background

Tuesday, 11 June 2013

Masalah hati


Few days ni mood mengarut sket..upside down. Jiwa kacau, nak meroyan, just name it, apa-apa yang kurang stabil tu, it's me. Hmm

Hati...kadang-kadang leka
Hati..kadang-kadang lupa
Untuk bersyukur
Untuk jadi lebih Redha

Jiwa..selalu goyah
Jiwa..seringkali gundah
kerana selalu sangat menelah
Hingga lupa nikmat Allah

Read Surah Ibrahim after maghrib and Allah gives me His answer to calm me:-
 
"Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu memaklumkan "Sesungguhnya jika kamu bersyukur, nescaya  Aku akan menambah (nikmat) kepadamu, tetapi jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), maka pasti zabKu sangat berat" (Ibrahim:7)

"DAn mengapa kami tidak bertawakal kepada Allah, sedangkan Dia telah menunjukkan jalan kepada kami, dan kamu sungguh akan tetap bersabar terhadap gangguan yang kamu lakukan kepada kami. Dan hanya kepada Allah saja orang yang bertawakal berserah diri. (Ibrahim:12)

Ya Allah, jadikan aku hambamu yang bersyukur, Sentiasa bersabar & bertawakal padaMu.

# Hidup memang tak mudah, tapi tak jugak payah. Allah kan ada?

Thursday, 6 June 2013

i-city

fairyland
Ke sini tak tau bape juta kali dah...okeh..exaggerate..tapi yes...dah terlalu banyak kali pegi...kawan datang, nak ke sini, parents datang, bawak ke sini, adik2 datang, ke sini lagi, dan rutin yang samalah everytime ada yang datang sini. Mentang-mentanglah rumahku sekangkang zirafah je nak ke i-city nih.. So, layankan aje lah. Apa2pun, I always request them untuk ke sini masa weekdays, ulang suara, weekdays...sebab tak sanggup nak bersesak dengan manusia yang sangat ramai tak pernahnya nak surut masa weekend. Cuti2 sekolah macam skarang hapetah lagi.

1st time test darling x20 kat sini. Nice, tapi bolehla pulak kan lupa cemana nak naikkan ISO?hadoila, inilah namanya pakai kamera canggih pon tak guna kalau tuan punya tak canggih mana. Hmm, sebenarnya, tak sempat nak betol2 explore (alasan..eheh). Tak sabar nak spend masa untuk betol2 explore this cam..pastu bolehla camwhoring..haha..ngeng!

For this pict and most of the pict kat icity dat night, guna mode advance - filter toy je, habes cerita. PAndaila kamera ni fikir nak buat ape, aku snap aje lah. haha


Wednesday, 5 June 2013

Reflection Of Baitul Muslim 2.0 Part 3

Sambungan: 3rd Slot- Fulus Oh Fulus – Tuan Suzardi Maulan (Pak Di)

Basically ni sharing pasal pengurusan kewangan. Macamana nak cut cost kenduri kawen. Kata Pak Di ni, nak buat majlis kena tengok siapa kita?Poket tebal mana? Tak perlulah semua org dalam facebook nak jemput pergi kenduri. Kadang2 ada orang yang rasa terbeban pon dengan jemputan kita tu, so dia sarankan jemput yang betul2 close dengan kita, yang confirm pegi kenduri kita plus sedara mara terdekat, so instead of 1000 jemputan maybe bole cut jadi 400 je, so dah jimat kat situ..utk food, cetak kad and pape jela yang berkaitan. I dunno whether to agree or not dengan benda ni, tengok family jugak kot n tgk org sekeliling kita. Kang kalo tak jemput kecik ati pulak…hadeh…susah kan?owh…Pak Di xde plak komen sangat pasal hantaran meningkat sebab katanya peningkatan tu sejajar dengan peningkatan kos penyediaan makanan kenduri n blablabla tula…huhuhuhu…so all in all…balik kepada basic jugakla..sape kita?n poket tebal mana kan?

Cumanya kata PakDi, kalau boleh biarlah kita n partner sekufu in term of financial IQ, kalo tak same..susah jugak tu ye…sorang nak lain..yg lg sorang nak lain…bole jd gado tu.

Punca utama muflis:-
1)      Kereta – 29338 kes
2)      Pinjaman peribadi – 15299 kes
3)      Pinjaman Perumahan – 14327 kes
4)      Bisnes – 14327 kes

Financial management in islam banyak refer pada surah Yusuf 12: 47-49 ~ 7 tahun menyimpan, 7 tahun seterusnya menggunakan hasil simpanan utk atasi kesulitan/spend utk keperluan…Kata Pak Di, kereta & rumah adalah liability yang perlu dielak dalam 7tahun pertama kerja. Bila da lps 7tahun, gaji dah banyak..simpanan dah banyak..bolehla beli kereta/rumah yang selesa…hmmm…den ni…1st year keje da beli kete, susah kot nak ulang-alik p keje nek kenderaan awam..nak naik bas memang x la kan tapi takdela beli yang canggih manggih sangat, yang bole bawak p balik keje…balik kg…kuar jalan2..okla…nk kete idaman tu..tunggu gaji banyak le dulu…rumah?hmm, xbeli lagi sebab xtau nak settle down kat mana?tunggu kawen dulu kot, teringin nak beli umah buat asset tapinye tak pandai nak menguruskannya…takut kena tipu je ngan ajen…hmmm…

Personal Opinion tentang fulus untuk kahwin, belanja berhemah ikot kemampuan, bersederhanalah, elakkan pembaziran, hantaran kahwin tu…hmm..tgkla dengan sape kita nak kawenkan, kalo die mampu xpela, kalau x..stakat yang termampu jela…xpyhla dok pikir sangat ape orang kata sebab kalo kite sampai berhutang nk kawen, anak 3 pon loan kenduri kawen tak abes lagi, bukan org lain tanggung..kita yang nak menanggungnya kan? tak payah ikut sangat redha manusia, redha Allah lebih utama, kehidupan lepas kawen tu lebih penting…hmm…Moga Allah tetapkan hatiku utk sentiasa besederhana dan tidak melampaui batas…hmm…sume perempuan nak wedding yang terbaik. Once in a life timela  katakan (InsyaALLAH) so macam susah sikit nak menahan nafsu dari pilih benda2 grand or berhabis utk majlis tu…huhu..Moga Allah beri kekuatan…InsyaAllah..=)

......Sambung Part 4....
(Malas nak buat reflection lagi..uhuk)