background

Sunday, 16 July 2017

Winter In Ireland (23Disember 2015-7Januari 2016) - Part 1


سم الله الرحمن الرحيم

It's been more than a year since my last trip to Ireland. My 2nd visit after my Europe trip the very same year. Yeah. Same year. That's why my sister says "kaklong kaya". Sebab p Europe 2kali setahun. Haha. Ketaq oi nak saving. Dahla last minit decide nak pegi.

Well, this trip memang tak plan pun. Sepatutnya my sis habis kat Ireland on Mac 2016, tapi Kolej dia kat Malaysia request dorang untuk habis lebih awal macam geng RCSI. So geng UCD yang sepatutnya habis in Mac kena squeeze everything supaya boleh balik before class kat Malaysia start in the middle of January. 

Masa tahu rasa sedih sangat because i plan to revisit Ireland since aritu tak banyak tempat kat Ireland yang dilawati since we spend most of our time touring another part of Europe. 

To cut this story short, setelah mendapat kata-kata dari abah "kalau ada duit, g lah tempat adik, tolong apa patut, kesian adik kemas2 barang sorang2" dan pujukan serta psiko-an my sis yang asyik dok suruh pegi je, maka in September beli tiket. Masa ni tiket mahal since duit Malaysia jatuh. Masa pegi Mac rm4.17, paling mahal pun rm 4.32 kot. Tapi this time rm4.72 and above. Sedih. That's why ticket jadi mahal banyak. 

Dah menghampiri date nak pegi, dapat pula emel dari airlines kata flight retime. Dari 11.30malam kepada 7.50malam. Makanya, terpaksalah ambil cuti tambahan sebab kena tiba di airport lebih awal. Dahla dari 1 transit jadi  2 transit, multiple airlines pulak tu. Aduhai. Cuak. Menggagau cari info. 

Summary nya, flight Etihad dari KL ke Abu Dhabi. Abu Dhabi ke London (Heathrow). Transit 6 jam, London ke Dublin by Aer Lingus. Beg yang cek in takde masalah, sebab terus je transfer ke next flight. Tapi boarding pass Aer Lingus tak boleh print terus di KLIA. Perlu ke kaunter flight transfer di London untuk print boarding pass. Alhamdulillah mudah. 

KL- Abu Dhabi
 
Abu Dhabi - London


Bila travel sorang diri, kebimbangan memang tinggi sikit. Huhu. Plan untuk kawan hantar ke airport bertukar dan kawan adik yang hantarkan. Tu lagi satu cerita lain. Abaikan ajelah. 

Perjalanan terpanjang yang pernah dilalui setakat ini. 26jam journey untuk sampai dublin. Gara-gara tambahan 6jam transit di London. Padahal flight London-Dublin sejam je pun. Kebuluran di London sebab takde pound. Masa tu lupa gila yang boleh swipe kad even beli kat convenient store kat airport tu. 

London Airport
 
Killing time di Heathrow Airport. Habis tawaf 1 terminal.


Heathrow airport wifi tak berfungsi. Susah betul nak contact my sis. Akhirnya mesej jelah pakai phone. Berlegar-legar di airport tengok gelagat manusia. Macam-macam isu termasuk drama 1 family yang nak pergi bercuti ke Germany dan kisah kabel charger iphone. Haha. 

Almost 2pm tiba di Dublin airport. Expected 1.30pm tapi delay 15minit. Dah sampai dia punya sejuk. Ya Allah. Sampai ke tulang. Lalu kat bridge keluar flight tu je pun tapi punyalah seksa. Dah dalam airport, OK je. Sampai arrival, tengok adik takde. Rupanya dia tak sampai lagi. Masih dalam bas, on the way ke airport. Cis. Mentang-mentang lah bukan 1st time datang sini. Sampai hati tak sambut. Haha. 

Somewhere in the sky. London-Dublin. Aer Lingus takde simbol dia kat wing eh?haha


Dah jumpa dia terus ke tempat makan. Nasib baik dia dah siap-siap beli kebab. Tahu kakaknya yang dah kebuluran amat nih. Huhu. Lepas makan kami ke kaunter tiket untuk beli Hop On Hop Off punya tiket. Kalau beli kat airport lagi murah. 17 euro, kalau kat city, 22euro. Valid untuk 48jam dari 1st ride kita tu. So tak kisahlah nak naik bebila pun. Lepas tu kami terus ambil bas ke Dublin City. Singgah solat kat Surau kat City jap. Cerita solat ni lawak. Since tak sampai rumah lagi, bolehla jamak kan. Memandangkan ruang solat wanita kat tingkat 3 nun, kami gilir2 solat sebab tak mau angkut beg besar2 naik atas. Elok je lepas solat jamak zohor asar, turun bawah balik. On the way nak turun dengar azan. Kat bawah tanya adik, azan apa tu? Dia cakap maghrib, dalam pukul 4lebih. Dia suruh naik balik, solat terus sebab takut tak sempat since pukul 6 lebih da isyak. Aduhai, maka dengan semputnya ku menapak lah naik semula untuk solat. Huhu. 

Tangga yang perlu naik untuk ke ruang solat wanita. Ni tak termasuk tangga dari luar pintu surau ke atas lagi tau. Baru dari level ruang solat lelaki je nih. Huhu

Lepas solat semua, kami singgah Tesco beli sardin & telur pastu balik. Merehatkan diri dan menikmati kesejukan amat Winter in Dublin. Huhu





No comments:

Post a Comment