background

Monday 23 December 2013

Awak bila lagi??


Tengah2 serabut banyak kerja semalam, tiba-tiba terkeluar idea menulis sesuatu, post kat fb...banyak pulak dapat feedback. hehe.
Benda tu xdelah current isu yang buatkan diri stress ke apa, tapi macam semak kat otak dan perlu dikeluarkan. Sebab benda yang selalu dengar dan akan sentiasa dengar xtau sampai bila.  

Apakah itu??

Inilah dia:- 

Awak bila lagi??

Soalan klise utk saya, awak, dia, mereka dan siapa2 yang berkaitan.
Letih aih nak jawab. Sebab jawapannya takde kat saya, awak,dia, mereka dan siapa2 yang berkaitan itu
Sebab, awak bila lagi? ni biasanya adalah soalan untuk benda yang xpasti
Awak bila lagi nak kahwin? Xsemua orang ditakdirkan ada jodohnya di dunia, kalau bukan di dunia, mungkin di akhirat sana.
Awak bila lagi nak ada anak? Ada orang memang ditakdirkan tiada rezeki untuk jadi ibu bapa.
Awak bila lagi nak tambah anak? Ada orang memang ditakdirkan untuk ada sorang/dua/tiga je anaknya.
Dan rentetan awak bila lagi akan berlarutan sampai bila2...sampai kita tua, sampai awak bila lagi nak jadi nenek?
Dan, soalan-soalan ini semua tiada jawapan pada orang yang di tanya, dek kerana ketakpastiannya.
Benda yang pasti..adalah mati. Semua orang pasti melalui. Tapi, agak2 kalau di tanya, awak bila lagi? Merujuk pada mati...mesti dilabel biadap..hukhuk..sedangkan benda itu pasti cuma tak tau bila masanya akan tiba sahaja.

Jadi, jadi,jadi..
Boleh tak tolong jangan tanya dah soalan awak bila lagi itu pada saya, awak,dia,mereka dan siapa2 yang berkaitan.
Sebab takde jawapan.
Bantulah saya,awak,dia,mereka dan siapa2 yang berkaitan untuk istiqamah bersangka baik pada ketentuan Tuhan.
Sebab iman saya xsekuat ustazah, saya perlu lebih mujahadah, tapi bila selalu sangat ditujah, lama-lama jadi goyah. 

 Doa yang baik2..fikir yang baik2..InsyaAllah, yang baik2 akan datang pada kita =)

Wednesday 18 December 2013

Letting GO



 Life, isn't always easy but not all the time hard either. 
Because Allah said...
He does not impose upon any soul a duty but to the extent of its ability (2:286)
and 
Surely with difficulty is ease, With difficulty is surely ease (94:5-6)   


"For what ever had happen to you, dont be sad..be happy..
Be good...do good..you got nothing to loose just yet..let it go..
It hurt, but not that much..bearable!
You've gone through something even harder than this..
Let it be, say NO to anything that's gonna hurt u..
Allah knows BEST..REMEMBER?"

 Hadapi ujian dengan sabar & solat. Insya Allah. 

Muhasabah & Muhasarawak dek kerana emosi upside donw lately. May Allah ease. 

Tuesday 17 December 2013

Azam 2013



Azam tahun baru...haha..dah nak hujung tahun masihi pun...dah habis bulan pertama tahun hijrah pun. Tapi Alhamdulillah...salah satu azam 2013 dah tercapai on 15 November 2013. 

Apa azamnya? Nak khatam baca buku biografi Nabi Muhammad. It takes me a year kot nak habiskan baca, punyalah lama. Malu betul kan. Kalau novel yang tebal tu boleh habis sekejap aje tapi buku pasal RAsulullah, ambil masa lama macamni. Kononnya nak baca sampai ke hati. Bila dah start lost and tak boleh catchup akan stop dulu. Huhu..alasan kot tu. 

Dari dulu, bila orang tanya siapa idola. I never said Rasulullah, in fact I don't know who is my real idol. Kenapa tak cakap Rasulullah sebab Baginda kan sebaik2 suri teladan. My answer is, sebab I dont really know him. Yes, tau la sirah sikit-sikit yang belajar dari sekolah rendah sampailah besar, tapi the whole perjalanan hidup, tak pernah tahu in detail. 

