar jual macam-macam. Nak ke restoren tu kena lalu kat celah-celah kedai jual jubah, ala-ala jalan TAR tu. Restoran ni seriously tak mesra pelanggan. Huhu. Food Ok2 lah. Aku kongsi makanan berempat ngan Thirah, Zaha & Ibnor since dia big portion dan kami nak try variety of lauk. Tumpang solat kat restoran ni. 

Selesai makan, kami merayau-rayau sekitar bazar. Kawasan ni katanya tempat orang tabligh ramai. Orang-orang tabligh dari seluruh dunia ada yang datang belajar kat sini. Masa ni kami split lah. Ada yang explore makin ke dalam. Ada yang menuju ke main road. Aku & geng girl tuju ke main road. Kat sini tengok orang jual air tebu. Murah je. Rs10 ke satu gelas kecil. Huhu. Terliur gila kot. Tapi tak berani nak beli. Masa geng lelaki sampai, ada yang berani beli. So, beli satu dulu cuba-cuba. Perghhhhh. Sedap gila oiiiiiiiiiiiiii. Haha. End up beli sorang satu, siap ada yang beli gelas besar. Panas-panas tu memang nikmat dapat minum air tebu sejuk. Dalam hati dok doa, biarla ok2 je. Jangan sakit perut. Huhu. 

Sedap!

Muka bukti betapa sedapnya ayaq tebu tu. Haha. Gelas besar hokkey!

Seterusnya kami minta driver bawa ke kedai souvenirs. Dia bawa kat emporium mana ntah.Katanya ni official souvenirs emporium dari gomen. Tapi kami masuk kejap je, pastu chow. Tak best!huhu. Lepas tu, kalau ikutkan driver nak bawa kami ke Lotus Temple. Tapi kami tak nak pergi. Dia macam explain it's not about religion blababla sebab ingat kami tak nak g sebab temple, tapi sejujurnya kami dah tak larat nak jalan. Haha. So bagitau dia ronda-ronda je keliling Delhi ni tapi kami dah taknak pergi mana-mana. So dia ronda lah. Last-last dia pun dah buntu, so kami decide hantar je ke airport. Seriously, dah penat sangat. After 10days. Dah tak larat kot. Huhu. Maka by 5pm kami dah melangut kat airport. Flight 10.30malam. So melepek jelah kat airport tu beramai2. 

Angkut-angkut beg

Repack barang

Kat airport
 Memandangkan masa panjang kat airport ni, macam-macam benda lah dibuat. Yang ada quota internet, upload gambar & siap share internet lagi sebab nak habiskan quota. Yang repack barang, borak-borak, yang explore airport, almaklum 6jam lamanya menunggu nak depart. 

Masa ni ada borak-borak panjang dengan seseorang tentang sesuatu. I guess it confirms lots of thing. Dan ianya menyebabkan reason ke 2 untuk ku join trip ni nampak/capai objektifnya. Hati, sakit. That is for sure. Tapi dalam masa yang sama LEGA. Alhamdulillah for everything ya Allah. I believe, for whatever things u give or don't give me, there must be reasons for that. Thank u. I have to go this far to search for the hikmah, but it is OK. Cerita hikmah, selalunya memang takkan mudah.


Da check-in. Muka tak sabar nak balik Malaysia

Kami solat maghrib/isyak kat prayer room airport. Pastu ready for departure at 10.30pm. Naik flight, tidur. Semua dah penat. By 7.00am sampai KL. Pastu kami teruskan perjalanan masing-masing. Nanna & K.Maya, tunggu next flight balik utara. Thirah, tunggu next flight to Boracay. So me & zaha bawa balik beg baju india dia dulu & she will pick it up later. Kami yang lain, balik rumah masing-masinglah. 

Last pic before semua bawa arah masing-masing
Berakhirlah tripkaripastijadi ke Kashmir&IndiaGoldenTriangle selama 10hari. What a wonderful & memorable experience. Thanks everyone for the memory. Alhamdulillah & thank you Allah for this opportunity. Please forgive me for my wrong doing through out the journey. 


