background

Monday 21 December 2015

Europe trip (Episode 6)

بسم الله الرحمن الرحيم


18 Mac 2015

Harini kalau ikotkan perancangan asal, nak ke Bicester Village..  Tapi bila discuss semula, tak jadi pergi. Tambang ke sana je da 30pound return. Adik tanya, memang nak shopping tak?kalau tak sangat, rugi je tambang memahal tu. Bicester Village ni macam JPO tula. Last-last tak jadi. So kami keluar lewat sikit dari rumah. 

By 10am, kami ambil train ke Victoria Station..letak beg kat sana sebab senang nak jalan. Nanti nak ke airport pon memang kena ambil bas dari situ. Masa nak beli tiket train, kami tanya mamat ni pasal tambang. Pastu dia cadangkan kat kami beli je Oyster kad, lebih murah daripada nak bayar tambang each transport tu. Oyster Kad kena letak deposit 5pound, pastu topup 7pound and you're good to go for 1 day. Boleh naik train dan bas. Rugi betul baru tau harini. So kami ambil oyster kad tu, nanti masa pulangkan dapat balik 5pound. 

Dari Victoria station kami pegi ke Malaysian Hall balik untuk makan dan solat. Lepas tu pergi ke Bayswater. Ada lagi yang nak beli souvenirs. Lepas tu ambil train ke Marble Arch. Kat sana bagi makan burung merpati. Sambil-sambil fikir mana lagi nak pegi before ke airport. Tapi kami decide pergi awal sikit lah ke airport. 

By 3.00 lebih ke Victoria Station. Masa ni lah suasana cemas amat berlaku. Rupanya dari victoria station ke airport ambil masa almost 2hours. Adik ingat 1hour je. Ya Allah, cuak amat. Flight ke Venice jam 7malam.  Bas bergerak dari victoria station jam 4 lebih sikit kot. Cuak tak paya cerita la. Sampai airport almost 630pm, berlari2 pegi tempat nak cop pasport. Orang pulak ramai gila. Masa tengah beratur dengar a guy announce "who's flying to venice?". Kami pun terus pergi tempat dia. Lepas cop pasport, terus dia cakap "Now ladies, run!!". Kami ape lagi lari sesungguh hatilah. Da gaya masuk explore race pon ye. 

Sampai kat security cek pon panjang jugak. Adikku dengan makcik selamba badak je cross bawah penghadang tu untuk beratur. Diriku yang blur ni ikot jela sekali kena marah ngan security, so keluar balik dan ikot jela barisan tu. Masa tulah skin care nak jatuh pun. Jenuh mengutip dan masuk beg. Dah cuak amat tu, masa letak beg untuk scan, lupa keluarkan liquid pulak. Adoila...masa nilah nak buat hal macam2 kan. Kena scan 2 kali. Sangkut tang peanut butter la pulak masa 2nd time tu. So buang je benda tu. Tak kuasa lah nak suh dia pos dan bayar kos tu semua. 

Masa sangkut 2 kali ni, kawan dengan makcik dah lepas dan adik minta dorang pergi dulu. At least ada wakil untuk minta tunggu sat. And i'm the last person. terkial2 cari gate  50. Ya Allah, ingat kan dekat je, jauh kemain. Dengan rabunnya. Tengok kat skrin flight to venice calling....masa tu dah fikir abeslah duit nak kena beli tiket baru. Tengah blur2 tak tau nak tuju ke mana, signage pun takde yang tunjuk mana nak tuju untuk ke gate 50 tu. Ada train menghala ke kiri, baru je gerak. Masa tengah fikir adakah kena naik train tu, tetiba dengar suara panggil "Kak Long" disebalik tiang. Tengok2, my sis rupanya. Apa lagi, larilah pegi ke tempat dia. Kena naik eskalator 2 kali kot pastu lari lagi baru sampai gatenya. Orang tengah beratur lagi. Nampak my aunt and friend, lega betul. Tapi muka merah gila agaknya sampai makcik suruh duduk and minum air. 

