background

Saturday 22 June 2013

a while





It's been a while...uhuk...berabuk blog ni ye..

Banyak benda jadi 2 minggu ni

REBT Profesional Course : done

Program Transformasi Minda (ganti Induksi) for P&P Akademik done

Corporate Social Responsibility Program done

My sister finish her a-level final exam

Meeting MKSP yang hot and berasap kepala

 Since minggu2 meroyan yang lepas, i planned to have a long break end of this month. Go somewhere nice to unwind. Tapi nampak gayanya takde long break mana lah. Bos suruh cancel cuti on 28th, kena attend meeting. Baik, work first, play later. Hmmm...where should i go? I got 3days including saturday sunday. Really wanted to go to Bukit Tinggi, sebab? sebab nampak orang amik gamba kat situ cantik, relevan tak agak2 sebab tu? tapi my friend said jalannya bahaya sikit, jadi driver tahap amatur like me ni kena fikir ribu2 kali kot kalau nak drive sendiri. hadeh! =( Husband, please come to me so u can drive me there..uhuk! mode berangan sekejap.  =)
token dr student:- they interviewed me about aneroxia nervosa for their assigment


Tuesday 11 June 2013

Masalah hati


Few days ni mood mengarut sket..upside down. Jiwa kacau, nak meroyan, just name it, apa-apa yang kurang stabil tu, it's me. Hmm

Hati...kadang-kadang leka
Hati..kadang-kadang lupa
Untuk bersyukur
Untuk jadi lebih Redha

Jiwa..selalu goyah
Jiwa..seringkali gundah
kerana selalu sangat menelah
Hingga lupa nikmat Allah

Read Surah Ibrahim after maghrib and Allah gives me His answer to calm me:-
 
"Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu memaklumkan "Sesungguhnya jika kamu bersyukur, nescaya  Aku akan menambah (nikmat) kepadamu, tetapi jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), maka pasti zabKu sangat berat" (Ibrahim:7)

"DAn mengapa kami tidak bertawakal kepada Allah, sedangkan Dia telah menunjukkan jalan kepada kami, dan kamu sungguh akan tetap bersabar terhadap gangguan yang kamu lakukan kepada kami. Dan hanya kepada Allah saja orang yang bertawakal berserah diri. (Ibrahim:12)

Ya Allah, jadikan aku hambamu yang bersyukur, Sentiasa bersabar & bertawakal padaMu.

# Hidup memang tak mudah, tapi tak jugak payah. Allah kan ada?

Thursday 6 June 2013

i-city

fairyland
Ke sini tak tau bape juta kali dah...okeh..exaggerate..tapi yes...dah terlalu banyak kali pegi...kawan datang, nak ke sini, parents datang, bawak ke sini, adik2 datang, ke sini lagi, dan rutin yang samalah everytime ada yang datang sini. Mentang-mentanglah rumahku sekangkang zirafah je nak ke i-city nih.. So, layankan aje lah. Apa2pun, I always request them untuk ke sini masa weekdays, ulang suara, weekdays...sebab tak sanggup nak bersesak dengan manusia yang sangat ramai tak pernahnya nak surut masa weekend. Cuti2 sekolah macam skarang hapetah lagi.

1st time test darling x20 kat sini. Nice, tapi bolehla pulak kan lupa cemana nak naikkan ISO?hadoila, inilah namanya pakai kamera canggih pon tak guna kalau tuan punya tak canggih mana. Hmm, sebenarnya, tak sempat nak betol2 explore (alasan..eheh). Tak sabar nak spend masa untuk betol2 explore this cam..pastu bolehla camwhoring..haha..ngeng!

