background

Monday 21 December 2015

Europe trip (Episode 6)

بسم الله الرحمن الرحيم


18 Mac 2015

Harini kalau ikotkan perancangan asal, nak ke Bicester Village..  Tapi bila discuss semula, tak jadi pergi. Tambang ke sana je da 30pound return. Adik tanya, memang nak shopping tak?kalau tak sangat, rugi je tambang memahal tu. Bicester Village ni macam JPO tula. Last-last tak jadi. So kami keluar lewat sikit dari rumah. 

By 10am, kami ambil train ke Victoria Station..letak beg kat sana sebab senang nak jalan. Nanti nak ke airport pon memang kena ambil bas dari situ. Masa nak beli tiket train, kami tanya mamat ni pasal tambang. Pastu dia cadangkan kat kami beli je Oyster kad, lebih murah daripada nak bayar tambang each transport tu. Oyster Kad kena letak deposit 5pound, pastu topup 7pound and you're good to go for 1 day. Boleh naik train dan bas. Rugi betul baru tau harini. So kami ambil oyster kad tu, nanti masa pulangkan dapat balik 5pound. 

Dari Victoria station kami pegi ke Malaysian Hall balik untuk makan dan solat. Lepas tu pergi ke Bayswater. Ada lagi yang nak beli souvenirs. Lepas tu ambil train ke Marble Arch. Kat sana bagi makan burung merpati. Sambil-sambil fikir mana lagi nak pegi before ke airport. Tapi kami decide pergi awal sikit lah ke airport. 

By 3.00 lebih ke Victoria Station. Masa ni lah suasana cemas amat berlaku. Rupanya dari victoria station ke airport ambil masa almost 2hours. Adik ingat 1hour je. Ya Allah, cuak amat. Flight ke Venice jam 7malam.  Bas bergerak dari victoria station jam 4 lebih sikit kot. Cuak tak paya cerita la. Sampai airport almost 630pm, berlari2 pegi tempat nak cop pasport. Orang pulak ramai gila. Masa tengah beratur dengar a guy announce "who's flying to venice?". Kami pun terus pergi tempat dia. Lepas cop pasport, terus dia cakap "Now ladies, run!!". Kami ape lagi lari sesungguh hatilah. Da gaya masuk explore race pon ye. 

Sampai kat security cek pon panjang jugak. Adikku dengan makcik selamba badak je cross bawah penghadang tu untuk beratur. Diriku yang blur ni ikot jela sekali kena marah ngan security, so keluar balik dan ikot jela barisan tu. Masa tulah skin care nak jatuh pun. Jenuh mengutip dan masuk beg. Dah cuak amat tu, masa letak beg untuk scan, lupa keluarkan liquid pulak. Adoila...masa nilah nak buat hal macam2 kan. Kena scan 2 kali. Sangkut tang peanut butter la pulak masa 2nd time tu. So buang je benda tu. Tak kuasa lah nak suh dia pos dan bayar kos tu semua. 

Masa sangkut 2 kali ni, kawan dengan makcik dah lepas dan adik minta dorang pergi dulu. At least ada wakil untuk minta tunggu sat. And i'm the last person. terkial2 cari gate  50. Ya Allah, ingat kan dekat je, jauh kemain. Dengan rabunnya. Tengok kat skrin flight to venice calling....masa tu dah fikir abeslah duit nak kena beli tiket baru. Tengah blur2 tak tau nak tuju ke mana, signage pun takde yang tunjuk mana nak tuju untuk ke gate 50 tu. Ada train menghala ke kiri, baru je gerak. Masa tengah fikir adakah kena naik train tu, tetiba dengar suara panggil "Kak Long" disebalik tiang. Tengok2, my sis rupanya. Apa lagi, larilah pegi ke tempat dia. Kena naik eskalator 2 kali kot pastu lari lagi baru sampai gatenya. Orang tengah beratur lagi. Nampak my aunt and friend, lega betul. Tapi muka merah gila agaknya sampai makcik suruh duduk and minum air. 

After drama kejar flight settle, masuk flight terus tak sedar diri. Tau-tau da welcome to aeroporto di Treviso A. Canova. Huhu. Sampai airport, ambil bas untuk ke Piazzale Roma, 10euro, untuk ambil water taxi ke Ca d Orro. Tiket water taxi dalam 7euro kalau tak silap. 
 
