background

Tuesday, 3 April 2018

NZ Summer Roadtrip Summary & Expenses (24/11/2017-10/12/2017)

سم الله الرحمن الرحيم


Alhamdulillah, settle cerita ceriti NZ Summer Roadtrip. Post ini adalah untuk share summary keseluruhan trip dan expenses trip selama 17hari kami. 

Route yang kami cover untuk North & South New Zealand adalah seperti peta di bawah. Total perjalanan 2500km tidak termasuk jalan-jalan sekitar Auckland dan Chrischurch City. 

North: Auckland-Rotorua-Huka Fall-Taupo-Matamata-Auckland
South: Auckland-Chrischurch-Lake Tekapo-Twizel-Mount Cook-Wanaka-Queenstown-Te Anau-Milford Sound-Dunedin (Nugget Point & Tunnel Beach)-Auckland

North: Auckland- Mt. Maunganui-Thames-Cathedral Cove (Coromandel)-Auckland


North


South


Kos kami boleh rujuk gambar di bawah. Ni kos anggaran dan kos sebenar untuk ground ya. Tetapi tidak termasuk flight Kul-akl-Kul, kos tambahan lain seperti shuttle pergi balik dr airport to rumah Ain (both international & domestic flight), bayaran parking kereta, add on luggage internal flight (sebab takut overshopping kat south), sewa dan minyak kereta yang sewa dengan student (untuk jalan2 sekejap2 area akl je), tiket bas dalam city (they always walk, tapi memandangkan kami acik2 yang xlarat panjat bukit bukau dalam city tu nak sampai ke rumah my sis, we opted for bus, kahkah), top up simkad nombor nz dan utilities rumah my sis. And of course, duit poket untuk makan2 dan shopping. Haha.

Bajet untuk kereta, minyak dibahagi 6 (north) dan 7 (south). Accom & bayaran masuk kira perhead. Makan yang masak bahagi kami berlima je..Ain & Aisyah kitorang absorb masuk kos kitorang. Dorang jd tour guide tak berbayar pon dah cukup bertuah dah. Memudahkan kerja kami. 

Bajet makan kami 100 tu tak sampai pun sebenarnya untuk barang masak. Jadi kami guna juga untuk makan kat kedai 2,3kali. Kiranya total kos barang masak dalam 35nzd seorang je dan selebihnya kami guna untuk makan kat kedai like Pizza, Paella, La Porchetta, Fish & Chips, dumpling at Shaolin Restaurant & Ayam sensasi. Bukan 2,3 kali nampaknya. 5kali. Haha.

Bajet ground tidak termasuk yang dinyatakan di perenggan atas. Total kos tu ada kesilapan sikit, sebenarnya 1000.82 untuk yang tak ambil zipline tapi ambil skyswing.

Let me list down bajet yang tak termasuk dalam bajet utama ni.  It may relate to you or may not. And the rate are varies based on booking time, jarak accom ke airport (untuk shuttle) dan sebagainya.

1. Shuttle dari Airport ke Rumah Ain (International Flight) = 13.89
2. Top up NZ number = 50
3. Student car rental + fuel = 6.03
4. Shuttle dari Rumah Ain to Airport Domestic Flight = 11.50
5. Add on luggage domestic flight = 16.28
6. Parking = 9.06
7. Shuttle from Airport Domestic to Rumah Ain = 12.74
8. Tol = 0.30
9.  Shuttle Rumah Ain to Airport International = 13.49
10. Utiliti rumah Ain = 12
11. Bus = 3.99
12. Add on luggage 10kg Air Asia = 31.96

Total = NZD 181.24

Jadi, total kos keseluruhan untuk ground adalah lebih kurang 1200NZD tidak termasuk duit poket (shopping dan makan kat kedai).

Selamat menabung bagi yang berhajat nak ke sana ya. Total kos termasuk duit poket boleh jadi less than 6k untuk route seperti kami jika u all berjaya dapat tiket bawah 2K. 

