background

Monday 31 July 2017

Winter In Ireland (23Disember 2015-7Januari 2016) - Part 8

سم الله الرحمن الرحيم

2.1.2016

Harini tak ke mana-mana. Melepet kat rumah je. Tunggu uncle teksi datang hantar laptop tapi rupanya dia tak dapat hantar sebab ada urusan lain dan tak lalu kawasan rumah tu. Sabo jelah. Risau juga ni. Sebab esok plan nak jenjalan. Nak g Wicklow Glendalough. Kena minta tolong kawan-kawan adik yang mana stay kat rumah standby la kot.

Petang ni adik nak balik rumah dia ambil barang-barang yang masih ada. Mula-mula nak ikut, tapi since adik nak naik basikal dan ku test naik basikal jap, adoi. Tak confident. Haha. Nampak tak penakut disitu? Sebab nak kena lalu jalan besar. Memang tak berani oi. Motor pon takut nak naik. Maka, adik pergi sorang jelah. Ku duduk diam-diam kat rumah. Keluar pon pergi SPAR seberang jalan je beli makanan sikit-sikit. Pastu tolong-tolong dorang masak. Kawan adik cakap boleh je jalan ke pantai. Dekat je dari rumah, tapi memikirkan keadaan sejuk gedi tu. Adoi. Tak sanggup. 


3.1.2016

Harini kami ambil Tout Bus ke Wiclow Glendalough. Wicklow ni glamor sebab salah satu lokasi filem P.s: I love u. 1 jam dari Dublin. Tour harga 25Euro. 2 stop untuk Tour ni iaitu Wicklow National Park dan Kilkenny Castle. 

Kat tempat bas parking ada hotel dan cafe. Damai je tepi hotel ada anak sungai. Dari parking tu kami kena menapak jauh juga untuk sampai ke Lake. Ada 2 jalan nak ke lake, 1 jalan kena lalu kawasan perkuburan lama, satu lagi kena susur lower lake. Kami ni dah nampak kubur, terus lah ikot jalan susur lower lake. Sebab tanya orang yang jual cenderahati pun dia tunjuk jalan terus je. Tapi sebenarnya jalan terus tu jauh dan perlu rentas tasik juga untuk ke upper lake. Atau sebenarnya jalan tu boleh je sampai cuma it's from the other side. Tu tak pasti sebab lepas dah jalan dan rasa macam tak nampak jalan lain, kami tanya orang yang jogging tu macamana nak ke upper lake, dia tunjuk jalan cross tasik untuk ke other side. Maka kami rentaslah ikut jambatan kayu. Masa kat jambatan kayu ni, feeling dia ngeri sikit. Mulala terfikir anakonda lah. Ape lah. Sebab kiri kanan ada pokok dan suasana dia macam paya. What if jambatan runtuh?Haha. Sila abaikan pemikiran hentah hape-hape saya nih. 

Jambatan untuk rentas ke other side of the lake. Ni bahagian yang tak berpokok dan tinggi sikit dari air. Tu berani stop ambil gamba. Haha

Dari lower lake ke upper lake, kena jalan kaki sejauh 1.7km. Sepanjang jalan tu boleh nampak anak-anak sungai dan air terjun. Tenang je dengan bunyi air mengalir. Beautiful scenery even jauh juga nak menapak. Jalan dia tar. So oklah. Takde lah lecak bagai kan. Jom layan gambar ye. 

long way to go.

pokok botak.

air terjun sepanjang jalan.

sejuk gila oi.

gigih panjat nak gi dekat waterfall

Mirror Image. Love it.

Nampak tak belakang tu? Kalau summer memang ada yang mandi nih.

Selepas berlelah jalan almost 2km, maka sampailah kami ke upperlake. Seriously cantik and worth the long walk. Tengok depan mata lagi cantik dari dalam gambar. Jenuh tukar setting kamera untuk dapatkan gambar secantik yang kami tengok dengan mata sendiri. Mohle tengok gambarnya ye?

