background

Monday, 24 July 2017

Winter In Ireland (23Disember 2015-7Januari 2016) - Part 5



سم الله الرحمن الرحيم


30.12.2015

Harini tak de plan ke mana-mana. Sebab adik ada program. Meeting ke ape ntah. So ku melangut kat rumah. Kemas barang-barang dia. 1.1.2016 kena keluar dari rumah tu dan serah kunci. Maka, harini perlu kemas semua barang-barang since esok kami plan nak ke Belfast untuk lawat Giant's Causeway. 

Tapi harini ke UCD dengan housemate adik. Nak makan brownies with ice-cream. Jalan kaki je. Mak ai, angin kuat betul, rasa tak sampai-sampai sebab melawan arah angin. Bila balik, sampai tak payah berjalan, angin dok sedia tolak. Laju je jalan, tak payah ada effort sangat. Haha. Tapi walaupun angin kuat macam tu, ada jugak yang dok main bola sepak. Siap pakai singlet & shorts lagi. Gigihnya. Hadeh. 

Oleh kerana winter, makanya takde ice-cream. Sedih. Huhu. Makan brownies jelah. Sedap tapi kalau ada ice-cream lagi sedap. Huhu.On the way balik dari UCD, terserempak dengan kawan adik yang lain. Gigih bersembang tengah-tengah jalan kesejukan tu. Haha. Balik rumah sambung kemas mengemas dan borak dengan housemate adik. Pastu tengok housemate adik yang lain main make up-make up. 

Malam tu kami jalan kaki ke rumah kawan adik. Dorang ajak makan kat sana. Gigih jalan kaki sejuk-sejuk tu. Nyamss. Makan best. Kawan adik ingat iols umur 25. Kahkahkah. 

Lepas makan, sembang-sembang kami jalan kaki balik. Pastu gigihlah masak nasi goreng cina bekal untuk ke Belfast esoknya. Kena masak malam sebab esoknya kul 6 dah nak gerak tunggu Tour Bus kat City. Gigih! 


Brownies with Hot Choc. Nyams!!

Kemas kemas

Masak bekal untuk esok!

Nasi Goreng Cina done!


No comments:

Post a Comment