background

Sunday, 1 May 2016

Europe Trip (Episode 11)

بسم الله الرحمن الرحيم

21 Mac 2016

 Harini sesi berjalan-jalan di Paris. Dan harini semua public transport percuma sebab katanya Paris ada air polution. Alhamdulillah, jimat tang bajet trem. 

Destinasi pertama kami adalah Musee d louvre yang terkenal sangat dengan gambar Mona Lisa tu. Naik Metro & stop kat station Palais Royal – Musée du Louvre. Ramainya orang kat luar muzium. Pastu tanah putih aje. Dalam gambar da macam ada snow. Sejuk tahap ketaq juga pagi ni. 

Kami masuk bahagian bawah muzium untuk beli tiket masuk. Mak aihhhh, ramainya. Masa tengah beratur, my sis nampak ada 1 mart yang jual tiket masuk juga, tak ramai orang sangat. Agaknya sebab orang tak tau. So, kami beli 3 tiket, 12euro/pax. My sis, free sebab dia ada Garda. Lepas da ada tiket, kami keluar dari building muzium dan masuk dari glass pyramid. Security cek memang dasyat ni. 

Entrance ni hanya untuk orang yang pakai tiket, yang warga Europe dan yang ada Garda, dorang masuk entrance lain. So my sis tak boleh masuk dengan kami, security tak bagi. Tapi agaknya dia tengok kitorang da macam terpinga-pinga pastu dok pesan-pesan nanti nak tunggu kat mana dalam muzium tu, tetiba security bagi my sis masuk through entrance tu jugak. Haha. 

Besar amat Louvre ni. Antara yang terbesar di dunia kot. Kalau nak masuk semua galeri, sehari memang tak cukup. Tapi, muzium ni banyak sangat patung bogel. TERLALU BANYAK. adoi. Katanya patung bogel ni symbol of sadness, orang zaman dulu-dulu sedih sangat ke?pastu asal sedih je ukir patung bogel?gitu...adoila...haha... 

So kami pon pergi cari section yang ada Mona Lisa tulah, Italian Art. Jauh juga dan yang pastinya orang ramai. Nak ambik gamba kena selit-selit la. Lepas tu kami lepak-lepak je kat kerusi dalam muzium. I'm not into muzium sangat. Sebab ada rasa creepy dengan patung-patung. huhu. Pastu kami sungguh2 cari gamba Mary yang macam dalam cerita 99 cinta dilangit Ilahi tu. Wah. Jumpa. Excited betul. Kalau compare tulisan di tudung Mary, memang tu tulisan arab lama. Lepas tu, kami melawat section Islamic world. Section ni baru buka je, so tak banyak sangat bahannya. Dah habis, kami ke Fragonard. "Muzium Perfume" yang ada kat tingkat bawah Louvre. My sis pernah bli perfume Fragonard ni. Best baunya. Harga dalam 16-25euro, tengok jenis perfume dan saiz botol. Lepas shopping, terus keluar sebab kami nak ke area Eiffel Tower. Owh, lupa cakap, dekat area Louvre ni ada
 Arch de Triomphe du Carrousel, tapi kami tak naik pon macam dalam cerita 99 cinta tu. Kalau naik, maka dapatlah tengok susur sungai dan building-building utama Paris yang dibina secara garis lurus menuju "the true city of light" iaitu Mekah.

Dari sini, kami naik Metro ke station Bir-Hakiem menuju ke Eiffel Tower. Excited tengok Eiffel dari dekat. Tapi tak pula rasa ia simbol cinta sangat. haha. Kami decide untuk naik Eiffel Tower, bayaran 9euro, nak beli tiket kena beratur panjang. Pastu tunggu turn nak naik pulak. Tapi berbaloilah. Seronok dan sejuk. Makcik tak naik. Lepas turun dari Eiffel, beli souvenirs sikit, terus gerak balik ke Hotel untuk makan dan ambil beg nak catch train ke Amsterdam @ 722pm. Makcik still fobia dengan insiden hampir terlepas flight, so dia insist nak sampai awal ke Train Station. 

Memandangkan public transport harini free, kami pun ambil kesempatan untuk naik metro je ke train station. 1 stop je pun tapi oklah, menjimatkan tenaga. Haha. Masa ni dah rasa agak kelaparan sebab tak jumpa nasi seharian. Kami naik Thalys Train dari Paris ke Rotterdam, tiket 50euro. Tiket flight lagi mahal masa ni, sebab kami beli agak last minit memandangkan ada kemungkinan tak dapat ke Paris (walaupun tiket Pisa-Paris dah beli) kerana isu Charlie Hebdo tu. By the time kami dapat info yang Paris selamat untuk dikunjungi oleh Malaysian Ambassy kat Paris, tiket flight Paris-Ams dah mahal. So tukar plan naik train. 

Why stop at Rotterdam? Sebab tu hentian terdekat untuk ke rumah kawan di Dordtrecth. Sampai di Roterdam Station 2jam 40minit kemudian, kami disambut oleh my friend's husband untuk ke rumah mereka di Dordrectch. Naik train tambang 4.20euro.

Sampai Dordretch station, jalan dalam 10minit, sampai rumah kawan dan jumpa nasi. Yeay!! Masa untuk rehat and ready untuk explore Amsterdam pulak.