Sebab itulah timbulnya azam perlu khatam sirah Rasulullah because I wanted to know him more. And yes, now I can say my Idol is RAsulullah even hati dan diri rasa sangat kerdil dan jauh lagi nak mencapai tahap akhlak semulia itu. 

Sebab baca sirah inilah rasa lebih bersemangat nak buat benda2 baik, rasa lebih bersemangat nak kerja bagus2 even bulan puasa..sebab Rasulullah dan sahabat siap perang lagi masa puasa. So, malu dengan diri sendiri yang kerja dalam bilik aircond pun nak kurangkan workload masa bulan puasa.(I do mention about this in previous post)

My other azam for 2013 yet to accomplish is "Nak khatam Quran sekali dengan tadabbur"..Khatam Quran dah tak tau berapa puluh kali tapi tak pernah pun khatam sekali dengan tadabbur. Frank Sweetenham pernah tulis kot pasal "Typical Malays" ni. Salah satunya yang dia kata, "Mak ayah paksa anak baca 1 buku ni yang mak ayah tu sendiri pon tak faham isi kandungan buku tu"- it is Quran. Betullah apa dia cakap tu kan?Mak ayah dulu-dulu siap rotan2 lagi suh anak pergi mengaji, tapi hakikatnya mereka sendiri pun tak faham isi kandungan Quran tu. I dont want to be like that. That's why wujudnya azam ini. Now dah masuk juzuk 30. Alhamdulillah. Hopefully sempat Khatam before this year end. I wanted to be a good muslim. Pray for me. May Allah ease my way. Amin =)


finished: 15 Nov 2013

Saturday 19 October 2013

Pedicure Indeed!!





Last 3 weeks memanjakan diri di spa. Well, after 5 weeks of outstation in a row, i think i deserve a nice treat for myself. So, with my housemate, we went to a spa somewhere in seksyen 13, shah alam (Alaska) to distress. huhu

While the beautician do all the scrubbing thing..she tell me this:-

"Akak rajin buat pedicure ye? kaki akak cantik.."
And I was like ......... (terkedu sekejap then baru jawab)
"Eh, takdelah. xpernah buat pun. Sebab pakai stokin kot"
(I dunno if she can hear me or not..sebab die kat hujung kaki and I'm in roll over position, suara bercakap pun kembang2..huhu)

When I finish all the treatment, menunggu nak bayar, i put my socks on, the beautician said this:-
"Akak memang suka pakai stokin ye? patutlah kaki akak cantik"
My answer was just "A'a, selalu pakai stokin"

I think this is the 2nd time people gave their compliment about my KAKI..ulangan..KAKI okeh..hayyoh..sabar jelah kan..takpelah..adela jugak orang puji even kaki je pon..hahahaha..owh, 1st time dulu, masa kerja part time kat bakery sementara tunggu result matrikulasi. 
Makcik tu say this "PAtutlah kaki dia cantik, dia pakai stokin" and at that time pun den macam terkebil2 jugak sebab rasa macam "owh, ada orang perhatikan kaki aku?"..haha

Hmm..da separuh post, sebenarnya bukan nak highlight about puji KAKI sangat. Tapi just nak relate with aurat kita. KAki...selalu kita abaikan..baju elok..tudung pon elok tutup dada tapi pandang bawah lagi..ooh..kaki xtutup..tak lengkap dekat situ je, sayang kan??

When I was young (primary school), I always think about this:-
"Kenapa masa solat, tak boleh nampak kaki. Sebab nampak aurat. Tapi kenapa luar solat, tak pe je nampak kaki?" -well, masa tu majoriti pon memang tak pakai stokin even aurat lain terjaga.

