background

Monday, 21 August 2017

Winter In Ireland (23Disember 2015-7Januari 2016) - Part 11

سم الله الرحمن الرحيم


6.1.2016

Harini hari last untuk ke city dan buat apa-apa yang patut. Maka kami ronda-ronda area Merrion Square, masuk park. Pastu pergi Dead Zoo dan Dublin Castle meronda-ronda. Moh tengok gambar ye. 


Giant's Garden. Kemain tinggi kerusinya. Kerusi sesungut namanya nih. Haha


Tugu Marble with quotes. Berdepan dengan Statue Oscar Wilde

Dalam Kawasan Park

Blakang tu patung Oscar Wilde di Merrion Square. Famous writer.

Lepas ronda park, kami naik bas dan ke The Dead Zoo. Kat sini segala mak nenek binatang ada. Zirafah dan badak sumbu pon ada tau. Binatang-binatang yang diawet dan di display kat sini. Nak masuk dia punyala cuak. Jenguk pastu kuar balik, pastu nampak orang masuk baru join sekali. Seriously tak suka tempat-tempat berunsurkan muzeum nih. Rasa creepy. Kalau badak sumbu tu bergerak cane?haha. Ni terpengaruh dengan Night at Muzeum ni. Tapi oleh kerana ketakutan, gambar 1 pun tak ambik kat dalam tu. Rugi pula bila fikir-fikir balik. Tapi memang sebab takut sangat, memang takde la nak ambil gambar kan. 1 benda yang ingat selain dari benda-benda yang diawet even besar2 dalam tu, tanduk badak sumbu tu depa buang, sebab banyak kali ada attempt orang nak curi. Huhu. 

The Dead Zoo. Semua binatang-binatang yang diawet. Jangan tanya mana gambar kat dalam. Takde, tak ambik. Nak masuk pon ngeri. Jalan pon lelaju je. 

Next destination kami adalah Dublin Castle. Kat tengah-tengah bandar ni, ada castle pulak. Cuma dia belakang sikit dari building tepi jalan tu. Kami ronda-ronda sekitar Castle. Dublin Castle ni ada area yang masih kekalkan bangunan lama, tapi sebahagiannya lagi dah binaan baru dan moden. Ada part yang under renovation juga.Ada kawasan dataran yang luas. Tempat depa berkumpul-kumpul askar berbaris agaknya dulu. Kat belakang castle ni ada park juga. Padang rumput menghijau. Bebunga tak berapa nak ada winter ni. Tapi kami tak lepak park pun. Mabuk dah aih macam-macam park dah masuk. Haha.
Entrance Dublin Castle

Pakwe Dublin iols

Bahagian Castle yang masih building asal.



Belakang tu namanya Gate Of Fortitude (Lelaki).

Ni Justice (Perempuan). Tapi under renovation. Tak nampak sangat statue nya. Cerah nau.
Antara info yang ada sekitar Castle

Lepas dah settle abis meronda, masa untuk makan. Haha. Harini makan Japanese lagi, tapi bukan kat Banyi dah, tapi kat Fujiyama. Masa order ni kelakar. Ku ambil Bento Box, Teriyaki ape ntah namanya. All the seafood tapi ada juga ayam. So cakap ngan dia, ayam tu tak nak. Replace dengan benda lain or just leave it kosong kalau tak boleh. Tapi waiter tu kata tak boleh, kena include juga dalam box tu. Tapi adik order mee ape ntah, dalam tu ada ayam, boleh lak tak masuk. Bila cakap macam tu kat dia, dia kata tu sebab campur dalam mee, so boleh buang. Kalau bento boz tak boleh sebab seperate. Apa-apa jelah labu. Haha. Maka biar jela ayam tu dlm bento box ku tanpa dimakan. Makanan dia sedap. 

Makan kat Japenese Restaurant lagi.
Lepas makan, pergi solat. Kat fitting room jelah. Haha. Tak kuasa kot panjat tangga mosque. Sementara tu, ku merayap. Masuk Boots. Tengok mekap, nyaris nak beli hokeh. Sebab rasa murah. Yela, eye shadow Maybelline baru 7euro. Rasa murahla kan. Pdahal kalau convert, lebih kurang harga kat Malaysia lah. Tapi cheaper sikitla. Pastu merayap la kat area O'Cornell street ni tengok macam-macam gelagat manusia, pastu seperti biasa, masuk Carrolls cari souvenirs dan redeem vat tax. Banyak gak dapat. Almost 50euro kot.

costume kemain. Tapi main kelaut dalam nun jauh disana hokehh!haha

All time fav! Free wifi some more. Hoho
Lepas dah selesai shopping dan habiskan beli barang kiriman orang, kami melepak jap makan Ginos. Aiskrim Ginos serious sedap. Susah oi nak jumpa yang sedap gitu kat Malaysia. Tu yang gigih juga makan even winter. Haha. Lepas tu kami pun pulang dan masa untuk kemas-kemas beg. Pastu dalam proses kemas mengemas ni, timbang-timbang, beg overweight. Pastu rupanya Etihad dah limitkan jadi 25kg. Lebihan Kg caj boleh tahan mahal. Kira kena bayar dalam 700lebih kalau nak beli tambahan luggage. Mula-mula macam nak tawakal aje swipe card bayar extra luggage tapi lepas dok fikir-fikir, akhirnya decide untuk beli another box untuk pos ke Malaysia. 50euro for 40kg. Berbaloi la juga kan. 40kg untuk RM200lebih. Dari RM700lebih untuk less than 10kg je. Alang-alang dah nak beli box, makanya, adik terus decide bawa balik semua barang-barang lain yang asalnya dia decide nak tinggalkan aja kat sana sebab tak muat beg. Ala, da alang-alang beli box baru, maka angkut jela semua bawa balik kan?Haha. Ku pon masukkan dalam box je baju, tudung, boots dan semua barang yang agak-agak tak urgent tu untuk pos. Bawa balik barang kiriman dan yang penting-penting je. Box akan sampai in 3 months kot. Oklah tu kan. Huhu. Syahdu pulak da nak balik, tapi ape kan daya..haha.





No comments:

Post a Comment