background

Sunday 25 March 2018

NZ Summer Roadtrip (24/11/2017-10/12/2017)



سم الله الرحمن الرحيم
    (Day 13-6/12/2017)


Harini hari last kat Dunny. So pagi-pagi kemas rumah, rutin biasa sebelum check out. Masa dah nak keluar ni, care taker datang nak ambil cadar untuk laundry semua. Risau juga masa tu sebab takut dia ingat kita check out lambat kan? Tapi takdela lambat pun. Cun2 pukul 10. 

Pagi ni kami explore kawasan city je. Sebelum tu, singgah rumah kawan ain hantar barang basah yang nak bagi dorang. Pastu kami terus ke Railway Station Dunny. Dunny railway station ni bangunan lama, dari tahun 1906 lagi. Kat tepi jalan area city je, senang nak cari. Within walking distance ada Cadbury Chocolate Factory. Tapi since review cakap dah tak best macam dulu, so kami tak pergi. Sebab tiket masuk pun dah 20dollar, kotla dapat choc free kan?choc kena beli asing lak. Haha. 

Spend masa kat sini dekat sejam lebih juga rasanya. Biasalah, segenap inci nak bergambar kan? Depan jam je dah berapa shot. Haha. Beli syiling sempena sambutan 100tahun railway station ni. 2nzd dapat sekeping coin. Kat dalam railway station ni, ada souvenirs shop dan kat tingkat atas ada exhibition lukisan. Kita boleh masuk sampai kawasan tepi landasan keretapi. Kat situ la spend masa lama pun selain kat kawasan taman depan railway station tu. Memandangkan buildingnya melebar, jadi adalah amat susah nak ambil full building in a picture, unless kat seberang jalan kot. Tu pun, tak tentu lagi. Tapi kalau pakai wide lense boleh kot. Huhu. Jom layan gamba ye. 


Dunny Railway station

Nak ambil full susah.
Inside the station. View From 1st floor


Tak sempat lawat. Ambil gamba ni jelah.

Beli coins pun nak ambil gambar. Haha

Feeling model jam lah agaknya ni

1 door close, another door open. Don't wait for too long.



Lepas selesai di sini, kami ke Botanical Garden. Luas boleh tahan. Macam-macam bunga boleh tengok tapi kami banyak spend time kat Rose Garden dia. Bila masuk garden, makcikla yang paling teruja sekali. Semua gambar bunga dia ambik. Haha. 

Peace

Big & beautiful

Ros semua gems-gems. This 1 wangi



Color yang jarang jumpa


Rose Garden ni kiranya destinasi terakhirlah. Kami nak makan pastu terus ke airport. Sebab kena uruskan hantar kereta lagi kan. Plannya nak makan kat Pizza La Porchetta sebab situ halal. Kawan ain yang suggest. Berpusing-pusing juga cari parking, end up kami decide untuk take away je, pastu makan kat mana2. Me and makcik turun untuk pegi beli makanan. Masa tunggu order baru ain sampai. Memang a good choice pun take away je, kalau tak berkejar2 rasanya nak ke airport nanti. 

Our La Porchetta

Salmon

Chicken

Lepas dah dapat makanan, terus gerak ke airport. Drop barang dan kitorang semua pastu ain, aisyah & faiz pegi settle hantar kereta. Boleh tahan lama juga urusan settle kereta ni. Naik cuak pula kami sebab barisan macam panjang juga. Kali ni dah bijak sket, check in barang, pastu cakap takde hand luggage. Haha. Sebab kita kan da dapat tag hand luggage masa fly datang south aritu, so tak mau ngaku ada hand luggage lagi. Nanti kalau timbang overweight jadi hal pulak. Huhu. 

Lepas dah selesai check in, kami makanlah pizza. Kami-kami yang tak settle kereta ni dah memang makan sikit-sikit tadi, ni sambung la lagi dengan dorang. Haha. Beli 2 flavor, satu smoke salmon, 1 lagi chicken. Yang smoke salmon tu tak laku sangat. Haha. Sebab masin kot. Standard rasa Salmon lah kan. Ku memang tak berapa nak onzz salmon ni tapi boleh jela makan. Maybe rasa dia raw sket kot, tu yang tak berapa nak boleh telan. Kalau ada sos, bolehla kot. Haha. Dah selesai semuanya, kami gerak ke gate untuk tunggu flight balik Auckland. Flight Dunedin ke Auckland ambil masa lebih kurang 1 jam 45 minit. 