Upper lake. Wicklow National Park

Ada yang offer nak tolong ambilkan gambar.


Wonderful view. Tengok ngan mata sendiri lagi lawa dari dalam gambar.
Lepas dah menghabiskan masa kat sini, kami patah balik lah. Perjalanan panjang oi jalan kaki. Takut kang kena tinggal ngan bas lak. Dahla driver dah pesan, with or without you, we will still move on to next destination. Dia siap cakap lagi, takpe kalau miss bas ni, u can always check in the hotel. Haha. So semua orang kena make sure on time, kalau tak memang kena tinggal. Masa berpatah balik, kami ikut laluan yang kena melalui kubur lama tu lah. Ngeri jugak kubur lama nih. Dengan cross besar-besar dan tinggi. Tapi sebab orang ramai, takdelah ngeri sangat kot. Huhu. 

kawasan perkuburan lama. 

Next destination kami adalah Kilkenny Castle. Tapi on the way tu, ada photo stop kat kawasan Wicklow National Park ni, kawasan bergunung-ganang dan ada kambing-kambing gemuk di lereng-lereng bukit tu. Gigih betul kambing-kambing ni. Tak tergolek plak dok situ ye? Dahla gemss.. haha. 

Photo Stop

Ambik gamba barang sekeping dua

tour bas kami


Dari sini, kami teruskan perjalanan ke Kilkenny Castle. Castle zaman Medieval dulu-dulu. Driver bas seperti biasa terangkan macam-macam sejarah dari zaman 1700-1800 tu. Tak ingat aih apa dia cakap. Huhu. Kami spend masa kat sini dalam 2 jam. Ronda kawasan castle. Tak masuk castle tour pun. Ada tiket. So kami masuk ruang teater dia je. Ada main video berkaitan castle dan sejarah zaman Medieval tu lah. Tiket masuk 10euro. 

Kami makan kat taman castle ni. Besar padang rumput dia. Saujana mata memandang gitu. Kat bahagian belakang ada rose garden. Tapi memandangkan winter makanya pokok ros yang ada pon ibarat hidup segan mati tak mahu ajelah. Mohle layan gambar. 

Kilkenny Castle

To the Park.

Solat kat atas bangku. Rumput berair sebab baru lepas hujan. Nasib baik kedudukan exactly ikut kiblat.






Rose garden. Tengok pokok roses kat belakang yang sendu tu. Kalau spring mesti lawa.
Ni ruang untuk masuk tengok tayangan. Free je.



Da puas ronda bahagian dalam castle kami keluar. Tengok-tengok kedai. Masuk book store. Kedai cenderamata. Tapi tak beli pape pon. Cukup 2 jam, bas datang ambil dan gerak balik ke Dublin City. 

Pakcik bas kami kali ni suka nyanyi. Kira konsert unplugged gitu. Dia nyanyi lagu-lagu tradisional Irish yang kita boleh dengar bila masuk Carrolls. Lagu last dia nyanyi masa nak sampai Dublin City lagu Molly Malone...kemain lagi ajak kami nyanyi sama-sama. Haha. Terkekek2 gelak, semua pun layankan jela pakcik tu. Excited sangat sampai lupa nak rekod. Kalau tak, ade la kenangan kan. Huhu. 



Small town, Kilkenny

Pandangan dari luar kawasan castle.
Memandangkan jarak tour kami ke Dublin hanya 1 jam, maka kami sampai agak awal ke Dublin City. So kami decide untuk makan di City sahaja. Kami makan kat Chicken Republic. Fast Food halal. Ada burger dan ayam macam KFC. Lepas makan, masuk Carols cuci mata tengok souvenirs apa nak beli. Haha.


Chicken Republic.

Our set. 1 Burger 1 chicken with fries
Buah tangan dari Dublin. Shirt boleh dapat dalam 13euro.