After drama kejar flight settle, masuk flight terus tak sedar diri. Tau-tau da welcome to aeroporto di Treviso A. Canova. Huhu. Sampai airport, ambil bas untuk ke Piazzale Roma, 10euro, untuk ambil water taxi ke Ca d Orro. Tiket water taxi dalam 7euro kalau tak silap. 
 
Dalam 15minit macam tu kot sampai Ca d Orro (sebut Kaddoro- my sis sebut KadiOrro, orang water taxi tu betulkan..haha..orang kaunter tiket water taxi tadi tak kata apa pun, malas nak betulkan agaknya..huhu). Sesampai kat jeti, ada someone tunggu dan tanya kami, are you miss Aziz? Mula-mula blur, pastu baru sedar. Haha. Betullah kami ni miss Aziz kan. Haha. Staf apartment yang kami sewa tu bagitau ingatkan kami cancel ke, sebab dah lewat. Sampai dalam jam 11 malam gitu. Bagus betul orangnya. Explain macam-macam yang kami perlu tahu. Bagi peta dan explain arah mana nak pergi.

Jalan dalam 10minit, sampailah kami ke apartmentnya. Cantik amat. Berbaloilah berkejaran nak naik flight tu. 2bilik, 2bilik air dan fully furnish. Kat sini kami bantai masak maggie sampai 5 bungkus. Kebulur punya pasal. Penat berkejaran seharian. Huhu. Tapi seriously, rasa sangat best. Nikmat yang dapat lepas berhempas-pulas dan melalui detik-detik cemas la kononnya. huhu. 

bagi makan merpati @ marble arch

Marble Arch mengadap Hyde Park yang luas amat

Sampai juga akhirnya

Ruang Tamu 

 

Tuesday 1 December 2015

Europe Trip (Episode 5)


بسم الله الرحمن الرحيم

17 Mac 2015


Lepas solat Subuh dok berguling2, sambung tidur jap. Penat oii..huhu

Pastu take turn mandi. Bilik air kat floor atas sekali. Dahla nak kena kongsi dengan orang-orang lain yang stay kat Guesthouse tu. Ada 3orang kot. 2lelaki sorang perempuan.

Punyalah berkobar-kobar nak masak maggie, tapi cek dapur pintunya kunci. Bila cek lagi sekali, nampak ada anjing la pula dan macam ada orang stay situ. Mamat guesthouse tu la agaknya. So memang telan roti with Tuna ngan peanut butter ajelah.

Kat sini takde maknanyalah nak beriron bagaikan, so pakai jela tudung kedut seribu tu. Haish, potong betul mood ni, orang nak ambil gamba banyak2, tudung pulak kerepot.

Jam 9.00pagi kami pun menapak keluar,
Menuju ke King's Cross Station semalam untuk ambil train menuju ke destinasi pertama kami ke Trafalgar Square. Kami beli 1day pass, 12pound.


Kat Trafalgar Square ambil-ambil gambar.















 
Trafalgar Square


Dari Trafalgar Square kami jalan jalan jalan nak ke Big Ben.. Singgah2 jap ambik gamba depan pondok talipon merah signature London tu (malu oi nak ambik gamba situ, nampak nau ke"tourist"annya tu..tapi bila lagi..ambik jela ye). On the way tu, ada lalu satu building ni.. Ada guard berkuda, menarik je. Ramai yang dok bergambar dengan guard dan kuda tu. Guard tu seriously muka tegak habis, takde eye-contact pun. Haha. Nama building ni Royal Naval Division Memorial, kami jalan masuk bahagian dalam. Ada padang luas... Pastu nampak tentera berkuda banyak2.. wah, menariknya. Teruslah join crowd tu. Tak paham pun dorang buat apa sebenarnya. Ingat kotla nak lawan sebab ada 2 team kan. Tapi, idok pon. Tu Horse Guard Parade ghupenya nama dia.. Huhu












Lepas tengok parade ni, kami gerak ke Big Ben. Dan tengok London eye skali. Tak naik pun. Kat tepi-tepi jalan area Big Ben ni ada gerai kecil jual souvenier.. orang jual tu tak taula bangla ke pakistan ke apa..dokla ulang.."malaysian..cantik" sambil promote souvenier dia..tapi kami tak beli pun.




