background

Monday, 22 January 2018

NZ Summer Roadtrip (24/11/2017-10/12/2017)

سم الله الرحمن الرحيم
(The Roadtrip begin- Day 1-24/11/2017)

Hello! Mood nak tulis pasal Roadtrip kami ke New Zealand baru muncul. Trip selama 17 hari (termasuk hari fly) bersama 5 orang dewasa 1 baby dari Malaysia. My sister dah memang ada kat Auckland. 

Start berangan dengan my friend pasal nak ke NZ ni since dia tau my sis akan sambung study di NZ back in 2015. Masa tu dia tak pregnant pun lagi. Tapi dah siap cakaplah, silap2 mereka bertiga masa nak fly nanti. Jadi kenyataan rupanya. Huhu. 

Fast forward, hujung 2016 berkobar-kobar nak fly in 2017. Masa my sis balik cuti summer siap jumpa untuk diskas itinerary lagi. Haha. Dipendekkan cerita, selepas kejap ok kejap rasa macam tak jadi (my part sebab awal 2017 habis duit banyak untuk treatment) makanya bulan 6 2017, masa bulan puasa, kami beli tiket. Huahuahua. 

Harga tiket masa tu agak mahal sebab time kami pergi adalah peak season dan beza dalam 5/6 bulan sahaja dari tarikh penerbangan. Tapi malas dah nak fikir, takut tiket jadi lagi mahal, maka kami pejam mata jelah beli. 

Proses survey dan create itinerary memang memeningkan. Alhamdulillah ada cik penasihat kat Auckland nun. Jadi dia yang ubah suai ikot kesesuaian dan buat tempahan homestay, tiket masuk dan kereta. 

Kami terbang dengan Air Asia Kul-Gold Coast-Auckland pergi balik. flight at 11.55pm dari Kuala Lumpur ke Gold Coast mengambil masa lebih kurang 8 jam  35 min. Transit  Gold Coast 75 minit dan teruskan penerbangan ke Auckland selama 3 jam. 

Transit Gold Coast memang kena bawa semua hand carry keluar walaupun nanti akan naik flight yang sama. Perlu melalui security check dan terus ke gate untuk flight transfer. Airport Gold Coast kecil je. Transit 75 minit just nice untuk security cek dan ke tandas sambil meluruskan urat saraf sebelum beratur semula untuk naik flight. 

Flight malam means subuh kita in flight ya. Sampai Gold Coast dah terang benderang. Lagipun summer subuh cepat kan. Musim lain mungkin sempat subuh di Gold Coast. 

Bila travel, lost sense of time tu biasa. Haha. Sebab kita menuju ke time zone yang berbeza. Kami tak jumpa tengahari masa ni, sebab sampai-sampai NZ dah jam 5.00 petang on 25/11/2017. 


Why I choose summer for nzroadtrip - LUPIN