Masa balik ada benda kelakar jadi. Sebab kami dah stay rumah kawan adik, so tempat tunggu bas dah lain. Punyalah mencari tempat tunggu bas, jalan sampai merentas jambatan dan takde tempat tunggu bas lagi dah. Patah balik dan cari lagi. Rupanya tempat bas kami stop adalah atas jambatan. Haha. So melangut tunggu bas kat sini kejap pastu chow balik rumah.

Tempat tunggu bas.


Saja nak cerita, dari bas stop kawasan rumah kawan adik ni, kami perlu jalan kaki merentasi laluan kecil dan kawasan perumahan. Ada 1 rumah yang menarik perhatian sebab rumah ni takde langsir langsung. So kami boleh nampak bahagian dalam rumah. Tapi sepanjang beberapa kali melalui rumah ni untuk tunggu bas atau balik jenjalan, kami tak pernah nampak manusia dalam rumah ni even lampu rumah semua on. Huhu. Rumahnya kemas aje. Tapi kalau rumah kita macamni, jenuh nak bertudung dalam rumah kan? 

Pastu, pasal laptop adik, pakcik teksi dah hantar kat rumah kawan adik. Tapi since dia tak contact inform, so adik kol him to ask. So dia macam rasa "tertuduh" tak hantar-hantar lagi lah. Kenala mintak maap bagai. Miscommunication. Huhu.

Friday 28 July 2017

Winter In Ireland (23Disember 2015-7Januari 2016) - Part 7


سم الله الرحمن الرحيم

1 Januari 2016


Happy New Year. Harini bukan hari berjalan. Haha. Harini hari kemas mengemas semua benda sebab dah nak kena keluar rumah ni. Jenuh juga nak clear semua benda kan. By petang kami settle kemas dan call teksi untuk pindah. Guna teksi besarlah. Penuh kot barang. Pakcik tu awal-awal macam marah sket. Tak mau angkat barang pastu siap cakap dia angkut orang je, tak expect untuk bawa barang banyak macamni. So dia kena caj extra. Adik setuju jelah. Memang tak expect pon nak bayar harga biasa. Memang banyak kot barang. Kalau tak, takdela request teksi besar tuh. Dah masuk kereta tu, elok jela dia borak. 

Cerita pasal borak ni, dia ada tanya pasal kawen, berapa umur standard malaysian kawen, sana dalam 35. Haha. Nampaknya ku kena migrate ke sanalah. Mesti ok je umur skang tak kawen lagi. Haha. Dia terkejut la adik cakap 25, lepas habis study & mula kerja. Muda sangatnya pada dorang. Pastu buka cerita pasal islam dan isu kawin 4 ni. Depa ni bila Islam paham part tu je agaknya ye? Dia cerita ada kawan di Muslim, Pakistan ke apa ntah, bakal kawin. Dia kata tanya dulu that guy nak poligami ke tak?laki tu kata tak..haha..belum dapat memanglaaaa...haha..well, tak semua hokeh. Tapi masa dia dok cakap-cakap pasal poligami ni rasa macam nak je menyampuk dan explain kat dia, tapi...oh my english kan...jadi terbantutlah. Pastu rasa tak best..haha. 


Tunggu Teksi


Penuh oi barang. Pakcik ni awal-awal tu marahle sikit.

Bubye rumah sejuk beku


Pastu sampailah rumah kawan adik. Lawa dan besar. 2 tingkat. Pastu melepek jela kat rumah kawan adik ni. Dorang da siap masak lagi. Haha. Menumpang kat sini sampai flight balik 7.1.2016 nanti. 

Rumah ni ada student dari Manchester menumpang juga. Tapi harini mereka takde. Pergi jenjalan. Kami conquer lah bilik atas tu dulu. Hehe. Orang tanya cane sambut New year in Ireland, takde apa pun. Haha. Kat housing area mana ada bunyi orang main firework ke apa. Senyap sunyi je. 

