سم الله الرحمن الرحيم
(Day 3-26/11/2017)
Hari ni kami mulakan sesi jelajah Auckland. Bermula dengan French Market. Pagi-pagi jalan kaki ke bus stop berdepan dengan Library Auckland Uni. Dari situ kami ambil bas ke French Market. Guna kad student kawan-kawan adik because it's cheaper. Nanti ganti top up jelah.
Ingatkan naik bas terus sampai market, harap maaf ya. Jauh perjalanan nak kena menapak lalu perumahan, turun bukit, naik bukit, baru sampai French Market tu. Adoi. Nyesal pakai kasut "cheta" ni. Pakai sport shoes baru ok nak mendaki & jalan jauh macam ni. So take note ye, takyahla fefeeling retis sangat nak pakai boots ke, kasut k-pop insole tinggi ke kalau jalan kat NZ ni. Buat seksa jiwa raga & kaki je. Haha.
|
Menapak ke Bus stop. There, Auckland tower. | |
Sampai French Market, kami explorelah. Tak besar sangat pun. Lebih kurang saiz pasar malam seksyen 7 je. Banyak jual food, pastries, honey, buah-buahan dan sayur-sayuran. Kat 1 area berbumbung ada cafe yang jual macam-macam pastries & coffee. Biasanya orang akan beli makanan kat market dan makan kat dalam ni. Kalau taknak order air, buat macam kami. Ambil je air kosong dalam botol kaca yang disediakan. Tu foc je. Cawan pun disediakan tapi kena ambil sendirilah. Kat bahagian belakang sikit tempatnya. Tak tau nak explain, boleh tanya orang kat situ.
Kami beli Phaella & try beli pastries yang super yummy. Harga kalau convert nangis la jugak. Haha. Sebab choc roll pon dalam 4-5nzd sebiji. Hehe. Tapi nak merasa kan, jadi sila pejam mata.
|
Phaella. Nice. NZD15 per pack. Banyak. So kami beli 2 pack untuk 6 orang. |
|
Macam-macam pastries. Sila pilih kedai yang baker dia Muslim. Ada 1 dalam ni. |
|
|
|
Both are nice. Especially yang choc tu. |
|
Things they sell |
|
Fresh vege. Handsome2 & lawa2 ya orang jual kat pasar pun. Haha. |
|
|
Lepas makan Phaella, kami ronda pasar lagi sekali pastu jalan kaki ke Parnell Rose Garden pulak. Again, jalan berbukit bukau. Maka rasa menyesal kali ke 2 pakai kasut tu. Tapi Rose Garden sangat lawa, makanya terubatlah rasa sakit kaki bila tengok roses gemuk2 dan berbagai warna. Maila jamu mata ya. Rose garden ni tepi jalan besar je.
|
Some of them smells so good. Some memang takde bau. |
|
Kita pon nak pose che ta jugak! muehehehe |
|
They are real! |
Rasanya almost 2 jam juga kat rose garden ni. Mak kawan peminat rose tegar so semua bunga dia ambik gamba. Haha. Lepas selesai kat sini kami menapak semula jalan kaki ke tempat naik bas sebelum ni. Bengkak kaki makcik oiiiii. Nasib baik nyaman-nyaman je cuacanya, jadi tidaklah penat sangat. Lama juga kami tunggu bas.
Dalam bas ada drama orang bawak "baby court" naik bas pastu tak bayar tics. Dok bertekak dengan bas driver kata bayar. Driver tu tunjuk kat mesin dia, bayar untuk sorang je, 1 lagi tak. Udahlah bawa baby court naik bas tapi kata stroller. Adoi. Perempuan tu siap dok ambil-ambil gambar nak viral la kononnya. Minta nama bagai. End up driver tu bengang, bawa jela bas tu sebab minah & mamat chinese tu tak nak turun. Tapi bawa bas macam orang gila jugalah. Marah sangat kot. Huhu. Dorang turun sama ngan kami lak tu. Sampai ke masa turun bas lah ambil gambar plat number bas & gambar pemandu. Entah pape je.
Sampai rumah kami rehat2 kejap. Pastu dapat makan Mussels Cheese yang budak-budak ni sediakan. Sedap gila. Haha. Jakun sebab tak pernah rasa. Muahahaha.
| | |
Cheese Mussels yang sedap. Nyams. |
Sepatutnya
ambil kereta jam 4, tapi dilewatkan sikit sebab orang tempat rental car
tu ada hal. So kami keluar semula dengan kereta sewa student untuk ke One tree Hill dan Mt. Eden. Pergh, parking kat belakang apartment budak-budak ni pun menyenget, kalau ku yang bawak, mau nangisla nak keluar parking ni. Nasib baik memang ada driver handalan kami. Huhu.
|
Menyenget oi. Udohle sempit. | |
1st destinasi kami adalah ke One Tree Hill. Ada macam tugu peringatan dan statue orang Maori yang merupakan orang besar zaman dulu kala. Jalan nak naik sini sempit je oi, mengelilingi lereng bukit. Haha. Kalau sesiapa nak hiking dari park pun boleh but we choose to go up by car la obviously.
|
One Tree Hill |
Kawasan dia tidaklah besar mana pun, boleh tengok Bandar Auckland dari atas bukitlah. Dalam less than 1 jam, kami bergerak ke Mt. Eden pula. This comes the adventure. Dari Car park ke Puncak Mt. Eden kami jalan kaki. Jauh juga perjalanannya. Bertabah jela, slow slow naik. Masa halfway, rental car call dan Ain & Faiz turun semula untuk ambil kereta. So kami yang lain tinggalla, meneruskan langkah menapak naik sampai ke puncak.
Almost sunset baru Ain & Faiz sampai semula. So kami tunggu sampai sunset pastu baru turun. Kalini tak menapak jauh sangat sebab parking kereta just before steep road mendaki ke Mt. Eden tu je. Cisss..rupanya kereta boleh naik sampai situ ya. Tertipu!!Haha.
|
Besar & segar2 sayurnya. |
|
Shop like a local katako! |
|
Dinner! |
|
Bekal ke Rotorua. |
No comments:
Post a Comment