Big Ben


Dari Big Ben, naik underground nak ke Buckhingham Palace.. nak ke palace ni kami lalu ikot St. James Park..awal2 spring ni..bunga tak banyak lagi.."bunga bawang" yang kuning ngan putih tu jela yang ada pun..luas betul parknya..
Bunga secoet ni pon dah rasa cantik..kalau banyak2 lagi..mesti lagi best

Lepas jalan dalam 10minit gitu, maka sampailah depan buckhingham palace. Ramai nau2 orang kat depan tu. Ambil gamba luar pagar aje pun. Tapi tak lama lepas kami dok melepak ambil gambar, gate istana tu terbuka. Tak taulah kerabat raja mana yang keluar nak bersiar2 dengan kereta kuda. Masing2 dok kerumun lah nak ambil gamba kan, tapi kami tengok dari jauh je. Depan Buckhingham Palace ni ada statue of queen victoria. Macam2 gaya orang dok bergamba kat situ siap panjat2 lagi. Kami tak sampai tahap tu lagi. Setakat background dalam gambar pon jadilah. Lagipun tak suka benda2 patung besar2 gitu..seram..huhu.. Istana ni dibuka untuk visit during summer August to September.

Lepas tu, kami gerak g tunggu bas nak ke Malaysian Hall. Nak makan..solat..sebelum teruskan next destination. Dulu2 bila orang sebut Malaysian Hall, selalula terbayangkan tempat yang luas ala2 foodcourt dan ada counter2 tempat ambil food or stall. Bila da sampai..mak ai..kocik je..lower ground. Adalah dalam 10tables kot. Kaunter ambil food pon xbesar sgt. Choice of food okla..memang selera malaysia kan. Makan nasi dengan 2 lauk dan 1 sayur, 4pound. Sayur kobis goreng je boleh pilih untuk harga tu. Nak sayur lain..kena add harga lain. So, stick dengan yang mana in pakej ajela ye. Air sirap free. Lepas makan, lepak kat surau..solat..qada' segala hajat2..masa ni lah nak dapat toilet yang ada air pun kan. 


Nasi with 2lauk dan 1sayur 4pound


Lepas dah kekenyangan, kami jalan2 menyusuri building malaysian hall ni ke bayswater. Tempat yang affordable untuk beli souveniers. Keychain bole dapat dalam 99p satu. 10pound boleh dapat 12. Pandai kecek, dapatla 13 kot. So kat situ beli key chain dan fridge magnet je kot. Lepas settle beli2 barang, tukar duit pound lagi sikit sebab macam tak cukup. Pastu terus naik underground bayswater tu nak ke Madame Tussauds. 


Tiket masuk Madame Tussauds kami pukul 5petang. Beratur masuk naik lif untuk ke dalam Muzium. Bila terbuka je lif, bunyi klik2 dan ada flash kamera. Kononnya wartawan-wartawan ambil gambar kitala, red carpet hollywood gitu. Banyak section dalam ni, 1st jumpa artis-artis Hollywood, Bollywood,Pemimpin dunia, keluarga diraja UK, ahli sukan, ahli sains dan watak superhero. Ada 3d filem macam kat Sunway tu pastu last sekali naik ketapi ronda-ronda 6d punya section. Situ cerita pasal Tamadun dan Pemerintahan zaman dulu sampailah sekarang.
 
