background

Sunday 8 May 2016

Summary Europe Trip, 13-27 Mac, Spring 2015 (Episode 17)

سم الله الرحمن الرحيم



These are summary of expenses untuk my Europe Trip, inclusive of flight tickets, accomodation, attractions and transportation lain selain flight. 

Tiket RM3021 (Turkish Airlines, KL-Istanbul-Dublin-Istanbul-KL), asalnya RM29++ tapi sebab bank caj ikot rate hari yang dorang bayar pada agen, jadilah harga macam tu. Geram juga tapi apa boleh buat. 
Journey
Dublin-Manchester-London-Venice-Florence-Pisa-Paris-Amsterdam-Dublin
Summary for Accomodations
Di Dublin accommodation free, tinggal rumah adik. 
London - King’s Cross Guesthouse – Euro 105 (2nights)/4pax (1katil queen, 2katil single, toilet kat luar, sharing ngan bilik2 lain)
Paris - Altona Hotel –Euro 109/4pax (2 queen bed, toilet dalam bilik)
Florence - Hotel Ottaviani –Euro 47/4pax (1queen, 2single bed, toilet kat sharing, dalam bilik ada sinki utk ambil wudhu’ & brush up okla)
Venice - Luxury Apartment Venice –Euro 69/4pax + Euro 60 for late check-in (apartmen 2 bilik, 2bilik air, fully furnished, boleh masak2 & sangat selesa)
Amsterdam - (Stay Okay!) – Euro 69/4pax (2 double-decker bed, toilet dalam bilik)
Total per pax for accommodation - Euro 114.75
Transport
Teksi from Dublin Airport – Dundrum – 12euro
Teksi to Dublin Airport – 8.60euro
Dublin-Manchester (Ryan Air) – 9.90 euro 
Bas (n0.43) dari Manchester Airport ke Piccadily – 2.90 pound
Day pass Manchester bus – 4 pound (Day pass ni guna untuk naik bas pergi balik dari Piccadily ke Man U Stadium)
Manchester Piccadily -London (Train)– 28 pound, kalau by bus 5jam, tapi 7pound je.
Daily Pass in London Day 1 – 12 pound (for bus & underground)
Oyster Card Day 2 – 7 pound (for bus & underground-deposit 5 pound untuk dapatkan Oyster Card- can return kad in any train station dan dapat balik that 5pound. ) 
Bas dari Victoria Station to Stendsted Airport – 9 pound (perjalanan 1jam setengah-dua jam)
London-Venice (Ryan Air)- 34 euro 
Bas dari Venice Airport to Piazzale Roma – 10 euro
Water Taxi- Piazzale Roma to Ca’d’Orro – 7 euro 
Venice-Florence ( Train La Italia)- 20 euro
Florence-Pisa (Train La Italia) – 8 euro
Bas Lam Rosa from Pisa Train station to Leaning Tower – 1.20 euro 
Teksi from Pisa Train Station – Pisa Airport – 3 euro
Pisa-Paris (Easy Jet) – 38 euro 
Van dari Airport – Hotel – 7 Euro
Train (Metro)– 4 Euro
Next day free public transport due to air pollution in Paris
Paris-Rotterdam (Thalys Train) – 50euro -2jam 40 min 
Train Rotterdam – Dordrecth – 5.20 euro
Train Dordretch-Amsterdam- 18.30 euro
Daily pass for Trem – 7.50euro
Train dari Amsterdam Central to Zaanse Schans- 7.20 euro
Train dari Amsterdam Central- Schipol Airport– 6.20 euro
Amsterdam- Dublin (AerLingus) – 55euro 
Teksi from Dublin Airport- Sister’s Home -10 euro 
Bas dari Dublin City-Kildare Village– 10 euro
Transport sepanjang berada di Dublin (Dublin Bus + Luas-train)–Lumpsum amount around 20 euro 
Sister’s Home to Airport – 16 euro
Total per pax= 313.15 Euro + 62.90 pound
Attractions
Man U Stadium – 13 pound
Madame Tussauds – 28 pound
Gondole in Venice- 20 euro/pax or 80euro for 1 gondole
Musee d’ Louvre – 12 euro
Eiffel Tower – 9 euro (2nd floor-half of the tower, kalau naik sampai puncak, lagi mahal, tak ingat pricenya berapa) 
Keukenhof Garden (tulip, open masa Spring je) – 23.50 euro from Schipol Airport (bas pergi balik & tiket masuk)
Tour To Connemara – 47 euro
Total per pax - 41 pound + 111.5 euro
Foods
Ranging from 4pound in Malaysian Hall, London to 8-10euro per meal kalau kat Europe Area. Most of the time, Kebab & the gang la menunya. 
Souvenirs
London – Boleh dapat keychain dengan harga 99pence 1 or 11/12 pieces for 10pound, Fridge Magnet 1piece for 1 pound, tengok design jugak kot. 
Venice Florence Pisa – Boleh dapat keychain 1.50 to 2 euro each. 11 piece 15 euro (Venice), Fridge Magnet- 3 for 5 euro depends pada design juga. 
Paris – Beli keychain Eiffel Tower banyak-banyak kat penjaja bawah Eiffel Tower bole dapat 2euro for 10piece, kalau beli dekat kedai. Mahal banyak. Huhu Fridge magnet 2 for 5euro.
Amsterdam – Agak pricey for keychain (tak ingat sebab tak beli), fridge magnet 4euro. 
Dublin – Key chain & Fridge magnet memang benda yang mahal. Hukhuk. 3.99 for Keychain & 2.99 to 4.00 for fridgemagnet depends pada design. Nak dapat yang bawah 2euro tu memang amat susah unless terselit-selit kat kedai yang bukan kedai cenderahati sangat. Design & material pon agak “kodi” sikit. 
I don’t buy t-shirts, tapi kalau London boleh dapat dalam 5pound kot untuk t-shirt design biasa. Dublin ranging from 9.90euro to 18euro untuk t-shirt (round neck), tempat lain tak ingat pun berapa. huhu

