background

Sunday, 11 February 2018

NZ Summer Roadtrip (24/11/2017-10/12/2017)


سم الله الرحمن الرحيم
(Day 6-29/11/2017)



Harini kami check out. So selesaikan kemas mengemas rumah, vacum carpet, lap bilik air & kemas dapur. Lepas dah selesai..ambik gambar & chow. Destinasi hari ini Whakarewarewa Thermal Village, Redwood & Hobbiton dan meneruskan perjalanan balik Auckland. 

Entry time kami ke Whakarewarewa jam 9 pagi dan show pada 11pagi. Whakarewarewa ni adalah perkampungan Maori. Memang rumah dorang dalam tu lah. Tour guide pun adalah penduduk kampung tu. 



kat pintu masuk kampung

Entrance sticker


Sebelum guided tour start, kami masuk dulu untuk explore area yang dia takkan lalu masa tour. Dari pintu masuk, simpang kiri. Kat situ ada rumah2 penduduk & church je. Maybe sebab tu dia tak bawa kot. 

Masa tour nak start, tour guide akan bagi taklimat sikit berkaitan Maori Village ni, ajar kami macamana nak sebut nama kampung dorang yang panjang amat tu. Pastu bermulalah tour kami. Ada beberapa stop untuk sesi penerangan seperti dewan orang ramai, tempat mandi, kolam-kolam air panas, dapur (hanga) dan akhirnya dia stop sekitar souvenirs shop berhampiran hall persembahan. Masa dia stop & bercerita ni, kita bolehla tanya soalan kalau ada. Kat dalam kampung ni sangat berbau sulfur dari geothermal tu ya. Oh, jangan lupa beli jagung rebus dari kolam air panas dorang tu.Nyums sangat. Tak bau sulfur pun.

Panjang kan nama asal dia?but they choose whakarewarewa, wha tu bunyi fa ye bukan wa



Salah 1 kolam geothermal. Berasap2. Suhu 200-300degree tu.

Kolam dorang mandi. Centralize bathroom. Satu kampung mandi sini. Open space lak tu. Sebab tu tour guide kata dorang kena make sure mandi semua selesai before 8am. Sebab lepas tu dah start tourist melawat kan. Kang terkujat lak tengok depa tengah berendam beramai2. free show sangat. haha

Hanga. Tempat masak. Masak nasi tak sampai 5minit. Sayur celup few second je. Memang express semua. Kalau hanga terbuka suhu 250-260. Kalau tutup, lagi tinggi lah.

Jagung rebus nyams. 2.50nzd seketul.

Lepas tour guide dismiss, kitorang terus ke hall, ready untuk persembahan. Nak cop tempat depan sikit. Mat2 Salleh ni dahle tinggi, kalau kita dok belakang, jenuhle tak nampak sangat persembahan. Pentas dia tak tinggi macam Agrodome pun. 

Stage

Persembahan ni serious best gila. Ada nyanyian tradisional dan Haka. Suara dorang ni perghhhh sangat hokeh. Vokal mantop katako. Muka relaks je nyanyi lagu tinggi kemain. Yang part haka tu boleh meremang bulu roma. Nasib baik tak naik stage buat skali je. Hahahahahaha. 

Kat sini pun si Nuqman & Faiz naik pentas juga. dorang jemput semua lelaki naik untuk menari haka ramai-ramai. Haha. Selesai persembahan, kita boleh beratur naik stage untuk bergambar dengan dorang. Selesai kat sini, kami keluar. Tapi sambil-sambil tu menyinggah juga kat souvenirs shop dan bergambar kat area kampung ni. Kira takdela strick sangat kena keluar jam2 tu jugak kan. 

Best. Semua anak beranak. Mak, anak, adik beradik, cucu. Laki bini. Hehe

Haka
 
With the performer


Pose garu kepala namanya ni


Pastu kami meneruskan ke destinasi seterusnya, ke Redwood. Yang ni pun dari parking, tepi tu dah terus kawasan pokok2 pine redwood tu. Kira takyah jalan jauh2 la. Ambil gambar sekitar ni dalam almost 1jam, pastu gerak ke Hobbiton. Rotorua ke Hobbiton ambil masa 1 jam.





Ain tunggu nuqman tidur dalam kereta

Into the woods kononnya

Giliran makcik pakcik lak tunggu nuqman kat kereta

Kami sampai Hobbiton dalam 2.30 petang. Kami start tour melalui shire's rest. Satu lagi boleh naik kat Matamata i-site. Yang ni jauh sikit. Memandangkan kami sampai awal, maka sempatlah melepak kat situ sambil makan aiskrim. Almost 3.30ptg dah panggil untuk beratur naik bas. Ain tak join sebab tak minat. Haha. 