Kadar tukaran RM to NZD masa kami ke sana...highest RM 3.17 for 1NZD, lowest RM2.86. Masa bawah RM3 tu dah dekat sangat nak fly, so duit mostly dah tukar. Hukhuk. Tula risk tukar duit kan?Tak tukar awal takut makin lama makin naik nanti nyesal, dah tukar awal dia turunla pulak dah..haha. Maka untuk mengelakkan menyesal, tukar sikit2 sampaila masa nak fly. So range dia pelbagailah. Rasanya kalau dapat NZD below RM3 or RM2.90 tu, silala tukar ya. Nak tunggu rendah sampai 2.50 macam tak pernah berlaku since 3,4 tahun kebelakang ni.

I wish i can repeat NZ someday. Hehe. For this trip, RM8500 gone (tapi utk 17days all in kira not bad la kan?) but i've lots of experience and memories that money can't buy. But of course u need money to explore the world kan?Hihi. Maka, marilah gigih menabung. Mind u this is not a budget trip yang aci sampai je & tak masuk attraction dan tengok dari luar/jauh je. That's why bajet tinggi sikit. Kalau tak masuk Hobbiton, Rotorua Skyline, Agrodome, Whakarewarewa dan sebagainya tu, u'll save a lot. And if u don't buy lots of souvenirs, u'll save even more. Hehe. Till then, NZ Summer Roadtrip signing off. 


Lots of love!






NZ Summer Roadtrip (24/11/2017-10/12/2017)

سم الله الرحمن الرحيم
(Day 17-10/12/2017)

Harini dah nak balik. Huhu. Flight jam 8.20 malam tapi shuttle akan ambil jam 4.30petang. Sedihnya. Huhu. 

Since kami teringin nak makan Mussle cheese macam yang Ain buat masa 2nd day kami sampai, maka pagi ni kami sewa kereta ke Fresh Market. Kami je join, pakcik makcik tak ikut. 

Market ni buat kat kawasan padang, dan macam kat Pasar Sekyen 13 Hari Ahad tu. Macam-macam jual. Barang basah, alatan rumah, kain baju semua ada. Maybe kami sampai dah lewat so mussle yang ada kulit dah habis, yang ada hanya yang dah siap kopek. So tak jadi beli.

Sini boleh nampak macam-macam bangsa ada, peniaga mostlt chinese, Indian pun ada. Orang-orang datang kat pasar ni macam mostly Asian kot termasuklah Arab. 

Emi beli cherry untuk bawa balik Malaysia. Ku takde mood nak membeli sebab masa ni perut tengah sakit amat. That explain why takde pic kat pasar kecuali a video.

Lepas dah settle beli barang, kami balik. Tapi nak balik ni punyalah jem. Sebab banyak kereta menuju keluar dan hanya ada 1 gate je untuk keluar. Siap ada yang gaduh sebab potong queue. Banyak-banyak hari, hari last pulak nak jem kat nz ni. Oh, singgah Pak & Save beli Mussle kejap.

Dah sampai rumah, dorang singgah beli makanan kat kedai kebab tu, tapi ku dah tak larat nak tunggu, terus balik. Konon nak balik iron baju, kemas barang-barang lagi & mandi. Tengah iron baju sekali termuntah sebab period pain teruk sangat. Huhu. Makanya, makan ubat dan tidur jelah yang boleh. Terkubur harapan nak jalan-jalan ke kawasan universiti ambil gambar depan fakulti Ain. 

Tumpang gambar Nuqman jela. Aunty tak sempat gi sini. Hukhuk

Lagi sejam shuttle nak sampai baru Ain kejut bangun tidur, makan dan kemas few things lagi. That explain why banyak sangat barang tertinggal kat Auckland. Sebab tak sempat cek apa lagi barang yang tak masuk beg. 

Nyams sangat. Tapi perut sakit, kurang nikmat makan. Huhu
 
Bye Pembridge
By 4.20petang shuttle sampai. Terawal sikit. Driver shuttle kali ni ganas betul. Main langgar segala bump. Huhu. Ain & Aisyah tak ikut naik shuttle. Dorang akan datang airport by 5pm, sewa kereta. Kalau pakai shuttle mahal kot untuk dorang yang tak naik flight ni. 

