background

Sunday 8 May 2016

Europe Trip (Episode 15)

سم الله الرحمن الرحيم

26 Mac 2017 


Harini adalah hari melawat Uni my sis, Univercity College of Dublin (UCD) dan sesi membeli cenderamata @ Carrolls. 

Lepas ronda-ronda uni, kami naik bas untuk ke city. Masa naik bas jumpa 2 orang Malaysia nak ke City juga. Tapi dorang macam tak dapat naik bas sebab takde coins. Kat dublin, semua bas pakai coins. Strictly no notes. So dorang tanya kami nak tukar coins. Kitorang pon takde banyak, so kutip sikit sorang, cukup untuk tambang dorang berdua. Sepanjang perjalanan ke city, makcik borak dengan budak tu. Kami borak with another girl. They are in their trip area UK/Europe for a month. Tapi trip dorang ni macam back & forth pegi tempat sama sebab ada kawan kat UK. Bestnya jalan 1 month. Kalau lah mampu kan. Huhu. Tapi takpelah, 2minggu pon not bad. hehe. Ada rezeki nanti datang lagi. 

Kat Carrolls beli souvenirs untuk housemates & mana-mana yang masih belum beli lagi. Sebab ireland punya souvenirs mahal. Keychain dan Fridge magnet  2.99 - 3.99euro, aiyyak. Memang beli untuk diri sendiri jela yang mampu kan. Kalau kat kedai-kedai lain, ada juga yang jual souvenirs but with low quality & very limited. Situ boleh dapat FM 1euro. Owh, for bookmark lover, sila beli bookmark yang macam-macam desig. Sangat BEST. I bought a few, 0.99euro each. 

Benda lain yang dibeli adalah coklat yang sedap amat kat ALDI. Hazelnut Heaven. Beg berat sebab coklat tu lah. Haha. On the way balik, beli barang-barang basah sikit untuk masak esok sebelum balik. Harini final shopping, malam pack barang & esok tak keluar dah, sebab tu plan nak masak sebab selalu housemate adik je masak untuk kami, so kalini kami pulak masak. hehe. 

Owh, misi mencari luggage beg makcik untuk ganti luggage housemate adik yang patah kaki akibat berkejaran di airport Stendted tidak berjaya. So bagi duit jelah, kang dia beli sendiri. Dah beli kat Florence sebenanya, tapi patah lagi kakinya. adoi, sabo jelah.

Sekitar UCD

Depan main entrance UCD

Dublin Doors, mood nak balik so dah tak banyak ambik gamba
 

No comments:

Post a Comment