Hobbiton trip ni guided tour. So sorang tour guide akan in charge 1 bas. Masa lepas bas drop, kami diberikan taklimat, rules & regulation dan cerita2 berkaitan Hobbiton nilah. Oh, dalam bas, dah sedia pasang welcoming notes dari pemilik ladang yang dijadikan kawasan Hobbiton ni dan dari Pengarah cerita Hobbit. Pergh. Bijak kan tuan tanah ni..bayangkan berapa dia untung sebab bagi tanah untuk buat Hobbit ni. Life time tourist attraction lak tu. 

Masa tour guide kami (lupa nama) tengah bagi taklimat awal, hujan dah rintik2, makanya..kenalah berpayung semua orang. Payung memang disediakan kat hut tepi pagar sebelum masuk tu. Tour guide akan stop dan terangkan lokasi-lokasi cerita Hobbit dan LOTR, siap dengan scene sekali. Untuk orang yang tak pernah tengok cerita Hobbit or LOTR, memang nganga jela. Haha. Tapi bak kata tour guide kami, it's ok. Sebab 40% dari tourist yang datang, tak pernah langsung tengok movie or baca novel Hobbit & LOTR. So u're not alone. HAHAHA. 

Kawasan perkampungan Hobbiton ni luas. Ada 44buah rumah Hobbit. Ada 2 je yang boleh masuk sampai pintu haritu. Yang lain ambil dari luar pagar sahaja. Dan tour ni sangat rushing so tak sempatlah nak bergambar beria pun. Semua queue nak ambil gambar kan? Sampai kena marah dengan tour guide sebab lama sangat. Tu je part tak best. Bayar mahal kot, haruslah nak rakam banyak2 gambar kan?Nak dengar dia cerita lagi. Adoi. Tapi kebanyakan orang dah tak pay attention pon sebab sibuk bergambar. 

Tapi to be honest, memang impress gila dengan art work dorang ni. Sampai we can't tell either the fruits, potatoes, apples even pokok tu pokok sebenar or artificial. Sebab ada yang sebenar dan ada yang artificial. Pokok oak kat Bag End atas bukit tu pun artificial tau. Hebat gila. Jalan dalam Hobbiton ni penat juga. Sebab ada jalan yang mendaki bukit. Kalau oldiest macam kesian sikitlah. Tengah fikir, macamanala nak bawak parents datang sini masa adik konvo nanti. Huhu. 

Lepas selesai tour, kami ke Green Dragon untuk complimentary drink. Kami dibenarkan merayap kat sini dalam 15minit. 3minit sebelum tamat, tour guide dah cari untuk remind berkumpul untuk balik. Haha. Complimentary drink, kalau untuk muslim kita boleh ambik ginger beer, walaupun namanya beer tapi non-alcoholic sebenarnya. So bolehlah minum tanpa was-was ya kawan-kawan. Rasanya sedap amat dengan sejuk2 macam tu. Tak rasa ginger sangat pun. Macam minum soda je. Sementara tunggu semua berkumpul, sempat lagi kami ambik gambar sekitar Green Dragon tu. Haha. 

Tics & guide book

Semua aiskrim dia boleh makan ya.

Our tour guide tak ikot masuk. Tak minat. Haha

dalam bas otw ke Hobbiton. Penuh kambing biri-biri.

entrance Hobbiton.

1st hobbit hole.

Comel-comel semuanya. Kena pandai2 curi masa ambil gambar.

Props. Honey.

Artificial cakes and loaf.

The only photo stop. Holes yang boleh masuk untuk ambil gambar. The tour guide will take the photo for us.

No Bilbo inside. Huhu

Another hole

Beautiful.

I wish we have more time to capture beautiful scene.

Beautiful


Dah tak dengar penerangan sangat dah. Haha. Ni tengah terang pasal scene blow kek buat dari polisterin yang terbakar tu.

Entrance The Green Dragon

Inside the Green Dragon
Ginger Beer

Ha. Sini bole ambik gambar 4juta kali tanpa tour guide chasing u to move faster. Haha

Lepas selesai tour, kami ke exit area untuk naik bas. Sampai ke Shire's Rest, masuk souvenirs shop beli cenderahari sikit. Mahal oi barang-barang Hobbiton ni. Keychain 8nzd seketul. Haha. Tapi belila jugak kan. Ada kawan kirim fridge magnet hobbiton juga. So belilah sekali. Kami dah tahap kebulur dah masa ni. Tapi since dah almost pukul 6, cafe dah tutup, kedai aiskrim pun tutup. So tak berpeluang lah nak order hot coffee or makan ais krim/waffles selain dari buka bekal yang kami bawa tu. 

Kat tepi shire's rest ni ada padang tempat letak kereta, so kami berkelah buka bekal kat situ, solat semua kat situlah. Tenang aman damai betul. Makan dalam dulang kat padang. Berselera lain macam. Haha. Lepas selesai semua, kami bertolak balik ke Auckland. Ambil masa dalam 1jam 30minit. End of our long day. 






No comments:

Post a Comment