For me, this program is indeed a
good program. Certain thing memang kita dah tau pun, tapi kadang-kadang stakat
tahu tanpa rasa nak buat pape pon. Terasa nak sharing apa yang dapat masa
program sehari dari 9pagi-10 malam haritu.
1st perkongsian adalah
dari Ustaz Pahrol Mohd Juoi. Back then masa study pernah baca buku dia tajuk
“Tentang Cinta”. Good book. Rasa macam baca pesanan dari bapak2. And as
expected, cara dia berkongsi pon macam bapak2.
Introduction – 4 perkara sudah
ditentukan dari alam Rahim – rezeki,ajal,umur, jodoh. (Tapi dalam Hadis 4,
Hadis 40 kata 4 perkara tu adalah rezeki, ajal, amalan dan pengakhiran
kita, hmmm..jodoh tu part of rezeki la kan tapinye, huuuu)
Kita wajib berusaha dan
bertawakal untuk mendapat rezeki. Tadbir
itu dari manusia, takdir itu dari Allah. Rezeki
yang Allah beri pada kita selaras dengan tanggungjawab yang kita nak laksanakan. Jadi, kita perlu laksanakan tanggungjawab
dulu then Allah akan bagi rezeki tu untuk kita.
Cari Jodoh Langkah 1,2,3….
Kita dah letak Islam sebagai
mission utama ke x? Rezeki yang kita cari baik tetapi rezeki yang ditemui lebih
baik.
1. Jadi
Baik – Nak yang soleh, jadi solehah dulu – bila buat benda baik, xbermakna kt
org
baik tapi itulah usaha untuk kita jd baik.
Law of
Attraction (LOA-Hukum Sunnatullah) – Bila kita baik, kita menarik yang
baik-baik
datang pada kita
Dunia ini milik
orang yang baik –bila hati baik, wajah cantik
Bukan apa yang
kita pandang itu penting tetapi bagaimana cara kita memandang itu yang penting
2. Ikut
pilihan orang yang baik –orang yang baik takkan aniaya kita. Dia pilihkan jodoh untuk kita macam nak pilihkan untuk diri
sendiri (yeah, bukan pilih stok2 reject dari ladang or yang die rasa taknak or yang
ngorat die tapi die tak mau jadi pass kat kita or yang problematic n tau orang tu susah nak
ada yg berkenan lagi dah…hahahaha)
3. Ikut
cara yang baik – berlandaskan akidah, syariah dan akhlak
-
Menggunakan orang tengah untuk
menyelidik/mengumpul maklumat -
istikharah
- Minta ayah (parents) carikan – macam Saidina
Omar buat untuk anaknya Habsah
- Tawarkan diri pada orang yang baik
# Out of these
three cara, hmm..yang ketiga tu mmg buat den terkedu habislah,yang kedua
pon, hmmm..parents da bagitau semenjak dolukala, carik sndri. Yang 1st tu
ada possibility. For now blom sebab takde sape untuk diselidik maklumatnya..huhu
Bersangka
baiklah dengan apa yang terjadi pada kita – Apa yang Allah tentukan untuk kita
itulah yang terbaik
Siapa pasangan
kita sebelum berkahwin penting, tapi siapa dia lepas berkahwin dengan kita
lebih penting
Kita kawen
dengan sorang lelaki/perempuan…tetapi kita sebenarnye berkahwin dengan 3orang
berlainan:
1)
Orang yang kita impikan/sangka (all the
idealistic part for sure..dielah yg masak sama2 ngan kita…kita basuh kain..die
jemur…die lipat..kita iron…kita masak die basuh all the periuk belanga…die bagi bunga penuh 1 boot kete
mcm aaron aziz bg bini die dlm cite nora
elena n all those sweet2 thing.. novel like thingy…uhuk)
2)
Dia yang sebenar (mcm kata one of my lecturer dolu2, dah kawen baru tau rupenye bangun pagi mulut macam bau longkang..haha..ape lagi ek, hmm, yang nak
air/makan sume sembah ke lutut..yang tanggal seluar gulung2 letak situlah tak angkat2
dah kalo isteri tak buat, dan lainlain..haha..one sided punye view btol! kalo perempuan plak, yang
muka sememeh selekeh, rendam kain seminggu tak basuh2, hihi)
3)
Yang die akan jadi lepas kawen dengan kita (dah
beradaptasi n adjust sana-sini…akhirnya jd cemane ye?)
Setiap 15 minit
1 perceraian berlaku (kajian JAKIM 2009-2010) -
punca = cinta tapi tak kenal..
After 5tahun
kawen, semua benda keluar(true color)… Critical period adalah 5bulan lepas
kawen, masa tu baru nampak true colornye.
(Masa honeymoon period..sume indah2 belaka lagi, kentut pon masuk bilik
air lagi, dah lepas tu..mana tahan beb asik nak masuk bilik air semata2 nak
kentut. Dizaman fb ni lagilah keindahan tu diwar2kan ala2 retis..sume benda pon
update di fb…biar satu donia tau betapa romantikus di amornya kita.haduh2, komen
den, hmm..enjoylah da sweet moment itu tapi beringat2la sentiasa..jangan sampai
wujud rasa riak/nak menunjuk2 dhati kita, kalo org menyampah, susah plak kite
jadinye..huuu- peringatan untuk diri sendiri jugak sebenarnya)
Isteri kurang
baik + suami kurang baik tetapi saling membaikkan antara satu sama lain lama2
akan baik…analogi tangan kanan n kiri yang kotor..saling bersihkan each other n
lama2 dua2 bersih..
Successful Love Preparation -
Bersedia
dalaman (Akal, jiwa & emosi) dan Luaran (Fizikal & Material) ~
Ringkasnya, berusaha untuk perbaiki hati, tambahkan ilmu agama dan ilmu
kehidupan, persediaan dari segi kewangan juga.
Petanda wanita
yang berkat :- Cepat Nikahnya (den dah xtergolong), Banyak anaknya (lihat
keturunannya..sbb mana nak tau lagi die bole beranak banyak ke tak slagi tak kawen
kan..huhu), murah mas kahwinnya (Wanita johor le agaknye ye?keke) dan baik
akhlaknya (InsyaALLAH sedang diusahakan).
Lelaki :-
Bertanggungjawab, Bijaksana (wisdom, cemana mengatur hidup dan membuat
keputusan), kemampuan menjadi murabbi & memimpin.
Kesimpulannya:
1.Jangan malu untuk mencari kebaikan
2.Cari jodoh adalah dengan membuat kebaikan, 1
kebaikan perlu buat berkali2..bukan sekali buat baik..dah cukup untuk declare
diri baik
3. Kalau
gagal dalam proses mencari jodoh itu
kerana Allah nak bagi jodoh yang lebih baik untuk kita
4.
Kita Jaga Allah, Allah jaga kita
5. JODOH itu Suatu yang SUKAR jadi serahkan
pada Allah kerana Dia lebih tahu.
Kesimpulan untuk diri sendiri, sy pilih langkah 1, jadi baik. Diri
sendiri tak berapa nak baik, takut tak termampu nak berperanan jadi isteri yang
baik. hmm..diri ni sebagai individu muslim pun banyak lopaknya, macamana nak
membina baitul muslim yang mawaddah warahmah seterusnya..huhuhu..
........Bersambung Part 2.......
No comments:
Post a Comment