Paparazi yang berebut2 ambik gambar kami..muahahaha


Royal Family
 Lepas keluar Madame Tussauds yang best amat dan worth every penny tu, kami ke Tower Bridge. Cantiknya. Orang london ni memang suka jogging memalam eh?takde masa agaknya ya. Kat tempat kita pun da ramai yang buat macam tu kan? Kami lepak-lepak ambil gamba area ni sambil melayan perasaan sat pastu tunggu bas balik. Sejuk nau nau dok tepi jalan menunggu bas, tak sabar nak balik rumah. Dahla lapar amat. 
Sampai rumah, me n my sis keluar kejap cari food kat kedai kebab 2 blocks away. Lama gak menunggu tapi tak kisahlah, janji dapat makan. 

Da sampai rumah, makcik cakap mamat guesthouse tu complain kata kami tak tutup pintu depan sampai anjing dia keluar. Ewah, sukati dia aje. Lepas makan dengan lahapnya, tidur. 

Tamatlah sehari di Kota London yang orangnya asyik berlari-lari je kemana-mana. 





Tower Bridge yang cantik. It's blue like my tudung that night.hihi









Monday 2 November 2015

Europe Trip (Episode 4)


بسم الله الرحمن الرحيم


16 Mac 2015, kami mulakan perjalanan..
Keluar rumah jam 8.30 pagi, flight 1130pagi..
Perjalanan dari rumah ke airport dalam 40minit macam tu, kami lalu city, kalau highway lagi cepat tapi lagi mahal sebab tol sume..

Sampai airport, check in dan rupanya flight delay ke 1230..
Hehe, excited rasanya nak jenjalan ni.. 
Dalam 130petang sampai Manchester. 

Dari airport kami naik bas ke Piccadily, sebab nanti akan naik train dari Piccadily station ke London. Bas ni trainee yang bawak, so driver yang mengajar ni dok ajar macam-macam kat dia, OJT style. Tapi sangat bagus dan detail, sampai body gesture orang yang sedang tunggu bas or tengah berjalan yang macam ada keinginan nak naik bas yang dorang bawak tu pun dia ajar cane nak tengok. 
Jumpa kawan adik kat area Piccadily Station, makan kat Chopstix sebab masing-masing dah kebuluran tahap tak hengat.
Chopstix ni halal, kitorang makan nasi goreng with ayam tak tau masak (rasa sos, masak merah agaknya) apa tapi bolehla ditelan dek tekak ni. 6pound. Huhu. 

Piccadily Bus Station, kredit tu Incik Google. Mana nak dapat ambik gambar dari atas kalau ambik sendiri kan?





Makan kat Chopstix. 2jenis lauk with rice and soft drink.

Pastu kami pegi drop beg 6pound kot untuk 3jam,
Lepas drop beg, trus pergi cari bas untuk ke Manchester United Stadium..
Masa tu risau juga takut tutup sebab dah jam 4lebih. 
Berlari-lari pergi entrance, dahla besar stadiumnya, tak tau arah mana nak masuk. Nasiblah adik dah pernah sampai. 
430 kat sana dan rupanya dah tamat tour, sedih sangat. huhu
 Pastu kawan adik masuk balik dan cakap ngan orang kaunter, tak tau cane dia cakap tapi kitorang dapat masuk. Tour muzium dan masuk stadium jela, bukan full tour sebab dah habis masa kan. huhu 

Masuk muzium, bacalah macam2 sejarah Man U dari awal, tengok macam2 piala yang diorang menang. Baju2 yang ditampal logo Man U sebab zama dulu takde jersi jual macam sekarang ni. Pastu masuk dalam stadium, ada tour guide yang explain. Seronokla juga dapat tahu pasal sejarah Man U ni kan walaupun takde lah minat bola mana pun. Haha. Kawan adik tu jelah tanya macam2, kami masuk nak rasa masuk stadium Man U dengan ambik gambar je. Haha. Kalau dah pompuan, gitu lah ye? 