Total Kos – Tiket + Internal flight Tiket + Accomodations + Attractions + Transports + Duit Belanja makan & Shopping = +/-RM 8500 to 9000 
Kadar tukaran Euro-RM antara RM4.32-RM4.16. Masa fly tukar euro je, Pound tukar di Dublin & London. Tapi masa tu range dalam 1 pound : RM5.50-5.70


EUROPE TRIP THINGY SIGN OFF. 
Thank you very much. 
Alhamdulillah for this opportunity.  



Europe Trip (Episode 16)


سم الله الرحمن الرحيم 
 
27 Mac 2016 
 
 
Hari last. Habiskan pack barang dan kami masak-masak. Tomyam ayam & telur bungkus. 
 Flight pukul 5lebih, tapi 1.30petang kami dah gerak ke airport. Baik awal kan. 
 
Sampai awal juga di airport. My sis tak boleh tunggu lama sebab dia ada discussion. So kami melepak kat departure hall sementara tunggu nak berlepas. Hmm, sedih juga dah habis trip tapi oklah, just nice.
 
Balik ni pun transit kat Istanbul juga. Relaks sikit sebab dah tau flow dan lokasi surau semua kat mana. Flight balik ni memang banyak tidur. Haha. Penat 14hari dikumpul. Haha. 
 
All in all, this is such a wonderful experience. I learn a lot. Explore new thing. Buat benda yang sebelum ini rasa macam tak boleh nak buat & macam-macam lagi. 
 
Here are my reflection for my europe trip. Even tak sehebat trip orang lain, tapi saya rasa inilah rezeki terbaik Allah bagi pada saya untuk trip ini. Yang terlepas peluang, tersesat jalan, surely Allah wants us to learn something. I've shared this in notes kat fb in April 2015. Haha.

What i've learn/got from europe trip:- 
 
1. Kita tak tahu apa yang akan jadi pada kita lepas ni. Sekarang tengah happy2 lepas tu tiba-tiba kena hadapi benda yang mencemaskan. That’s life, roller coaster indeed! 

2. Masih ramai lagi orang yang baik di dunia ni. Yang sudi bantu strangers. Mungkin juga sebab kita bersangka baik, maka yang baik-baik akan datang pada kita. LOA!! 
 
3.Learn to laugh at ourself. Sepanjang journey, kita mesti ada buat wrong decision, sesat barat, experience peristiwa-peristiwa pelbagai. As for us, at the end of the day, before tidur, mesti ada reflect balik apa yang sudah berlaku dan gelak-gelak secara berjemaah. At least, boleh buatkan kita let loose and release apa-apa feeling yang tak best or kerisauan sepanjang hari tu. Well, kadang-kadang apa yang kita rancang, tak semestinya berjalan dengan lancar. But surely we can learn something from it. 
 
