بسم الله الرحمن الرحيم
21 Mac 2016
Harini sesi berjalan-jalan di Paris. Dan harini semua public transport percuma sebab katanya Paris ada air polution. Alhamdulillah, jimat tang bajet trem.
Destinasi pertama kami adalah Musee d louvre yang terkenal sangat dengan gambar Mona Lisa tu. Naik Metro & stop kat station Palais Royal – Musée du Louvre. Ramainya orang kat luar muzium. Pastu tanah putih aje. Dalam gambar da macam ada snow. Sejuk tahap ketaq juga pagi ni.
Kami masuk bahagian bawah muzium untuk beli tiket masuk. Mak aihhhh, ramainya. Masa tengah beratur, my sis nampak ada 1 mart yang jual tiket masuk juga, tak ramai orang sangat. Agaknya sebab orang tak tau. So, kami beli 3 tiket, 12euro/pax. My sis, free sebab dia ada Garda. Lepas da ada tiket, kami keluar dari building muzium dan masuk dari glass pyramid. Security cek memang dasyat ni.
Entrance ni hanya untuk orang yang pakai tiket, yang warga Europe dan yang ada Garda, dorang masuk entrance lain. So my sis tak boleh masuk dengan kami, security tak bagi. Tapi agaknya dia tengok kitorang da macam terpinga-pinga pastu dok pesan-pesan nanti nak tunggu kat mana dalam muzium tu, tetiba security bagi my sis masuk through entrance tu jugak. Haha.
Besar amat Louvre ni. Antara yang terbesar di dunia kot. Kalau nak masuk semua galeri, sehari memang tak cukup. Tapi, muzium ni banyak sangat patung bogel. TERLALU BANYAK. adoi. Katanya patung bogel ni symbol of sadness, orang zaman dulu-dulu sedih sangat ke?pastu asal sedih je ukir patung bogel?gitu...adoila...haha...
So kami pon pergi cari section yang ada Mona Lisa tulah, Italian Art. Jauh juga dan yang pastinya orang ramai. Nak ambik gamba kena selit-selit la. Lepas tu kami lepak-lepak je kat kerusi dalam muzium. I'm not into muzium sangat. Sebab ada rasa creepy dengan patung-patung. huhu. Pastu kami sungguh2 cari gamba Mary yang macam dalam cerita 99 cinta dilangit Ilahi tu. Wah. Jumpa. Excited betul. Kalau compare tulisan di tudung Mary, memang tu tulisan arab lama. Lepas tu, kami melawat section Islamic world. Section ni baru buka je, so tak banyak sangat bahannya. Dah habis, kami ke Fragonard. "Muzium Perfume" yang ada kat tingkat bawah Louvre. My sis pernah bli perfume Fragonard ni. Best baunya. Harga dalam 16-25euro, tengok jenis perfume dan saiz botol. Lepas shopping, terus keluar sebab kami nak ke area Eiffel Tower. Owh, lupa cakap, dekat area Louvre ni ada
Arch de Triomphe du Carrousel, tapi kami tak naik pon macam dalam cerita 99 cinta tu. Kalau naik, maka dapatlah tengok susur sungai dan building-building utama Paris yang dibina secara garis lurus menuju "the true city of light" iaitu Mekah.

Dari sini, kami naik Metro ke station Bir-Hakiem menuju ke Eiffel Tower. Excited tengok Eiffel dari dekat. Tapi tak pula rasa ia simbol cinta sangat. haha. Kami decide untuk naik Eiffel Tower, bayaran 9euro, nak beli tiket kena beratur panjang. Pastu tunggu turn nak naik pulak. Tapi berbaloilah. Seronok dan sejuk. Makcik tak naik. Lepas turun dari Eiffel, beli souvenirs sikit, terus gerak balik ke Hotel untuk makan dan ambil beg nak catch train ke Amsterdam @ 722pm. Makcik still fobia dengan insiden hampir terlepas flight, so dia insist nak sampai awal ke Train Station.
Memandangkan public transport harini free, kami pun ambil kesempatan untuk naik metro je ke train station. 1 stop je pun tapi oklah, menjimatkan tenaga. Haha. Masa ni dah rasa agak kelaparan sebab tak jumpa nasi seharian. Kami naik Thalys Train dari Paris ke Rotterdam, tiket 50euro. Tiket flight lagi mahal masa ni, sebab kami beli agak last minit memandangkan ada kemungkinan tak dapat ke Paris (walaupun tiket Pisa-Paris dah beli) kerana isu Charlie Hebdo tu. By the time kami dapat info yang Paris selamat untuk dikunjungi oleh Malaysian Ambassy kat Paris, tiket flight Paris-Ams dah mahal. So tukar plan naik train.
Why stop at Rotterdam? Sebab tu hentian terdekat untuk ke rumah kawan di Dordtrecth. Sampai di Roterdam Station 2jam 40minit kemudian, kami disambut oleh my friend's husband untuk ke rumah mereka di Dordrectch. Naik train tambang 4.20euro.
Sampai Dordretch station, jalan dalam 10minit, sampai rumah kawan dan jumpa nasi. Yeay!! Masa untuk rehat and ready untuk explore Amsterdam pulak.

Arch de Triomphe du Carrousel |
Ramainya orang nak masuk Louvre |
1/2 Louvre, betapa besarmya sampai tak muat kamera nak masuk semua. huhu |
Kerudung Mary dengan kalimah "lailaha Illallah" |
Famous Mona Lisa |
View form 2nd floor |
Sejuk kat atas ni. Angin kuat. |
' |
"Dikaki" Eiffel Tower |
Olla Eiffel |
No comments:
Post a Comment