Yeah, we are here. Go go Man U




Hiasan yang peminat2 Man U zaman dulu buat kat baju dorang yang akan di pakai masa tengok game


Padang pun lawa.Tengah bagi "light" kata tour guide tu. Prepare untuk game sehari dua lagi.
  
Balik dari stadium, terus bergegas ke station. Berlari2 me n my sis sebab dah nak cukup 3jam drop beg, kang kalau terlajak kena additional caj. Owh, part2 additional caj tu amatlah tak berapa best kalau tengah travel kan. 
Lepas berjaya ambil luggage, kami pun melangutlah tunggu train. Jam 8 mlm. Kawan adik sepatutnya balik lebih awal ke Leeds tapi termiss train so continue menunggu bersama kami. Sambil2 tunggu ni beli roti dan air, tu jela bekal untuk orang musafir ni kan. Janji isi perut. 

Masa dalam train, tengah cuak juga sebenarnya sebab mamat guesthouse yang kami nak stay kat King's Cross London tak bagi respond. My sis call and emel tak de feedback. Sepanjang perjalanan tu, kawan dan makcik tidur. My sis dok gelisah, me myself pun tumpang sekaki lah. Kalau tak dapat contact, macam mana nak masuk guesthouse tu kan? adoiyaiii.... 

Sesampai kat King's Cross Station, my sis navigate jalan nak ke Guest House tu. Pening jugak la kehulu-hilir tak tau arah nak tuju awalnya tu. Jauh juga berjalan mengheret beg, lalu celah-celah building tu. Akhirnya jumpa, ketuk2 dan terjongollah mamat yang tak dapat di contact tu. Geram betul. Nasib baik biliknya selesa dan besar. 3 bed, 2single, 1 double. Penat sangat2, rasa nak pengsan aje. Pergh...stokin busuk hamat hokkey...peluh agaknya asik berlari dan berjalan sana sini. 


King's Cross Station at night






Bilik kami. Bathroom and toilet share. Ada kat next level.
  

 Habislah another day. Tunggu sambungan untuk sehari di London esoknya pula ye =)

      


Friday 30 October 2015

Europe Trip (Episode 3)

بسم الله الرحمن الرحيم


 Yeah, semangat nak menulis sambungan...kengkononnya nk g jogging keliling tasik pagi ni, tapi hadikku tak mau bangun lak..jadi ku jogging dalam blog jelah..huhu

Ok, kami kiranya landed 14hb la, 9.40pagi...
Ambik teksi teruslah balik ke rumah adik di Dublin 14... 
Berangkut2 naik lif dengan beg2 yang banyak itu...hihi...
Housemate adik ada 4orang...

Petang sikit kami jalan kaki ke Dundrum, saja g mall mencuci mata... 
Sejuk oiiii....rasa macam tak larat nak jalan...
Tanya adik, ngape kita tak naik bas...adik kata kalau setakat dekat macamni, buat gelak ngan pakcik bas aje, tapi seriously, bukan dekat sangat la...Kilometer la jugak..bukan 100meter..huhu...tapi bagi dorang kat sini yang asik jalan je ke sana sini, dekatla bagi dorang kot...so..mohle kita mengamalkan gaya hidup sihat. Memandangkan masa weekend tu St. PAtrick day, ramailah orang yang pakai topi maskot hijau sampai air depan kolam mall pon kaler hijau...huhu
 

Berjalan-jalan mencuci mata di mall tu dalam sejam, bank in kan duit dalam bank my sis sebab tak nak bawak cash in hand banyak sangat. Nanti nak beli pape, bayar pakai debit kad dia je senang. Hehe. Balik rumah berehat-rehatlah sambil cek all the keperluan yang nak digunakan sepanjang tour nanti. Beli tiket madame tussauds dan lain-lain. 

