سم الله الرحمن الرحيم
5.1.2016
Harini kami ke Cliffs of Moher. 2 kawan adik join sekali. Ada 2 choice untuk ke Cliff ni menggunakan bas. 1st, join tour macam kami lah. 2nd, beli tiket bas untuk pergi Cliff tu, dia akan drop kita kat sana pastu petang dia akan datang ambik. So we spend the whole day kat sana. Kami plan nak ambil 2nd choice tapi dah full. So terpaksa ambil tour bus yang ada beberapa stop tu. Huhu. Takpelah kan.
Tour ni pepagi buta juga, sebab dia ambil masa 3 jam dari Dublin City. So kami gerak dari rumah pukul 6lebih. Nak sampai city @ 7am. Mula-mula book teksi. Tapi teksi tu lambat sangat, kebetulan ada bas, so kami naik jelah bas. Memang semput-semput je masa. Nasib baik tak kena tinggal. Kawan adik yang sorang lagi tak sampai-sampai so kami suruh dia tunggu another stop sebab takut tak sempat sampai kat tempat kami naik tu.
Dipendekkan cerita, sebelum sampai ke Cliff's of Moher ni, kami singgah di Corcomroe Abbey, 10minit photo stop. Ku tak suka benda-benda macam ni. Kawasan kubur dan church lama. Huhu. Kalau google gambar2 kat Corcomroe Abbey ni, ada yang nampak creepy skit, tapi ada juga orang wedding photoshoot kat sini. Pilihan memasingla tu ya.
By the way, jalan ke Cliff's of Moher ni agak mencabar. Memang nampakla kereta-kereta yang tak biasa drive sini agak teragak-agak nak jalan bila selisih dengan bas. Maunya tak, silap corner masuk laut oi.
|
Bahagian dalam |
|
Dari luar. Before masuk building, lalu kubur-kubur dulu. Adeh. |
Kami teruskan perjalanan dan stop sekali lagi di kawasan baby cliff. Anak cliff's of Moher agaknya. Pun 10minit photostop jugak. Masa ni ada bas lain yang stop jugak. Driver kami siap pesan lagi, make sure kita satu bas on time, lawan dengan bas satu lagi. Bila kami dapat gerak dulu sebab ahli dah cukup, semua orang siap sorak-sorak lagi. Haha. Mudah terhibur gittew. Pastu kami teruskan perjalanan, ada small town dekat sini, bas berenti kejap. Ada orang ke toilet kot. Kami turun juga bas, tapi tak g toilet pun. Ada yang siap jalan sikit tengok kawasan sekitar tu, tapi kitorang tak berani nak jalan jejauh, kang kena tinggal pulak.
Lepas tu, before sampai Cliff, ada 1 stop. Yang ni lama sikit. 1jam kot. Coffee stop. Tapi dia berenti kat kawasan bar. Kami masuk tumpang toilet jelah. Pastu makan kat bench kat luar kawasan bar tu. Bawa bekal spagetti goreng & nasi with ayam. Pastu solat sekali kat kaki lima.
Masa ni kejadian cuak berlaku, baru perasan phone adik tertinggal kat dalam bas. Atas seat. Dahla ada sekumpulan lelaki yang nak naik bas tu, maka ku cepat-cepat naik juga untuk ambil fon. Nasib baik ada kat situ. Huhu.
|
Jalan menuju Cliff |
|
Baby Cliff |
|
Ingat kot gamba tak lawa. Rupanya ok je tapi nampak tak ok bila tengok masa terang sangat. Cis, nyesal tak snap banyak. |
|
Our bekal. Spagetti goreng & nasi putih with ayam |
|
Solat. Since jauh, boleh jamaklah. |
Masa nak sampai ke Cliffs ni, nampak dia punya kawasan kedai-kedai ala-ala rumah-rumah Hobbiton sebab dia buat kat kawasan bukit, excited gila. Huhu. Tak sabar kot. Kami boleh spend kat sini dalam 2/3jam.. untuk explore Cliff's of Moher. Pastu kena naik bas balik.