4. Kena ada orang yang rajin mencatat expenses. Haha, for this journey..it’s me. And I think it will always be me kot kalau ikutkan experience vacation with family and friends sebelum ni. Sebenarnya, it’s a habit. Monthly expenses diri sendiri pun memang tulis, so expenses vacation apatah lagi kan?bukan apa, senang nak keep track expenses, kalau ada yang tolong bayarkan dulu senang nak kira hutang-hutang tu terus. Golongan duit cukup-cukup pergi vacay macam ni la kan, kalau golongan duit berkepuk, takpe lah.  
 
5. Optimizekan peluang yang ada. Kita berjalan-jalan tu, dah tentu-tentulah kita musafir kan? Antara masa mustajab doa adalah sewaktu bermusafir. Jadi berdoalah. Masa tengah berjalan-jalan tu mungkinlah tak sempat kot, tapi masa dalam bas, dalam train, dalam flight atau masa bila-bila yang sesuai, berdoalah. Doakan diri kita, keluarga dan sahabat-sahabat kita. Semoga doa-doa kita dimakbulkan. One of my friend told me, “Allah selalu bagi  outstation sebab nak bagi peluang awak doa banyak-banyak time musafir kot”, dan saya rasa adalah rugi kalau melepaskan peluang itu. So, let’s do it. Even kadang-kadang nampak awkwardla tetiba berteleku macam tu dalam flight or dalam apa2 kenderaan tu kan, tapi lama-lama kita rasa ok je. Owh, lagi satu, we can read ma’thurat or Al-Kahfi (Friday) jugak sementara nak sampai ke destinasi. This thing, I learn from my sister, selalu asyik doa je kan. Tapi haritu tengok dia baca ma’thurat masa dalam flight pastu terfikir, a’akan..why not?daripada mengelamun je tak tentu hala, sekurang-kurangnya buat sesuatu yang berfaedah. And of course, perform our Dhuha, hmm..bayangkan eh..kita musafir lagi..buat Dhuha lagi..berganda-gandanya peluang nak mintak doa dengan Allah, maybe tak dapat buat everyday sebab kadang-kadang sesudah subuh dah start berjalan kan?tapi agak-agak masa tak rushing tu, bolehla buat..dapat 2,3 kali sepanjang vacay tu pon da sangat ok lah kan?OPTIMIZEKAN peluang yang ada. 
 
6. Bila keluar dari zon selesa, baru kita belajar guna kemudahan-kemudahan yang ada dalam islam tu. Macam khuf, before ni mana penah guna pun cara tu, bukan stakat tak guna, tak tau pun kewujudannya. Belajar solat merata-rata. Even kadang-kadang kena stare la jugak. Pelik juga ya, beria dapat pesanan, orang putih ni katanya “staring is rude”, dia stare kita takpe je pulak?huhu Tapi takpelah, now I understand bila ada sorang kakak ni pesan “ Have Izzah of your Islam”. Kita tak perlu pun nak give up our solat, our tudung (Cthnya ada orang berpendapat Pergi oversea kena pakai serkup/topi/kaler2 yang tak obvious dan style2 tak obvious bagi mengelakkan orang sana pandang pelik) untuk orang-orang lain tu. Kalau kita pandai bawa diri dan tunjukkan what islam really is, lama-lama orang pun boleh faham.  
 
7. Be confident. Kan da cakap, salah satu sebab tak suka travel adalah risau masalah komunikasi. Kita kan tak pandai skipping London. Nervous oi, depa dahla accent pekat-pekat gitu. Tapi sebenarnya, kalau dah terpaksa tu, ok je. Ala, tau basic word pun ok dah, orang kat Italy, paris sume tu, bukanlah fluent English sangat pun. Pramugari ngan Pilot Turkish Airlines pun English kelaut jugak, survive aje. So dah nak ke hujung-hujung journey tu barulah berani sikit nak Tanya-tanya orang ke apa, kalau tak, memang my sis lah mangsa nak kena tanya sume tu. Haha. 

End of journey. Next post nak share expenses je tinggal. huhu. 

bye-bye ireland, till we meet again

kebosanan dalam flight

mamam

 
 

Europe Trip (Episode 15)

سم الله الرحمن الرحيم

26 Mac 2017 


Harini adalah hari melawat Uni my sis, Univercity College of Dublin (UCD) dan sesi membeli cenderamata @ Carrolls. 