Arch de Triomphe du Carrousel

Ramainya orang nak masuk Louvre

1/2 Louvre, betapa besarmya sampai tak muat kamera nak masuk semua. huhu
Kerudung Mary dengan kalimah "lailaha Illallah"

Famous Mona Lisa



View form 2nd floor
Sejuk kat atas ni. Angin kuat.
'
"Dikaki" Eiffel Tower


 
Olla Eiffel

Monday, 25 April 2016

Europe Trip (Episode 10)

بسم الله الرحمن الرحيم


20 Mac 2015

Dari Pisa ke Paris ambil masa lebih kurang 1 jam 40 minit, naik easy jet. 
Sampai airport, me & my friend tunggu beg keluar since beg kitorang berdua kena masuk kargo. Masa kami menunggu, nampak my sis & makcik tengah borak-borak with a guy. Lepas dapat beg, kamipun bergerak untuk keluar dari airport untuk ambil trem menuju ke city. Owh, airport ni ada surau with label  "mosque ". hihi

Masa berjalan nak keluar airport, jumpa pakcik yang makcik & adik borak tadi.Adik tanya dia macam mana nak ke area hotel kami, so he explain panjang lebar & it sounds a bit tyring. huahuahua. Pastu dia offer untuk hantar kitorang, caj gas 40euro. Kami ni dok terkebil2 nak pergi ke tak. Pastu cakap macam takde duit. Tapi sebenarnya sebab takut. huhu. Tapi, akhirnya kami decide untuk follow dia jela since perjalanan naik tram & tukar tram few times tu amatlah memeningkan kepala. Untuk mengelakkan buang masa kot-kot tersesat, kami memang tawakal jela. Nampak macam orang baik je Pakcik ni. haha

Masa dalam van dia, baru tau dia muslim dan memang buat kerja tourist guide ni. Datang airport untuk hantar customer juga. Masa on the way ke Hotel, my sister navigate jalan kat phone dia. Yelah, mana tau kot-kot dia bawak entah ke mana-mana kan? Tetiba dia tanya, you navigate the road? ayoyoyo..bak kata my sis, dilema nak ngaku ke tak. Risau kalau dia fikir kita tak percayakan dia. Tapi ngaku jelah akhirnya. And, dia terus keluarkan phone dia sambil bagitau " use my phone, my internet is free. U don't have to use your data roaming". Haha. Sabar ajelah. Dahla kadang-kadang dia tanya my sis, "am i using the right route?" muahahaha. Pakcik ni rajin nau-nau bercerita pasal Paris, pasal orang islam kat Paris. Budaya orang Paris yang suka buat perhimpunan kalau nak bantah apa-apa. 

Lepas 30minit to 40 minit, sampailah kami kat Hotel Altona. Just down that road, ada Train Station Paris Gare du Nord. Kami akan ke Amsterdam naik train kat situ lah nanti. Hotel ni selesa jela walaupun bilik tak seluas Guest House di London.ada free wifi, dan yang penting kedai makanan halal just selang 2 pintu je dari main entrance hotel. 
Kos untuk hotel ni 109euro bilik untuk 4 orang, 2katil queen

Lepas dah check in, rehat-rehat dan mandi. Terus I told everyone that i wanted to see Eifel Tower at night. Siapa tak nak ikut, just stay in the room. Sebab memang purposely request kat my sis nak ada kat Paris siang & malam semata-mata nak tengok Eifel Tower in both day & night. Haha. so kalau melepek kat bilik, tak dapat lah tengok kan? Kalau ikutkan penat, memang sangat penat. Tapi this is what we have to bear kalau nak travel. so akhirnya, semua ikut. haha. We have dinner dekat kedai tepi hotel & just go. 

Dari hotel ke Train station (Metro) just jalan 5minit. Tambang pergi balik lebih kurang 4euro.  Keluar-keluar dari metro station (Trocadero, Line 9), jalan sikit nampak Eiffel Tower depan mata....waaaa...cantik...dahla sejuk tahap gigil. Paris bagi kami rehearsal untuk rasa sejuk sebelum balik Dublin yang memang sejuk sentiasa tu. Italy nyaman-nyaman je. 

Stay kat situ dalam 30minit je kot. Ambil gambar. Tengok-tengok bebudak melepak main skate turun tangga tinggi tu pastu balik semula ke hotel. Kat sini ramai orang kulit hitam jual replika Eiffel Tower & keychain. Tapi kami tak beli pun. Tunggu esoklah kot.

Masa naik Metro balik hotel, ada kejadian lawak. Haha. Kami salah turun line. Metro station ni, kita kena tengok betul-betul mana 1 line kita nak naik atau nak turun, sebab kalau salah, kita tak sampai tempat yang nak dituju. Dalam panik-panik cari jalan keluar tapi takde, akhirnya kami decide untuk tunggu je next train sampai dan jadikan dia jambatan nak ke line kami yang betul. Memang agak lawak sesi kejar-kejar takut pintu train tertutup & nak make sure semua orang lepas. HAHA. Dah berjaya misi menyelamat, kami gelak ramai-ramai. Macam-macamla cara yang kita akan terfikir untuk atasi masalah bila dah terdesak tu kan?

Beautiful Eiffel Tower



Station terdekat dengan hotel kami adalah Barbès-Rochechouart

Night in Paris

Building menghadap Eiffel Tower, statue bogel kat belakang tu buat sakit mata

Jalan-jalan cari Pengalaman

بسم الله الرحمن الرحيم


Wanted to share amazing photos  from my vacation in Ireland last Winter. 

Had a wonderful year end and new year 2016 vacation with the nature, but don't have time to share it just yet. (europe trip pon tak settle2 lagi, but almost done, InsyaALLAH) 



Wicklow National Park, Ireland

Carrick-a-rede rope Bridge, Belfast

Stephen's Green Park, Dublin


Cliff's Of Moher, Ireland