background

Monday, 1 May 2017

Singapore Get Away (2days 1 night) - Day 1

سم الله الرحمن الرحيم

Disebabkan stress dengan macam-macam benda, maka ku telah buat kerja gila, join 2orang kawan dari Geng Trip India ke Singapore. 2hari 1 malam je. No USS pun. Sebab ni trip cikai je. Haha. 

Ambil bas dari Shah Alam ke Batu Pahat dan tumpang tidur di rumah kawan hadik2 ni. Plan asal pagi nak bertolak jam 8. Tapi akhirnya bertolak jam 9pagi. Dihantar oleh bapa angkat zul sampai ke JB Sentral. Sebelum tu, kami singgah kat Larkin untuk beli tiket balik BP and me, balik Shah Alam lah. Oh, isi white card untuk masuk Singapore kat sini juga. RM1 sekeping. Kalau kat Imigresen pun ada, free je pon. Ni kes nak isi siap-siap sebelum sampai imigresen kot. 


Dari JBS, cop pasport dulu pastu kami tunggu bas untuk ke Woodland.  Tambang bas RM1.60 sorang, trip 170 ke Kranji. Dah sampai Woodland, kami perlu turun bas, bawa barang semua, pastu beratur untuk cop pasport. Masa ni jumpa sorang makcik yang nak ke Singapore, attend kenduri kahwin. Sepanjang beratur almost 2hours tu, berboraklah dengan dia. Tanya macam-macam. Yelah, ni 1st time sampai Singapore kot. My 1st country i visited in south east asia gitu. Haha. 

Masa tengah beratur kat imigresen ni, kena serbu ngan orang imigresen kat situ. Aduhai. Lupa gila kat situ tak boleh ambil gambar. Ni gara-gara member ada tanya, ramai ke kat imigresen?jadi kira pon dengan spontan snap pic. Tak sempat fikir. Yang datang pun tak hagak2, kemain lagi. Kita dah delete 2 gambar yang ambil kat situ pon still lagi cakap "if u don't want to delete, i'll bring u to police office". eh, kerek macam cerek. Takkan nak delete 1 foleder gambaq aku kot. Poyo. Cakap leklok tak de salah kan? 

Dah spoil mood 1 benda. dahla berdiri lama gila nak lepas imigresen nih. Dah settle cop pasport, ke security cek pulak. Pastu turun eskalator untuk naik bas ke Kranji MRT. Guna balik tiket tadi dan naik mana-mana bas untuk ke Kranji. Dah lupa sikit kat sini sebab asyik follow makcik tu je. Dia yang lead kami. Siap tunggu kami settle pasport & security cek lagi. 

Sampai MRT Keranji, kami ke kaunter. Awalnya kami decide untuk beli tourist pass, SGD28 untuk 2 hari. Tourist pass nih kita boleh guna untuk naik public transport. Tapi lepas bincang-bincang, makcik yang guide kami suggest beli je ezilink card. Macam touch & go kita lah. 1kad SDG12. SGD5 as bayaran card so nilai dalam kad hanya SGD 7 lah. Kad valid selama 5tahun. Kira next time nak pergi Singapore lagi, top up sajelah kad itu di mana-mana stesen MRT. Oh, minimum top up adalah SGD 10. Huhu. 

Dari MRT Keranji ni, kami ambil North South Line menuju ke Jurong East. Sampai ke sini, tukar train ambil East West Line pula, menuju ke Bugis sebab hostel kami terletak di sekitar Kg. Glam. Dari Bugis station tu, menggagau juga lah tanya orang sana sini macam mana nak ke Kg. Glam tu. Awal-awal kan memang cuaklah. Tapi luckily, senang je nak jumpa. Tapi tengah-tengah mencari mana satu hostel kami, boleh pula tak perasan kedudukan hostel. Sampai hujung jalan tanya orang. Rupanya dah terlepas. jalan ke depan sikit je dah nampak. 

map MRT

Kami check in dulu. Serius cuak juga since this is my 1st time stay hostel. Sorang-sorang pula tu. Dipendekkan cerita, lepas buat bayaran, staf hostel tunjuk bilik. Mine kat tingkat bawah. Budak2 lelaki berdua tu kat tingkat atas. Hostel ni agak old school la. Tapi selesa. Bilik aircond. Dekat katil kita dah ada extention plug dan lampu study. 

my bed

Lepas settle cek in, kami pegi makan kat restoran berdekatan hostel je. End of the road. Tak ingat nama kedainya apa, tapi berdepan dengan restoran Mek Donerdi Bussorah St. 1 meal nasi putih, ayam masak lemak, 1 sayur dan teh ais harganya SGD 5. Standard meal RM5 tempat kita lah kot. Cuma cheaper sebab dah masuk air. Jangan convert ye, nanti nangis.

Lepas kekenyangan, kami ke Masjid Sultan. Just opposite kedai makan tu. Kira jalan yang sama menuju balik ke hostel. Bahagianya stay kat sini sebab semuanya within walking distance. Kedai makan melayu pun banyak. Lepas solat jama' maka kami pun berjalan semula ke Bugis Station. 

Destinasi kami yang seterusnya adalah ke Garden by the Bay. Petang sampai ke malam stay sana je. Untuk ke Garden by the bay, kami ambil mrt bugis dan turun ke bayfront. Ni hasil bertanya kat mrt juga. Maklumat awal dah ada, saja nak confirmation lagi. 

Dari MRT ni kami jalan kaki few minutes untuk sampai ke entrance Garden by the Bay ni. Dari sini, boleh nampak Marina Bay Hotel yang tersergam indah. Pergh, bape hinggitla ye kos duduk hotel tu?huhuhu. 