Tuesday, 3 January 2017

Wonderful memory #tripkaripastijadi to Kashmir & IndiaGoldenTriangle (Episod 8)

سم الله الرحمن الرحيم


Hari ke 9 (24 September 2016)
Hari terakhir di Jaipur sebelum kami naik train ke Delhi semula. Pagi-pagi sedia untuk check out. Pastu destinasi pertama kami adalah Hawa Mahal. Building berbentuk mahkota. Terletak kat tepi-tepi jalan je. Kat sini kami ambil gambar kejap. Yang interested bergamba just geng gegirl & Zaha. Geng lelaki yang lain sibuk shopping. Adoi. Terbalik btol geng trip ni. Kaki shopping nya lelaki bukan pompuan. 


Ready for check out
Hawa Mahal. I think kalau nak dapat best shot kena lintas jalan. Tapi tak berani so ape ade jelah.

No other boys. Depa semua dah ralit shopping kat kedai area Hawa Mahal ni 

Lepas tu, kami ke Central Museum Jaipur. Tapi tak masuk pun. Semua tak cukup minat nak explore sejarah. Haha. Or semua kepala dah ingat nak shopping sari lagi. Harini nak repeat lagi kedai sari semalam sebab K.Maya & Nanna nak cari sari lagi. Yang lain pun nak beli tambahan lagi. Haha. So kami ambil gambar jela kat depan Central Museum Jaipur tu. Depan tu banyak burung merpati. So, adelah yang ambil shot kejar-kejar burung kan. Haha. 

Central Museum Jaipur

Scene kejar burung katanya

Settle kat sini, terus ke kedai sari semalam. Masing-masing memilih sari kemain lagi. Haha. Ku sangkut 1 je. So total beli 3. Yang taknak beli sari pon terjebak sama. Pinjam duit cek dulu. Pastu cek cuak sebab duit kat tangan tinggal 500Rs tapi nak withdraw kat atm tak dapat. Huhu. Sabau yo lah. Meh tengok aksi masing-masing "menyari".
Pengantin mana nih? Helokkkk!!haha

K.Maya muka happy dapat menuai dengan harga murah

Dok barisan blakang udohle. Tak mau beli dah. Haha

Tebar cek tebar.
 Tukang nego harga terhandal, seperti biasa, Ibnor lah. Kami pilih je mana nak, tunggu dia nego pastu bayar. Hahahaha. Dah puas shopping, kami p layan perut lak. Makan kat Hamdi. Makan ape lagi kalau bukan beryani. Haha. Food dia not badla. Tapi rasa takleh lawan Agra lagi. Hihi.



 
Makan dulu



Lepas makan driver hantar kami ke train station. Dah hujung2 ni macam2 pulak nak di cajnya. Tips ada. Pastu tiba2 parking yang xsmpi 5 minit tu pon minta juga. Layan yo lah. 

Susah juga nak bawak barang ni memandangkn kapasiti beg dah bertambah2 dengan sari. Nasiblah ku beli 3pasang ja. Dorang yang beli banyak tu memang jenuh nak angkut. 

Da sampai lane yang betul, melangut lah kami tunggu train. Kumpul barang kat tengah2 pastu kami dok posing sana-sini berlatarbelakangkan keretapi. Haha. 


Pose dulu


Beg beranak-pinak


Jaipur-Delhi pukul 2.35petang sampai 9.10 malam. Almost 7 jam juga. Train terlama. Kali ni kami terpisah tempat duduk tapi masih coach yang sama. Seperti biasa, aku, thirah, jack & nanna. Tapi kali ni nanna join k.maya. Zul pulak datang ziarah kami kat tempat kami terus melekat kat situ. Tapi dia kata kat tempat kami boring. Kat sana lagi happening, macam2 cerita. Huhu. Tapi dia terus jela stay dengan kami sebab sana pack. Local people yang naik free seating main duduk je sampai kena himpit2. Kat tempat kami pun ada juga yang tumpang duduk tapi takdelah ramai sangat. 

Geng with aci2. Haha
  Ada 1 tempat..train ni berenti lama gila. Tak tau kenapa. Sampai si zaha sempat keluar train. Ambik gambar dari luar train, buat live bagai. Katanya train rosak tapi tak kot. Tapi memang ramai la orang turun. Aku tak berani turun. Tapi pegi sinki ambil wudhuk sebab nak solat. Masa ni lalu la tempat dorang..hadeh. Memang pack. Bertabah jelah. 
  

