background

Sunday, 16 July 2017

Winter In Ireland (23Disember 2015-7Januari 2016) - Part 2

سم الله الرحمن الرحيم


25.12.2015. 
Krismas. Tak kemana. Bangun pagi tengok Mat Saleh tengah berjogging kat padang depan rumah adik. Gigihnya. Tak raya ke dorang nih?haha. Harini takde public transport sebab Xmas. So kami melangut ajelah di rumah. Just jalan kaki ke Islamic Cultural Centre beli ayam dan stok makanan. Dorang ni dah nak balik, so stock makanan banyak dah habis. Masak nasi dan sup ayam je for lunch/dinner. Kira harini memang kerjanya bangun & tidur balik jelah, melayan jetlag dan sejuk. Haha.

Rumah adik yang ni, tak tau nak describe macamana. Double storey, bukan apartment macam sebelum ni. Ok jelah rumahnya tapi pengudaraan tak ok. So rumah berlumut dan sejuk sangat. Memang tak mandi lah jawabnya. Haha. Ambil wudhuk pon ketaq tak terkata. 

Pagi Xmas di Blackrock.

Beli Stok Makanan @ ICC

Eskimo depan entrance ICC. Kami pergi masa orang lepas solat jumaat. So orang agak ramai. Ni masa da nak balik. Lengang.
Menu hari ini. Sup ayam, ulam timun, kicap & cili.

Planning. Da sampai baru wat iti uols!

26.12.2015 
Yeah. Misi bermula. Misi apa lagi kalau bukan boxing day. A day after krismas adalah hari-hari yang indah untuk shopping. Sesubuh syafie dah keluar rumah untuk ke Kildare Village. Kawan adik since school yang study kat Cork pun ikut sama. Well, 1 whole house lah kiranya keluar. Cuma kami keluar berempat. Lagi 2 housemate adik keluar dengan geng lain. 

Dari Dublin ke Kildare naik bas. 10euro tambang return. Nak balik tunjuk tiket yang sama. Boleh gila kot shopping kat sini. Serius murah banyak. Dahla kalau tak boxing day pun memang murah kalau banding harga Malaysia. Boxing day lak tu, lagilah murah. Contohnya Hbag DKNY, retail 338euro, tapi boxing day jadi 128euro. Balik Malaysia cek, RM2800. Hambek!! Memang takkan beli lah dan orang butik pun takkan layan kita kalau masuk sebab tengok kita seperti sejenis makhluk yang tak mampu beli barang branded bagi mereka. Huhu. 

Pening jugalah tawaf 1 Kildare. My sis masuk Kate Spade aje sampai 3kali sebab dok dilema nak beli ke tidak. Haha. Akhirnya belila jugak. Nak merasa. Elok pon beli, balik Malaysia dah tak mampu. Elaun kat Malaysia pon sendu je. Huhu. 

Hampir seharian kat Kildare, makan crepe & coffee je lah. Mana ada kedai makan sangat pun. Kebulur lah jugak. Dah penuh beg troli yang kami bawak, pastu dah takde barang nak beli, maka kami pun pulang. Balik rumah tu fefeeling tak sudah pulak dengan hasil tangkapan. 

Masa nak berjalan limit sikit kat sini. Sebab malam cepat kan. 4.30 dah maghrib. Solat setiap 2 jam hokkay. Warak betul rasanya. Huhu. Harini pengalaman 1st time solat dalam fitting room yang takde pintu, pakai tirai je. Agak cuaklah sebab takut orang buka kan?Dahla berlakon konon-konon nak fitting baju kat Butik Ralph Lauren tu. Haha. Nak masuk berdua ngan adik dia tak bagi, makanya kenalah ambil baju lain dan kengkonon nak try. Huhu. 

Misi sesubuh Syafie. Kildare here we come

Setelah kali ke 3 masuk Kate Spade. Baru decide beli. Hadeh!

Feeling chuols!

27.12.2015
Harini jalan-jalan kat Dublin City je. Makan kat Banyi, Japanese food yang adik kata sedap tu. Not badla. Kawan adik pun dah nak balik Cork. Plan konon nak pergi Cork tapi tak jadi sebab asyik hujan je. 

Pastu pergi HardRock cafe cari baju kiriman kawan ofis. Dan masuk mall-mall sebab kononnya nak cari bubble. Tapi akhirnya tak beli. Rasa lagi baik duit tu beli benda lain. Lagipun macam boleh bertahan je dengan winter coat dan baju berlapis-lapis ni. Harini pon pergi corrals tengok-tengok souvenirs dan beli coklat kiriman orang kat Aldi. 

Hardrock Dublin

Banyi

Nyams!






No comments:

Post a Comment