Bekal. Minum kat airport je. Haha

International terminal

Check in

Kami selesaikan urusan check in. Memandangkan kami Premium Flex jadi diberi prioritylah. Barisan check in agak panjang sebenarnya. So kalau tak ambil flex, sila pegi airport awal sikit ya kalau u all pegi nz masa peak season macam kami ni. Oh, nasib baik luggage tak overweight. Siap ada extra 5kg lagi. Huhu. Nyesal addon 10kg, patutnya 5kg pun cukup. Tapi takpe lah. Baik lebih dari kurang kan?HAHAHAHA. Lepas check in, kami lepak kat 1st floor area kfc dan international departure tunggu Ain dan Aisyah sampai. 

Ramai gila Malaysian kat airport ni. Yela, semua pakat mai nz kan. Semenjak air asia ada route ke Auckland ni, memang menjadi destinasi tumpuanla. Kalau dulu susah sikit.

Sambil tunggu nak masuk gate, kami makan balance food yang bawa dari rumah & ambil gambar kat depan statue besar tu. Ntahle amende namanya. Dalam jam 6.00lebih kami masuk departure gate sebab tak mau nanti lambat pulak proses imigresen semua. Lagipun Ain & Aisyah dah nak balik, kereta tak boleh sewa lama sangat. 

Bye bye encik yang tak senyum

Dah nak masuk.
Bye
 
Thanks nz for the memory
 
Gate 16a

Flight

By 8.20 kami berlepas ke Gold Coast. Sampai Gold Cost 8.50 malam waktu Gold Coast. Transit kali ni rasa sekejap sangat. Memang kalut. Sempat pergi toilet kejap je. Keluar toilet nampak dah beratur semula untuk naik flight. Ada yang sempat ambil wudhuk je, tak sempat solat so solat dalam flight. 

Back home
Hello Malaysia!
Kami sampai dalam jam 420pagi, 11/12/2018. Nasib baik arini memang cuti birthday sultan Selangor. Oh, maybe sebab harini cuti juga staf kat Imegresen muka ketat semacam pagi-pagi kena kerja dihari cuti. Huhu. Sabau yolah. Emi & family terus balik. Ku melangut kat Kopitiam dulu, tunggu Atin ambik lepas Subuh. What a long day. Huhu. 

Maka habislah journey 17hari ke bumi Kiwi. I had a wonderful & great time. Duit habis? Of course. Tapi dapat banyak pengalaman untuk dibawa pulang. Memori untuk jadi kenangan sepanjang hayat. 

Monday, 2 April 2018

NZ Summer Roadtrip (24/11/2017-10/12/2017)

سم الله الرحمن الرحيم
(Day 16-9/12/2017)


Harini keluar lambat. Since i stayed kat rumah kawan Ain tingkat atas, so tak taulah bila makcik & emi masak. Tau-tau pukul 11 lebih ajak turun makan. Kami dah slowly start pack barang since esok dah nak balik. 

Harini keluar lewat sikit sebab takde kereta nak sewa untuk keluar makan real fruit ice cream. So kereta available dalam jam 3 petang. Tempat makan ice cream ni dalam 20minit je dari rumah. Betul-betul kat tepi ladang strawberry. Sedap dan sangat soft. Terasa kestrawberryannya tu. Huhu.Selain jual ice cream, ada juga waffle, smoothie dan sayur-sayuran & buah strawberi segar dijual kat sini. Geram nak beli sayur dia sebab segar tapi dah nak balik pun, memang membazir jela beli pun. 

Tu je kedai dia. Tepi strawberi farm

Kena beratur bayar dulu kat cashier, baru beratur ambil ice cream kat sini

Nyamss

Muka bahagia makan ice cream sedap
Kat sini sambil makan ice cream ain bentang bajet. Haha. So masing-masing tau expenses masing-masing dan berapa lagi kena bayar kat Ain sebab dah terguna duit dia. Haha. Lepas makan ice cream, balik rumah hantar kereta. 

Parking belakang rumah Ain. Menyenget hokeh.
Balik rumah kejap je, pastu kami terus jalan ke City. Kali ni dah pandai. Pakai sport shoes sebab dah tau jalannya berbukit bukau. Haha. Explore city & masuk souvenirs shop. Beli lagi souvenirs mana yang berkenan dan yang masih tak cukup. Tapi harga dah tak boleh dapat macam kat DF Souvenirs. Pastu kami makan kat Foodcourt berdekatan dengan souvenirs shop ni. Sini ada Indonesian Food & Halal Bento. Ku & Ain makan bento, Emi & the gang makan Indonesian Food. 