Bubye South

Sampai Auckland airport, tunggu beg. Ain dan Aisyah solat jap sebab dah sampai umah kang takleh jamak plak dorang kan. Lepas selesai semua, terus ke shuttle van. Dah lama tunggu kami. Masa dalam van ni ku kena duduk row depan, ada pilot kat sebelah. Amboi, kemainla budak2 ni membahan. Surihati Mr. Pilot kononnya. Hahaha. 

Sampai rumah kami rehat-rehat dulu. Pastu keluar makan, tak larat nak masak. Haha. Ain & Aisyah bawak makan kat Shaolin Chinese Noodle, halalla of course. Order kemain lagi sebab lapar punya pasal, sekali portion banyak. Jenuh nak habiskan. Huhu. Habis makan, balik rumah ready barang untuk trip next day pulak. Memang fully utilized lah hari2 kami. Penat takyah cakaplah tapi kalau nak rehat lama-lama nanti rugi masa pulak kan. Balik Malaysia kang kita rehat puas-puas ya. 

Dinner
 
Nyams


Nyams jugak

Nyams gila

 

NZ Summer Roadtrip (24/11/2017-10/12/2017)



سم الله الرحمن الرحيم
   (Day 12-5/12/2017)


Harini kami keluar almost 10am kot. Semua kepenatan. Lepas subuh memang bantai tidur. Haha. Bangun nak masak nasi goreng tengok2 makcik pakcik dah tolong masakkan. Haha. Lepas dah bersiap semua, kami gerak ke destinasi pertama, Baldwin Street, The steepest residential street in the world kalau ikut Guinness Word Record. 


Honestly jalan dia agak steep lah dan the fact that it is a residential area dan ada rumah di kiri kanan jalan tu agak seriau sikit. Kalau keta 1.0 mau tercabut ekzos tekan minyak nak menyampai ke atas nun. Rumah kat sini pun unik je, tapi takdelah menyenget kan. Pandailah dorang bina bagi elok. Kami dok ralit tengok kereta naik turun jalan ni. Ramai jugakla tourist datang sini nak tengok. Ada yang panjat sampai atas. Ku, honestly teringin tapi hanya mampu halfway sebab dah rasa sharp pain kat belakang. Makanya, terpaksalah patah balik. Yang berjaya sampai atas pakcik makcik je. Ain ngan Aisyah pun tak sampai atas tapi almost there. Since kat atas tu just ada kerusi & signboard bergambar Baldwin Street. Meh tengok gambar keunikan Baldwin Street ni. 

Steepest Road

Menyenget nak panjat ni

Teringin nak tengok dalam rumah macam mana

Lepas sejam kat sini, kami teruskan perjalanan ke Nugget Point. Perjalanan mengambil masa almost 2 jam. Jalan nak naik ke Nugget Point ni boleh tahan sempit jugak tapi OK jelah. Dari car park ke Light house & Nugget Point tu ambil masa 30minit jalan kaki. Kiranya kita susur tebing yang mengadap laut. View memang superb, siap dapat dengar sea lion menjerit2 macam baby nangis. Huhu. Jalan mendatar je tapi berbatu halus, so agak licin. Jomlah layan gambar. 

Start point. Right after kawasan car park

Beautiful laut lepas menghadap antartika

See that light house?

Look out point before Light house

Nugget untuk dilihat bukan untuk di makan. Depan nun antartika la, tapi tak taula berapa jauh lagi. Huhu


Ambik gambar bebanyak before gerak balik

Selesai kat sini, kami decide untuk terus ke Tunnel Beach dan skip Slop Point. Slop point ambil masa 2jam dari Nugget Point. Nanti nak patah balik ke Dunny akan ambil masa 4 jam. Adoi, Rasanya driver semua sangat penat dari long distance drive semalam. Yang tak drive pun penat. Yang drive apetah lagi. Masa on the way turun dari Nugget Point, kami berhenti kat isite untuk ke toilet dan solat. Mula-mula konon nak solat tepi pantai, tapi angin kuat sangat, pasir dok terbang, makanya solat jela tepi pokok2 bunga sebelah changing area tu jela. 

Lepas tu, kami teruskan perjalanan ke Tunnel Beach. 1 jam 30 minit dari Nugget Point. Dari tempat parking nak ke Tunnel beach ni ambil masa 1 hour return kata signboard dia. Haha. Memang perit oi nak sampai ke Tunnel beach ni. Jalan menurun bukit, jenuh break. Tanah berpasir so agak licin, kena hati2. Lagi bagus kalau bawa hiking stick. Tapi ku dengan confidentnya tak bawak. Kalau jalan je tanpa stop beria-ria ambil gambar, by 20minit boleh sampai ke kawasan yang nampak Tunnel tu. Jom tengok gambar.