For this pict and most of the pict kat icity dat night, guna mode advance - filter toy je, habes cerita. PAndaila kamera ni fikir nak buat ape, aku snap aje lah. haha


Wednesday 5 June 2013

Reflection Of Baitul Muslim 2.0 Part 3

Sambungan: 3rd Slot- Fulus Oh Fulus – Tuan Suzardi Maulan (Pak Di)

Basically ni sharing pasal pengurusan kewangan. Macamana nak cut cost kenduri kawen. Kata Pak Di ni, nak buat majlis kena tengok siapa kita?Poket tebal mana? Tak perlulah semua org dalam facebook nak jemput pergi kenduri. Kadang2 ada orang yang rasa terbeban pon dengan jemputan kita tu, so dia sarankan jemput yang betul2 close dengan kita, yang confirm pegi kenduri kita plus sedara mara terdekat, so instead of 1000 jemputan maybe bole cut jadi 400 je, so dah jimat kat situ..utk food, cetak kad and pape jela yang berkaitan. I dunno whether to agree or not dengan benda ni, tengok family jugak kot n tgk org sekeliling kita. Kang kalo tak jemput kecik ati pulak…hadeh…susah kan?owh…Pak Di xde plak komen sangat pasal hantaran meningkat sebab katanya peningkatan tu sejajar dengan peningkatan kos penyediaan makanan kenduri n blablabla tula…huhuhuhu…so all in all…balik kepada basic jugakla..sape kita?n poket tebal mana kan?

Cumanya kata PakDi, kalau boleh biarlah kita n partner sekufu in term of financial IQ, kalo tak same..susah jugak tu ye…sorang nak lain..yg lg sorang nak lain…bole jd gado tu.

Punca utama muflis:-
1)      Kereta – 29338 kes
2)      Pinjaman peribadi – 15299 kes
3)      Pinjaman Perumahan – 14327 kes
4)      Bisnes – 14327 kes

Financial management in islam banyak refer pada surah Yusuf 12: 47-49 ~ 7 tahun menyimpan, 7 tahun seterusnya menggunakan hasil simpanan utk atasi kesulitan/spend utk keperluan…Kata Pak Di, kereta & rumah adalah liability yang perlu dielak dalam 7tahun pertama kerja. Bila da lps 7tahun, gaji dah banyak..simpanan dah banyak..bolehla beli kereta/rumah yang selesa…hmmm…den ni…1st year keje da beli kete, susah kot nak ulang-alik p keje nek kenderaan awam..nak naik bas memang x la kan tapi takdela beli yang canggih manggih sangat, yang bole bawak p balik keje…balik kg…kuar jalan2..okla…nk kete idaman tu..tunggu gaji banyak le dulu…rumah?hmm, xbeli lagi sebab xtau nak settle down kat mana?tunggu kawen dulu kot, teringin nak beli umah buat asset tapinye tak pandai nak menguruskannya…takut kena tipu je ngan ajen…hmmm…

Personal Opinion tentang fulus untuk kahwin, belanja berhemah ikot kemampuan, bersederhanalah, elakkan pembaziran, hantaran kahwin tu…hmm..tgkla dengan sape kita nak kawenkan, kalo die mampu xpela, kalau x..stakat yang termampu jela…xpyhla dok pikir sangat ape orang kata sebab kalo kite sampai berhutang nk kawen, anak 3 pon loan kenduri kawen tak abes lagi, bukan org lain tanggung..kita yang nak menanggungnya kan? tak payah ikut sangat redha manusia, redha Allah lebih utama, kehidupan lepas kawen tu lebih penting…hmm…Moga Allah tetapkan hatiku utk sentiasa besederhana dan tidak melampaui batas…hmm…sume perempuan nak wedding yang terbaik. Once in a life timela  katakan (InsyaALLAH) so macam susah sikit nak menahan nafsu dari pilih benda2 grand or berhabis utk majlis tu…huhu..Moga Allah beri kekuatan…InsyaAllah..=)

......Sambung Part 4....
(Malas nak buat reflection lagi..uhuk)

Tuesday 4 June 2013

Doa





(40:60) "Dan Tuhanmu berfirman, berdoalah kepadaKu, nescaya akan Aku perkenankan bagimu.. "

(2:186) "Dan apabila hambaKu bertanya padamu (Muhammad) tentang Aku. Maka sesungguhnya Aku dekat. Aku kabulkan permohonan orang yang berdoa kepadaKu. Hendaklah mereka itu memenuhi perintahKu dan beriman kepadaKu, agar mereka memperoleh kebenaran"  

Moga kita jadi insan yang sentiasa berusaha dan berdoa. Janji Allah itu pasti. Allah dah janji kalau kita doa, Dia akan kabulkan, cuma diri ni je yang tak sedar di untung..uhuk..sentap!! 
 