Jauh juga menapak nak explore Cliff ni. Masa sampai mendung, so gambar Cliff tak jelas sangat. Sedih hokeh. Masa half way dan hujung-hujung tu da terang, baru OK. Gembira betul. Walaupun semput juga berjalan jauh dan ada kawasan yang macam kena mendaki sikit. Dahla kena bertabah lalu kawasan lecak dan licin. Memandangkan angin tak kuat, kami gigih panjat tembok batu untuk ke bahagian yang lebih dekat dengan lereng tu. Adik ku cuak masa nak bergambar kat situ, tapi demi gambar, cuak2 pun berkeping-keping juga ambik. Walaupun ketaq-ketaq tangan dan posing kejung je. Haha. Kita nak buat aksi2 sket pun dia da terjerit-jerit. Huhuhu. Kalau windy, memang dilarang keras ya panjat tembok tu. Sebab takut jatuh cliff. Dah ramai kot yang jatuh, sampai ada tugu memperingati mangsa-mangsa yang terjatuh cliffs tu lagi. Penat dah bebel panjang, meh layan gambar.
|
Mula-mula sampai. Cuaca mendung. Tak lawa sangat sebab gelap |
|
Hobbiton versi Cliff's of Moher |
|
Kelam. Huhu. Jenuh adjust mode kamera. |
|
Jenuh kena menapak anak tangga. |
|
Pose tak sengaja. Elok nak snap, hoodie terangkat sebab angin kuat sangat, But it turns out to be beautiful pic. Haha.Feel Marrilyn Monroe chuols. |
|
Gigih berjalan. Semput. |
|
Memoir. Ada yang terjun sengaja dan ada yang terjatuh. Huhu. |
|
Da terang. Yeay. |
|
Other side of the Cliff. Kena jalan susur tebing jauh sikit |
|
Area sini kami panjat benteng batu tu. Sebab macam mudah sket. Mudah-mudah pun jenuh gak. Haha |
|
Tengok muka budak tengah tu. Senyum cuak. |
|
Lovely scenery. Hilang rasa penat jalan jauh. |
|
Ada family mat saleh tolong ambil gambar. Sebab tolong dorang panjat tembok. Haha. Tolong pegang tangan aje pon. |
|
=) |
|
Happy! Da terang. Rasa nak lompat-lompat |
|
In love with the Cliff |
|
Jumpa member dorang, so mintak tolong ambilkan gambar kami. |
Lepas dah patah balik, kami tengok jam da macam tak sempat nak explore another side of the cliff. Sebelah kanan tu macam ada 1 castle kecik (O'brien's Tower). Rasa rugi tak sempat explore sebab masa dah cukup. Ni lah disadvantage kalau ikot tour. Huhu. Takpelah, nampak gaya kena repeat kot ek someday. Haha. Visitor's Centre dia pon tak sempat masuk. Whatever it is, sangat happy sebab dapat juga jejak ke sana. Tempat video klip My Love- Westlife gitu. Haha.
|
Sementara tunggu bas. Haha. |
Elok je kami sampai, bas dah ada. Terus naik. Ramai juga yang da ada kat situ dan lepas semua naik, bas bergerak ke next destination. Blarney Castle.
Area Blarney Castle ni ada kedai souvenirs dan cafe. Kami jalan-jalan cuci mata dan ambil gambar berlatar belakangkan Castle. Tak masuk pun castle tu. Masa tu dah nak Maghrib. Sejuk tak yah cakap lah. Tu yang rasa nak hibernate je.
|
Blarney Castle |
|
Kali ni tak berdua. Haha. |
Dah cukup sejam, kami naik bas. Teruskan perjalanan balik Dublin. Overall, gembira sebab akhirnya dapat pergi Cliff, walaupun tak puas. Ada rezeki jumpa lagi ya Cliff's of Moher.
|
What 5/6pm looks like in Winter. |
No comments:
Post a Comment