سم الله الرحمن الرحيم
27 Mac 2016
Hari last. Habiskan pack barang dan kami masak-masak. Tomyam ayam & telur bungkus.
Flight pukul 5lebih, tapi 1.30petang kami dah gerak ke airport. Baik awal kan.
Sampai awal juga di airport. My sis tak boleh tunggu lama sebab dia ada discussion. So kami melepak kat departure hall sementara tunggu nak berlepas. Hmm, sedih juga dah habis trip tapi oklah, just nice.
Balik ni pun transit kat Istanbul juga. Relaks sikit sebab dah tau flow dan lokasi surau semua kat mana. Flight balik ni memang banyak tidur. Haha. Penat 14hari dikumpul. Haha.
All in all, this is such a wonderful experience. I learn a lot. Explore new thing. Buat benda yang sebelum ini rasa macam tak boleh nak buat & macam-macam lagi.
Here are my reflection for my europe trip. Even tak sehebat trip orang lain, tapi saya rasa inilah rezeki terbaik Allah bagi pada saya untuk trip ini. Yang terlepas peluang, tersesat jalan, surely Allah wants us to learn something. I've shared this in notes kat fb in April 2015. Haha.
What i've learn/got from europe trip:-
1. Kita tak tahu apa yang akan jadi pada kita lepas ni. Sekarang
tengah happy2 lepas tu tiba-tiba kena hadapi benda yang mencemaskan.
That’s life, roller coaster indeed!
2. Masih ramai lagi orang yang
baik di dunia ni. Yang sudi bantu strangers. Mungkin juga sebab kita
bersangka baik, maka yang baik-baik akan datang pada kita. LOA!!
3.Learn
to laugh at ourself. Sepanjang journey, kita mesti ada buat wrong
decision, sesat barat, experience peristiwa-peristiwa pelbagai. As for
us, at the end of the day, before tidur, mesti ada reflect balik apa
yang sudah berlaku dan gelak-gelak secara berjemaah. At least, boleh
buatkan kita let loose and release apa-apa feeling yang tak best or
kerisauan sepanjang hari tu. Well, kadang-kadang apa yang kita rancang,
tak semestinya berjalan dengan lancar. But surely we can learn something
from it.
4. Kena ada orang yang rajin mencatat expenses. Haha, for
this journey..it’s me. And I think it will always be me kot kalau
ikutkan experience vacation with family and friends sebelum ni.
Sebenarnya, it’s a habit. Monthly expenses diri sendiri pun memang
tulis, so expenses vacation apatah lagi kan?bukan apa, senang nak keep
track expenses, kalau ada yang tolong bayarkan dulu senang nak kira
hutang-hutang tu terus. Golongan duit cukup-cukup pergi vacay macam ni
la kan, kalau golongan duit berkepuk, takpe lah.
5. Optimizekan
peluang yang ada. Kita berjalan-jalan tu, dah tentu-tentulah kita
musafir kan? Antara masa mustajab doa adalah sewaktu bermusafir. Jadi
berdoalah. Masa tengah berjalan-jalan tu mungkinlah tak sempat kot, tapi
masa dalam bas, dalam train, dalam flight atau masa bila-bila yang
sesuai, berdoalah. Doakan diri kita, keluarga dan sahabat-sahabat kita.
Semoga doa-doa kita dimakbulkan. One of my friend told me, “Allah selalu
bagi outstation sebab nak bagi peluang awak doa banyak-banyak time
musafir kot”, dan saya rasa adalah rugi kalau melepaskan peluang itu.
So, let’s do it. Even kadang-kadang nampak awkwardla tetiba berteleku
macam tu dalam flight or dalam apa2 kenderaan tu kan, tapi lama-lama
kita rasa ok je. Owh, lagi satu, we can read ma’thurat or Al-Kahfi
(Friday) jugak sementara nak sampai ke destinasi. This thing, I learn
from my sister, selalu asyik doa je kan. Tapi haritu tengok dia baca
ma’thurat masa dalam flight pastu terfikir, a’akan..why not?daripada
mengelamun je tak tentu hala, sekurang-kurangnya buat sesuatu yang
berfaedah. And of course, perform our Dhuha, hmm..bayangkan eh..kita
musafir lagi..buat Dhuha lagi..berganda-gandanya peluang nak mintak doa
dengan Allah, maybe tak dapat buat everyday sebab kadang-kadang sesudah
subuh dah start berjalan kan?tapi agak-agak masa tak rushing tu, bolehla
buat..dapat 2,3 kali sepanjang vacay tu pon da sangat ok lah
kan?OPTIMIZEKAN peluang yang ada.
6. Bila keluar dari zon selesa,
baru kita belajar guna kemudahan-kemudahan yang ada dalam islam tu.
Macam khuf, before ni mana penah guna pun cara tu, bukan stakat tak
guna, tak tau pun kewujudannya. Belajar solat merata-rata. Even
kadang-kadang kena stare la jugak. Pelik juga ya, beria dapat pesanan,
orang putih ni katanya “staring is rude”, dia stare kita takpe je
pulak?huhu Tapi takpelah, now I understand bila ada sorang kakak ni
pesan “ Have Izzah of your Islam”. Kita tak perlu pun nak give up our
solat, our tudung (Cthnya ada orang berpendapat Pergi oversea kena pakai
serkup/topi/kaler2 yang tak obvious dan style2 tak obvious bagi
mengelakkan orang sana pandang pelik) untuk orang-orang lain tu. Kalau
kita pandai bawa diri dan tunjukkan what islam really is, lama-lama
orang pun boleh faham.
7. Be confident. Kan da cakap, salah satu
sebab tak suka travel adalah risau masalah komunikasi. Kita kan tak
pandai skipping London. Nervous oi, depa dahla accent pekat-pekat gitu.
Tapi sebenarnya, kalau dah terpaksa tu, ok je. Ala, tau basic word pun
ok dah, orang kat Italy, paris sume tu, bukanlah fluent English sangat
pun. Pramugari ngan Pilot Turkish Airlines pun English kelaut jugak,
survive aje. So dah nak ke hujung-hujung journey tu barulah berani sikit
nak Tanya-tanya orang ke apa, kalau tak, memang my sis lah mangsa nak
kena tanya sume tu. Haha.
End of journey. Next post nak share expenses je tinggal. huhu.
bye-bye ireland, till we meet again |
kebosanan dalam flight |
mamam |
No comments:
Post a Comment