Monday 3 June 2013

Eh, nampak dada..


Balik kampung is the best thing even just lepak2 kat rumah. Antara aktiviti wajib - pegi pasar isnin borong tudung, haha...Balik kampung Oktober last year, pegi borong tudung with my youngest sister (yang ponteng sekolah, dengan alasan tak jumpa stokin..haha..alasan tak boleh blah, padahal nak ikut kakak dia p pasar)

Dalam usaha membeli segala mala tudung yang rasa nak tu, si adik pun tak kurang hebatnya memilih. Memang kalahla kakaknye ni. Hadoi. Kejap nak yang ropol tepi, kejap nak yang bunga, macam2...elok2 dah pilih yang berkenan, siap dah cuba, tiba2:

Adik: Eh, long..tak bole ni kan? tak lepas dada..
Aku: hmmm...nak pilih lain ke? (dalam hati tergelak sambil fikir, dada adik tu ada ape je pon?)

We settle with one nice tudung...kira saiz S for dewasa, big enough for her lah. Bila balik, I asked her:

Aku: Adik, mana adik tahu tak boleh pakai tudung nampak dada?
Adik: Baca kat klinik. 
Aku: Kat mana?
Adik: Ada yang dia letak tepi pagar, yang besar tu. 

Owh, that billboard, I know. Billboard pakaian menutup aurat yang betul. Good huh? At least educate budak2 ni. Budak2 kecik pun faham, kalau yang besar macam diri ni tak faham, tak taulah kan?Hmm, hopefully kekal macam tu sampai besar la ye dik...kang besaq2 sibuk nak berturban bagai, jenuhlah.

# Kids teach us lesson. Good one. Sama ada kita yang dewasa ni nak ambil pengajaran @ tak je.


Baca Quotes masa Meroyan

Salam alaik...

Siriyesly, harini rasa nak meroyan. Emosi sangat tak stabil. Tak taulah kenapa. Terbawak2 emo baca novel agaknya but I dunno why. Hadeh. Balik umah terkebil2, pastu tertidur, rasa malas nak buat apa-apa pun. Call parents, cakap ngan Abah, Umi, Adik2 and makcik, pastu rasa ok sikit. Family always heals, even tak de pon discuss anything related to the "ROYANAN". 

Dalam dok meroyan ni, bukak balik folder yang ada benda2 yang di tulis untuk mengisi masa lapang, to spill anything yang stuck kat otak, to share whatever I wanted and terbaca balik Quotes2 ni. Rasa nak share kat sini pulak. Doc ni datenye 7th Feb 2011. 

1) Life journey is a long run, a marathon, not a sprint, so don’t expect immediate results if u r working towards something

2) Happiness/sadness (or other emotion) is a state of mind, a state you create yourself. Nobody can create a kilo of sadness to u if u don’t allow them to, So get a grip..be in control!!

3) One definition of insanity is: Doing the same thing over and over and expecting a different result. (1st time reading this, it’s like a dush!! Kat dahi sendiri…a kind of wakeup call)

4) Accept what u must, change what u can. InsyaALLAH…Kun fa Ya Kun..=)-----magnetic quote,bought at MPH…stick on my dressing table…=)

5)You’ll make it through whatever comes along (little things to always remember,bought at MPH…stick on the wall beside my bed =)

6) Awareness + Belief + Desire + Action = Unlimited Capability 

7) Emotional people, who make their loved ones the sole subject of their lives, who will commit every kind of unreasonable acts to be with their lover – so much as to commit suicide – have all become victims of this pernicious weapon used by satan (Romantism:a weapon of satan by Harun Yahya)

8) Just because the path is well worn, doesn’t make it the best route to take…=) 

9) There may be times when the problems of your past don’t need to be fixed or sorted – they need to be left behind =)

10) Wallowing is temporary…move on is forever..=)

Reasons why I like to read…to calm me down…to sooth me…to make me be a thinker…to rationalize me…I’m happy with what I’m doing n I’m more than happy to share what I can..=)

Sunday 2 June 2013

Pesta Buku Selangor 2013

Assalamualaikum,

Just finish my 3rd novel of the week, tidur at 4a.m, mentang-mentangla arini Sunday. haha, hentahapehape.