Ni lah jadi bila train berenti lama sangat.

Masa nak sampai ke station Delhi, kami berkumpul kat tempat K.Maya & the gang. Nak ready untuk turun. Masa ni ada kejadian tak best. Aku memang nampak ada orang lalu blakang zaha. Zaha berdiri kat kawasan pintu train. Tengah google map hotel yang kami akan stay malam tu. Tiba2 dia menjerit & nampak dia tendang orang tadi. Mula2 aku ingat dia jerit sebab fon dia nak terlepas dari tangan. Rupa-rupanya orang yang lalu belakang dia tadi rebut fon tu & nak lari keluar dari train. Nasib baik zaha sempat selamatkan fon dia. Dia jenguk orang tu kat bawah, tak nampak pon. Dah malam kot. Adoiiiii. Cuak betul pengalaman dah hujung2 ni. Sabar jelah. 

Dah sampai train station, sesak gila. Masa ni tak tau mana lagi nak tuju ke hotel. Tapi ramai2 setuju naik tuk-tuk since beg dah berat gila. So zaha & jack nego price tuk-tuk. Dia nak dapatkan 50Rs 1 tuktuk. Tapi mana dapat. End up dapat Rs40 perhead. 1 tuk-tuk naik 3org. Aku naik sekali ngan zul & zaha. Jauh juga hotel kami ni. Kalau jalan kaki mau nangis guling-guling esok pagi baru sampai. Huhu. Merasa juga feeling merempit ngan tuk-tuk ni. Haha. Masa ni si zaha dok cerita isu "berlakon" pastu zul dok usik2 pasal "i know your connection". Hadeh. Macam2 la hai. Drama betul. Since sart golden triangle, drama pon start. Kat Kashmir ok je. Hmmmm.. 

  Dah sampai hotel City Height, Paharganj. Kami ke kaunter untuk cek in. Mula2 aku duduk je kat sofa tunggu. Tapi Zaha panggil sebab ada isu. Orang hotel tu tengok booking kami, ada je nama zaha dalam log dia tu. Tapi dia kata Hotel full. Pakcik tu dah nak ngamuk dah sebab kami dah book awal..macamana boleh full?pastu ibnor & jack lak tanya2. End up dorang transfer kami ke Hotel lain. K.G Palace. Jalan kaki lak tu nak ke Hotel lagi 1. Orang yang hantar kami tu tanya is it ok with u?(refer to kena jalan kaki ke hotel lain tu), of couse la tak ok. Lainkali notify la awal2. Boleh kami terus pegi hotel lain tu je. 

Bila da sampai K.G Palace tu, hotelnya kecik je. Macam bajet hotel kat seksyen 7 tu. Tapi ni pesen lama. Jauh beza dengan hotel yang kami book sebelum ni. Tapi no choice..layankan jela. Tunggu settle cek in. Thirah naik bilik dulu. Aku tunggu Ibnor belikan air. Dah settle semua, naik atas. Adeh. Memang kecik biliknya. Bau lipas lak tu. Tapi redha jelah. Dah last day dah esok. Bertabahlah. Mandi2 rehat semua. 

Aku mesej Shafi untuk bagitau kami tukar hotel. Sebab esok guna khidmat van dia untuk bawa kami jalan2 & hantar ke airport. Yang ni Rs6000 bayaran dia. All in. Masa dah nak tidur, zaha mesej suruh bagitau Shafi pasal tukar hotel, cakaplah da buat tapi dia suruh keluar bilik jugak. Keluar jelah. Nak bg bisneskad hotel ni rupanya utk hantar kat tour agent esok. Orang da buat lah!! Pastu dok borak2 lagi kat luar tu. Pastu nak dinner pulak dah. Adoiiiiiii.. aku ngantuk oi. Thirah da selamat tidur. End up layan jela..order food dari hotel. Capati dgn kari ikan. Masin & masam2 sikit kuahnya. Haha. Lama berjanggut tunggu food tu. Tak tau nak makan kat mana so makan jela depan pintu bilik kami. Lepas da selamat melantak dimalam buta, trus tidur. Penat dengan macam2 benda seharian. 



End of day 9.