Hello Santa

Chicken Bento. Sedap & Banyak

Lepas makan kami teruskan perjalanan ke Harbour. Melangut tengok Celebrity Cruise baru nak berlepas. Pergh. Mewah. 

Celebrity Cruise

Lepas tu kami jalan je menyusur kawasan Harbour tu hingga ke Viaduct Harbour. Lepak situ kejap tengok orang busking, Nuqman kemain berjoget sampai tourist China dok rekod video dia. Pastu Ain ajak kitorang jalan sampai ke hujung, ada play ground. On the way ke play ground ni banyak kelab & pub. So agak loud lah kawasan ni, malam minggu lagipun kan.


Jakun tengok batang-batang tu boleh turun bila tag kad macam T&G untuk kereta lalu

Pandangan dari atas

Budak kempunan nak main buai
Lepas tu kami balik semula ke area Harbour tempat orang busking tu. Dok ralit tengok jambatan yang boleh terbuka bila kapal nak lalu bawah dia. Haha. Kali ni geng busker tadi buat pertunjukan guna kayu ada api pulak. Makin malam makin sejukla pulak. Haha. 

Geng buskers yang serba boleh buat pertunjukan api pulak

Hello Auckland Tower
Viaduct Harbour. See that blue light kat kiri gambar? Tu jambatan yamg boleh buka tutup tu.

Pastu kami teruskan perjalanan nak balik. Tapi since nak balik kena jalan kaki jauh untuk sampai rumah dan mendaki, kami decide nak naik bas. Masa nak tunggu bas, Nuqman berak so kena cuci dulu. Dalam 20minit juga tunggu bas, sempatlah bergambar kat sekitar tu. 

Balik rumah, kemas apa yang patut since esok dah nak bali. Macam sekejap je cuti. Haha. 

while waiting for the bus




NZ Summer Roadtrip (24/11/2017-10/12/2017)

سم الله الرحمن الرحيم
(Day 15-8/12/2017)

Harini breakfast simple je sebab dah tak masak. Makan roti & telur ngan habiskan balance ayam semalam je. Pastu ada buah-buah yang makcik pakcik beli. Rutin before check out seperti biasa, kemas rumah. 

Kami gerak ke Coromandel jam 10.30pagi. Sampai dalam jam 12lebih. Parking lot kat sini kecil sahaja so kena queue dan tunggu parking boleh tahan lama jugalah kalau parking full kan? Kami berpusing 2,3kali juga tapi rezeki tak kena tunggu lama sebab ada yang keluar. 

Dari parking lot kena jalan kaki selama 45minit melalui War Memorial Forest untuk sampai ke Cathedral Cove. Perjalanan most of the time landai tapi ada juga mendaki dan menurun bukit. Memang perlu bertabah. Haha. Rasanya NZ dan jalan jauh untuk sampai ke setiap attraction memang berpisah tiada kot. Makcik dah kena pakcik "heret" sebab lutut dah sakit. 

ni laluan dari selepas car park menuju ke beach
Boleh explore sepanjang beach macam dalam peta ni. Tapi jalan jauh sikitla.

Melalui memorial forest untuk sampai ke Cathedral Cove
Tangga untuk turun ke beach. Steep. Tabahlah especially masa naik

Kami turun siap bawa tuala bagai sebab ingat nak mandi. Tapi bila tengok changing room dia takde air untuk bilas badan, tak jadilah. Main air je. Takut melekit. Tapi surprisingly, air dia tak melekit macam air laut selalu kita pegi tu. 

Kami kat beach dalam 1 jam. Layan view dan bergambarlah ape lagi. Bawah cove tu masa air tak tinggi boleh lalu untuk ke the other side of the beach. Meh layan gambar la ya. 

Beautiful beach

Air sejuk

Under the cove

The other side of the beach

Pakcik pose atas batu. Kena queue nak bergambar atas batu ni. Haha



Dok fikir nak mandi ke tak. Haha

That famous cathedral cove a.k.a. kepala kuda


Pakcik Gandalf
Dah sejam kat sini, kami gerak semula untuk ke parking. Masa kami semua dah nak naik, Emi baru nak turun. So kitorang teruskan jelah naik ke parking, Faiz teman Emi turun semula ke beach. Masa kat Infomation area makcik perasan selipar dalam plastik takde, so pakcik turun semula ke beach untuk cari. Huhu. Gigih betul, dahla jauh. Naik atas balik baju basah dengan peluh. 