Malam masa berehat-rehat, adik baru perasan laptop dia takde. Aduhai. Cuak. Masa turun teksi dah cek semua bahagian takde barang dah. Tapi dia kata laptop kat kaki dia, seat depan. Ku memang tak jenguk sampai bahagian kaki seat depan tulah. Pastu kalutla call pakcik teksi tu. Tak berangkat. Adeh. Tapi tak tau kenapa rasa macam laptop tu ada kat dalam teksi dan akan dapat balik even pakcik tu tak pick up call. Dah malam sikit baru dia call back. Masa tu dia kata takde laptop tu, dia pun tengah dinner rumah kawan so dia kata dia akan cek balik. Lepas tu dia contact semula kata laptop tu ada, dan akan tolong hantar semula next day. Lega.

Winter In Ireland (23Disember 2015-7Januari 2016) - Part 6

سم الله الرحمن الرحيم


31.12.2015

Harini keluar rumah seawal 615 pagi. Sebab nak kejar tour bas untuk ke Giant's Causeway at 7am. Sejuk ketaq menunggu tour bus sampai. Siap beli Costa Hot Choc nak bagi ilang sejuk. Huhu. 
Bukti keluar awal. Kalau ikut time kat gambar 750pagi. Ni bas dah jalan keluar Dublin City pun. 
Perjalanan dari Dublin ke Belfast ambil masa dalam 2jam 30minit. Dan driver bas sama juga macam hop on hop off tu, akan terangkan mana-mana tempat yang signifikan setiap kali bas melalui kawasan tersebut. Start dari Dublin City tau. So kami yang berkali-kali naik Hop On Hop Off dan tour2 ke tempat lain (Wicklow Glandelaugh, Cliff's of Moher) dengar berkali-kali jugalah sampai boleh hafal. Haha. Belfast ni bawah jajahan UK so currency Pound. Tapi masih accept Euro. Tak payah tukar pound pun ok jelah. Kos tour ni 60Euro. 
Ada beberapa stop untuk tour ni iaitu kawasan penggambaran Game of Throne, The Dark Hedges tu. Nampaklah susunan pokok2 tua yang cantik sepanjang jalan tu. Lawa. Tapi nak dapat gambar yang takde manusia punyalah susah. Huhu. Memandangkan kami pegi masa winter jadi pokoknya botak jela. Kalau berdaun mungkin laluan ni akan nampak lagi gelap sebab dilitupi daun rimbun. Pokok-pokok ni dah tua sangat dan kerajaan Ireland memang jaga betul pepokok ni since ia adalah satu tarikan pelancongan kan. Layan gambar jela ye. Takdelah bergambar banyak pun kat sini since berenti 10 minit sahaja. Ada yang syok sangat bergambar sampai orang semua da naik, dia tak naik-naik lagi sebab jalan jauh ke depan. Nak dapatkan best shot agaknya. 


Susah hokeh nak dapat background kosong tanpa manusia ni.

The Dark Hedges. Kalau berdaun mesti redup ni.

Area lepas Dark Hedges ni namanya Holywood. Ada papan tulisan Holywood tu macam yang selalu nampak in comercial "HOLLYWOOD". Kata driver bus kami, orang yg started Hollywood in US asal daripada sinilah. He missed his hometown so dia buat benda yang sama kat sana. Tak tau lah it was just a joke or what. Tapi kitorang satu bas was so impress lah. Percubaan ambil gambar perkataan tu atas bukit tak tercapai sebab bas bergerak laju dan berada di opposite site of our sit. Huhu. Kawasan sekitar ni banyak kawasan berbukit-bukit. Ada kawasan bukit tinggi boleh nampak macam ada snow cap. Kawasan-kawasan padang boleh nampak banyak kambing-kambing yang gebu gebas dan bertanda. Kambing tanda cat pink kat bulu tu betina, tanda biru tu jantan. 