Monday, 2 January 2017

Wonderful memory #tripkaripastijadi to Kashmir & IndiaGoldenTriangle (Episod 6)

سم الله الرحمن الرحيم


Hari ke 7 (22 September 2016)
Bangun seawal 3.30pagi. By 4.00pagi menapak ke NDLS. Jalan sunyi dan gelap. Tapi dalam gelap-gelap tu ada nampak beca dan tuktuk dua tiga biji yang dah bergerak. Ada nampak orang yang tidur kat dalam tuktuk tu. Kesiannya. Dorang takde rumah ke? Masa dah nak sampai hujung shoplot, ada dengar bunyi gaduh-gaduh. Mabuk kut. Jalan cepat-cepat. Half geng lagi kat belakang. Masa toleh belakang tengok dorang, dengar kaca pecah. Aduhai. Cuak. Tapi kami jalan terus je. 

Sampai di train station, sebelum letak beg untuk scan. Ada sorang yang pakai office attire minta nak tengok booking tiket kami. So Zaha pun bagi lah. Pastu dia cakap "normally this train will depart at 5.15am, but today this train is cancel. So you have to buy another train ticket. Good train blablabla". Aku ngan zaha dah tercengang tanya why lah, apelah. Pastu tetiba insight datang. Scammer!! Zaha terus tarik kertas booking tiket kami pastu blah scan beg. Cissss sangat hokkey. Nasib baik kami tak tertipu. Ingatkan staf Train Station, rupanya scammer. Pastu kami terus ke lane train kami. Lane train kat NDLS ni sangat banyak hokkey. Kena tengok bebetul. Turun tangga yang betul. Kalau tak jenuh nak menapak naik turun tangga tinggi.

Masa tunggu train ni, risau juga kot-kot betul2 train ni cancel. Ada nampak few budak-budak muda kat tepi tangga. So tanya dorang. Relaks lah sikit sebab dia kata betul. Dorang pun tunggu train tu juga. Masa train sampai rasa lega tapi cuak jugak dok perhati coach yang kami kena naik. Tiket kami sleeper class, kipas. Huhu. Me, Nanna, Thirah & Jack dapat seat dekat2. K.Maya, Zaha, Zul, Ibnor & Qayyum kat coach lain. Sebab masa booking dah takde tempat dekat-dekat. Tu jadi split macam tu. 

New Delhi ke Agra Cantt ambil masa 3jam. Masuk-masuk train ada macam-macam bau. bau hancing tu ada lagi sayup-sayup terbau kat hidung ni. Solat Subuh kat dalam train. Pinjam kompas zaha nak cek kiblat. Nasib baik wudhuk dah ambil siap-siap kat hotel. Since kami punya ni sleeper class, maksudnya yang seat untuk tidur lah kan. Ada 3 tingkat. Boleh suffocated kalau yang duduk seat tengah tu. Tersepit je rasanya. Kami duduk bahagian bawah je. So tak baring pun kecuali Jack elok layan tidur. 
Besi tepi tu jadi tangga untuk naik ke sleeper atas. Nanna dah bungkus hidung berlapis2.

Yang warna biru Thirah sandar tu adalah sleeper utk 2nd level (level tengah), since kami tak guna, turunkan dia dan bolehlah kami duduk.
Sepanjang perjalanan, macam-macam gelagat boleh tengok. Orang meniaga lalu lalang. Jual chai, cekedis, jual newspaper. Ada yang datang minta sedekah, merangkak-rangkak sapu lantai pastu hulur tangan minta duit. Huhu. Risau juga. Alert je dengan beg. Sebab tu masa train berhenti lama kat 1 station, Thirah & Nanna pegi ambil gamba kat area pintu train, ku tak pegi. Sebab risau nak tinggal beg. Kalau ikut hati nak juga join tapi takpelah. Nanti beg takde sape nak jaga, si Jack elok je tidur tak sedarkan diri. 

Suasana dalam train 1 benda, suasana kat luar sepanjang perjalanan pun satu hal. Sepanjang perjalanan boleh nampak keadaan penempatan penduduk yang tak terancang, ada nampak macam building tak siap dan ditinggalkan, nampak khemah-khemah dibina ditepi rail keretapi siap masak-masak lagi kat situ dan yang paling win, pemandangan orang "melabur berjemaah" kat tepi rail keretapi. Mula-mula tengok ingatkan dorang ni duduk melepak tengok keretapi lalu, tapi after some times baru realize yang dorang sebenarnya tengah "membuang". Adoi. boleh pulak berak berjemaah ye? selang 1-2 meter ada sorang, pastu ada lagi...dan lagi. Hahahaha. I bet u can't see this kind of thing kat tempat lain. 