Dalam 15minit macam tu kot sampai Ca d Orro (sebut Kaddoro- my sis sebut KadiOrro, orang water taxi tu betulkan..haha..orang kaunter tiket water taxi tadi tak kata apa pun, malas nak betulkan agaknya..huhu). Sesampai kat jeti, ada someone tunggu dan tanya kami, are you miss Aziz? Mula-mula blur, pastu baru sedar. Haha. Betullah kami ni miss Aziz kan. Haha. Staf apartment yang kami sewa tu bagitau ingatkan kami cancel ke, sebab dah lewat. Sampai dalam jam 11 malam gitu. Bagus betul orangnya. Explain macam-macam yang kami perlu tahu. Bagi peta dan explain arah mana nak pergi.

Jalan dalam 10minit, sampailah kami ke apartmentnya. Cantik amat. Berbaloilah berkejaran nak naik flight tu. 2bilik, 2bilik air dan fully furnish. Kat sini kami bantai masak maggie sampai 5 bungkus. Kebulur punya pasal. Penat berkejaran seharian. Huhu. Tapi seriously, rasa sangat best. Nikmat yang dapat lepas berhempas-pulas dan melalui detik-detik cemas la kononnya. huhu. 

bagi makan merpati @ marble arch

Marble Arch mengadap Hyde Park yang luas amat

Sampai juga akhirnya

Ruang Tamu 

 

Tuesday 1 December 2015

Europe Trip (Episode 5)


بسم الله الرحمن الرحيم

17 Mac 2015


Lepas solat Subuh dok berguling2, sambung tidur jap. Penat oii..huhu

Pastu take turn mandi. Bilik air kat floor atas sekali. Dahla nak kena kongsi dengan orang-orang lain yang stay kat Guesthouse tu. Ada 3orang kot. 2lelaki sorang perempuan.

Punyalah berkobar-kobar nak masak maggie, tapi cek dapur pintunya kunci. Bila cek lagi sekali, nampak ada anjing la pula dan macam ada orang stay situ. Mamat guesthouse tu la agaknya. So memang telan roti with Tuna ngan peanut butter ajelah.

Kat sini takde maknanyalah nak beriron bagaikan, so pakai jela tudung kedut seribu tu. Haish, potong betul mood ni, orang nak ambil gamba banyak2, tudung pulak kerepot.

Jam 9.00pagi kami pun menapak keluar,
Menuju ke King's Cross Station semalam untuk ambil train menuju ke destinasi pertama kami ke Trafalgar Square. Kami beli 1day pass, 12pound.


Kat Trafalgar Square ambil-ambil gambar.















 
Trafalgar Square


Dari Trafalgar Square kami jalan jalan jalan nak ke Big Ben.. Singgah2 jap ambik gamba depan pondok talipon merah signature London tu (malu oi nak ambik gamba situ, nampak nau ke"tourist"annya tu..tapi bila lagi..ambik jela ye). On the way tu, ada lalu satu building ni.. Ada guard berkuda, menarik je. Ramai yang dok bergambar dengan guard dan kuda tu. Guard tu seriously muka tegak habis, takde eye-contact pun. Haha. Nama building ni Royal Naval Division Memorial, kami jalan masuk bahagian dalam. Ada padang luas... Pastu nampak tentera berkuda banyak2.. wah, menariknya. Teruslah join crowd tu. Tak paham pun dorang buat apa sebenarnya. Ingat kotla nak lawan sebab ada 2 team kan. Tapi, idok pon. Tu Horse Guard Parade ghupenya nama dia.. Huhu












Lepas tengok parade ni, kami gerak ke Big Ben. Dan tengok London eye skali. Tak naik pun. Kat tepi-tepi jalan area Big Ben ni ada gerai kecil jual souvenier.. orang jual tu tak taula bangla ke pakistan ke apa..dokla ulang.."malaysian..cantik" sambil promote souvenier dia..tapi kami tak beli pun.