Dari atas tebing. Perlu jalan susur tebing untuk sampai ke Tunnel Beach.



Nice view


Us

Dah ambil gambar sakan kat sini, masa on the way nak balik, Faiz nampak ada laluan terowong bertangga untuk turun ke pantai. Gelap oi. Sebab masa tu dah nak maghrib. Tapi redah jugalah turun. Tinggi boleh tahan. Dahla berbatu-batu sebelum sampai ke beach tu. Makanya, seslow siput sedut, ku redahkan jua. Haha. Kat sini ambil gambar kejap je. Pastu naik sebab hari dah makin gelap.



Nak balik ni seksa oiiiiii. Hahahahaha. Mendaki sampai rasa nak putus nyawa. Masa turun laju tapi sakit lutut dan hujung jari kaki sebab asyik break je. Naik ni bergigih memanjat sampai semput2. Hip pun dah rasa sharp pain. Sejam juga ambil masa naik ni. Dengan keadaan slow & steady sambil menyembang. Haha. Pakcik makcik dah naik awal sebab muatan berat katanya, so dorang tak turun beach dengan kami.Lagipun kami turun beach pun sebab faiz accidentally ternampak jalan tu. Kalau tak, langsung tak tau cane nak turun beach kot. Huhu.

Sampai kat car park nuqman dok bermesra dengan awek minah salleh. Solo roadtrip. Elok je dok masak kat blakang kereta. Berani betul depa ni kan, backpack berbulan-bulan lak tu. Kereta uzur je, takde pun fikir takut kereta rosak ke, kena rogol ke, kena kidnap samun ke...huhu. 

Maka, kami pun teruskanlah perjalanan balik rumah. What a long day arini. Destinasi jauh2 dan kena jalan jauh2 jugak. Haha. Tapi, dah sampai rumah takdela nak berjimba rama je, kena masak. Haha. Kami masak nasi ayam, sup ayam, ayam goreng dan terung goreng berlada. Aci lah kan. Habiskan stok yang ada. Ain ngan Aisyah pegi rumah kawan dorang malam ni. Kami duduk diam-diam kemas beg jela. Barang masak yang lebih dah decide nak bagi je kat kawan ain. Tak nak bawak naik flight. Pastu kami dah add on luggage sebab takut overweight. Borong boleh tahan kat queenstown aritu kan. Hopefully semua oklah. 

Kami dah decide nak gantung periuk. So esok makan ringkas-ringkas je untuk pagi pastu nanti carilah apa-apa kedai yang boleh makan. Dah tak kuasa nak masak beria sebab esok dah nak balik Auckland.

Sunday 18 March 2018

NZ Summer Roadtrip (24/11/2017-10/12/2017)



سم الله الرحمن الرحيم
   (Day 11-4/12/2017)

Hari ni kami kena gerak awal sebab departure time cruise di Milford Sound 10pagi. So kena keluar paling lewat dalam 8.00pagi sebab Te Anau ke Milford Sound dalam 1jam setengah jugak. Tapi masa ni terbabas lewat sikit sebab macam biasa, kenit berak sebelum keluar rumah. Haha. Masa dah half way, agak cuak sebab masa macam cun-cun je untuk sampai at 10am. 

Jalan dari Te Anau ke Milford Sound boleh tahan mencabar dan bersimpang siur serta berbukit bukau. Scenery memang lawa. Antara Milford Sound ke Te Anau ada terowong 1 lane sepanjang 1270meter. Memandangkan ia adalah 1 lane, so kita kena queue tunggu giliran. After lebih kurang 10minit, boleh gerak. Ikot je q pada skrin tu. Jadi, sila consider timing beratur  semua, agak cuak juga kalau bajet masa memang cukup2 je kan. 

Queue tunggu turn masuk terowong


Sampai kat tempat naik cruise tu, Faiz dan Aisyah drop kami dulu pastu dorang cari parking. Tempat parking ke tempat naik cruise agak jauh juga. So dah sampai, ain pegi kaunter untuk ambil tiket. Selesai urusan tiket, kami terus ke gate untuk naik cruise kami. Masa tu cuak sebab orang dah start naik cruise tapi Aisyah & Faiz tak sampai-sampai lagi. Ain suruh kami naik dulu dan dia tunggu dorang sampai. Kami kat dalam cruise pun dah tak ketahuan dah sebab cruise macam dah nak gerak. Bila nampak budak2 tu berlari ke cruise, terus lega. Bak kata mamat jaga tiket tu, "just in time", kalau tak memang babai le. Hukhuk. 