Bought 5 novels from Jemari Seni, 3 deen's book, 1 book for youngest sister and 15 Majalah Jom (nak buat collection, and kena bacala kan). And untuk beli all those book, 3kalilah menjejakkan kaki ke SACC tu. Haha, nasiblah dekat and actually kalau boleh hari-hari pun nak pergi, tapi memikirkan nanti duit mengalir laju je, terpaksalah tahan diri. hehe, Obsessive Compulsive Book Buying Sindrom, hadeh!

Owh, back to the topic, now tengah berlangsung Pesta Buku Selangor (PBS) since 24th till 3rd June. Memandangkan diri ni tak berkesempatan ke KLIBF so I take the chance to go to PBS. Even it is not as big as KLIBF but I've got what I want.

3 novels yang di baca, 2 darinya adalah bacaan berat. At least for me. Anthem by hlovate, bercerita tentang perubahan manusia, dari tak kenal agama kepada yang lebih kenal agama. And leads me to go to PBS for the 3rd time last friday to buy "Syahadatul Haq". Tapi masih belum sempat baca lagi. Hlovate, always touch me to the heart, Her novel is not just for fun. It teaches me to be better muslim. To realize lots of thing. Life, Changes and everything in between. Ada orang kata bukunya membosankan, asyik benda sama je, asyik cerita tarbiyah je, tapi for me, it's good, sebab yang bosan tulah yang sebenarnya kita perlukan. At least diolah dengan cantik and menarik in a novel. Dia boleh buat orang especially budak muda rasa nak kenal agama dari baca novel, it's not easy to do that. If only I can do that too...hmm... (berangan, tulis blog pon tak lepas..haha)

My Latest Hlovate's that leads me to Read Syahadatul Haq

One more yang agak berat is Nyanyian Hati, reminding me about "Mati". Hmm..good novel..macam2 rasa ada masa baca. And the best part is, I found my Long Lost Doa through that Novel. Hmm, dulu masa matriks ada salin this one doa from my roommate. Doa yang dibaca after Ngaji Quran. I wrote it kat belakang Al-Quran and read it everytime lepas ngaji. Doa ni not the usual "Allahummarhamni Bil Quran" tu but yang "Allahummaj a'lil Quran...". Why I like that doa? because of the meaning, it means so much, I like it. "Engkau jadikan Al-Quran sebagai penenteram hatiku, cahaya di dadaku, pelenyap duka dan kesedihanku." Nice...Isn't it? After I lost my Quran (makcik cleaner clean it, sebab I left it in my wardrobe drawer masa cuti Sem in Uni dulu), I try to find the doa in the internet tapi xjumpa. Of course I remember the Doa, tapi rasa tak puas sebab lama2 macam ingat2 lupa the meaning, word by word. Ingat secara keseluruhannya. Puas mencari and tak jumpa, last night jumpa dalam novel ni. Because the meaning is so close from the doa I've been searching for ages, so I google it right away (Thanks to Mr. Google). Rupanya dia tak fall in doa after ngaji, but doa pengubat hati dilanda kesedihan/kehilangan. And the part yang I always baca after ngaji tu, is the end of the doa. Doa penuh dia panjang and memang relates to frustration and all that. Patutlah tak jumpa. Thanks to the author, because of u, I found my Doa back. =)

Sometimes reading novel boleh menyebabkan stress jugak. Haha, why? Sebab in the novel semua indah2 belaka and sometimes boleh leads us to think, ade ke in reality orang macam ni?Kenapa kita tak dapat orang macam ni?and macam2 lagi. Paling tension bila novel tu masuk sampai dalam mimpi, and kita jadi part of the watak. Hadoi, pening with all the nonsense dialog and bila wake up in the morning rasa tak cukup tidur. Haha, maybe sebab baca sepenuh hati kot. Tapi all in all, reading is a good escapism from our own world, untuk sekejap jelah kan, takkan nak escape sampai bila2? that's so coward and pathetic pulak namanya.