Penangan jetlag dah terasa. Adoila...dinner tu dah takleh nak bukak mata. Sebab kat Malaysia dah pukul 4 pagi kot masa tu. Tapi kena paksa dengan my sis jangan layan ngantuk tu. Tapi malam tu memang tidur, pastu pukul 2pagi dah bangun sebab kat MAlaysia dah pukul 10pagi. Confuse badan ni. Sabau yo lah.  

15hb kami ke Howth. Naik Dublin bus biasa je. Transport sepanjang kat Dublin guna leapcard kawan-kawan adik. So murah sikit. 1euro sehari. Kalau tak, sekali naik berapa euro tambangnya. Accept coins je pulak tu. Howth ni dalam lebih kurang 1 jam la daripada Dublin city. Sampai Howth tu kami singgah makan dulu kat Deep, makan seafood platter yang  sedap itu. Dari sebelum datang lagi, my sis dah post sneak peak seafood platter tu yang kitorang akan try bila datang sana. Nasib baik juga ada meja kosong for 1hour sebab mostly fully book sebab hari tu rupanya Mother's Day kat sana. So ramai family yang datang makan-makan to celebrate. Owh, harga seafood platter ni 28 Euro. 

OTW to Dublin City, nak tukar bus ke Howth  
Seafood Platter..nyum2
Lepas makan, kami saja masuk pasar basah dia. Banyak jual seafood. Tepi laut kan. Lepas tu jalan-jalan area tu sekejap. Ambil-ambil gambar. Banyaknya yacht parking kat situ. Dapat tengok dan ambil gambar pun jadilah ye. Angin kencang betul. Habis senget benget tudung ni. Adoyai. Masa dok bergambar tu, orang lalu lalang dok tersengih2 la tengok kami ni sebab ambil gambar pakai monopod. Siap ada budak kecik jerit lagi "it's a selfie camera"..haha...sabau yo lah. 

Pasar Basah



Area Pantai before naik cliff

Lepas dah jalan-jalan area pantai yang tak berapa nak pantai sangat tu sebab tanah dia macam hitam, kami tunggu bas nak naik ke area cliff tu. Dari tempat bas stop ke cliff, kena jalan sikit. Adalah dalam 500meter gitu. Sampai cliff tu, jalan-jalan la tengok pemandangan. Cantik tapi kami tak turun sampai ke bawah sangat, makcik tak larat dah sebab dia mendaki dan menurun kan. Huhu. Pastu balik. Banyak pula anjing masa nak balik tu sampai makcik dah terjerit-jerit sebab anjing tu datang dekat. My sis cakap, orang sana offended tau kalau kita macam tak suka anjing dia..jerit ke...sebab tu takut cemana pon terpaksa senyum and pura-pura cakap "cuteeeee..."haha

Cliff

Balik dari Howth kami singgah Dublin City. Beli bekalan untuk travel sebab esoknya da start tour. Tukar duit Pound sikit dan sempat sambar sepasang kasut Clark. hehe. Yang kelakarnya, masa masuk Clark tu, salesgirl tu tanya..are you looking for halal shoes? So kitorang macam blur, 1st time dengar Halal Shoes. So mintak dia tunjuk mana Halal shoes. Rupanya semua yang ditunjuk tu kasut material macam kain tu. So my sister tanya material yang leather shoes tu, dia cakap cow. So bagitahulah dia, kalau cow takpe, yang tak boleh pig. Huhu. Jadi ku pon dengan senang hatilah try kasut yang ada. Awal-awla tu nervous jugak, aku dah sentuh kulit babi ke?huhu..sabau yolah.. Jumpa istilah Halal Shoes kat Dublin rupanya. hehe. 