Kalau just nak jalan-jalan area Garden sahaja, tak perlu bayar fee pun. Tapi kami nak masuk flower dome dan Forest Cloud. So bayar SGD 28. Kalau local cheaper. Tapi tak kuasalah nak ngaku local kan. Kang minta ic tak ke jenuh. Ada yang cakap dorang tak minta ic pun. Tapi tak payah la ambil risiko termalu kalau kantoi. 

Dari kaunter tiket nak ke dua-dua teempat tu agak jauh juga. So dia sediakan perkhidmatan shuttle. Kena bayar SGD3 return. Tapi kami pilih untuk jalan kaki. Boleh stop sana-sini ambil gambar kan? 

Kami masuk Flower Dome dulu. Masa tu tengah musim Blossom Bliss. Fefeeling dok Korea Jepun la kiranya. Haha. Kat dalam Flower Dome ni ada taman-taman bunga, bertema. Taman Jepun, Korea, English, Arab, Kaktus, Tropika dan macam-macam lagi. Cantik. 







Masa tengah pusing flower dome ni, kami terjumpa 3 tiket USS. Yes, ada orang terjatuh kot. Dahla cukup-cukup 3. Valid lagi tu sampai bulan berapa ntah. Aduh, menguji keimanan. Tapi, kami letak balik tepi pokok tu. Harap-harap, orang yang terjatuh tu jumpa balik tiketnya ya. Hehe. 

Lepas dah puas pusing dan bergambar di Flower Dome, Kami ke forest Cloud pula. terletak bersebelahan je. Masuk-masuk je da bunyi air terjun. Nama pun Forest kan, so memang dalam tu berkaitan hutan-hutan lah. Ada air terjun, tumbuhan-tumbuhan dalam hutan. Sebenarnya kalau kat Malaysia kita ada semua ni yang natural. Bukan buatan dan banyak pilihan. Tapi kalau nak lihat hutan buatan manusia yang dihias cantik, kat sini bolehlah dapat experiencenya. 



 Kami keluar dari sini dah Maghrib. Jalan-jalan sekitar Garden dan ready untuk lihat pertunjukan musical kat Super Tree Groove tu. Seronok, rasa macam kat Disneyland. Eh. Macamlah penah pergi. Haha. Tapi muzik-muzik dia tu dari cerita kartun Waltdisneyla. Pertunjukan ni dalam 15minit je. start at 8malam.Lenguh tengkok mendongak. Pertunjukan ni free je. Kami cakap, orang Singapore da muak tengok hari-hari agaknya. Haha.


Gambar jelah. Tak nampak dia kelip-kelip. Kalau video baru nampak best. Huhu. 


  Lepas dah habis kat sini, kami naik mrt semula untuk ke Merlion. MRT terdekat adalah Raffles Place. Jalan kaki dalam 10-15minit juga untuk sampai ke Merlion. Mungkin sebab dah penat, maka rasa macam lamanya nak sampai. Sebelum sampai akan jumpa Cavanagh Bridge dan patung budak2 terjun sungai tu. Tapi disebabkan malam dan lighting tak cantik, maka tak dapat snap pic kat situ. Sedih. Tu tanda kena ke sana lagi kot. Kena pergi untuk explore USS pula. Ni trip bajet dan adhoc, so tak masuk USS lah.

Sampai Merlion, mak ai. Orang ramai. Masa ni kat Merlion pun ada pertunjukan light of Singapore. Kami lepak dalam 20minit kot. Ambil gambar berlatarbelakangkan Merlion dan Marina Bay Hotel. Wah. Macam mimpi. Selalu nampak gambar orang je, skarang dapat bergambar sendiri. Kat sini Qayyum dapat teknik baru nak bagi gambar cantik since kawasan kurang cahaya, suluh ngan lampu fon kat muka. Haa, glowing terus. Barulah tak kelam muka kami. Orang-orang yang tengok kami punya teknik ni senyum-senyum jelah. Ada tourist yang minta kami ambikkan gambar pun kami buat macam tu juga. Happylah dia.

dari Merlion 
Signature pose kalau orang ke sini. Wishlist nih. So posing le juga walaupun malu. Haha

Dah selesai bergambar kat situ. Kami menapak balik ke MRT untuk balik hostel. Penat tak yah cite lah. Rasa nak gantung kaki je. Kami balik hostel dulu. Mandi semua pastu cari makan. Malam ni nak try murtabak zam-zam yang terkenal tu. Dekat je dengan hostel kami. Belakang masjid tu je. Memandangkan dah almost 11pm, so boleh beli take away je. Takboleh makan situ. So kami pun makanlah kat hostel. Ada ruang lepak dan makan-makan kat depan hostel tu. Nyumsss. Sedap. 12SGD saiz large. Kongsi 3 kan. Lepas dah makan, kami jalan-jalan sekitar kawasan hostel. Ada pasar malam rupanya, tapi dah nak tutup. 

Lepas lepak, masuk bilik rehat. Baru ingat nak upload gegambar kat fb bagai, skali wifi tak Ok. So ke receptionist nak tanya. Rupanya zul pun ada kat situ nak tanya pasal wifi juga. Masa tengah menunggu, ada sorang mamat indon kat situ. Borak-borak tanya macam-macam. Dia kata dia tak pernah sampai Malaysia, sebab takde recommendation. Pastu dia tanya, apa ada kat KL selain KL twin tower? WHAT??seriously? ni mendidih hati mak jemah. Teruslah ku cakap macam-macam ada kat KL tu. Kalau suka themepark boleh g Sunway Lagoon, pastu amende lagi ku cakap, dah lupa. Zul cite pasal Langkawi, Penang. Ku tak kuasa tunggu lama sebab da ngantuk, terus je masuk bilik, tidur. Tamatlah sehari nan panjang. Huhu. 

 

No comments:

Post a Comment