سم الله الرحمن الرحيم
(Day 13-6/12/2017)
Harini hari last kat Dunny. So pagi-pagi kemas rumah, rutin biasa sebelum check out. Masa dah nak keluar ni, care taker datang nak ambil cadar untuk laundry semua. Risau juga masa tu sebab takut dia ingat kita check out lambat kan? Tapi takdela lambat pun. Cun2 pukul 10.
Pagi ni kami explore kawasan city je. Sebelum tu, singgah rumah kawan ain hantar barang basah yang nak bagi dorang. Pastu kami terus ke Railway Station Dunny. Dunny railway station ni bangunan lama, dari tahun 1906 lagi. Kat tepi jalan area city je, senang nak cari. Within walking distance ada Cadbury Chocolate Factory. Tapi since review cakap dah tak best macam dulu, so kami tak pergi. Sebab tiket masuk pun dah 20dollar, kotla dapat choc free kan?choc kena beli asing lak. Haha.
Spend masa kat sini dekat sejam lebih juga rasanya. Biasalah, segenap inci nak bergambar kan? Depan jam je dah berapa shot. Haha. Beli syiling sempena sambutan 100tahun railway station ni. 2nzd dapat sekeping coin. Kat dalam railway station ni, ada souvenirs shop dan kat tingkat atas ada exhibition lukisan. Kita boleh masuk sampai kawasan tepi landasan keretapi. Kat situ la spend masa lama pun selain kat kawasan taman depan railway station tu. Memandangkan buildingnya melebar, jadi adalah amat susah nak ambil full building in a picture, unless kat seberang jalan kot. Tu pun, tak tentu lagi. Tapi kalau pakai wide lense boleh kot. Huhu. Jom layan gamba ye.
|
Dunny Railway station |
|
Nak ambil full susah. |
|
Inside the station. View From 1st floor |
|
Tak sempat lawat. Ambil gamba ni jelah. |
|
Beli coins pun nak ambil gambar. Haha |
|
Feeling model jam lah agaknya ni |
|
1 door close, another door open. Don't wait for too long. |
Lepas selesai di sini, kami ke Botanical Garden. Luas boleh tahan. Macam-macam bunga boleh tengok tapi kami banyak spend time kat Rose Garden dia. Bila masuk garden, makcikla yang paling teruja sekali. Semua gambar bunga dia ambik. Haha.
|
Peace |
|
Big & beautiful |
|
Ros semua gems-gems. This 1 wangi |
|
Color yang jarang jumpa |
Rose Garden ni kiranya destinasi terakhirlah. Kami nak makan pastu terus ke airport. Sebab kena uruskan hantar kereta lagi kan. Plannya nak makan kat Pizza La Porchetta sebab situ halal. Kawan ain yang suggest. Berpusing-pusing juga cari parking, end up kami decide untuk take away je, pastu makan kat mana2. Me and makcik turun untuk pegi beli makanan. Masa tunggu order baru ain sampai. Memang a good choice pun take away je, kalau tak berkejar2 rasanya nak ke airport nanti.
|
Our La Porchetta |
|
Salmon |
|
Chicken |
Lepas dah dapat makanan, terus gerak ke airport. Drop barang dan kitorang semua pastu ain, aisyah & faiz pegi settle hantar kereta. Boleh tahan lama juga urusan settle kereta ni. Naik cuak pula kami sebab barisan macam panjang juga. Kali ni dah bijak sket, check in barang, pastu cakap takde hand luggage. Haha. Sebab kita kan da dapat tag hand luggage masa fly datang south aritu, so tak mau ngaku ada hand luggage lagi. Nanti kalau timbang overweight jadi hal pulak. Huhu.
Lepas dah selesai check in, kami makanlah pizza. Kami-kami yang tak settle kereta ni dah memang makan sikit-sikit tadi, ni sambung la lagi dengan dorang. Haha. Beli 2 flavor, satu smoke salmon, 1 lagi chicken. Yang smoke salmon tu tak laku sangat. Haha. Sebab masin kot. Standard rasa Salmon lah kan. Ku memang tak berapa nak onzz salmon ni tapi boleh jela makan. Maybe rasa dia raw sket kot, tu yang tak berapa nak boleh telan. Kalau ada sos, bolehla kot. Haha. Dah selesai semuanya, kami gerak ke gate untuk tunggu flight balik Auckland. Flight Dunedin ke Auckland ambil masa lebih kurang 1 jam 45 minit.
|
Bubye South |
Sampai Auckland airport, tunggu beg. Ain dan Aisyah solat jap sebab dah sampai umah kang takleh jamak plak dorang kan. Lepas selesai semua, terus ke shuttle van. Dah lama tunggu kami. Masa dalam van ni ku kena duduk row depan, ada pilot kat sebelah. Amboi, kemainla budak2 ni membahan. Surihati Mr. Pilot kononnya. Hahaha.
Sampai rumah kami rehat-rehat dulu. Pastu keluar makan, tak larat nak masak. Haha. Ain & Aisyah bawak makan kat Shaolin Chinese Noodle, halalla of course. Order kemain lagi sebab lapar punya pasal, sekali portion banyak. Jenuh nak habiskan. Huhu. Habis makan, balik rumah ready barang untuk trip next day pulak. Memang fully utilized lah hari2 kami. Penat takyah cakaplah tapi kalau nak rehat lama-lama nanti rugi masa pulak kan. Balik Malaysia kang kita rehat puas-puas ya.
|
Dinner |
|
Nyams |
|
Nyams jugak |
|
Nyams gila |
No comments:
Post a Comment