Bila masuk boarding school, kena paksa pakai stokin. Baru betul2 realize masa tu yang stokin tu wajib pakai sama macam wajibnya tutup rambut pakai tudung semua tu. Start dari situlah istiqamah pakai, kira kalau tak pakai rasa macam hilang kaki lah..huhu

But setahun dua kebelakangan ni, memang rasa malas nak pakai. Rasa macam leceh, dahla nak mencucinya kena bergagah menyental bagai. So, kadang2 pakai, kadang2 tak. But I know it's wrong. So what I did was, bila tak pakai, I'll wear sandal or shoes yang cover most of my kaki. 

One day, I said this to my sister:-
"Aku ada niat murni nak pakai stokin secara istiqamah balik, tapi aku rasa lecehlah"
And my sister said this to me:-
"Tu bukan niat murni, tu benda yang wajib, Kena buatlah. Dah, pakai stokin"

Haha..so start from that, malas macam mana pun, pakailah jugak. Mujahadah, memang susah tapi kalau tabah, InsyaALLAH jadi mudah!!

#Mari kita istiqamah jom!! Selalu betulkan diri untuk jadi lebih baik. May Allah bless =)

Sunday 22 September 2013

Kompilasi ceritaceriti beberapa minggu yang lalu



What i wanted to share:-
1) Productive Ramadhan i had this year
- Rasanya tahun ni adalah Ramadhan paling productive compared to previous years, jadual kerja full with session and talk. Kalau dulu, rasa macam, bulan puasa nak cut down all work activity and focus pada record and documentation only. But Ramadhan this year...huuu...not much different than other month. Hasil motivasi baca buku sirah agaknya. Rasulullah dan sahabat2 siap berperang lagi masa bulan puasa, so malu la kan kalau diri ni stakat bekerja dalam building ber"aircond" pun nak minimizekan workload during bulan puasa. 
- I tried my best to maximize my ibadah...May Allah accept them and menjadi asbab untuk jadi muslim yang lebih baik. 

2) Aidilfitri
- It's not really about raya actually, because my family always has an ordinary raya, same routine almost every year. It's just that, this raya..we celebrated it at our own home instead of balik kampung. 
- Last minit tukang rumah siapkan rumah, pasang tiles sume2 tu. Well, kami beraya without langsir sebab railing pun tak sempat pasang. haha. Hajat nak buat open house this raya terpaksa dibatalkan sebab rumah tak siap sepenuhnya. Next year maybe..if i'm lucky enough, i'll celebrate it with my other half..wink!!

3) Sister's result
- Well, the whole family was so nervous while waiting for my sister's a-level result. My mom cant even eat or sleep since last week of Ramadhan. Alhamdulillah, she got 14/15 and can further her medical study in Dublin. I'm driving when abah call and my other sister pick up the call.. feel so relief and grateful after abah break the news,terkeluarlah juga air mata ni. At first, berdebar juga bila abah cakap my sister tengah nangis?huh..suspen, ingatkan xdapat..bila tanya, ngape?tak lepas ke?abah cakap..lepasla, nangis sebab happy. Sampai rumah, lompat2 peluk my sister. It's a wonderful feeling seeing umi's relief face and Abah's eye and nose still watering. Proud, i think that's the meaning of those tears. Alhamdulillah, terima kasih Allah. 

4) Majlis kesyukuran
- Fly back home untuk majlis kesyukuran my sister. Alhamdulillah, ramai yang datang especially family. Well, it's our 1st time buat kenduri kat rumah tu, kelam-kabut juga lah. Tapi Alhamdulillah, everything went well. LAte evening, got a call from JPA saying my sister's flight will be postpone due to some problems with the agent. So, tak jadilah bertolak on Saturday (31st August) to KL. 

5) Depart day
- 5th September, my sister's departure day. Dorang datang rumah untuk pack in since luggage yang beli untuk bawa ke Dublin tinggal kat my house. About 340pm, kami dah ke airport and since jalan tak jem, sampai awallah melangut kat KLIA. Well, masa check in my youngest sister dah buat drama air mata sebab dia ingat my sis dah nak depart.haha..dipendekkan cerita, at 820pm, my sis masuk departure hall.. rasa sebak tu ada, but looking at her smiling face, tak sampai hati nak keluar airmata pun. This is what she wants since forever and she got it, so ngape nak nangis kan?huhu.. safe journey sis..hope u'll be doing great for the next phase..InsyaAllah =)

6) Outstation
- Huh, lots of outstation now. Including tomorrow, it's been 5 week in a row. Tired, back pain, sakit kaki, but i've no choice. I hope everything will be ok. Dear body, bertahanlah. (This is 1 of the reason why it takes me so long to update my blog..eheh..alasan kan!)



