background

Monday 23 December 2013

Awak bila lagi??


Tengah2 serabut banyak kerja semalam, tiba-tiba terkeluar idea menulis sesuatu, post kat fb...banyak pulak dapat feedback. hehe.
Benda tu xdelah current isu yang buatkan diri stress ke apa, tapi macam semak kat otak dan perlu dikeluarkan. Sebab benda yang selalu dengar dan akan sentiasa dengar xtau sampai bila.  

Apakah itu??

Inilah dia:- 

Awak bila lagi??

Soalan klise utk saya, awak, dia, mereka dan siapa2 yang berkaitan.
Letih aih nak jawab. Sebab jawapannya takde kat saya, awak,dia, mereka dan siapa2 yang berkaitan itu
Sebab, awak bila lagi? ni biasanya adalah soalan untuk benda yang xpasti
Awak bila lagi nak kahwin? Xsemua orang ditakdirkan ada jodohnya di dunia, kalau bukan di dunia, mungkin di akhirat sana.
Awak bila lagi nak ada anak? Ada orang memang ditakdirkan tiada rezeki untuk jadi ibu bapa.
Awak bila lagi nak tambah anak? Ada orang memang ditakdirkan untuk ada sorang/dua/tiga je anaknya.
Dan rentetan awak bila lagi akan berlarutan sampai bila2...sampai kita tua, sampai awak bila lagi nak jadi nenek?
Dan, soalan-soalan ini semua tiada jawapan pada orang yang di tanya, dek kerana ketakpastiannya.
Benda yang pasti..adalah mati. Semua orang pasti melalui. Tapi, agak2 kalau di tanya, awak bila lagi? Merujuk pada mati...mesti dilabel biadap..hukhuk..sedangkan benda itu pasti cuma tak tau bila masanya akan tiba sahaja.

Jadi, jadi,jadi..
Boleh tak tolong jangan tanya dah soalan awak bila lagi itu pada saya, awak,dia,mereka dan siapa2 yang berkaitan.
Sebab takde jawapan.
Bantulah saya,awak,dia,mereka dan siapa2 yang berkaitan untuk istiqamah bersangka baik pada ketentuan Tuhan.
Sebab iman saya xsekuat ustazah, saya perlu lebih mujahadah, tapi bila selalu sangat ditujah, lama-lama jadi goyah. 

 Doa yang baik2..fikir yang baik2..InsyaAllah, yang baik2 akan datang pada kita =)

Wednesday 18 December 2013

Letting GO



 Life, isn't always easy but not all the time hard either. 
Because Allah said...
He does not impose upon any soul a duty but to the extent of its ability (2:286)
and 
Surely with difficulty is ease, With difficulty is surely ease (94:5-6)   


"For what ever had happen to you, dont be sad..be happy..
Be good...do good..you got nothing to loose just yet..let it go..
It hurt, but not that much..bearable!
You've gone through something even harder than this..
Let it be, say NO to anything that's gonna hurt u..
Allah knows BEST..REMEMBER?"

 Hadapi ujian dengan sabar & solat. Insya Allah. 

Muhasabah & Muhasarawak dek kerana emosi upside donw lately. May Allah ease. 

Tuesday 17 December 2013

Azam 2013



Azam tahun baru...haha..dah nak hujung tahun masihi pun...dah habis bulan pertama tahun hijrah pun. Tapi Alhamdulillah...salah satu azam 2013 dah tercapai on 15 November 2013. 

Apa azamnya? Nak khatam baca buku biografi Nabi Muhammad. It takes me a year kot nak habiskan baca, punyalah lama. Malu betul kan. Kalau novel yang tebal tu boleh habis sekejap aje tapi buku pasal RAsulullah, ambil masa lama macamni. Kononnya nak baca sampai ke hati. Bila dah start lost and tak boleh catchup akan stop dulu. Huhu..alasan kot tu. 

Dari dulu, bila orang tanya siapa idola. I never said Rasulullah, in fact I don't know who is my real idol. Kenapa tak cakap Rasulullah sebab Baginda kan sebaik2 suri teladan. My answer is, sebab I dont really know him. Yes, tau la sirah sikit-sikit yang belajar dari sekolah rendah sampailah besar, tapi the whole perjalanan hidup, tak pernah tahu in detail. 

Sebab itulah timbulnya azam perlu khatam sirah Rasulullah because I wanted to know him more. And yes, now I can say my Idol is RAsulullah even hati dan diri rasa sangat kerdil dan jauh lagi nak mencapai tahap akhlak semulia itu. 

Sebab baca sirah inilah rasa lebih bersemangat nak buat benda2 baik, rasa lebih bersemangat nak kerja bagus2 even bulan puasa..sebab Rasulullah dan sahabat siap perang lagi masa puasa. So, malu dengan diri sendiri yang kerja dalam bilik aircond pun nak kurangkan workload masa bulan puasa.(I do mention about this in previous post)

My other azam for 2013 yet to accomplish is "Nak khatam Quran sekali dengan tadabbur"..Khatam Quran dah tak tau berapa puluh kali tapi tak pernah pun khatam sekali dengan tadabbur. Frank Sweetenham pernah tulis kot pasal "Typical Malays" ni. Salah satunya yang dia kata, "Mak ayah paksa anak baca 1 buku ni yang mak ayah tu sendiri pon tak faham isi kandungan buku tu"- it is Quran. Betullah apa dia cakap tu kan?Mak ayah dulu-dulu siap rotan2 lagi suh anak pergi mengaji, tapi hakikatnya mereka sendiri pun tak faham isi kandungan Quran tu. I dont want to be like that. That's why wujudnya azam ini. Now dah masuk juzuk 30. Alhamdulillah. Hopefully sempat Khatam before this year end. I wanted to be a good muslim. Pray for me. May Allah ease my way. Amin =)


finished: 15 Nov 2013