Habislah sehari lagi di Dublin. Balik rumah pack barang2 yang nak dibawa untuk travel dalam beg kecik sikit. Setakat 2hari ni jumpa nasi lagi sebab makan kat rumah adik. Housemates dorang masak. Baik betul, kami balik dari jenjalan tinggal makan ajo. huhu





Thursday 29 October 2015

Europe Trip (Episode 2)


بسم الله الرحمن الرحيم


Amboi, lama nau-nau kan nak update pasal europe trip episode 2 ni..
haritu kemain lagi berazam nak kerap2 post kononnya once a week ye..
MALAS sebenarnya..haha
Untuk bacaan syok2 sendiri je pun, so takde hal sangat lah kan.  

Ok, back to the story. 

Lepas my sis balik semula ke Ireland and lepas i join a program, tiba2 rasa semangat amat nak travel. Awal-awal tu suam2 kuku je. Rasa macam nak tunggu next year. Dengan semangat berkobar-kobar tu, cekla tiket dan ada tiket murah. Etihad dalam RM24++ je, tapi ada 2 transit. Turkish RM2962, 1 transit and my sis biasa naik Turkish. So lepas berdiskusi bagai, kitorang pilih turkish since my sis familiar dan 1 stop aje, sesuailah dengan kami yang baru 1st time nak g oversea ni kan. Walaupun tiketnya harga RM2962, selang beberapa hari dan cek statement card kredit, tiketnya jadi RM3021. Call bank tanya kenapa sebab masa on the day dapat mesej caj rm2962, and orang bank bagitau dorang akan caj ikut rate currency on the day agen claim dari bank. Tula sebabnya jadi harga lain dan malangnya harga lagi tinggi. Nasib baiklah masih under bajet. 
Makcik join lambat sikit sebab masa balik raya haji baru dia tau. So tiket dia lagi mahal dari kami la..dalam RM32++. Lepas dah settle tiket international flight, kami bank in kat my sister RM1200 seorang untuk dia beli internal tiket dan book accomodation kat tempat2 yang kami plan nak pergi. 


Plan asal kononnya nak ke Ireland, Manchester (sebab tiket Dub-Manchester lagi murah (9.90Euro) dari tiket direct Dublin-London(almost 50euro)), London ngan Amsterdam je. Pastu macam nak g Paris pulak sebab teringin nak ambik gambar ngan Eifel Tower macam my sis, haha . Pastu my sis ajak g venice plak. Alang-alang venice nak ke florence pulak cari barang leather murah, pastu merebak ke Pisa pulak. Tu yang akhirnya dalam Ireland tak berjalan sangat, da macam transit je pulak..huhu..


Lecak ketiak oi kumpul duit nak ke sana. Everymonth gagahkan save rm500 untuk top up duit belanja. Masa ni alert kemain la dengan currency rate. 4kali tukar. Makin dekat date nak pergi, makin murah pulak. Nyesal lak tukar awal2, tapi kalau tak tukar, tetiba kang rate tinggi, lagila nangis kan?huhu.. So tukar 1000euro, duit kita dalam RM4226. Rate paling mahal pernah tukar RM4.30, paling murah RM4.16. 


Preparation sebelum pergi, beli luggage besar yang 28'' dan cabin beg tu. Cari yang murah-murah je, yang penting tahan. Tips dari orang universal traveler, kalau nak beli beg yang material plastik tu, cari yang lembut jangan yang keras nanti dia senang pecah. Yang lembut dia melentur, so tahanlah. Pastu beli Legging (since memang b4 ni xpernah wujud legging dalam wardrobe kan) untuk pakai berlapis2 mengelakkan sejuk..haha, sarung tangan dan stokin yang tebal-tebal tu. Inner bawak yang dah sedia ada. Jaket pinjam. Haha. Jimat sungguh. Mahai oi nak beli. Selagi bole jimat, jimatlah. 


Dipendekkan cerita, 13 Mac 2015, kami pun bersedialah nak fly. Mix feeling betul. Huhu. My friend datang rumah a day earlier so kami boleh settle apa-apa yang tak sempat beli lagi. Stok makanan lah sebenarnya sebab food memang takleh beli awal sangat kan especially roti. huhu.. Bekalan yang dibawa, Maggi, roti gardenia, peanut butter, tuna spread. Tu je kot. Lagipun rumah my sis da ada makanan. hehe. Dari Shah Alam naik teksi dan meet my aunt kat airport since dia dari KB. 

