background

Monday, 2 April 2018

NZ Summer Roadtrip (24/11/2017-10/12/2017)

سم الله الرحمن الرحيم
(Day 15-8/12/2017)

Harini breakfast simple je sebab dah tak masak. Makan roti & telur ngan habiskan balance ayam semalam je. Pastu ada buah-buah yang makcik pakcik beli. Rutin before check out seperti biasa, kemas rumah. 

Kami gerak ke Coromandel jam 10.30pagi. Sampai dalam jam 12lebih. Parking lot kat sini kecil sahaja so kena queue dan tunggu parking boleh tahan lama jugalah kalau parking full kan? Kami berpusing 2,3kali juga tapi rezeki tak kena tunggu lama sebab ada yang keluar. 

Dari parking lot kena jalan kaki selama 45minit melalui War Memorial Forest untuk sampai ke Cathedral Cove. Perjalanan most of the time landai tapi ada juga mendaki dan menurun bukit. Memang perlu bertabah. Haha. Rasanya NZ dan jalan jauh untuk sampai ke setiap attraction memang berpisah tiada kot. Makcik dah kena pakcik "heret" sebab lutut dah sakit. 

ni laluan dari selepas car park menuju ke beach
Boleh explore sepanjang beach macam dalam peta ni. Tapi jalan jauh sikitla.

Melalui memorial forest untuk sampai ke Cathedral Cove
Tangga untuk turun ke beach. Steep. Tabahlah especially masa naik

Kami turun siap bawa tuala bagai sebab ingat nak mandi. Tapi bila tengok changing room dia takde air untuk bilas badan, tak jadilah. Main air je. Takut melekit. Tapi surprisingly, air dia tak melekit macam air laut selalu kita pegi tu. 

Kami kat beach dalam 1 jam. Layan view dan bergambarlah ape lagi. Bawah cove tu masa air tak tinggi boleh lalu untuk ke the other side of the beach. Meh layan gambar la ya. 

Beautiful beach

Air sejuk

Under the cove

The other side of the beach

Pakcik pose atas batu. Kena queue nak bergambar atas batu ni. Haha



Dok fikir nak mandi ke tak. Haha

That famous cathedral cove a.k.a. kepala kuda


Pakcik Gandalf
Dah sejam kat sini, kami gerak semula untuk ke parking. Masa kami semua dah nak naik, Emi baru nak turun. So kitorang teruskan jelah naik ke parking, Faiz teman Emi turun semula ke beach. Masa kat Infomation area makcik perasan selipar dalam plastik takde, so pakcik turun semula ke beach untuk cari. Huhu. Gigih betul, dahla jauh. Naik atas balik baju basah dengan peluh. 

Unik

Kami melangut je kat situ, pastu dah bosan & kebulur, cari makanan kat kereta. Nasib baik ada maggie. Maka makanlah maggie buat macam cekedis sambil kongsi dengan burung. Dok perhati burung bergaduh, tak mau bagi kawan dia makan maggie yang kitorang bagi. eh eh, kedekut pulak awak ya. Siap halau-halau lagi, padahal dia pun menumpang yang orang bagi je pon. Huhu. Ngan burung pun boleh jadi gaduh kalau dah kebulur ni. Hahahaha.

Nak turun ke Hahei Beach tak larat dah nak menapak 25 minit tu
Kalau ikutkan plan asal, gerak dari sini jam 3.00 petang so akan sampai Auckland dalam jam 6.00petang. Solat & rehat jap, boleh terus ke Pak n Save beli coklat sementara ada kereta. Tapi since dah drag masa, by 5 petang masih di situ, maka Ain tukar plan untuk kami singgah di Pak & Save Thames dan beli coklat kat situ je. Sebab dah tak sempat sampai Auckland before Pak n Save tutup. Kereta pula kena hantar by 8 pagi esok.

Masa ni lapar toksah cerita lah. Sampai Pak & Save ingatkan boleh beli ayam panggang dan makan buat alas perut, tapi ayam dah habis. Maybe sebab dah nak malam kot. So kami beli apa yang ada sajalah untuk makan selain beli coklat untuk bawa balik Malaysia. Dok search cari nearest Halal restaurant, ada subway je yang berdekatan. End up kami pasrah makan apa yang ada jelah. Tunggu makan nasi kat rumah, Ain dah minta Aisyah tolong belikan makanan kat kedai Kebab depan rumah. 

Sampai Auckland dekat jam 10 malam kot. Makan pastu terus tidur. Esok kalau ikut plan ada fruit picking tapi since banyak ladang full, maka akan pergi makan ice-cream kat strawberry farm & ronda city jela kot. 








No comments:

Post a Comment