Lepas ronda-ronda uni, kami naik bas untuk ke city. Masa naik bas jumpa 2 orang Malaysia nak ke City juga. Tapi dorang macam tak dapat naik bas sebab takde coins. Kat dublin, semua bas pakai coins. Strictly no notes. So dorang tanya kami nak tukar coins. Kitorang pon takde banyak, so kutip sikit sorang, cukup untuk tambang dorang berdua. Sepanjang perjalanan ke city, makcik borak dengan budak tu. Kami borak with another girl. They are in their trip area UK/Europe for a month. Tapi trip dorang ni macam back & forth pegi tempat sama sebab ada kawan kat UK. Bestnya jalan 1 month. Kalau lah mampu kan. Huhu. Tapi takpelah, 2minggu pon not bad. hehe. Ada rezeki nanti datang lagi. 

Kat Carrolls beli souvenirs untuk housemates & mana-mana yang masih belum beli lagi. Sebab ireland punya souvenirs mahal. Keychain dan Fridge magnet  2.99 - 3.99euro, aiyyak. Memang beli untuk diri sendiri jela yang mampu kan. Kalau kat kedai-kedai lain, ada juga yang jual souvenirs but with low quality & very limited. Situ boleh dapat FM 1euro. Owh, for bookmark lover, sila beli bookmark yang macam-macam desig. Sangat BEST. I bought a few, 0.99euro each. 

Benda lain yang dibeli adalah coklat yang sedap amat kat ALDI. Hazelnut Heaven. Beg berat sebab coklat tu lah. Haha. On the way balik, beli barang-barang basah sikit untuk masak esok sebelum balik. Harini final shopping, malam pack barang & esok tak keluar dah, sebab tu plan nak masak sebab selalu housemate adik je masak untuk kami, so kalini kami pulak masak. hehe. 

Owh, misi mencari luggage beg makcik untuk ganti luggage housemate adik yang patah kaki akibat berkejaran di airport Stendted tidak berjaya. So bagi duit jelah, kang dia beli sendiri. Dah beli kat Florence sebenanya, tapi patah lagi kakinya. adoi, sabo jelah.

Sekitar UCD

Depan main entrance UCD

Dublin Doors, mood nak balik so dah tak banyak ambik gamba
 

Thursday 5 May 2016

Europe Trip (Episode 14)


سم الله الرحمن الرحيم

25 Mac 2015 


Harini trip kami ke Kilmore Abbey, Connemara. Ada dua tempat boleh pilih untuk lawat. 1 lagi Cliff's of Moher. Tapi my sister cakap kalau pilih Cliff's dan weather tak okay, nanti tak nampak apa. Tak cantik pun. Better go for Kylmore Abbey, Connemara. At least apa-apa cuaca pun okay je. 

Kami ambil tour 47euro. Naik bas dari dublin City. Perjalanan awal dari Dublin sebab it takes 3hours + untuk sampai ke Galway dan tukar another bas untuk bawa ke Connemara tu. Kami gerak keluar rumah 6.30, jalan kaki pergi stesen Luas. Sebab bas takde seawal pagi tu. Dari Luas, kena jalan kaki agak jauh untuk sampai ke tempat naik bas. Rushing betul. Adoi. Letih OK pepagi hari lagi nak kena main lari-lari. My sis, laju gila kot jalan. NAmpak step kecik-kecik je tapi mengah kami nak kejar. Dipendekkan cerita, sempatlah naik bas tu. huhu. 

Suhu 3degree kalau based on skrin dalam bas. Sejuk oi. Connemara ni kawasan berbukit-bukit, banyak kambing biri-biri yang diternak area sini.  Before sampai ke Kylmore Abbey, bas ada berhenti kat 1 stop. Just for 10minit photo session berlatar belakangkan sungai & bukit-bukit. Masa ni hujan da renyai-renyai. 

Masa sampai ke Kylmore Abbey pun hujan juga. My coat tak tebal sangat. So amatlah seksa nak jalan. Menggigil sangat. So masuk ke souvenirs shop, cari sweater. Dah beli sweater tu baru boleh tahan. Masa kami kat sini, my aunt & friend dah keluar menuju ke Castle. Maybe tak perasan kami masih ada dalam kedai.

