background

Friday 30 October 2015

Europe Trip (Episode 3)

بسم الله الرحمن الرحيم


 Yeah, semangat nak menulis sambungan...kengkononnya nk g jogging keliling tasik pagi ni, tapi hadikku tak mau bangun lak..jadi ku jogging dalam blog jelah..huhu

Ok, kami kiranya landed 14hb la, 9.40pagi...
Ambik teksi teruslah balik ke rumah adik di Dublin 14... 
Berangkut2 naik lif dengan beg2 yang banyak itu...hihi...
Housemate adik ada 4orang...

Petang sikit kami jalan kaki ke Dundrum, saja g mall mencuci mata... 
Sejuk oiiii....rasa macam tak larat nak jalan...
Tanya adik, ngape kita tak naik bas...adik kata kalau setakat dekat macamni, buat gelak ngan pakcik bas aje, tapi seriously, bukan dekat sangat la...Kilometer la jugak..bukan 100meter..huhu...tapi bagi dorang kat sini yang asik jalan je ke sana sini, dekatla bagi dorang kot...so..mohle kita mengamalkan gaya hidup sihat. Memandangkan masa weekend tu St. PAtrick day, ramailah orang yang pakai topi maskot hijau sampai air depan kolam mall pon kaler hijau...huhu
 

Berjalan-jalan mencuci mata di mall tu dalam sejam, bank in kan duit dalam bank my sis sebab tak nak bawak cash in hand banyak sangat. Nanti nak beli pape, bayar pakai debit kad dia je senang. Hehe. Balik rumah berehat-rehatlah sambil cek all the keperluan yang nak digunakan sepanjang tour nanti. Beli tiket madame tussauds dan lain-lain. 

Penangan jetlag dah terasa. Adoila...dinner tu dah takleh nak bukak mata. Sebab kat Malaysia dah pukul 4 pagi kot masa tu. Tapi kena paksa dengan my sis jangan layan ngantuk tu. Tapi malam tu memang tidur, pastu pukul 2pagi dah bangun sebab kat MAlaysia dah pukul 10pagi. Confuse badan ni. Sabau yo lah.  

15hb kami ke Howth. Naik Dublin bus biasa je. Transport sepanjang kat Dublin guna leapcard kawan-kawan adik. So murah sikit. 1euro sehari. Kalau tak, sekali naik berapa euro tambangnya. Accept coins je pulak tu. Howth ni dalam lebih kurang 1 jam la daripada Dublin city. Sampai Howth tu kami singgah makan dulu kat Deep, makan seafood platter yang  sedap itu. Dari sebelum datang lagi, my sis dah post sneak peak seafood platter tu yang kitorang akan try bila datang sana. Nasib baik juga ada meja kosong for 1hour sebab mostly fully book sebab hari tu rupanya Mother's Day kat sana. So ramai family yang datang makan-makan to celebrate. Owh, harga seafood platter ni 28 Euro. 

OTW to Dublin City, nak tukar bus ke Howth  
Seafood Platter..nyum2
Lepas makan, kami saja masuk pasar basah dia. Banyak jual seafood. Tepi laut kan. Lepas tu jalan-jalan area tu sekejap. Ambil-ambil gambar. Banyaknya yacht parking kat situ. Dapat tengok dan ambil gambar pun jadilah ye. Angin kencang betul. Habis senget benget tudung ni. Adoyai. Masa dok bergambar tu, orang lalu lalang dok tersengih2 la tengok kami ni sebab ambil gambar pakai monopod. Siap ada budak kecik jerit lagi "it's a selfie camera"..haha...sabau yo lah. 

Pasar Basah



Area Pantai before naik cliff

Lepas dah jalan-jalan area pantai yang tak berapa nak pantai sangat tu sebab tanah dia macam hitam, kami tunggu bas nak naik ke area cliff tu. Dari tempat bas stop ke cliff, kena jalan sikit. Adalah dalam 500meter gitu. Sampai cliff tu, jalan-jalan la tengok pemandangan. Cantik tapi kami tak turun sampai ke bawah sangat, makcik tak larat dah sebab dia mendaki dan menurun kan. Huhu. Pastu balik. Banyak pula anjing masa nak balik tu sampai makcik dah terjerit-jerit sebab anjing tu datang dekat. My sis cakap, orang sana offended tau kalau kita macam tak suka anjing dia..jerit ke...sebab tu takut cemana pon terpaksa senyum and pura-pura cakap "cuteeeee..."haha

Cliff

Balik dari Howth kami singgah Dublin City. Beli bekalan untuk travel sebab esoknya da start tour. Tukar duit Pound sikit dan sempat sambar sepasang kasut Clark. hehe. Yang kelakarnya, masa masuk Clark tu, salesgirl tu tanya..are you looking for halal shoes? So kitorang macam blur, 1st time dengar Halal Shoes. So mintak dia tunjuk mana Halal shoes. Rupanya semua yang ditunjuk tu kasut material macam kain tu. So my sister tanya material yang leather shoes tu, dia cakap cow. So bagitahulah dia, kalau cow takpe, yang tak boleh pig. Huhu. Jadi ku pon dengan senang hatilah try kasut yang ada. Awal-awla tu nervous jugak, aku dah sentuh kulit babi ke?huhu..sabau yolah.. Jumpa istilah Halal Shoes kat Dublin rupanya. hehe. 


Habislah sehari lagi di Dublin. Balik rumah pack barang2 yang nak dibawa untuk travel dalam beg kecik sikit. Setakat 2hari ni jumpa nasi lagi sebab makan kat rumah adik. Housemates dorang masak. Baik betul, kami balik dari jenjalan tinggal makan ajo. huhu





No comments:

Post a Comment