سم الله الرحمن الرحيم
29.12.2015
Harini misi mencari Deer di Phoenix Park diteruskan. Keluar awal. Kul 9 dah terpacak kat bus stop. Nak habiskan 48jam punya pasal. Kalau tak sempat, rugi lah. Huhu. Harini kami terus menuju ke Phoenix Park. Misi pertama cari Deer dulu sebelum explore park. Tapi on the way tu menyinggah la juga bila jumpa tempat2 lawa. Jauh juga berjalan kat padang dan menuju ke bahagian belakang & ada banyak pokok-pokok. Bila jumpa tu rasa nak melompat. Banyaknya Deer. Gerun pun ada sebab takut kena attack since dorang ni memang Deer liar yang ada kat sini. Berapa ratus ekor ntah. Lupa. Tapi seriously, this is the first time tengok. Excited oi. Bagi makan biskut, umpan sket nak bagi dorang datang dekat nak ambil gambar. Ada tourist tipu-tipu, bagi daun keringla, plastikla..umpan suh mai dekat. Kesian dorang tertipu. Meh layan gambar. Sebab excited tak tau nak habaq lagu mana. Haha.
|
Swan |
|
Sebelum memulakan misi |
|
Landmark untuk mencari deer. Nampak building ni, kebelakang lagi pastu terus ke kanan. Sampai nampak ada pokok2 dan terselit2 Deer yang banyak. |
|
Banyak kan?yang tak masuk gambar lagi banyak. |
|
excited gila masa ni. Misi tercapai. Tapi tak gi dekat lagi. Takut gak awal-awal kot dia serang. Haha |
|
Bagi makan roti. Yang tukang bagi pun kebulur sebenarnya. Haha |
|
Jinak gak. Pandai selfie lak tu. Haha. |
|
Belakang tu World War 1 punya memorial. Kat depan phoenix Park. Berdepan dengan bus stop. |
Kat Phoenix Park ni juga ada Dublin Zoo, tapi tiket harga lain lah. So kami tak pergi pun. Zoo kat Malaysia pun ada. Haha. Dah settle pusing-pusing Phoenix Park, kami tunggu bas untuk pergi next destination pulak. Bas akan pusing route sama je, sama ada kita nak turun ke tak jelah. Modern Art Museum, Guinness punya factory- member adik yang non muslim kata dalam tu lawa gila, pastu dapat minum free, patutlah yang naik dari stop ni semua macam wengg je..haha. Teringin nak stop kat Jail tu tapi setiap kali lalu orang beratur punyalah panjang gila. So tak jadi lah. Kami stop kat National Muzeum of Ireland. Ok jelah. Mungkin not so into Muzeum. Ada rasa creepy sket kalau masuk muzeum ni. Sebab barang-barang lama kot. Huhu.
Lepas keluar muzeum ni kami ke city semula untuk ambil bas Dorkland Route pulak. 1st target nak ke Famine Memorial, Jeanie Johnston & Epic Ireland. Area situ ada tempat kapal-kapal dan Harp Bridge juga. Part Famine ni memang seram. Ambil gambar sambil berdebar. Adoi. Kat sini kami spend masa lama juga sebab kena jalan menyusur tepi jalan tu sampai Harp Bridge tu. Terlepas 1 bas sebab tak sempat lintas jalan. Tunggu punya tunggu next bas tak sampai-sampai. Kami jalan kaki lintas bridge kengkonon nak tunggu kat next stop dia. Kat building apa tak ingat tapi ala-ala TNB kita lah. Tapi lawa gila. Lama juga tunggu, ada few people yang tunggu dengan kami. End up, mengalah. Kami jalan kaki ke City Centre tempat selalu naik bas tu. Seksa oi jalan sejuk-sejuk tu. Dengan hujan rintik-rintiknya. Adoi. Apekan daya. Redah jelah. Pengalaman ni. Huhu.
|
Famine |
|
Ngeri |
|
Ambil gambar jejauh je. Versi dekat muka takut. Haha |
|
Sepanjang jalan selepas Famine |
|
excited jumpa perkataan in BM. Dulu sini restoran Nyonya. |
|
Harp Bridge. Lintas bridge ni ke seberang sana konon nak tunggu bas. End up jalan kaki. |
|
Bukti jalan bersungguh2. Hasil lecak memburu Deer. |
|
|
Lupa cerita. Kami sebenarnya ada nak pergi mini museum kat city. Muzeum untuk barang2 kecil, salah 1 tempat yang boleh masuk kalau ikut dalam pakej ni. Tapi tak masuk hari yang sama pun takpe je sebab free. Tapi malangnya tutup. Jenuh tekan loceng tak buka. Sebab dia macam kat tepi jalan dan bangunan rumah/pejabat je. Sorang pompuan yang nak masuk skali ngan kami pon mengalah jela tak jadi masuk. Takde rezeki nak tengok apa ada dalam tu. Huhu. Dah sampai city terus tunggu bas nak balik rumah pulak. Rugi berjalan winter ni sebab malam cepat. So tak sempat explore banyak tempat. Huhu.
No comments:
Post a Comment