بسم الله الرحمن الرحيم
Amboi, lama nau-nau kan nak update pasal europe trip episode 2 ni..
haritu kemain lagi berazam nak kerap2 post kononnya once a week ye..
MALAS sebenarnya..haha
Untuk bacaan syok2 sendiri je pun, so takde hal sangat lah kan.
Ok, back to the story.
Lepas my sis balik semula ke Ireland and lepas i join a program, tiba2 rasa semangat amat nak travel. Awal-awal tu suam2 kuku je. Rasa macam nak tunggu next year. Dengan semangat berkobar-kobar tu, cekla tiket dan ada tiket murah. Etihad dalam RM24++ je, tapi ada 2 transit. Turkish RM2962, 1 transit and my sis biasa naik Turkish. So lepas berdiskusi bagai, kitorang pilih turkish since my sis familiar dan 1 stop aje, sesuailah dengan kami yang baru 1st time nak g oversea ni kan. Walaupun tiketnya harga RM2962, selang beberapa hari dan cek statement card kredit, tiketnya jadi RM3021. Call bank tanya kenapa sebab masa on the day dapat mesej caj rm2962, and orang bank bagitau dorang akan caj ikut rate currency on the day agen claim dari bank. Tula sebabnya jadi harga lain dan malangnya harga lagi tinggi. Nasib baiklah masih under bajet.
Makcik join lambat sikit sebab masa balik raya haji baru dia tau. So tiket dia lagi mahal dari kami la..dalam RM32++. Lepas dah settle tiket international flight, kami bank in kat my sister RM1200 seorang untuk dia beli internal tiket dan book accomodation kat tempat2 yang kami plan nak pergi.
Plan asal kononnya nak ke Ireland, Manchester (sebab tiket Dub-Manchester lagi murah (9.90Euro) dari tiket direct Dublin-London(almost 50euro)), London ngan Amsterdam je. Pastu macam nak g Paris pulak sebab teringin nak ambik gambar ngan Eifel Tower macam my sis, haha . Pastu my sis ajak g venice plak. Alang-alang venice nak ke florence pulak cari barang leather murah, pastu merebak ke Pisa pulak. Tu yang akhirnya dalam Ireland tak berjalan sangat, da macam transit je pulak..huhu..
Lecak ketiak oi kumpul duit nak ke sana. Everymonth gagahkan save rm500 untuk top up duit belanja. Masa ni alert kemain la dengan currency rate. 4kali tukar. Makin dekat date nak pergi, makin murah pulak. Nyesal lak tukar awal2, tapi kalau tak tukar, tetiba kang rate tinggi, lagila nangis kan?huhu.. So tukar 1000euro, duit kita dalam RM4226. Rate paling mahal pernah tukar RM4.30, paling murah RM4.16.
Preparation sebelum pergi, beli luggage besar yang 28'' dan cabin beg tu. Cari yang murah-murah je, yang penting tahan. Tips dari orang universal traveler, kalau nak beli beg yang material plastik tu, cari yang lembut jangan yang keras nanti dia senang pecah. Yang lembut dia melentur, so tahanlah. Pastu beli Legging (since memang b4 ni xpernah wujud legging dalam wardrobe kan) untuk pakai berlapis2 mengelakkan sejuk..haha, sarung tangan dan stokin yang tebal-tebal tu. Inner bawak yang dah sedia ada. Jaket pinjam. Haha. Jimat sungguh. Mahai oi nak beli. Selagi bole jimat, jimatlah.
Dipendekkan cerita, 13 Mac 2015, kami pun bersedialah nak fly. Mix feeling betul. Huhu. My friend datang rumah a day earlier so kami boleh settle apa-apa yang tak sempat beli lagi. Stok makanan lah sebenarnya sebab food memang takleh beli awal sangat kan especially roti. huhu.. Bekalan yang dibawa, Maggi, roti gardenia, peanut butter, tuna spread. Tu je kot. Lagipun rumah my sis da ada makanan. hehe. Dari Shah Alam naik teksi dan meet my aunt kat airport since dia dari KB.
Sementara nak check in, kitorang wrap beg dan pegi makan2 dulu. Owh, wrap beg ni sangatlah bagus. At least kalau kita bawa benda-benda yang susah nak lepas kat airport yang kita landing tu, bole selamat lagi sebab orang airport malas nak buka wrap tu dan cek isi kandungan beg. Itu yang terjadi pada kami, staf Dublin airport tu dok lah menengok beg2 kami ni, dok follow je kami jalan tapi tak cek pon content beg, maka selamatlah serunding daging my sis. Kalau tak, sebelum ni ada kawan cerita serunding memang kena rampas. Alhamdulillah, selamat selamat.
Awan cantik |
Kitorang boarding dalam 10.30 and flight take off pukul 11.40malam. Nasib baik masa check in dapat minta untuk makcik tempat yang dekat dengan kami. Kalau tak, jauh sikit sebab tiket dia beli asing kan. Mak ai, lamanya flight. Lenguh 1badan. Asyik tengok route flight kat skrin je, lama betul tak sampai-sampai. Akhirnya tertidur juga lepas melayan entah movie apa. Sampai Istanbul 4.30pagi waktu Istanbul, waktu MAlaysia dalam pukul 10pagi. Dok kat muka pintu pesawat je, rasa nak gigil. Sejuk kemain, dahla hujan. Dahla tak keluarkan jaket pun dari beg. huhu. Bila turun flight, ada bas menunggu untuk bawa kita ke terminal. Sampai terminal terus tuju ke area untuk transit/change flight tu. Lalu security lagi sekali. Pastu sibuk cari gate. Luasnya airport Attartuk ni. Lepas dah jumpa gate, pegi surau solat Subuh. Dah settle semua, tunggu kat gate balik. Confuse betul. Ada pertukaran gate, ada announcement tapi cakap cepat sangat, tak paham sepatah haram. 1 family arab kat sebelah kitorang dah gelisah sebab takut tertinggal flight ke, tukar gate ke. Dah dekat 730 pagi waktu berlepas, sorang petugas pon takde kat gate. Few minutes to 730 baru ada yang datang dan kitorang pun beratur ikut Lane A,B untuk naik flight.
Gate 205 to Dublin |
9.40pagi sampai Dublin. Masa ni dah lost sebenarnya pukul berapa. Sebab menuju ke tempat yang time dia makin lama makin lambat. Tapi jam tangan dah pukul 530petang waktu Malaysia. huhu. Stress betul, 2kali makan breakfast. haha..sebab 2kali pagi kan. 2kali hadap menu yang sama. Tapi telan jela. Dah landing, anxious nak lalu imegresen pulak. Takut ditanya macam-macam, Dahla takut tak paham dia cakap apa. NAsib baik tanya sikit aje, tanya nak pegi mana? stay berapa lama? tu je rasanya. Makcik je tukang jawab, kami 2 angguk2 nyampuk2 sikit2 ajelah. Pastu terus pegi tunggu luggage. Dah settle, terus keluar. Masa ni lah scene melarikan diri dari security airport yang asik dok mengekor dan macam berminat ngan luggage kami. Nasib baik wrap. Huhu.
Keluar-keluar dari airport, my sis dah sedia menanti. Huh..like a dream, akhirnya jejak jugak kaki ke bumi Ireland, dan kami disambut dengan angin kencang dan cuaca sejuk amat lepas sahaja keluar dari bangunan airport untuk tunggu teksi. Dan masa tu, 1st time rasa bercakap keluar asap kot mulut tanpa letak ais dalam mulut macam yang selalu buat zaman kanak-kanak dulu. Haha..
To be continue......
No comments:
Post a Comment