Unik

Kami melangut je kat situ, pastu dah bosan & kebulur, cari makanan kat kereta. Nasib baik ada maggie. Maka makanlah maggie buat macam cekedis sambil kongsi dengan burung. Dok perhati burung bergaduh, tak mau bagi kawan dia makan maggie yang kitorang bagi. eh eh, kedekut pulak awak ya. Siap halau-halau lagi, padahal dia pun menumpang yang orang bagi je pon. Huhu. Ngan burung pun boleh jadi gaduh kalau dah kebulur ni. Hahahaha.

Nak turun ke Hahei Beach tak larat dah nak menapak 25 minit tu
Kalau ikutkan plan asal, gerak dari sini jam 3.00 petang so akan sampai Auckland dalam jam 6.00petang. Solat & rehat jap, boleh terus ke Pak n Save beli coklat sementara ada kereta. Tapi since dah drag masa, by 5 petang masih di situ, maka Ain tukar plan untuk kami singgah di Pak & Save Thames dan beli coklat kat situ je. Sebab dah tak sempat sampai Auckland before Pak n Save tutup. Kereta pula kena hantar by 8 pagi esok.

Masa ni lapar toksah cerita lah. Sampai Pak & Save ingatkan boleh beli ayam panggang dan makan buat alas perut, tapi ayam dah habis. Maybe sebab dah nak malam kot. So kami beli apa yang ada sajalah untuk makan selain beli coklat untuk bawa balik Malaysia. Dok search cari nearest Halal restaurant, ada subway je yang berdekatan. End up kami pasrah makan apa yang ada jelah. Tunggu makan nasi kat rumah, Ain dah minta Aisyah tolong belikan makanan kat kedai Kebab depan rumah. 

Sampai Auckland dekat jam 10 malam kot. Makan pastu terus tidur. Esok kalau ikut plan ada fruit picking tapi since banyak ladang full, maka akan pergi makan ice-cream kat strawberry farm & ronda city jela kot. 








NZ Summer Roadtrip (24/11/2017-10/12/2017)

سم الله الرحمن الرحيم
     (Day 14-7/12/2017)

Hari ni kami ke Mount Maunganui. Pagi-pagi ambil kereta dan bersiap untuk ke sana. Kali ni bawa sleeping bag semua sebab backpackers hostel yang kami stay nanti memang basic gila. Selimut bantal semua pun takde. Haha. Memang kokak abislah sebab yang tu je murah. Homestay area Mt. Maunganui semua mahal-mahal. Tahap 500nzd pernight gitu. 

Perjalanan dari Auckland ke Mt. Maunganui mengambil masa selama lebih kurang 3jam. Tu tak termasuk ada singgah Pak n Save beli stok makanan untuk bekal kat sana. Sampai di Tauranga, tempat terletaknya Mt. Maunganui ni tengahari. Dalam pukul 1lebih macam tu. Panas lit-lit oi. Kalau mendaki memang terbakar. Mt. Maunganui ni betul2 gunung tepi laut. Sekitarnya tu surf beach. Patutlah harga hotel dan homestay mahal tak hengat. Summer kot. Peak season. Oleh kerana kepanasan, kami decide untuk jalan-jalan sekitar bandar dulu then dah teduh sikit dalam pukul 2lebih petang baru start mendaki. 

Jumpa benih lupin

merendek kedai sv

wah, ada mount counselling    



Kami meronda sekitar shop lot area Tauranga ni. Me & Ain tengok-tengok kejap je sebab memang takde apa nak beli sangat pun. Just beli fm Mt. Maunganui je. Lepas dah tak tau nak ke mana, kami tunggu jelah dorang kat bangku kaki lima kedai. Tunggu punya tunggu dah lebih setengah jam tak selesai lagi, so kitorang decide nak cari makan. Kebulur dah. Haha. Kami jalan kaki ke Burger Fuel dan suruh dorang ke sana je. 