Sambil tunggu Aisyah & Faiz, sempat lagi snap gambar



Dalam cruise ni selesa. Ada tempat duduk sepanjang kiri & kanan dan kat tingkat atas. Kat tengah2 ada kerusi dan meja makan. Boleh buat coffee semua. Kami duduk dalam tu kejap jela, pastu lepak luar nak tengok scenery. 

Scenery Milford Sound ni lawa lah. Masa kami pegi boleh nampak seagull & sealion. Kalau kena musim Dolphin, boleh nampak Dolphin jugak. Air terjun kat tepi2 gunung tu dah tak sebanyak mana sebab masa ni dah summer. But still boleh nampak dan ada yang masih banyak air dia. 

Masa kat cruise ni, bengang dengan sekumpulan tourist dari India. Dorang conquer berdiri kat kepala cruise tu dari awal tak berganjak. Orang nak ambil gambar pun susah. Ada Mat Salleh 2 pasangan kena minta excuse nak bergambar kat situ. Kami pun ambil peluang buat benda sama. Sukati dorang je nak conquer. That's not your private cruise. Kalau nak berdiri buat benteng kat situ, halang view semua orang, sila hire private cruise la kan? Huhu. 


See? Blok pandangan. Gambar kita bukan ada background milford sound pon. Nampak belakang depa je!


Masa cruise patah balik, kami masuk dalam dan layan coffee. Total time kat atas cruise ni lebih kurang 2 jam. All in all, best jelah naik cruise ni. Boleh explore NZ versi lain selain on the road, hiking & tramping. Tapi member cakap cruise kat Queenstown lagi best sebab cruise dia cruise lama pakai arang tu. So kalau masa lebih & bajet lebih boleh try yang queenstown tu jugak. Meh tengok gambar di Milford Sound. 

Seagull dan anaknya

Waterfall

Mengopi

Tarikan utama Milford Sound ni adalah air terjun di sekitar gunung di kiri kanan
















 
Layan view tepi jeti

Bye2 Milford Sound

Piopiotahi tu nama Milford Sound dalam bahasa Maori

Dari Milford Sound ni kami teruskan perjalanan ke Mirror Lake. Kawasannya tak besar pun. Ada laluan jambatan kayu untuk kita jalan dan since windy, jadi mirror image tu tak jelas sangat. Sebab air dia shaking kan. 

Ni jela dapat. Huhu. Yang reflection gunung tak nampak sangat. Air tak tenang.
Kalau air tenang, imej gunung tu lagi jelas kat permukaan air tu.

Kami teruskan perjalanan dan berhenti kat satu kawasan yang ada sungai dan banyak lupin. Cantik betul. Lupin banyak, rasa macam nak seberang je sungai tu pegi kat lupin. Haha. 

Beautiful

Nak p seberang sana, tapi tak berani. Haha.

Dari sini kami teruskan perjalanan. Pakcik nak cari toilet, jumpa lah toilet kecil. Toilet tu memang ada dinding dan lubang semata. Kalau jenguk memang takde selera kata pakcik. Selagi boleh tahan, tahanlah. Depan sikit dari kawasan tu ada tempat duduk dan meja, kawasan pun redup dan lapang je. So kami decide untuk makan dan solat kat situ. Ambil wudhuk kat sungai. Best gila. Hehe. 

Sini pun lupin banyak. Syok!

Solat kat open space with beautiful view...sangat best perasaannya.



Lepas makan dan solat, kami teruskan semula perjalanan ke Te Anau. Singgah homestay jap hantar garfu. Terbawak garfu rumah tu pulak. Sampai situ petang dah. Pastu teruskan perjalanan kami ke Dunedin. Te Anau ke Dunedin ambil masa hampir 5 jam. Sampai homestay dekat 10 malam. Kawasan perumahan kat Dunny ni berbukit2, seriau juga parking kereta. 

Rumah ni ada dua bilik je tapi ruang tamu ada 2 sofa bed. So kami bertiga ambil bilik belakang. Makcik pakcik ambil bilik besar, Emi & Faiz & Nuqman bilik paling besar, kat ruang tamu. Huhu. 

Memandangkan ada washing machine & dryer, maka kami pun pakatlah basuh baju mana yang ada. Senang nanti bawa balik yang dah bersih je. Dan agenda memasak seperti biasa. Prepare rencah untuk nasi goreng dan masak nasi. Esok pagi baru plan nak masak. Sebab semua dah kepenatan. Huhu.