Thursday 5 September 2013

30 Syawal

 
 
Lamanya tak update blog
Harini dah 30 Syawal pun
Salam Aidilfitri pada semua (last wish)
 
Banyak sangat benda jadi since hujung Ramadhan, 
1st week of Syawal, 
dan sepanjang bulan Syawal ni lah. 
 
As usual, raya kami yang biasa-biasa je, 
Takde beraya beriya,
Takde ke Open house merata-rata.
 
Balik cuti raya, 
Outstation merata-rata,
Preparation adik ke oversea pun bermula.
 
Semalam, 
Dah selamat terbang ke sana,
Moga Allah mudahkan segala.
(I'll update about my sister's story soon..tunggu  weekend je ni =p)
 
Yang sedih,
Mesir masih berdarah,
Kenapa macam tak ramai yang endah?,
Cuma tangan mampu ku tadah,
Mohon bantuan dari Allah. 
 
-------Masih mencari mood update blog setelah sebulan lebih dibiarkan sepi (ewah!) --------
 

Monday 29 July 2013

Mimpi



Hari ke 20  Ramadhan. 

Mimpi, semua orang pernah bermimpi. 
Mimpi indah sampai rasa tak nak bangun.
Mimpi tak best sampai rasa bila mimpi ni nak habis?
Mimpi sedih sampai dada rasa sesak.

Saya, 
Selalu mimpi zaman sekolah/zaman matriks/zaman uni
Mimpi tak sempat study nak examla
Mimpi lambat masuk examla
Mimpi pergi sekolah tak pakai kainlah, tak pakai tudunglah
Semua jenis panic tak tentu hala
Jenuh fikir apa nak buat nak selesaikan masalah tu
Hadeh

Mengapa ya?
Ada unfinished business masa belajar dulu kala ke?
Rasanya takde apa2
Semua tegak dan baik2 aje
Entah

Mimpi mainan tidur, 
Mungkin rindu zaman belajar dulu
Rindu jadi remaja riang ria
Eheh, now da remaja dewasa


# rasa nak tulis tapi idea xdatang2, tu yg update merepek2 je ni. 
 

Thursday 11 July 2013

Wake up this morning..



It's our 3rd day of Ramadhan..Alhamdulillah

Bangun pagi masa siap2 ke ofis, tetibe rasa rindu. Ya, I'm missing someone.

Dear someone,
I miss u,
Really do

I dunno who are u,
Where are u,
How "younG' are u,

But
U take care ok,
Have a bless Ramadhan,
Hope to see u soon, 
So we can be together for the next Ramadhan.

I'll try my best to take care of myself,
Trying hard to be better, 
To prepare myself for our future,
So please be good too, ok?

When I'm ready,
When u are ready, 
The time will come, 
Allah knows best,
So let's pray hard!

With the bless of Ramadhan,
Hope Allah grant our doa,
For us to be together,
In the near future.

('',)
Me, 
Love
 
--this love is my trademark- a start and an end in every video i've made ms study dolu2--

Tuesday 9 July 2013

Yeay...Ramadhan!


Alhamdulillah. Allah izinkan kita jumpa Ramadhan tahun ni.

Owh, i'm always nervous when Ramadhan is coming. eheh, ala-ala nervous nak jumpa mertua ke?(xpasti, sebab takde pengalaman lagi), but seriously, every year akan rasa macam tu. And this year I spend my time thinking so hard why do I feel that way? I dont have any problem with fasting, so, why nervous?

Last weekend, I got the answer. Bahana duduk sorang2 takde kawan, banyak masa nak berfikir. eheh. The reason for my nervousness is, hmm...ke are ek?(hadeh, masalah orang tak bape reti homputeh):-

Takut bulan puasa ni macam sia-sia, dapat lapar dan dahaga je. Macam tak berbaloi kan?Yela, puasa, tapi buat lagi benda-benda tak elok, tak usaha tingkatkan amal ibadah, grab semua peluang nak dapat pahala. 