Dah settle beli, kami menuju ke Castle. Dalam castle dapat penerangan dari staf bertugas. Perabot dalam tu semua original dati tahun 1800. Hebat betul dorang ni jaga dan maintain barang-barang lama. Kesan aging tu nampaklah. Dengan kerusi dekat living hall da melendut semua, but still, it's there. Kalau kat tempat kita..hmmm...huhu. 

Lepas da round Castle, kami keluar. Masa ni pun hujan lagi, tapi dah reda sikit. Sementara tunggu masa untuk balik, kami makan dekat Cafe & ambil wudhuk untuk solat in the bus nanti. Kami tak lawat pun Rose Garden dia, sebab kena naik mini bus & bergerak setiap 30minit. Kami takut lambat dan terlebih masa yang diberikan, 2jam. Lagipun hari hujan dan early spring kan. Tak banyak pun lagi bunga-bunga kat situ.  

On the way balik, ada stop lagi 1 tempat, macam gereja & kubur lama. 10-15minit photo session jugak. Pastu balik semula ke Dublin. Owh, ada singgah town kejap untuk shopping barangan local. Banyak produk dari bulu kambing. Tak beli apa sangat pun, kecuali poskad & bookmark. huhu. Overall, Kylmore Abbey cantik tapi cuaca tak mengizinkan. So agak tak enjoy especially part ambil gambar dan explore the place yang outdoor. Takpelah, tu je rezeki kami, maybe nak suruh pergi lagi kot ye?muahahahaha

Rumah tradisional Irish, comey-comey je

On the way to Kylmore Abbey


Cantik, tapiiiiiii hujan
Connemara       



Petugas yang cerita sejarah Kylmore Abbey ni
Original furniture dari zaman 1800

Depan castle, ni lah yang akan jadi kalau tak perasan, bila sejuk, lense berkabus dan gambar tak elok
Lunch

Kylmore Abbey, Connemara. Kawasan keseluruhan seluas 11000 ekar.

Photo stop



 

Tuesday 3 May 2016

Europe Trip (Episode 13)

بسم الله الرحمن الرحيم

23 Mac 2016 

Destinasi harini adalah Keukenhof Garden yang terletak di Lisse. Yang hanya buka 2bulan je stahun. Start Mac till May je. Dari Stay Okay kami naik trem ke Amsterdam Central, pastu ambil train ke Schipol Airport. Kami akan naik flight kat sini petang nanti, dan dari sini pun kita boleh ambil trip ke Keukenhof. Kami tinggal beg kat locker dan terus ke booth yang jual tiket untuk ke Keukenhof. Kami beli combination tiket, 23.50 untuk tiket pergi balik dan tiket masuk ke Keukenhof. Bas no. 858. Tempat naik pun area tempat jual tiket tu je. 

Dari schipol Airport ambil masa 35minit. Dalam bas kami ada tourist Malaysian juga. senyum-senyum ajelah. Sampai sini rasa excited sangat. Masuk je kat dalam, dengan music dutch yang keluar dari pondok kat tepi kolam tu, rasa macam nak lompat-lompat macam kanak-kanak riang. Mabuk tulip. Haha. Ada 2 orang perempuan yang siap berbaju traditional Dutch katarea entrance tu. So ambil gamba dengan dorang. hehe. 

Pastu berlari-lari sana-sini macam tak tau nak tengok mana satu. Haha. Memang macam kanak-kanak ribena dah. Tu pun kami pergi hari ke 3 taman ni buka. Kalau datang sini bulan 4 ke 5, mesti lagi lawa sebab tulip-tulip dah tinggi. Sekarang ada yang sangat kecil lagi sebab baru tanam kan. Tapi tak pelah. Ini rezeki kami, dah cukup syukur dapat sampai. Kalau macam ni pun da mabuk, tengok yang tinggi-tinggi paras pinggang kita lagilah, pengsan terus agaknya. Hehe. 

Berjalan tu punya lah lama, sebab macam each and every spot nak berenti ambil gambar. Haha. Pastu ulang untuk post 4 orang, belum masuk group post or selfie. Haha. Pastu kami masuk jalan area yang ada kincir angin. Yang ni dapat naik. Menebus kekecewaan semalam la. Huhu. Gambar area situ lawa. Macam dalam lukisan. huhu. 

Lepas tu kami masuk Indoor Garden. Lawaaaaaaaaaa.. sini banyak tulip tinggi dan bunga-bunga lain. Pintu gerbang Lily wangi amat. Aduh. Bestnya la hai. Rasanya datang selalu kat Keukenhof ni pun tak pe. Haha. 