Burger fuel memang super sedap. Boleh request Halal punya, Adoi. Tengah tulis ni terbayang-bayang pulak ke"juicy"an daging burger tu. Huhu. Kat sini kami ambil wudhuk siap-siap, nanti sebelum mendaki boleh terus solat.

Silala makan kat sini kalau ke Tauranga ya.

Nyams sangat!!

Lepas makan, kami terus menuju ke kaki Mt. Maunganui, kat kaki gunung ni betul-betul kawasan tepi pantai. Banyak bot dan kapal layar jugak. Hotel, apartment dan holiday park pun berdekatan. Kami solat dan get ready untuk daki. Makcik tak nak naik so ain stay untuk temankan makcik. Lagipun dia dah pernah naik sebelum ni. Maka kami berlima termasuk nuqman je yang naik. 

Ready to go

Track takdelah steep sangat. Ada certain tempat je, cuma berpasir sikit so agak licin. Untuk yang jarang buat aktiviti outdoor memang kena bertabah sikitlah melayan semput sebab perjalanan sampai puncak ambil masa lebih kurang sejam mendaki. Tapi view dari atas tu lawa. Boleh nampak bandar Tauranga dari puncak. Bandar pesisir pantai. 

Jauh perjalanan



View kat summit

Summit Point

Bandar pesisir pantai


Kurus sikit ibu jari tu lepas mendaki kan?muahahahaha


Total time mendaki, stay kat atas dan turun semula lebih kurang 3jam. Kami sampai bawah semula dalam jam 8lebih kot. Dekat maghrib. Ain dah call few times risau sebab lama sangat. Haha. Masa turun ni ku lambat sikit, tertinggal kat blakang so dah tak tau dorang yang lain ambil route mana since dia ada 2 simpang. Tapi redah jela, tawakal je tengok ada orang lalu. Alhamdulillah betul jalannya. Tapi kami turun kat pesisir pantai dekat holiday park. Kena lalu holiday park untuk sampai tempat kami park kereta. Maybe jalan ni lain dari yang ain cakap sebab sepatutnya kami akan lalu tangga yang turun dekat area parking. Haha. Mana-mana jelah, janji sampai kan? 

Senja nan merah

Lepas rehat sekejap, kami teruskan perjalanan ke Thames. Dari Mt. Maunganui ke Thames ni ada 1 tol. Bayar online ya tol dorang. Dorang detect no kereta je. Kena bayar within 2 weeks. Kalau lewat, denda. Kalau sewa kereta, masa hantar kereta tu bagitaulah nak settlekan tol skali. Macam kami sebab ain memang ada akaun sana, senang nak berurusan bayar online semua. Kalau memang dari Malaysia, rasanya nak senang tanya rental yang kita guna tu macamana.

Perjalanan ke Thames ambil masa 1jam 45minit. Jalan boleh tahan terhuyung hayang bengkang bengkok ala-ala jalan ke Te Anau. Semua pun dah terlelap sebab kepenatan. Kesian driver terpaksa tahan ngantuk. 

Kawasan kami tinggal ni memang on the way ke Coromandel dan agak terpencil. Jenuh terjenguk2 mencari macamana nak masuk rumah. Akhirnya jumpa care taker. Angkut semua barang dan masuk bilik. Bilik kat rumah ni ada 4, tapi dia buka 2 je. Jenuh ain & faiz explain minta buka 3 bilik tapi dia tak faham, siap tunjuk 3 pun tak faham juga. Dia cakap dia kurang dengar. Jadi redha jela dengan 2 bilik je. Adoi. Sabar jela. Nasib baik minta baldi untuk bilik mandi faham. Hahaha. Care taker tinggal dalam rumah ni juga rupanya. Rumahnya sama je macam rumah-rumah kami pernah duduk, cuma yang ni style backpackers hostel. Tapi since kami je yang check in situ, elok jela bermaharajalela macam rumah tu kami yang punya. 

Malam ni masak nasi je. Sebab dah beli siap-siap ayam panggang. Tinggal panaskan je. Sedap. Huhu. Maybe sebab dah kelaparan. Dah makan, mandi semua terus zzzzzzzz. Penat oi mendaki & perjalanan seharian.