Menikmati view yang rear. Sayup-sayup terbau juga kehancingannya. Haha

Selepas 3 jam, sampailah kami di station Agra Cantt. Tercangak-cangak tak tau arah nak pergi. Kalau ikot plan, nak cari cab/auto untuk ke Taj Mahal. Tapi masa tengah cari arah nak dituju, ada orang datang offer kereta sewa. Deal punya deal, ambil 2 kereta. Tak sure harga berapa tapi aircond and non-aircond lain harga. Kami ambik yang takde air-cond je. Aku satu kereta dengan Thirah, Jack, Qayyum ngan Zul sebab kereta kami macam besar sikit dari kereta lagi satu. Masa jalan kaki dari station train ke kereta seriously tak sangka ni lah Agra yang gah itu. Kotor. Hukhuk. Patutlah local people pon cakap, kalau tak sebab ada Taj Mahal, takde orang pon nak datang Agra. 

Dari station train tak terus pegi Taj Mahal, singgah satu tempat dulu. Kat sini ambil tour guide. Pastu baru gerak ke Taj Mahal. Tour guide ni tak berbayar, tapi bagi tips je katanya. Kat sini dia bagitau untuk keluarkan terus barang-barang tak boleh bawa, food, chewing gum, macam-macam lah. So kami kumpul 1 beg, simpan dalam kereta je. 

Kereta park je tepi untuk drop kami, terus kena serbu dengan orang jual cenderahati. T-shirt, Fridgemagnet dan macam-macam lagi. Bertabah jelah dengan keserabutannya tu. Jauh juga menapak untuk sampai ke main entrance Taj Mahal ni. Kenderaan berpetrol tak boleh masuk dalam kawasan taj mahal ni untuk menjaga kecantikan binaan taj mahal tu. 

Dah sampai ke entrance..tour guide belikan tiket. 1000Rs dapat 1 drinking water n pelapik kasut. Dah beli tiket..kami pun beraturlah untuk masuk kawasan taj mahal. Security cek lagi. India n security cek mmg tak dapat dipisahkan. 

Dari security cek ni..jalan2 sikit..boleh nampak main entrance ke taj mahal. Kami berenti situ ambil gambar dlu. Masa kami tgh nak dok posing bergambar ni ada member kami nangis., xmau mention nama lah, biar kami jela tau. Actually dr masa bli tic lg dok jalan ngan dia & dia cerita something. Aku pun risau juga sebab melibatkan org yang aku kenal juga. 

Lepas ambil gamba depan entrance, kami pun masuk ke main entrance taj mahal. Main entrance dia binaan batu kaler merah..dr situ boleh nampak straight taj mahal. It's like a dream come true ok! Akhirnya nampak Taj Mahal depan mata. 7 wonders of the world. Omaigoshhh.. pastu setiap sorang beratur nak ambil gambar berlatar belakangkan taj mahal. Macam2 pose ada. Ada fotografer yg offer pakej gamba. Tapi aku xambik pon. Kat sini, jalan sket, pastu benti ambik gamba..jalan..benti lagi. Haha. Mehla jamu mata sket tgk gamba kami. 
Depan entrance.

1 of 7 wonders of the world

Geng Tripkaripastijadi with Taj Mahal. Kami dok mengata guide ni. Nampak "mabuk" cam Salim tapi hasil gambar bole tahan gak! haha

 Lepas da puas bergambar berlatarbelakangkan taj mahal. Kami ke kawasan masjid pula. Kiri & kanan taj mahal ada binaan bangunan dari bata merah. Bangunan sebelah kiri (jika berdiri menghadap Taj Mahal) adalah masjid dan bagunan sebelah kanan adalah rumah tetamu dorang zaman dolu2. Kalau tak silap kat situ tak boleh masuk kot. Binaan Taj Mahal ni memang simetri kan. Sampai sekarang pun artkitek2 dunia kagum dengan binaannya. Hebatkan islam dulu? 