So:-
Let's pray that Allah will help me to be better for this Ramadhan. Diberi kekuatan untuk buat yang baik2 dan tinggal semua yang tak elok. Seterusnya istiqamah sampai bila2. Yela, masa Ramadhan je buat benda baik, lepas Ramdhan buat benda tak elok, tak gunala kan?Buat penat je kumpul pahala, pastu burn macam tu aje. Back to square one..hadeh!

Owh, since bulan Ramdhan, ramai yang nak usaha khatam quran. So nak share doa best. Ada share sikit about this doa in my previous post (Pesta Buku Selangor). 

love this doa so much =)
Share sikit sejarah doa ni:-
I found this doa in my roommate's book masa matrikulasi, 2003 (Owh, it's been 10 years,wow!). So salinlah kat belakang Quran and since that I'll read it everytime habis ngaji. Unfortunately, masa 3rd year in Uni, my Quran hilang (I left it in my wardrobe drawer masa cuti sem and makcik cleaner "clean" everything..uhuk!). I feel so sad, I remember that doa, but over time, I seem to forgot the meaning of the doa (word by word, overall meaning masih ingat-tapi me being me, kalau boleh nak yang tepat). So, like i said in previous post, I found my long lost doa in novel and google it. Yeah, now I got it back. SERONOK okeh!

Owh, tadi sebelum tulis post ni, tergerak hati nak cari fb roommate matriks tu and guess what?jumpaa...hopefully, she accept my friend request. Searching for her for sooo long. 

Dah panjang sangat, so..have a bless Ramadhan everyone..=)

Monday 8 July 2013

Little Things


Tajuk ala-ala lagu 1direction gitu!!ahah

Saya,
Sentimental sikit bila birthday
Kind of indescribable, every year pon macam tu

I purposely apply 2days off 28th June n 1st July
Mention in previous post, I plan few thing but nothing seems work
 SEDIH jugak tapi tak pelah

Big thing dont come to me just yet,
but i appreciate those little things:-

Birthday Wishes from friends and family,
Am touched with Umi's birthday message:-
"Happy Birthday. Semoga pjg umur, murah rezeki. Umi doakan bertemu jodoh yang baik. Umi sayang K.Long."
Uhuk, trus keluar air mata pepagi hari. Tahun ni ada wish jodoh, maybe sebab umur dah 28 kot kan?
 As much as i'm tired with question related to kawen, perhaps she's tired with soklan2 bile nk dapat menantu and penat bagi hint kat diri ni berkenaan topik yang sama. (e.g. position pelamin kat umah tu, nak main ngan cucu etc..-tersedak)

Kononnye nak pegi cycling kat Bukit Cerakah tapi rupanya tutup on Monday. Hmm..sabar jelah. 
Baru nak lepak kat tasik shah alam sambil2 belajar photography, hujanlah pulak. 
So, change location to SACC, lepak kat wakaf depan tu. Belajar teori sambil2 praktikal. Masa kat situ elok pulak hujan reda.hadeh.

Dipendekkan cerita, gambar berikut adalah beberapa little things yang berlaku bersempena birthday yang digembar-gemburkan sebentar tadi..haha:-

on friday (28th June)..makan2 ngn sister, sempena dia habis a-level and pre-birthdayla kuhnunnye..=p

Self-treat..no cake..ice-cream pon ok (Sungei Wang, nak street photography kat Jalan bukit bintang tak kesampaian sebab hujan-see, it's raining again)

from housemate- tak perasan she put this on my bed. sebab leka sangat berborak catch up stories since few days tak sempat borak..haha

From Usrah mate -Kek PAndan + peanut butter n benda2 warna-warni tu- On the spot deco, depan2 birthday girl, makan sama2 after usrah kat Masjid Shah Alam- best kek ever, coz it's full of Ukhuwwah ..thanks all =)




My bestie gives me one slice rainbow cake =)

And belanja me this..Wong Solo at Seksyen 7..hihi =)






I end my birthday with Yasin..hadiah untuk diri sendiri. Sementara masih hidup, hadiahkn bacaan Yasin untuk roh sendiri. Bila dah takde nanti, harapkan doa2 dan hadiah dari orang pula. I thank Allah for this wonderful 28 years, I hope to be a better Muslim.. please pray for me too. 


