background

Sunday 18 March 2018

NZ Summer Roadtrip (24/11/2017-10/12/2017)



سم الله الرحمن الرحيم
   (Day 11-4/12/2017)

Hari ni kami kena gerak awal sebab departure time cruise di Milford Sound 10pagi. So kena keluar paling lewat dalam 8.00pagi sebab Te Anau ke Milford Sound dalam 1jam setengah jugak. Tapi masa ni terbabas lewat sikit sebab macam biasa, kenit berak sebelum keluar rumah. Haha. Masa dah half way, agak cuak sebab masa macam cun-cun je untuk sampai at 10am. 

Jalan dari Te Anau ke Milford Sound boleh tahan mencabar dan bersimpang siur serta berbukit bukau. Scenery memang lawa. Antara Milford Sound ke Te Anau ada terowong 1 lane sepanjang 1270meter. Memandangkan ia adalah 1 lane, so kita kena queue tunggu giliran. After lebih kurang 10minit, boleh gerak. Ikot je q pada skrin tu. Jadi, sila consider timing beratur  semua, agak cuak juga kalau bajet masa memang cukup2 je kan. 

Queue tunggu turn masuk terowong


Sampai kat tempat naik cruise tu, Faiz dan Aisyah drop kami dulu pastu dorang cari parking. Tempat parking ke tempat naik cruise agak jauh juga. So dah sampai, ain pegi kaunter untuk ambil tiket. Selesai urusan tiket, kami terus ke gate untuk naik cruise kami. Masa tu cuak sebab orang dah start naik cruise tapi Aisyah & Faiz tak sampai-sampai lagi. Ain suruh kami naik dulu dan dia tunggu dorang sampai. Kami kat dalam cruise pun dah tak ketahuan dah sebab cruise macam dah nak gerak. Bila nampak budak2 tu berlari ke cruise, terus lega. Bak kata mamat jaga tiket tu, "just in time", kalau tak memang babai le. Hukhuk. 

Sambil tunggu Aisyah & Faiz, sempat lagi snap gambar



Dalam cruise ni selesa. Ada tempat duduk sepanjang kiri & kanan dan kat tingkat atas. Kat tengah2 ada kerusi dan meja makan. Boleh buat coffee semua. Kami duduk dalam tu kejap jela, pastu lepak luar nak tengok scenery. 

Scenery Milford Sound ni lawa lah. Masa kami pegi boleh nampak seagull & sealion. Kalau kena musim Dolphin, boleh nampak Dolphin jugak. Air terjun kat tepi2 gunung tu dah tak sebanyak mana sebab masa ni dah summer. But still boleh nampak dan ada yang masih banyak air dia. 

Masa kat cruise ni, bengang dengan sekumpulan tourist dari India. Dorang conquer berdiri kat kepala cruise tu dari awal tak berganjak. Orang nak ambil gambar pun susah. Ada Mat Salleh 2 pasangan kena minta excuse nak bergambar kat situ. Kami pun ambil peluang buat benda sama. Sukati dorang je nak conquer. That's not your private cruise. Kalau nak berdiri buat benteng kat situ, halang view semua orang, sila hire private cruise la kan? Huhu. 


See? Blok pandangan. Gambar kita bukan ada background milford sound pon. Nampak belakang depa je!


Masa cruise patah balik, kami masuk dalam dan layan coffee. Total time kat atas cruise ni lebih kurang 2 jam. All in all, best jelah naik cruise ni. Boleh explore NZ versi lain selain on the road, hiking & tramping. Tapi member cakap cruise kat Queenstown lagi best sebab cruise dia cruise lama pakai arang tu. So kalau masa lebih & bajet lebih boleh try yang queenstown tu jugak. Meh tengok gambar di Milford Sound. 

Seagull dan anaknya

Waterfall

Mengopi

Tarikan utama Milford Sound ni adalah air terjun di sekitar gunung di kiri kanan
















 
Layan view tepi jeti

Bye2 Milford Sound

Piopiotahi tu nama Milford Sound dalam bahasa Maori

Dari Milford Sound ni kami teruskan perjalanan ke Mirror Lake. Kawasannya tak besar pun. Ada laluan jambatan kayu untuk kita jalan dan since windy, jadi mirror image tu tak jelas sangat. Sebab air dia shaking kan. 

Ni jela dapat. Huhu. Yang reflection gunung tak nampak sangat. Air tak tenang.
Kalau air tenang, imej gunung tu lagi jelas kat permukaan air tu.

Kami teruskan perjalanan dan berhenti kat satu kawasan yang ada sungai dan banyak lupin. Cantik betul. Lupin banyak, rasa macam nak seberang je sungai tu pegi kat lupin. Haha. 

Beautiful

Nak p seberang sana, tapi tak berani. Haha.

Dari sini kami teruskan perjalanan. Pakcik nak cari toilet, jumpa lah toilet kecil. Toilet tu memang ada dinding dan lubang semata. Kalau jenguk memang takde selera kata pakcik. Selagi boleh tahan, tahanlah. Depan sikit dari kawasan tu ada tempat duduk dan meja, kawasan pun redup dan lapang je. So kami decide untuk makan dan solat kat situ. Ambil wudhuk kat sungai. Best gila. Hehe. 

Sini pun lupin banyak. Syok!

Solat kat open space with beautiful view...sangat best perasaannya.



Lepas makan dan solat, kami teruskan semula perjalanan ke Te Anau. Singgah homestay jap hantar garfu. Terbawak garfu rumah tu pulak. Sampai situ petang dah. Pastu teruskan perjalanan kami ke Dunedin. Te Anau ke Dunedin ambil masa hampir 5 jam. Sampai homestay dekat 10 malam. Kawasan perumahan kat Dunny ni berbukit2, seriau juga parking kereta. 

Rumah ni ada dua bilik je tapi ruang tamu ada 2 sofa bed. So kami bertiga ambil bilik belakang. Makcik pakcik ambil bilik besar, Emi & Faiz & Nuqman bilik paling besar, kat ruang tamu. Huhu. 

Memandangkan ada washing machine & dryer, maka kami pun pakatlah basuh baju mana yang ada. Senang nanti bawa balik yang dah bersih je. Dan agenda memasak seperti biasa. Prepare rencah untuk nasi goreng dan masak nasi. Esok pagi baru plan nak masak. Sebab semua dah kepenatan. Huhu. 





No comments:

Post a Comment