ni gambar ehsan google sebab nak ambil sendiri tak sempat snap

Perhentian kami yang seterusnya adalah Carrick-a-rede Rope Bridge. Yang ni menapak jauh ke main daripada tempat bas parking ke Bridge tu. Stop kat sini dalam 1jam 30minit. Bercinta oi berjalan, ada part mendaki dan menurun. Bridge ni dulu-dulu digunakan untuk orang memancing, ada juga orang terjun bunuh diri. Sekarang dah jadi kawasan pelancongan dan ada entrance fee 7.50Euro sorang kalau nak cross bridge. Kalau taknak, xpayah bayar lah. Before masuk ke kawasan menuju ke Bridge kena tunjuk tiket yang dah diambil dengan driver tour atau yang takde tiket lagi, boleh bayar di kaunter tu.


Perjalanan baru nak bermula. Hujung nun disana baru sampai kawasan Bridge.

Beautiful Scenery




Cliff

Tengah beratur nak ke Bridge. Dia control berapa orang boleh melepasi dan ke seberang sana dalam satu-satu masa. 10 orang je.

Windy.
Masa untuk menyeberang. Windy and cold. Goyang-goyang gak bridge ni. But ok je.

She's so scared. Huhu

Lepas dah menyeberang ni, kami perlu bergerak semula ke tempat bas parking. Adoi. Bercinta. Perjalanan balik banyak mendaki, bertangga-tangga. Semput jugalah. Stop ambil gambar lagi. Masa lalu kat entrance tadi, kita boleh beli certificate bukti kita dah cross bridge tu. 1pound je satu. Teringin nak beli tapi masa dah suntuk, nak ke toilet ambil wudhuk dan nak kejar bas. So tak jadi lah beli, sekarang menyesal. Haha. Lepas ke toilet terus berkejar-kejar naik bas, rupanya kami je yang tak naik lagi. Adoi. Sorry...huhu. Lepas tu kami teruskan perjalanan ke Giant's Causeway. Tempat yang dinanti-nati, dinobatkan sebagai 1 of the World Heritage Site. Nak tengok batu-batu bentu Hexagon macam dalam video klip lagu filem Dilwale tu. Cuma dalam Dilwale tu kat Iceland. 

Bila sampai di sini, kita akan jumpa Tourist Centre dulu. Dalam tu ada cafe, kedai cenderahati dan pameran berkaitan Giant's Causeway. Ada mini teater juga untuk tonton video berkaitan Giant's Causeway ni. Kami lalu je kat sini sebab nak ke Giant's Causeway terus. 

Kat tempat nak menuju ke Giant's Causeway ni, kita boleh ambil audio guide dia. Kami ambik tapi tak dengar pon. sangkut kat leher je. Haha. Dari sini boleh jalan kaki ke Giant's Causeway atau naik shuttle bas. Kami pilih untuk naik bas sebab nak jimat masa. Kami hanya ada 2jam je kat sini. Nanti kang rushing lak. So bus bayar 1pound return. Nak balik kang tunjuk je tiket. Kalau jalan kaki mungkin boleh ambil macam-macam gambar on the way tu kan, tapi seriously jauh. Jalannya bersimpang siur juga. Yelah, pesisir pantai kan. Moh tengok gambar sekitar Giant's Causeway. 
cemanala dia boleh tersusun elok macam tu ya?

Bebatu hexagon. Hati-hati dengan lopak air dan lumut. Licin.


Yeah, sampai juga akhirnya kat sini.

gigih mendaki ke atas ni. Ala-ala berjaya naik everest gayanya.

Another part of it

Part yang dekat dengan pantai. Batunya takberapa hexagon.

Susah betul nak ambik gambar kat sini tanpa nampak kelibat manusia kat belakang.

Nak ke kawasan batu-batu yang dekat dengan pantai memang kena mendaki sikit dari tempat bas drop kita. Ada yang pakai boots tinggi tu memang kena hati-hatilah. 

