background

Monday, 2 April 2018

NZ Summer Roadtrip (24/11/2017-10/12/2017)

سم الله الرحمن الرحيم
     (Day 14-7/12/2017)

Hari ni kami ke Mount Maunganui. Pagi-pagi ambil kereta dan bersiap untuk ke sana. Kali ni bawa sleeping bag semua sebab backpackers hostel yang kami stay nanti memang basic gila. Selimut bantal semua pun takde. Haha. Memang kokak abislah sebab yang tu je murah. Homestay area Mt. Maunganui semua mahal-mahal. Tahap 500nzd pernight gitu. 

Perjalanan dari Auckland ke Mt. Maunganui mengambil masa selama lebih kurang 3jam. Tu tak termasuk ada singgah Pak n Save beli stok makanan untuk bekal kat sana. Sampai di Tauranga, tempat terletaknya Mt. Maunganui ni tengahari. Dalam pukul 1lebih macam tu. Panas lit-lit oi. Kalau mendaki memang terbakar. Mt. Maunganui ni betul2 gunung tepi laut. Sekitarnya tu surf beach. Patutlah harga hotel dan homestay mahal tak hengat. Summer kot. Peak season. Oleh kerana kepanasan, kami decide untuk jalan-jalan sekitar bandar dulu then dah teduh sikit dalam pukul 2lebih petang baru start mendaki. 

Jumpa benih lupin

merendek kedai sv

wah, ada mount counselling    



Kami meronda sekitar shop lot area Tauranga ni. Me & Ain tengok-tengok kejap je sebab memang takde apa nak beli sangat pun. Just beli fm Mt. Maunganui je. Lepas dah tak tau nak ke mana, kami tunggu jelah dorang kat bangku kaki lima kedai. Tunggu punya tunggu dah lebih setengah jam tak selesai lagi, so kitorang decide nak cari makan. Kebulur dah. Haha. Kami jalan kaki ke Burger Fuel dan suruh dorang ke sana je. 

Burger fuel memang super sedap. Boleh request Halal punya, Adoi. Tengah tulis ni terbayang-bayang pulak ke"juicy"an daging burger tu. Huhu. Kat sini kami ambil wudhuk siap-siap, nanti sebelum mendaki boleh terus solat.

Silala makan kat sini kalau ke Tauranga ya.

Nyams sangat!!

Lepas makan, kami terus menuju ke kaki Mt. Maunganui, kat kaki gunung ni betul-betul kawasan tepi pantai. Banyak bot dan kapal layar jugak. Hotel, apartment dan holiday park pun berdekatan. Kami solat dan get ready untuk daki. Makcik tak nak naik so ain stay untuk temankan makcik. Lagipun dia dah pernah naik sebelum ni. Maka kami berlima termasuk nuqman je yang naik. 

Ready to go

Track takdelah steep sangat. Ada certain tempat je, cuma berpasir sikit so agak licin. Untuk yang jarang buat aktiviti outdoor memang kena bertabah sikitlah melayan semput sebab perjalanan sampai puncak ambil masa lebih kurang sejam mendaki. Tapi view dari atas tu lawa. Boleh nampak bandar Tauranga dari puncak. Bandar pesisir pantai. 

Jauh perjalanan



View kat summit

Summit Point

Bandar pesisir pantai


Kurus sikit ibu jari tu lepas mendaki kan?muahahahaha


Total time mendaki, stay kat atas dan turun semula lebih kurang 3jam. Kami sampai bawah semula dalam jam 8lebih kot. Dekat maghrib. Ain dah call few times risau sebab lama sangat. Haha. Masa turun ni ku lambat sikit, tertinggal kat blakang so dah tak tau dorang yang lain ambil route mana since dia ada 2 simpang. Tapi redah jela, tawakal je tengok ada orang lalu. Alhamdulillah betul jalannya. Tapi kami turun kat pesisir pantai dekat holiday park. Kena lalu holiday park untuk sampai tempat kami park kereta. Maybe jalan ni lain dari yang ain cakap sebab sepatutnya kami akan lalu tangga yang turun dekat area parking. Haha. Mana-mana jelah, janji sampai kan? 

Senja nan merah

Lepas rehat sekejap, kami teruskan perjalanan ke Thames. Dari Mt. Maunganui ke Thames ni ada 1 tol. Bayar online ya tol dorang. Dorang detect no kereta je. Kena bayar within 2 weeks. Kalau lewat, denda. Kalau sewa kereta, masa hantar kereta tu bagitaulah nak settlekan tol skali. Macam kami sebab ain memang ada akaun sana, senang nak berurusan bayar online semua. Kalau memang dari Malaysia, rasanya nak senang tanya rental yang kita guna tu macamana.

Perjalanan ke Thames ambil masa 1jam 45minit. Jalan boleh tahan terhuyung hayang bengkang bengkok ala-ala jalan ke Te Anau. Semua pun dah terlelap sebab kepenatan. Kesian driver terpaksa tahan ngantuk. 

Kawasan kami tinggal ni memang on the way ke Coromandel dan agak terpencil. Jenuh terjenguk2 mencari macamana nak masuk rumah. Akhirnya jumpa care taker. Angkut semua barang dan masuk bilik. Bilik kat rumah ni ada 4, tapi dia buka 2 je. Jenuh ain & faiz explain minta buka 3 bilik tapi dia tak faham, siap tunjuk 3 pun tak faham juga. Dia cakap dia kurang dengar. Jadi redha jela dengan 2 bilik je. Adoi. Sabar jela. Nasib baik minta baldi untuk bilik mandi faham. Hahaha. Care taker tinggal dalam rumah ni juga rupanya. Rumahnya sama je macam rumah-rumah kami pernah duduk, cuma yang ni style backpackers hostel. Tapi since kami je yang check in situ, elok jela bermaharajalela macam rumah tu kami yang punya. 

Malam ni masak nasi je. Sebab dah beli siap-siap ayam panggang. Tinggal panaskan je. Sedap. Huhu. Maybe sebab dah kelaparan. Dah makan, mandi semua terus zzzzzzzz. Penat oi mendaki & perjalanan seharian.


No comments:

Post a Comment