Masuk masjid ni..of course kena buka kasut. Tour guide kami jadi penunggu kasut2 kami ni. Masjid dia simple je. Masuk tu, trus dewan solat. Lantai dah berukir macam corak sejadah. Masa kat masjid ni jumpa bilal masjid. Nampak garang mula2 tu. Tapi rajin pula dia cerita. Dia tunjuk keliling pintu gerbang tu..ukiran surah al-insyirah. Pastu dia bagitau pintu2 taj mahal tu ada ukiran surah yassin. Bila tengok betul2..yep..memang boleh baca pon. 


Kawasan masjid. I like this pic. Macam K.long kawasan dan konco-konconya. Haha

Taj Mahal dari arah masjid. Masjid masih digunakan untuk Solat Jumaat.
Ukiran dinding masjid. Depan sana mimbar.

Lepas settle melawat masjid dan sekitarnya, kami terus ke taj mahal pula. Kawasan ni lebih ramai orang compared to kawasan masjid. Macam mimpi okeh dapat tengok Taj Mahal dalam jarak dekat. Bukan tengok je tapi to be in that building. Masuk je pintu untuk ke kawasan makam, no camera allowed. So tak payahla ambil risiko nak ambil gamba curi2 ke cemana. Tapi ada kot yang berani curi2 ambil juga. Makam mumtaz & shah jehan berada di tengah2 dan dikelilingi oleh pagar. Macam sarang pun ye. Makam mumtaz bigger & terletak betul2 centre manakala makam shah jehan berada kat sebelahnya & nampak lebih kecil. 
Dan sebenarnya ini hanyalah replika makam sahaja..makam sebenar berada dibawah makam replika dan hanya dibuka untuk lawatan once a year. Tak ingat dah sempena apa. Tapi makam replika pun exactly like makam sebenar. Sebenarnya shah jehan plan nak bina makam dia kat tempat lain. Bertentangan dengan taj mahal tapi bila shah jehan mangkat, anak dia tak mau buat makam tu & kuburkan bapak dia sebelah mumtaz je. 




Berehat-rehat di Taj Mahal 

Lepas dah puas tengok kat dalam, kami keluar pusing bahagian luar pula. Bahagian belakang taj mahal ni ada sungai yang tak jernih. Haha. Kami rehat2 kat luar. Bergambar sana sini. Pastu bergerak keluar pula. Masa untuk ke destinasi seterusnya iaitu MAKAN. 
Keluar at 4am, makan biskut dan minum air je dari pagi, masing-masing dah kebuluran. Tour guide bawa makan kat The Silk House. Restoren ni agak eksklusif. Harga makanan pun boleh tahanlah. Masa ni Zaha macam nak makan kat tempat lain yang lebih murah, masa dorang berbincang-bincang tu, ku ke toilet so tak tau apa dorang discuss tapi masa ada kat meja, masing-masing dah pilih untuk order. So semua setuju proceed makan kat situ la kot. Diulangi lagi sekali, Beriyani dia sangat sedap. Lepas makan, kami tumpang solat terus kat sini.

Plan kami seterusnya adalah untuk ke Agra fort. Tapi tour guide bawa kami ke tempat proses marmar pulak. Kat situ memang boleh tengok cara dorang buat ukiran pada marmar yang dikatakan menggunakan material yang sama bina taj mahal. Dalam kedai ada replika taj mahal macam2 saiz. Kami masuk kedai tengok-tengok jelah. Ada yang tak masuk pun. Rupanya kat luar (tempat demo proses marmar) Ibnor dah sound tour guide tu. Suruh bawa kami ke tempat kami nak pergi sahaja, kalau tak, hantar ke train station je terus. Huhu. Cuak agaknya guide tu. Terus bawa kami ke Agra Fort. 

Sampai ke Agra Fort, terpegun sekejap. Gah betul binaannya. Selayaknyalah binaan sebuah kubu. Rasa kerdil la pulak berdiri kat depan tu kan. Pastu kami masuk kedalam, security check tu macam biasalah. Dah masuk dapat tengoklah kawasan dalam Agra Fort ni. Ada istana, masjid, taman, kolam-kolam. Meena Masjid tu memang dibina khas untuk kegunaan peribadi Shah Jahan. Ada building yang binaan warna putih. Kalau baca info tu, katanya Shah Jahan suka binaan daripada marmar, warna putih tulah. Macam Taj Mahal kot. Dari Agra Fort ni, boleh nampak Taj Mahal juga. 