Big Ben


Dari Big Ben, naik underground nak ke Buckhingham Palace.. nak ke palace ni kami lalu ikot St. James Park..awal2 spring ni..bunga tak banyak lagi.."bunga bawang" yang kuning ngan putih tu jela yang ada pun..luas betul parknya..
Bunga secoet ni pon dah rasa cantik..kalau banyak2 lagi..mesti lagi best

Lepas jalan dalam 10minit gitu, maka sampailah depan buckhingham palace. Ramai nau2 orang kat depan tu. Ambil gamba luar pagar aje pun. Tapi tak lama lepas kami dok melepak ambil gambar, gate istana tu terbuka. Tak taulah kerabat raja mana yang keluar nak bersiar2 dengan kereta kuda. Masing2 dok kerumun lah nak ambil gamba kan, tapi kami tengok dari jauh je. Depan Buckhingham Palace ni ada statue of queen victoria. Macam2 gaya orang dok bergamba kat situ siap panjat2 lagi. Kami tak sampai tahap tu lagi. Setakat background dalam gambar pon jadilah. Lagipun tak suka benda2 patung besar2 gitu..seram..huhu.. Istana ni dibuka untuk visit during summer August to September.

Lepas tu, kami gerak g tunggu bas nak ke Malaysian Hall. Nak makan..solat..sebelum teruskan next destination. Dulu2 bila orang sebut Malaysian Hall, selalula terbayangkan tempat yang luas ala2 foodcourt dan ada counter2 tempat ambil food or stall. Bila da sampai..mak ai..kocik je..lower ground. Adalah dalam 10tables kot. Kaunter ambil food pon xbesar sgt. Choice of food okla..memang selera malaysia kan. Makan nasi dengan 2 lauk dan 1 sayur, 4pound. Sayur kobis goreng je boleh pilih untuk harga tu. Nak sayur lain..kena add harga lain. So, stick dengan yang mana in pakej ajela ye. Air sirap free. Lepas makan, lepak kat surau..solat..qada' segala hajat2..masa ni lah nak dapat toilet yang ada air pun kan. 


Nasi with 2lauk dan 1sayur 4pound


Lepas dah kekenyangan, kami jalan2 menyusuri building malaysian hall ni ke bayswater. Tempat yang affordable untuk beli souveniers. Keychain bole dapat dalam 99p satu. 10pound boleh dapat 12. Pandai kecek, dapatla 13 kot. So kat situ beli key chain dan fridge magnet je kot. Lepas settle beli2 barang, tukar duit pound lagi sikit sebab macam tak cukup. Pastu terus naik underground bayswater tu nak ke Madame Tussauds. 


Tiket masuk Madame Tussauds kami pukul 5petang. Beratur masuk naik lif untuk ke dalam Muzium. Bila terbuka je lif, bunyi klik2 dan ada flash kamera. Kononnya wartawan-wartawan ambil gambar kitala, red carpet hollywood gitu. Banyak section dalam ni, 1st jumpa artis-artis Hollywood, Bollywood,Pemimpin dunia, keluarga diraja UK, ahli sukan, ahli sains dan watak superhero. Ada 3d filem macam kat Sunway tu pastu last sekali naik ketapi ronda-ronda 6d punya section. Situ cerita pasal Tamadun dan Pemerintahan zaman dulu sampailah sekarang.
 
Paparazi yang berebut2 ambik gambar kami..muahahaha


Royal Family
 Lepas keluar Madame Tussauds yang best amat dan worth every penny tu, kami ke Tower Bridge. Cantiknya. Orang london ni memang suka jogging memalam eh?takde masa agaknya ya. Kat tempat kita pun da ramai yang buat macam tu kan? Kami lepak-lepak ambil gamba area ni sambil melayan perasaan sat pastu tunggu bas balik. Sejuk nau nau dok tepi jalan menunggu bas, tak sabar nak balik rumah. Dahla lapar amat. 
Sampai rumah, me n my sis keluar kejap cari food kat kedai kebab 2 blocks away. Lama gak menunggu tapi tak kisahlah, janji dapat makan. 

Da sampai rumah, makcik cakap mamat guesthouse tu complain kata kami tak tutup pintu depan sampai anjing dia keluar. Ewah, sukati dia aje. Lepas makan dengan lahapnya, tidur. 

Tamatlah sehari di Kota London yang orangnya asyik berlari-lari je kemana-mana. 





Tower Bridge yang cantik. It's blue like my tudung that night.hihi