بسم الله الرحمن الرحيم
22 Mac 2015
Harini breakfast Nasi ayam kawan masak. Nyam-nyam. Kami takdelah gerak awal sangat walaupun plan macam nak keluar awal. Yelah, my friend ada baby. So kena ikot time tidur dia juga. Tapi nampak gayanya takmo tidur, huhu. Kami gerak keluar rumah dalam jam 1130pagi.
Plan harini nak ke Zaanse Schans. Dari Dordrecht naik train ke Amsterdam Central (18.30euro, 1jam) dan kena ambil another train atau bas ke sana. Masa sampai ke Amsterdam Central, kami beli 1 day pass untuk trem & bas. Kami decide untuk check in Hotel dan hantar beg dulu baru ke Amsterdam Central semula untuk ke Zaanse since hotel tu takdelah jauh mana by trem. My friend & husband stay area situ je sementara tunggu kami hantar beg.
Tapi masa tu kami tak tau nak naik trem mana untuk ke area hotel. So kami masuk ke information centre untuk tanya staf trem. Nak sebut tak pandai, so kami tunjuk jela nama hentian nak turun dan tanya kena naik trem no. berapa. Lepas dah dapat info, kami pun naik trem tu. Tapi rupanya salah. So kami turun je kat station 2nd last, sebab lepas ni trem tu dah nak patah balik ke Amsterdam Central.
Kami melilau cari arah nak ke Stay Okay tapi masa ni lah pulak internet buat hal. Dalam dok kehulu-hilir sambil mencari local untuk bertanya, tiba-tiba ada seorang mat saleh tegur. "Are you okay girls? u look lost? are u looking for a bus to germany?" agaknya area situ ada tempat bas untuk ke German kot so dia nak tunjuk kat kami. Kami bagitau kami salah ambil trem dan tengah cari hotel "Stay Okay". Pastu dia tolong navigate pakai handphone dia. Alhamdulillah dapat. Jalan dekat 30minit jugakla. Jauh oi. Walaupun mamat tu cakap tak jauh. Tu langkah mat saleh yang besau ye lah..untuk kami ni..dengan seret beg lagi. Huhu. Tapi takpelah, akhirnya sampai. Dah alang-alang dah jam 3lebih, kami decide untuk solat dulu. Dah lepas solat, ambil trem semula ke Amsterdam Central. Tapi masa ni kawan dah contact, dia nak balik Dordrecht since dah lewat dan makin sejuk. Kesian anak pulak. So terkuburlah harapan kami yang berangan nak gi Zaanse sama-sama. Terkilan juga tapi apakan daya. Dah rombongan Cik Kiah sesat gara-gara makcik trem salah bagi nombor. Abes lari plan. Masin betul mulut kawan tu, masa kami nak p naik trem dia cakap, "elok2, jangan sesat."hadeh.
Dah sampai Amsterdam Central, menggagau cari tempat naik bas nak ke Zaanse. Dah tak jumpa tu, decide tanya Info Counter mana tempat naik bas. Tapi dia kata takde bas pergi Zaanse, kena ambil train. Adoi. So kami kena beli tiket train la. Kalau naik bas dah free sebab dah ada day pass. So pergi kaunter tiket beli tiket ke Koog-Zaandijk, nak sebut pon tak pandai. Haha. Naik train dalam 20 minit, pastu dari station tu jalan 15minit untuk sampai ke Zaanse Schans. And masa OTW nak sampai Zaans, kami perasan ada bas ke Zaans. Adoi. 2 kali dapat info salah harini. Sabar ajelah.
Dalam 4.30 kami sampai ke Zaans. Berjalan dari station train ke Zaans ditemani bau coklat dari kilangnya. Hmm..bestnya. Dari atas jambatan, boleh nampak Zaans dengan bangunan "rumah" ladang dan kincir angin. Cantiknya. Sampai-sampai sana, most kedai dan muzium dah tutup sebab dah 4.30petang. Ada 1 kedai je bukak. So kami masuk kedai tu beli souvenirs. Pastu baru jalan-jalan. Terkilan juga sebab tak dapat naik kincir angin dan tak dapat masuk muzium-muzium tu. Ambil gambar sekitarnya je. Takpelah. Bukan rezeki. Tapi seronok juga sebab pemandangan cantik.
Kat sini buat benda pelik. Haha. Curi-curi ambil tanah. Haha. Sebab beg kawan macam kena jilat ngan anjing masa dalam trem nak ke hotel so nak sirtulah bila balik hotel nanti. Lawak betulla masing-masing. Takut kena perambat ngan orang kat situ je. Nasib dah petang, so orang tak ramai. Kami gerak balik dekat maghrib juga.
Balik hotel kesejukan dan kelaparan. Takde choice lain melainkan makan kat cafe dia. Oklah makan vege macaroni, pastu order fries. Tak kenyang sangat pun tapi belasah jelakan. Janji makan. Pastu on the way naik atas, beli air panas kat vanding machine kononnya nak rendam maggie. 50cents untuk 1 gelas kertas yang kecik. Kira ala-ala abes hampir 5euro juga nak kasi cukup rendam 2pek maggie.
Balik bilik masing-masing dah terbongkang. Tak kuasa dah nak mandi. Nak makan maggie tu lagilah tak. Tidur tergolek. Sejuk amat, berbungkus dengan mysis, lapik selimut je. Sebab kami tak larat nak panjat tidur katil atas. Haha.
Tamat sehari yang menghampakan sebab plan asal terbantut. Mulalah fikir, kenapalah g hotel dulu, patutnya just drop beg kat central tu dan terus pergi Zaans, tapi takpelah. Inilah namanya pengalaman. Kadang-kadang apa yang kita plan, tak sama dengan apa yang berlaku. Mesti Allah nak ajar sesuatu. Dalam pada jumpa orang yang salah bagi maklumat, jumpa juga orang baik yang tunjukkan jalan yang betul. Sama macam hidup kita, kadang-kadang, kita jumpa orang salah dulu sebelum jumpa orang yang sebenar tu.
Sebelum kesesatan |
Zaanse Schans dari atas jambatan |
Tak dapat naik kincir angin, dapat jadi background pon jadilah |
Add caption |
Senja di Station Koog-Zaandijk -cantik sangat! |
No comments:
Post a Comment