سم الله الرحمن الرحيم
Hari ke 8 (23 September 2016)
Hari ni bermula pengembaraan kami kat Pink City. Jaipur ni bandar terancang pertama di India. Memang nampak lebih tersusun dan bersih compared to Agra. Di Jaipur kami naik Tempotraveller untuk 10orang. Cukuplah untuk kami-kami ni. Memandangkan driver memang tak reti bahasa Inggeris, jadi kami perlu ambil Tour Guide. Yang ni tak de caj tetap, bagi tips je.
Destinasi pertama is Jantar Mantar. Ingatkan melawat hape, rupanya astronomi punya benda. Alat-alat yang digunakan untuk tentukan date, arah, masa. Ala-ala belajar geografi baliklah. Ni 1 of the world heritage side juga. Dibina zaman pemerintahan Rajashtan dulu sebab katanya King masa tu suka benda2 astronomi nih. Pening kepala dengar penerangan. Gigih betul tour guide kami bagi penerangan. Haha. Berpeluh-peluh cek oi. Panaih lit-lit. Half of us dah lost dah. Ape ntah dia habaq, lantak p lah. Hahahaha.
|
Panduan Sun dial |
|
Ni antara alat-alat yang ada |
|
Sun dial |
Lepas dah settle kat sini, kami rehat jap. Beli air kat area Jantar Mantar. Pastu bincang-bincang mana pulak nak pegi & kami decide untuk makan. Haha. Kelaparan. So driver bawa kami makan kat M.M Khan. Beriyani again. Sedap juga. Walaupun tak sesedap agra. Masa ni aku belanja si Ibnor tu. Sebab masa wish birthday dia aritu, dia cakap nanti belanja beriyani kat India. So kira tunaikanlah tu. Dia tak perasan pon kot. Sebab masa dorang bayar balik duit makan kat aku, aku cakap ko takyah bayarlah. Pastu dia tanya "kenapa?ah..ikotlah. Malas fikir". Haha.
Lepas makan, kami ke destinasi seterusnya iaitu Amir/Amber Fort. Nak ke Amber Fort ni van tak boleh naik sebab jalan dia curam & mendaki. So kena naik jeep. Merasa naik jeep pulak. Aku satu jeep dengan Thirah, Qayyum, Zul & Jack.
Dari tempat parking Jeep ni, kami kena menapak naik ke atas. Dia ada bagi duration, rasanya 2 hours. Kalau lebih daripada masa tu, kena extra caj kos jeep tu. Huhu. So kena cepat lah juga.
|
Amber fort nun di atas sana. So kena naik dengan Jeep. |
|
|
|
Gambar berlatar belakangkan fort. Kat sini kami start naik Jeep |
Binaan kat Amber Fort ni pengaruh hindu. Ada hall untuk Public and Private audiene, ada kuil dan palace. Ukiran pada marmar yang berwarna-warni tu katanya dari warna asli tumbuh-tumbuhan. Seriously cantik. Terpegun tengok. Sabau nyo depa ni ukir-ukir dan warna tu sume.
|
1 of the hall |
|
Ganesh Pole entrance. Pintu masuk ke kawasan tempat tinggal royal family. Yang nilah lukisan pada batu tu dari kaler tumbuhan asli.
Close up sket lukisan tu, Detailkan? Bayangkanla betapa hebatnya kaler tak luntur-luntur dari zaman dulu kala
|
|
Mirror palace. |
Mirror palace pun sangat cantik. Dinding dan siling semuanya bercermin. Menurut tour guide, mirror palace ni selalunya digunakan pada musim sejuk. Cahaya yang kena mirror tu akan terbias dan bagi impak haba dimusim sejuk. Hebat lah teknologi dorang ni kan. Binaan-binaan dalam ni ada simbol2 tersendiri. Boleh tengoklah kat bawah ni.
|
Serpihan cermin yang digunakan untuk membentuk motif bunga dan sebagainya. |
|
Tour guide siap demo suluh lampu untuk explain pasal biasan cahaya yang bagi efek panas tu. |
|
Maota Lake & Safron Garden yang boleh dilihat dari Amer Fort |
|
The 27-pillared Diwan-i-Aam. |
Tour guide bawa juga kami lalu kat laluan rahsia. Dia kata laluan ni maharaja guna untuk ke bilik isteri-isteri dia. So orang lain atau isteri lain tak tau dia stay dengan wife mana. Adoi. Selesai melawat, kami rehat jap. Ada yang pegi beli air termasuklah diriku. Settle beli air kami nak gerak turun untuk ke Jeep, tapi masa tu Nanna & Zaha tak datang-datang lagi dari beli air. So tunggu lah sat. Dah risau juga takut extend masa nanti kena caj extra. Huhu.
Turun dari Amer Fort ni, kami ke kawasan town Jaipur. Masa untuk shopping sari. Tapi on the way tu, photo stop kat Jal Mahal sekejap. Jal Mahal ni istana yang ditenggelami air. Tak sempat duduk pun. Now terbiar macam tu aje.
|
Jal Mahal |
Driver bawa ke 1 kedai sari. Masa ni tour guide dah takde. Harga sari kat sini boleh tahan. Tak sama macam Chennai. Chennai 650Rs dah dapat sari yang cantik tapi kat sini mostly harga 1400Rs. Dahla susah nak nego price. Aku stay jelah tengok-tengok. Pastu Ibnor datang bagitau ada kedai hujung tu harga murah. So aku & thirah ikut ke sana. Zaha dah memang tak tau ke mana dari awal. Qayyum, Zul ngan Jack pun ikut kedai Ibnor. K. Maya & Nanna stay. Mabuk tengok budak-budak ni pilih sari. Aku takde rasa nak beli banyak pun. Kat chennai dah puas borong. Lagi satu rasa kat sini mahal dan corak kurang berkenan dihati. Maybe sebab pernah tengok yang chennai lagi cantik dan murah. Lama juga melekat kat sini. Aku yang paling sikit borong. Ralit tengok dorang je memborong.
|
1st kedai yang susah bagi kurang tu |
Lepas dah sekian lama, aku keluar. Ada geng yang masih tak selesai. Nak bargain & bayar. Rupanya K.Maya, Nanna & Zaha dah menunggu dalam van. Aku pun masuk van jugalah. Thirah pegi kedai first kejap beli sari yang dia berkenan. Masa ni ada benda tak best berlaku, tapi malas nak cakap. Cuma kesimpulan yang boleh dibuat, kalau ada apa yang tak kena, jangan ajar update kat fb, fikit dulu sebelum pos. Nanti boleh timbulkan rasa tak best kat orang lain. Huhu.
Lepas semua settle. Kami balik rumah, rehat. Malam tu plan makan je lauk tapau dari kedai tengahari dengan roti yang K.Maya and the geng beli masa kami yang lain sibuk shopping sari & order makanan dari hotel je. Dah siap2 mandi semua tengok fon dapat mesej "i'm sorry for everything". Apehal pulak dah.
Malam tu kami naik rooftop untuk dinner. Suram-suram je lampunya. Masa ni baru perasan rupanya lauk beryani tu tertinggal takde sape pon ambik. Maka makan jela roti dengan serunding dengan ikan masin bekalan yang masih berbaki. K.Maya makan meggi cup. Nanna & Thirah order plain noodle. Adeh. Plain sungguh. Mee celup ayaq semata-mata. Terpaksalah edit buh rencah maggie sikit, serunding sikit. Bolehlah telan. Oklah tu daripada takde kan?haha. Lepas makan rehat & kemas barang sebab esok terus check out.
Berakhir hari ke 8.
No comments:
Post a Comment