Sementara nak check in, kitorang wrap beg dan pegi makan2 dulu. Owh, wrap beg ni sangatlah bagus. At least kalau kita bawa benda-benda yang susah nak lepas kat airport yang kita landing tu, bole selamat lagi sebab orang airport malas nak buka wrap tu dan cek isi kandungan beg. Itu yang terjadi pada kami, staf Dublin airport tu dok lah menengok beg2 kami ni, dok follow je kami jalan tapi tak cek pon content beg, maka selamatlah serunding daging my sis. Kalau tak, sebelum ni ada kawan cerita serunding memang kena rampas. Alhamdulillah, selamat selamat. 


Awan cantik
Kitorang boarding dalam 10.30 and flight take off pukul 11.40malam. Nasib baik masa check in dapat minta untuk makcik tempat yang dekat dengan kami. Kalau tak, jauh sikit sebab tiket dia beli asing kan. Mak ai, lamanya flight. Lenguh 1badan. Asyik tengok route flight kat skrin je, lama betul tak sampai-sampai. Akhirnya tertidur juga lepas melayan entah movie apa. Sampai Istanbul 4.30pagi waktu Istanbul, waktu MAlaysia dalam pukul 10pagi. Dok kat muka pintu pesawat je, rasa nak gigil. Sejuk kemain, dahla hujan. Dahla tak keluarkan jaket pun dari beg. huhu. Bila turun flight, ada bas menunggu untuk bawa kita ke terminal. Sampai terminal terus tuju ke area untuk transit/change flight tu. Lalu security lagi sekali. Pastu sibuk cari gate. Luasnya airport Attartuk ni. Lepas dah jumpa gate, pegi surau solat Subuh. Dah settle semua, tunggu kat gate balik. Confuse betul. Ada pertukaran gate, ada announcement tapi cakap cepat sangat, tak paham sepatah haram. 1 family arab kat sebelah kitorang dah gelisah sebab takut tertinggal flight ke, tukar gate ke. Dah dekat 730 pagi waktu berlepas, sorang petugas pon takde kat gate. Few minutes to 730 baru ada yang datang dan kitorang pun beratur ikut Lane A,B untuk naik flight. 

Gate 205 to Dublin

9.40pagi sampai Dublin. Masa ni dah lost sebenarnya pukul berapa. Sebab menuju ke tempat yang time dia makin lama makin lambat. Tapi jam tangan dah pukul 530petang waktu Malaysia. huhu. Stress betul, 2kali makan breakfast. haha..sebab 2kali pagi kan. 2kali hadap menu yang sama. Tapi telan jela. Dah landing, anxious nak lalu imegresen pulak. Takut ditanya macam-macam, Dahla takut tak paham dia cakap apa. NAsib baik tanya sikit aje, tanya nak pegi mana? stay berapa lama? tu je rasanya. Makcik je tukang jawab, kami 2 angguk2 nyampuk2 sikit2 ajelah.  Pastu terus pegi tunggu luggage. Dah settle, terus keluar. Masa ni lah scene melarikan diri dari security airport yang asik dok mengekor dan macam berminat ngan luggage kami. Nasib baik wrap. Huhu. 

Keluar-keluar dari airport, my sis dah sedia menanti. Huh..like a dream, akhirnya jejak jugak kaki ke bumi Ireland, dan kami disambut dengan angin kencang dan cuaca sejuk amat lepas sahaja keluar dari bangunan airport untuk tunggu teksi. Dan masa tu, 1st time rasa bercakap keluar asap kot mulut tanpa letak ais dalam mulut macam yang selalu buat zaman kanak-kanak dulu. Haha..

To be continue......