Monday 1 July 2013

28 =)



1st July

My Birthday

Nothing special

Plan few things but nothing seems work

It's ok 

I'm feeling blessed

Thank u Allah

For everything

bouquet from housemate..love much =)

Saturday 22 June 2013

a while





It's been a while...uhuk...berabuk blog ni ye..

Banyak benda jadi 2 minggu ni

REBT Profesional Course : done

Program Transformasi Minda (ganti Induksi) for P&P Akademik done

Corporate Social Responsibility Program done

My sister finish her a-level final exam

Meeting MKSP yang hot and berasap kepala

 Since minggu2 meroyan yang lepas, i planned to have a long break end of this month. Go somewhere nice to unwind. Tapi nampak gayanya takde long break mana lah. Bos suruh cancel cuti on 28th, kena attend meeting. Baik, work first, play later. Hmmm...where should i go? I got 3days including saturday sunday. Really wanted to go to Bukit Tinggi, sebab? sebab nampak orang amik gamba kat situ cantik, relevan tak agak2 sebab tu? tapi my friend said jalannya bahaya sikit, jadi driver tahap amatur like me ni kena fikir ribu2 kali kot kalau nak drive sendiri. hadeh! =( Husband, please come to me so u can drive me there..uhuk! mode berangan sekejap.  =)
token dr student:- they interviewed me about aneroxia nervosa for their assigment


Tuesday 11 June 2013

Masalah hati


Few days ni mood mengarut sket..upside down. Jiwa kacau, nak meroyan, just name it, apa-apa yang kurang stabil tu, it's me. Hmm

Hati...kadang-kadang leka
Hati..kadang-kadang lupa
Untuk bersyukur
Untuk jadi lebih Redha

Jiwa..selalu goyah
Jiwa..seringkali gundah
kerana selalu sangat menelah
Hingga lupa nikmat Allah

Read Surah Ibrahim after maghrib and Allah gives me His answer to calm me:-
 
"Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu memaklumkan "Sesungguhnya jika kamu bersyukur, nescaya  Aku akan menambah (nikmat) kepadamu, tetapi jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), maka pasti zabKu sangat berat" (Ibrahim:7)

"DAn mengapa kami tidak bertawakal kepada Allah, sedangkan Dia telah menunjukkan jalan kepada kami, dan kamu sungguh akan tetap bersabar terhadap gangguan yang kamu lakukan kepada kami. Dan hanya kepada Allah saja orang yang bertawakal berserah diri. (Ibrahim:12)

Ya Allah, jadikan aku hambamu yang bersyukur, Sentiasa bersabar & bertawakal padaMu.

# Hidup memang tak mudah, tapi tak jugak payah. Allah kan ada?

Thursday 6 June 2013

i-city

fairyland
Ke sini tak tau bape juta kali dah...okeh..exaggerate..tapi yes...dah terlalu banyak kali pegi...kawan datang, nak ke sini, parents datang, bawak ke sini, adik2 datang, ke sini lagi, dan rutin yang samalah everytime ada yang datang sini. Mentang-mentanglah rumahku sekangkang zirafah je nak ke i-city nih.. So, layankan aje lah. Apa2pun, I always request them untuk ke sini masa weekdays, ulang suara, weekdays...sebab tak sanggup nak bersesak dengan manusia yang sangat ramai tak pernahnya nak surut masa weekend. Cuti2 sekolah macam skarang hapetah lagi.

1st time test darling x20 kat sini. Nice, tapi bolehla pulak kan lupa cemana nak naikkan ISO?hadoila, inilah namanya pakai kamera canggih pon tak guna kalau tuan punya tak canggih mana. Hmm, sebenarnya, tak sempat nak betol2 explore (alasan..eheh). Tak sabar nak spend masa untuk betol2 explore this cam..pastu bolehla camwhoring..haha..ngeng!

