background

Tuesday, 3 April 2018

NZ Summer Roadtrip (24/11/2017-10/12/2017)

سم الله الرحمن الرحيم
(Day 17-10/12/2017)

Harini dah nak balik. Huhu. Flight jam 8.20 malam tapi shuttle akan ambil jam 4.30petang. Sedihnya. Huhu. 

Since kami teringin nak makan Mussle cheese macam yang Ain buat masa 2nd day kami sampai, maka pagi ni kami sewa kereta ke Fresh Market. Kami je join, pakcik makcik tak ikut. 

Market ni buat kat kawasan padang, dan macam kat Pasar Sekyen 13 Hari Ahad tu. Macam-macam jual. Barang basah, alatan rumah, kain baju semua ada. Maybe kami sampai dah lewat so mussle yang ada kulit dah habis, yang ada hanya yang dah siap kopek. So tak jadi beli.

Sini boleh nampak macam-macam bangsa ada, peniaga mostlt chinese, Indian pun ada. Orang-orang datang kat pasar ni macam mostly Asian kot termasuklah Arab. 

Emi beli cherry untuk bawa balik Malaysia. Ku takde mood nak membeli sebab masa ni perut tengah sakit amat. That explain why takde pic kat pasar kecuali a video.

Lepas dah settle beli barang, kami balik. Tapi nak balik ni punyalah jem. Sebab banyak kereta menuju keluar dan hanya ada 1 gate je untuk keluar. Siap ada yang gaduh sebab potong queue. Banyak-banyak hari, hari last pulak nak jem kat nz ni. Oh, singgah Pak & Save beli Mussle kejap.

Dah sampai rumah, dorang singgah beli makanan kat kedai kebab tu, tapi ku dah tak larat nak tunggu, terus balik. Konon nak balik iron baju, kemas barang-barang lagi & mandi. Tengah iron baju sekali termuntah sebab period pain teruk sangat. Huhu. Makanya, makan ubat dan tidur jelah yang boleh. Terkubur harapan nak jalan-jalan ke kawasan universiti ambil gambar depan fakulti Ain. 

Tumpang gambar Nuqman jela. Aunty tak sempat gi sini. Hukhuk

Lagi sejam shuttle nak sampai baru Ain kejut bangun tidur, makan dan kemas few things lagi. That explain why banyak sangat barang tertinggal kat Auckland. Sebab tak sempat cek apa lagi barang yang tak masuk beg. 

Nyams sangat. Tapi perut sakit, kurang nikmat makan. Huhu
 
Bye Pembridge
By 4.20petang shuttle sampai. Terawal sikit. Driver shuttle kali ni ganas betul. Main langgar segala bump. Huhu. Ain & Aisyah tak ikut naik shuttle. Dorang akan datang airport by 5pm, sewa kereta. Kalau pakai shuttle mahal kot untuk dorang yang tak naik flight ni. 

Bekal. Minum kat airport je. Haha

International terminal

Check in

Kami selesaikan urusan check in. Memandangkan kami Premium Flex jadi diberi prioritylah. Barisan check in agak panjang sebenarnya. So kalau tak ambil flex, sila pegi airport awal sikit ya kalau u all pegi nz masa peak season macam kami ni. Oh, nasib baik luggage tak overweight. Siap ada extra 5kg lagi. Huhu. Nyesal addon 10kg, patutnya 5kg pun cukup. Tapi takpe lah. Baik lebih dari kurang kan?HAHAHAHA. Lepas check in, kami lepak kat 1st floor area kfc dan international departure tunggu Ain dan Aisyah sampai. 

Ramai gila Malaysian kat airport ni. Yela, semua pakat mai nz kan. Semenjak air asia ada route ke Auckland ni, memang menjadi destinasi tumpuanla. Kalau dulu susah sikit.

Sambil tunggu nak masuk gate, kami makan balance food yang bawa dari rumah & ambil gambar kat depan statue besar tu. Ntahle amende namanya. Dalam jam 6.00lebih kami masuk departure gate sebab tak mau nanti lambat pulak proses imigresen semua. Lagipun Ain & Aisyah dah nak balik, kereta tak boleh sewa lama sangat. 

Bye bye encik yang tak senyum

Dah nak masuk.
Bye
 
Thanks nz for the memory
 
Gate 16a

Flight

By 8.20 kami berlepas ke Gold Coast. Sampai Gold Cost 8.50 malam waktu Gold Coast. Transit kali ni rasa sekejap sangat. Memang kalut. Sempat pergi toilet kejap je. Keluar toilet nampak dah beratur semula untuk naik flight. Ada yang sempat ambil wudhuk je, tak sempat solat so solat dalam flight. 

Back home
Hello Malaysia!
Kami sampai dalam jam 420pagi, 11/12/2018. Nasib baik arini memang cuti birthday sultan Selangor. Oh, maybe sebab harini cuti juga staf kat Imegresen muka ketat semacam pagi-pagi kena kerja dihari cuti. Huhu. Sabau yolah. Emi & family terus balik. Ku melangut kat Kopitiam dulu, tunggu Atin ambik lepas Subuh. What a long day. Huhu. 

Maka habislah journey 17hari ke bumi Kiwi. I had a wonderful & great time. Duit habis? Of course. Tapi dapat banyak pengalaman untuk dibawa pulang. Memori untuk jadi kenangan sepanjang hayat. 

No comments:

Post a Comment