Lama juga kami spend time kat sini. Sejuk tak yah cakaplah. Dengan tempias ombak lagi. Masa menyusur batu-batu ni, kena hati-hati sebab ada kawasan yang licin dan batu berlumut. Rupanya adik jatuh masa on the way nak ke tempat bas. Patutla masa pandang depan tak nampak dia. Agaknya masa tu lah dia jatuh kot. Tak nampak sangat sebab orang ramai juga sekitar tu. 

Ada kawasan yang tak berbatu tu, pesisir pantai biasa. Ada board tulis Giant Sleeping. Mitos tentang Giant's Causeway ni lah. Kononnya dulu sini tempat Giant tu tinggal. Katanya seberang laut ni adalah Scotland. Ada Giant jugak..depa bergaduh baling-baling batu ni lah dan jadikan jambatan untuk serang each other. Panjang nau nak cerita kat sini, sila search kat youtube pasal cerita mitos ni ya.


Shhhhhhhhhh!!

Dah settle ambil gambar dan spend masa kat sini, adik ajak ke Tourist Centre. Dah tak tahan sejuk sangat. So kami tunggu shuttle bas dan ke tourist centre. Kat sana ambil peluang tengok tayangan tentang asal usul Giant's Causeway dan pameran. Cari port untuk solat sekali. Lepas tu kami makan kat cafe. Beli air jelah. Bayar in euro, balance in pound. Beli hot choc je. Pastu makan bekalan nasi goreng kami. 


Nyamss. Kelaparan.


Cukup 2jam masa untuk naik bas pulak. Meneruskan perjalanan. Lalu kawasan padang rumput, boleh nampak kambing-kambing gemuk yang banyak. Adoi. Bulat betul. Haha. Pastu kami ada photostop kat area Dunluce Castle. 10 minit je. Katanya ia adalah the most haunted castle in Northern Ireland ni. Castle ni musnah kena ombak besar. So ramai yang mati. Sebab tu haunted kot. Ambil gambar dari jauh je pun. Tengok dari jauh pon ngeri. Dekat-dekat mau meremang bulu roma. Huhu. 

Lonely Lamb yang tak berapa lonely.

Dunluce Castle

Lepas tu, perjalanan diteruskan ke Belfast City. Berenti kopi2. Tengok city belfast. Tapi serius tak larat nak jalan sebab sejuk sangat. Sini ada titanic trail. Persinggahan terakhir kapal titanic sebelum karam. Mohle layan gambar Belfast City di malam hari. Kami jalan-jalan pusing dekat2 dengan area bas berhenti je. Tak larat jalan jauh-jauh. 



Belfast City Hall




Jalan-jalan kat city kejap. Banyak kedai dah nak tutup.

Titanic Trail

Bye bye Belfast

Kat sini masuk Mark & Spenser jap. Tumpang solat dalam fitting room macam biasa. Pastu pergilah naik bas balik. Lama betul 1hour tu rasanya. Masa bas bergerak, driver cakap expected to snow malam ni kat sini kalau suhu drop lagi. Adoi. Masa tu pon dah nak beku, kalau snow tak taulah cane. Tak sabo2 nak keluar dari Belfast dan cepat-cepat sampai ke Dublin. 

Sebenarnya plan sebelum ni kat Northern Ireland nak road trip. Stay Belfast 1 night. Banyak lagi tempat best lain kat sini yang boleh dilawati. Kawan adik ada study kat sini. Tapi tak boleh ikut plan ni sebab kawan adik terpaksa balik Malaysia masa tu. Makanya, kami pun naik tour bas jelah. Nak sewa keta roadtrip bagai tak berbaloi pulak berdua dan agak bahaya sebab tak biasa. 

Sampai Dublin kami tunggu bas untuk balik rumah pulak. Masa naik bas ramailah bebudak bergelak ketawa, pakai lelawa. Nak p sambut new year kot. Huhu. Maka berakhirlah sehari kami yang panjang. Esok masa untuk sambung kemas mengemas sebab dah kena keluar rumah.