Kami gerak dari sini jam 4lebih. Flight balik Dublin pukul 8.30malam. Tapi selaku orang fobia, biasalah kan. Gerak awal. OTW balik, ada kapal nak lalu kat bawah jambatan/jalan raya yang kami lalu tu. so dapatlah tengok jambatan tu terbukak nak bagi kapal lalu. Wah, jakun sekejap. Hebatnya. Huhu. 

Sampai airport, kami semua dah kebuluran, Tak tau nak makan apa. Nampak Happy Seafood, so makan kat situ. Oklah ngap burger seafood roti keras. Masa nak makan, tau tak nampak ape??haha... nampak I AMSTERDAM. Happy gila. Dari awal sampai sini dok pk, manala tempat yang orang ambil gambar dengan benda tu. Dah ada depan mata ni. Haish. Wajiblah ambikkan. Nasib baik lapar, kalau tak, ada yang terkinja-kinja gi ambik gambar dulu baru makan. 

Lepas dah makan, cari tempat nak solat sebelum check in. Susah betul nak cari tempat tersorok. Akhirnya solat jela belakang tiang dekat area eskalator. Pastu ready to fly back to Dublin. Huhu. Nasib baik sampai rumah housemate adik da siap-siap prepare nasi & lauk untuk kitorang. Huhu. Kebuluq almost 2 days tak jumpa nasi. Kalau da melayu tu, melayu juga lah kan. 

24hb is shopping day. Pergi Kildare Village. Tambang bas 10euro pergi balik. My sis join kami sekejap je pastu dia balik sebab ada discussion. Pastu kami balik sendiri. I'm not into shopping sangat. So takde beli apa sangat pon. Makcik beli handbag Furla. Seriously cheap compared to Malaysia la kan. Balik dari Kildare, singgah beli souvenirs kat Carrols & beli coklat kat ALDI. Esoknya kami nak ke Connemara. Huhu. 




Pondok tepi kolam nun keluar muzik dutch yang buat kita rasa nak lompat-lompat joget-joget..haha

Picturesque Keukenhof


Tulipsssssss

Lily yang wangi amat

Makcik kata ni namanya bunga bakong. WANGI jugak!!   
Happy Seafood

Yeah, nak lompat-lompat ok nampak benda ni.. HAHA

Bukti beli FURLA, haruslah post depan butiknya. Muahahaha

  

  

Europe Trip (Episode 12)

بسم الله الرحمن الرحيم

22 Mac 2015

 Harini breakfast Nasi ayam kawan masak. Nyam-nyam. Kami takdelah gerak awal sangat walaupun plan macam nak keluar awal. Yelah, my friend ada baby. So kena ikot time tidur dia juga. Tapi nampak gayanya takmo tidur, huhu. Kami gerak keluar rumah dalam jam 1130pagi. 

Plan harini nak ke Zaanse Schans. Dari Dordrecht naik train ke Amsterdam Central (18.30euro, 1jam) dan kena ambil another train atau bas ke sana. Masa sampai ke Amsterdam Central, kami beli 1 day pass untuk trem & bas. Kami decide untuk check in Hotel dan hantar beg dulu baru ke Amsterdam Central semula untuk ke Zaanse since hotel tu takdelah jauh mana by trem. My friend & husband stay area situ je sementara tunggu kami hantar beg.

Tapi masa tu kami tak tau nak naik trem mana untuk ke area hotel. So kami masuk ke information centre untuk tanya staf trem. Nak sebut tak pandai, so kami tunjuk jela nama hentian nak turun dan tanya kena naik trem no. berapa. Lepas dah dapat info, kami pun naik trem tu. Tapi rupanya salah. So kami turun je kat station 2nd last, sebab lepas ni trem tu dah nak patah balik ke Amsterdam Central.