Hebat kan?huhu


Masuk je kawasan taman, ada chipmunk. Dorang dok bagi makan.

Disalah satu open hall dalam istana
 
Nampak Taj Mahal dari sini


Habis melawat kat sini, minta guide bawa ke kedai souvenirs. Tapi boleh tahan mahal kedainya. End up, Ibnor deal dengan orang jual tepi-tepi jalan je, dapat harga murah untuk FM. 30keping 500Rs rasanya. So kami kongsi-kongsi lah. Kat kedai souvenirs tu ku tak beli souvenirs pun, beli Himalay Rub je. Si Ibnor jugak suruh beli since belakangku sakit. Huhu. Iyolah. Murah je. Rs150 kot 1 tube. Rupanya kedai cenderahati ni sebelah je dengan The Silk House tu, tapi kalini bahagian depan kedai pulak. Yang kami masuk masa lunch tadi dari belakang. Jadi, lepas bincang-bincang, kami tapau makanan untuk dinner. Makan masa sampai Jaipur nanti. Lepas da tapau food, kami terus ke train station. 

Sementara menunggu train sampai, macam-macam gelagat manusia la kami tengok. Yang datang mengengsot kat kaki kita minta sedekah, bila tak dilayan, elok pulak bangun terus jalan. Adeh! Bau??tak payah cakap lah. Kritikal! Station Agra Cantt ni rasanya paling teruk part kebersihan dan bauan. Huhu. 

Muka cuak takleh control, tapi lepas tu elok je budak ni berdiri jalan


Dah sampai train kami pun chow. Train pukuk 6.05 petang. Kalini dapat sleeper class, air-cond. Selesa sikit. Orang minta sedekah or jual-jual pun jarang datang. Kami bersembilan pun tempat duduk tak terpisah. Kali ni ku mampu tidur dalam train. Sejuk-sejuk dan badan pun penat, memang gone. Tapi set alarm takut tak jaga. Tapi terset awal sangatla pulak. 1 jam sebelum sampai, end up terlelap balik. Sedar-sedar masa si Ibnor gegar beg lapik kepala suruh bangun. Huhu. Sampai dalam jam 10.50 pm.

Dah sampai station, menapak pulak cari Krishna Palace. Jalan kaki lah. Bekpekes katako. Haha. 1.4 ke 1.7km berjalan, akhirnya sampailah kami kat Krishna Palace tu. Kawasan ni macam kawasan elite. Banglo besar-besar. Sampai kat rumah ni gelap-gelita je. Penjaga tu tidur kat sofa depan rumah. Agaknya tunggu kami sampai kot. Bilik kami kat 1st floor. Memang rumah ni style rumah-rumah agam cerita hindustan tu. Kiri kanan bilik2 kami. Kali ni bilik aku & thirah macam besar sikit. Selesa biliknya. Deco-deco style zaman dolu kala. Antik sikit. Tapi siriyesly, masa nak mandi, rasa seriau sikit. Sampai dah masuk toilet nak mandi, keluar balik. Borak-borak dulu ngan Thirah, dah rasa ok baru masuk balik. Haha. Mandi sepantas kilat hokkey!!

Lepas mandi & solat. Cari port untuk makan. Aku ikot si Zaha cari tempat makan sebab dia ketuk suggest nak makan bilik kami, tapi kami tak mau. dok menyidai kain bagai dah. Tak properla pulak. Mula-mula ingat nak makan kat balkoni depan. Baru je buka lampu, tiba-tiba datang dah penjaga tu tutup lampu & cakap tak boleh buka lampu. Adeh. So, end up kami makan ramai-ramai kat bilik Ibnor & Zaha. Masa ni mulala rindu Kashmir. Makan terhidang sume. Ni makan atas plastik beg. Asal boleh ajelah. Nasib baik food memang sedap. Hasil bekal dari The Silk House tu. 

Makan. Lapik plastik pun jadi lah.

Lepas makan, semua tidur dengan aman damai. Haha. Esok nak explore Jaipur, the Pink City pulak.