سم الله الرحمن الرحيم
Akhirnya, sampai juga ke penghujungnya. Haha. Gigih hokeh nak ngabiskan cerita Winter in Ireland ni. Gigih mesej adik untuk tanya macam-macam benda sebab ada yang lupa nama lah. Lupa kejadian lah. Ape lah. Tapi makcik tu pun sejenis nyanyuk. Banyak betul benda dia tak ingat. Kita lak yang ingat lebih. Cis sangat ya disitu.
Huhu. Ada kemungkinan entry blog akan di update dari semasa ke semasa mengikut tahap ingatan yang mungkin akan kembali. Tapi secara keseluruhannya, semua cerita sudah dikongsi rasanya. Haha.
Last ni nak share bajet secara kasar sahaja. Mana tau kot ada yang nak ke sana kan, bolehlah refer. huhu.
Flight - Etihad (Kul-AbuDhabi-London-Dublin-Abu Dhabi-Kul) = 694.62 Euro.
Duit untuk belanja kat sana total dalam 900euro. Adalah bawa balik balance sikit. Expenses yang digunakan adalah untuk makan, transport, tour pakej, entry fee attractions dan shopping (huhu).
Kos untuk entry fee/tour pakej adalah seperti berikut:-
1. Hop On Hop Off - 17 euro (di airport, kalau kat city 22euro, so make sure kalau nak Hop On Hop Off ni, sampai airport, terus beli je tiket dia)
2. Wicklow Glendalough Tour (Paddywagon) - 25 euro
3. Giant's Causeway Tour (Paddywagon) - 60 euro, cross Carrick-a-rede Rope Bridge - 7.50 euro
4. Cliff's of Moher Tour (Paddywagon) - 40 euro
5. Book of Kells - 10 euro
6. Bas to Kildare Village - 10 euro
Selain dari jumlah yang dinyatakan di atas, expenses lain ada untuk makan, transport (Dublin Bus & Luas), beli box nak pos ke Malaysia dan shopping. Huhu. Tak perlu disenaraikanlah kot ya. Kali ni boleh tahan shopping bersungguh-sungguh juga sebenarnya. Or should i say, ni 1st time shopping bersungguh-sungguh. Penangan Boxing Day punya pasal. Rugi oi tak shopping, kat Malaysia takkan dapat harga tu. Hihi.
Sekianlah sahaja catatan perjalanan Winter In Ireland ku. Hope to revisit some other time in the future. Nak cover mana-mana tempat yang tak tercover sebelum ni kan.
Winter in Ireland signing off ~~~
No comments:
Post a Comment