Kami melilau cari arah nak ke Stay Okay tapi masa ni lah pulak internet buat hal. Dalam dok kehulu-hilir sambil mencari local untuk bertanya, tiba-tiba ada seorang mat saleh tegur. "Are you okay girls? u look lost? are u looking for a bus to germany?" agaknya area situ ada tempat bas untuk ke German kot so dia nak tunjuk kat kami. Kami bagitau kami salah ambil trem dan tengah cari hotel "Stay Okay". Pastu dia tolong navigate pakai handphone dia. Alhamdulillah dapat. Jalan dekat 30minit jugakla. Jauh oi. Walaupun mamat tu cakap tak jauh. Tu langkah mat saleh yang besau ye lah..untuk kami ni..dengan seret beg lagi. Huhu. Tapi takpelah, akhirnya sampai. Dah alang-alang dah jam 3lebih, kami decide untuk solat dulu. Dah lepas solat, ambil trem semula ke Amsterdam Central. Tapi masa ni kawan dah contact, dia nak balik Dordrecht since dah lewat dan makin sejuk. Kesian anak pulak. So terkuburlah harapan kami yang berangan nak gi Zaanse sama-sama. Terkilan juga tapi apakan daya. Dah rombongan Cik Kiah sesat gara-gara makcik trem salah bagi nombor. Abes lari plan. Masin betul mulut kawan tu, masa kami nak p naik trem dia cakap, "elok2, jangan sesat."hadeh. 

Dah sampai Amsterdam Central, menggagau cari tempat naik bas nak ke Zaanse. Dah tak jumpa tu, decide tanya Info Counter mana tempat naik bas. Tapi dia kata takde bas pergi Zaanse, kena ambil train. Adoi. So kami kena beli tiket train la. Kalau naik bas dah free sebab dah ada day pass. So pergi kaunter tiket beli tiket ke Koog-Zaandijk, nak sebut pon tak pandai. Haha. Naik train dalam 20 minit, pastu dari station tu jalan 15minit untuk sampai ke Zaanse Schans. And masa OTW nak sampai Zaans, kami perasan ada bas ke Zaans. Adoi. 2 kali dapat info salah harini. Sabar ajelah. 

Dalam 4.30 kami sampai ke Zaans. Berjalan dari station train ke Zaans ditemani bau coklat dari kilangnya. Hmm..bestnya. Dari atas jambatan, boleh nampak Zaans dengan bangunan "rumah" ladang dan kincir angin. Cantiknya. Sampai-sampai sana, most kedai dan muzium dah tutup sebab dah 4.30petang. Ada 1 kedai je bukak. So kami masuk kedai tu beli souvenirs. Pastu baru jalan-jalan. Terkilan juga sebab tak dapat naik kincir angin dan tak dapat masuk muzium-muzium tu. Ambil gambar sekitarnya je. Takpelah. Bukan rezeki. Tapi seronok juga sebab pemandangan cantik. 

Kat sini buat benda pelik. Haha. Curi-curi ambil tanah. Haha. Sebab beg kawan macam kena jilat ngan anjing masa dalam trem nak ke hotel so nak sirtulah bila balik hotel nanti. Lawak betulla masing-masing. Takut kena perambat ngan orang kat situ je. Nasib dah petang, so orang tak ramai. Kami gerak balik dekat maghrib juga. 

Balik hotel kesejukan dan kelaparan. Takde choice lain melainkan makan kat cafe dia. Oklah makan vege macaroni, pastu order fries. Tak kenyang sangat pun tapi belasah jelakan. Janji makan. Pastu on the way naik atas, beli air panas kat vanding machine kononnya nak rendam maggie. 50cents untuk 1 gelas kertas yang kecik. Kira ala-ala abes hampir 5euro juga nak kasi cukup rendam 2pek maggie. 

Balik bilik masing-masing dah terbongkang. Tak kuasa dah nak mandi. Nak makan maggie tu lagilah tak. Tidur tergolek. Sejuk amat, berbungkus dengan mysis, lapik selimut je. Sebab kami tak larat nak panjat tidur katil atas. Haha. 

Tamat sehari yang menghampakan sebab plan asal terbantut. Mulalah fikir, kenapalah g hotel dulu, patutnya just drop beg kat central tu dan terus pergi Zaans, tapi takpelah. Inilah namanya pengalaman. Kadang-kadang apa yang kita plan, tak sama dengan apa yang berlaku. Mesti Allah nak ajar sesuatu. Dalam pada jumpa orang yang salah bagi maklumat, jumpa juga orang baik yang tunjukkan jalan yang betul. Sama macam hidup kita, kadang-kadang, kita jumpa orang salah dulu sebelum jumpa orang yang sebenar tu. 

Sebelum kesesatan

Zaanse Schans dari atas jambatan

Tak dapat naik kincir angin, dapat jadi background pon jadilah

Add caption


Senja di Station Koog-Zaandijk -cantik sangat!
 
Malam di Amsterdam Central