بسم الله الرحمن الرحيم
20 Mac 2015
Selepas 40 minit perjalanan, kami pun tiba lah kat Pisa. Tinggalkan beg kat tempat beg drop tu, bayar 4euro. Pastu tanya-tanya orang cemana nak g Pisa, kami tunggu bas yang tulis Lam Rosa kat area train station tu juga. Murah je tambangnya, 1.45euro pergi balik. Naik bas tak sampai 20minit, sampailah kami ke Pisa.
Bahagian depan sebelum masuk ke kawasan menara condong Pisa yang dikelilingi tembok pagar ada banyak booth jual souvenirs. Masuk je pintu gerbang, dah boleh nampak 3 building kat atas padang rumput nan hijau. Berdasarkan information board yang ada kat situ, katanya building-building ni mewakili heaven and hell la. Tapi kami pun tak tau mana 1 heaven mana 1 hell. huhu
Gambar cliche kalau tengok orang ambil kat Pisa ni, mestilah gaya-gaya menolak Tower tu kan?huhu, jadi kami pun ikot lah sekali. Gigih sungguh sampai ketaq tangan. haha. Me and my sister jalan sampai bawah Leaning Tower sebab nak tengok tang mana yang condong or lantai yang senget tapi surprisingly, tak nampak pun. Rata je lantainya. Huhu.
Lepas dah puas bergambar, kami keluar dan beli sikit souvenirs. Pastu tunggu bas Lam Rosa untuk balik ke train station. Dari train station kami naik teksi ke airport. Awal betul sampai airport, gara-gara fobia hampir tertinggal flight tak habis lagi. Tapi airport Pisa ni kecil je pun. So melangutlah kami tunggu nak berlepas.
Sempat solat dan makan Pizza di airport. Tapi kena marah masa nak beli Pizza tu, kita tanya pasal Gelatin in Gelato, dia tak faham. Vege pon tak faham. Tapi respond macam nak marah kita pula. Huhu. End up, ambil Pizza jela, Gelato tu terus takde mood nak makan. Huhu.
Masa nak naik flight, kami cuak juga sebab macam ada thorough cek je luggage masuk cabin. Dengan kami punya beg yang berat amat ni. Siap main sorok2 bawah jaket lagi. Huhu. Tapi Alhamdulillah, sampai turn kitorang mudah je, dia ambil beg yang besar masuk tempat luggage. Nasib tak payah bayar. Katanya sebab flight penuh, so takut compartment kat cabin tak cukup, so beg yang nampak besar sikit tu, dia tahan siap2 tak boleh naik atas. huhu.
on the way to leaning Tower |
Hello Pisa |
Heaven and Hell, mana 1 heaven mana 1 hell ni? |
Macam2 gaya |
Pose sampai terbaring-baring la memasing |
Leaning Tower Pisa, boleh naik tangga sampai atas. |
No comments:
Post a Comment