For this pict and most of the pict kat icity dat night, guna mode advance - filter toy je, habes cerita. PAndaila kamera ni fikir nak buat ape, aku snap aje lah. haha


Wednesday 5 June 2013

Reflection Of Baitul Muslim 2.0 Part 3

Sambungan: 3rd Slot- Fulus Oh Fulus – Tuan Suzardi Maulan (Pak Di)

Basically ni sharing pasal pengurusan kewangan. Macamana nak cut cost kenduri kawen. Kata Pak Di ni, nak buat majlis kena tengok siapa kita?Poket tebal mana? Tak perlulah semua org dalam facebook nak jemput pergi kenduri. Kadang2 ada orang yang rasa terbeban pon dengan jemputan kita tu, so dia sarankan jemput yang betul2 close dengan kita, yang confirm pegi kenduri kita plus sedara mara terdekat, so instead of 1000 jemputan maybe bole cut jadi 400 je, so dah jimat kat situ..utk food, cetak kad and pape jela yang berkaitan. I dunno whether to agree or not dengan benda ni, tengok family jugak kot n tgk org sekeliling kita. Kang kalo tak jemput kecik ati pulak…hadeh…susah kan?owh…Pak Di xde plak komen sangat pasal hantaran meningkat sebab katanya peningkatan tu sejajar dengan peningkatan kos penyediaan makanan kenduri n blablabla tula…huhuhuhu…so all in all…balik kepada basic jugakla..sape kita?n poket tebal mana kan?

Cumanya kata PakDi, kalau boleh biarlah kita n partner sekufu in term of financial IQ, kalo tak same..susah jugak tu ye…sorang nak lain..yg lg sorang nak lain…bole jd gado tu.

Punca utama muflis:-
1)      Kereta – 29338 kes
2)      Pinjaman peribadi – 15299 kes
3)      Pinjaman Perumahan – 14327 kes
4)      Bisnes – 14327 kes

Financial management in islam banyak refer pada surah Yusuf 12: 47-49 ~ 7 tahun menyimpan, 7 tahun seterusnya menggunakan hasil simpanan utk atasi kesulitan/spend utk keperluan…Kata Pak Di, kereta & rumah adalah liability yang perlu dielak dalam 7tahun pertama kerja. Bila da lps 7tahun, gaji dah banyak..simpanan dah banyak..bolehla beli kereta/rumah yang selesa…hmmm…den ni…1st year keje da beli kete, susah kot nak ulang-alik p keje nek kenderaan awam..nak naik bas memang x la kan tapi takdela beli yang canggih manggih sangat, yang bole bawak p balik keje…balik kg…kuar jalan2..okla…nk kete idaman tu..tunggu gaji banyak le dulu…rumah?hmm, xbeli lagi sebab xtau nak settle down kat mana?tunggu kawen dulu kot, teringin nak beli umah buat asset tapinye tak pandai nak menguruskannya…takut kena tipu je ngan ajen…hmmm…

Personal Opinion tentang fulus untuk kahwin, belanja berhemah ikot kemampuan, bersederhanalah, elakkan pembaziran, hantaran kahwin tu…hmm..tgkla dengan sape kita nak kawenkan, kalo die mampu xpela, kalau x..stakat yang termampu jela…xpyhla dok pikir sangat ape orang kata sebab kalo kite sampai berhutang nk kawen, anak 3 pon loan kenduri kawen tak abes lagi, bukan org lain tanggung..kita yang nak menanggungnya kan? tak payah ikut sangat redha manusia, redha Allah lebih utama, kehidupan lepas kawen tu lebih penting…hmm…Moga Allah tetapkan hatiku utk sentiasa besederhana dan tidak melampaui batas…hmm…sume perempuan nak wedding yang terbaik. Once in a life timela  katakan (InsyaALLAH) so macam susah sikit nak menahan nafsu dari pilih benda2 grand or berhabis utk majlis tu…huhu..Moga Allah beri kekuatan…InsyaAllah..=)

......Sambung Part 4....
(Malas nak buat reflection lagi..uhuk)