background

Tuesday, 10 July 2018

Tips & Trick bercuti ke New Zealand

سم الله الرحمن الرحيم


Lamanya tak menulis since habis trip NZ haritu. Memandangkan ramai kawan-kawan yang akan ke NZ tak lama lagi dan tanya macam-macam info, jadi eloklah jika kita buat 1 entry untuk tips & trick ya. Tak taulah sesuai ke tak tajuknya ni, sebab ini hanya based on pengalaman sendiri sahaja. Dan idokla teman terror sangat sebab bukan pemastautin bertahun kat sana atau pelancong tegar NZ pun. Tapi harapnya dapatlah membantu mana-mana yang patut ya. 

1. Tempahan accomodation

Boleh dibuat melalui airbnb atau holidayhouses.co.nz. Banyak pilihan yang boleh dilihat dan compare price. Holidayhouses ni kalau nak booking homestay banyaklah choicenya. Search engine lain ada juga kot macam traveloka, trivago semua tu kan. Tapi tak nak komen sebab kami tak guna yang tu.

Ni rumah kami kat rotorua. 2 bilik, ada 2 queen bed, 1 double decker tapi hall besar, boleh je tidur kat hall juga

Pandangan dari dining area, ruang tengah untuk ke bilik air, dapur dan bilik-bilik

Pintu yang terbuka tu master bedroom, yang tertutup depan karpet merah tu another room

Untuk homestay, cari yang takde cleaning fee. Sebab cleaning fee ni kadang yang buatkan dia mahal. Cleaning fee dalam 40-60nzd mcm tu. Apa beza ada cleaning fee & takde cleaning fee? Kalau ada cleaning fee, ada orang yang akan datang kemas rumah tu lepas kita check out. Tapi still kita kenala longgok sampah 1 tempat semua...jangan tinggal sepah. Tapi kalau takde cleaning fee, kena kemas exactly macam mula-mula masuk. Vacum  lantai, lap semua sinki & bilik air dan buang sampah kat tong sampah berdekatan. Kalau hari check out kena dengan hari lori sampah datang, bolehla dump depan rumah dia je, tapi kalau tak, sila cari tong sampah kat petrol pam untuk buang sampah tu. Biasanya arahan ni dia dah siap2 print dan letak dalam guidebook letak kat rumah tu & emel pada kita lepas kita booking accomodation tersebut. So again, please tengok sikit part cleaning fee ni ya..kadang-kadang nampak macam murah tapi bila add cleaning fee tu, lagi mahal rupanya. 

Price untuk homestay ni dia dah mention contoh 80nzd for 3 pax. Tapi rumah tu boleh accomodate untuk 3-8pax la katakan. So extra pax tu dia ada mentionla kena caj berapa, like extra pax 15nzd/pax. nanti total price akan tahu la berapa. Ada yang tanya, boleh tak declare 3 tapi masuk 5? Hmm.. kalau tanya personal opinion saya yang skema ni, saya cakap, tak payahla buat macamtu. Nak berjalan pun nak tipu ke? Kenala jujur kan? Baru seronok. Kalau kantoi menipu, kena penalty takke lagi naya? Tapi kalau rasa nak jimat jugak dan buat jugak tipu bilangan tu, hmmm...do it with your own riskla kot.

2. Makanan untuk masak

Semua orang tahu NZ strict kan. Produk tenusu, buah-buahan, sayur-sayuran dan daging toksah la bawa dari awal or ada risiko dibuang. Membazir je. Barang makanan lain especially yang properly seal by kilang semua, InsyaAllah lepas je. Sambal ikan bilis pun lepas je. Kalau tak nak banyak tanya, salin sambal ikan bilis yang homemade tu, masuk dalam bekas sambal ikan bilis yang dibeli kat kedai (macam bekas sambal garing Cik Noor yang jual kat Petronas tu..hehe). So nampakla macam dibeli kan? ada senarai ingredient semua. Depa kalau nampak macam dari kilang & proper tak banyak songeh sangat. 

Nasi goreng.

Balik Malaysia tengok spageti pon tak lalu dah, asik makan spageti je kat NZ

Makanan macam sardin, spageti toksah la beli dari Malaysia. Buat berat beg je nak bawa. Sana lagi murah. Sardin baru 89sen ja setin, spageti pun 89sen je sebungkus. Yang penting bawak paste2 instant macam paste blackpepper, paste masak merah dan sewaktu dengannya. Sangat membantu. Goreng je ayam, lebur dalam paste tu...tarrraaaaa..siap dan sedap. Brahims Ok. Member cakap Yeos pun ok yang makanan dalam tin dia tu. Maggie tu tahap wajibulla kan? Makanan dikala dah tak larat nak masak benda lain. I would say, sambal ikan bilis pun wajibul sebab dia penyelamat bila dah penat sangat tak larat nak masak beria atau dah takde idea nak masak apa. Makanya, masak je nasi, goreng telur mata dan makan dengan sambal ikan bilis tu. HAHA. 

Satu lagi benda yang rasanya wajib bagi yang nak masak adalah, serbuk bawang putih, serbuk ikan bilis & serbuk blackpepper. Ni kiranya untuk menyenangkan nak menumis. So serbuk bawang putih tula yang paling wajib antara 3 tu..haha

Kalau bole plan menu awal sikit at least tau apa nak bawa dan apa nak beli kat Pak n Save masa dah sampai sana kan? Takyah menu beria pun takpe, tapi adala bayangan benda2 yang nak dimasak tu. 

Senarai barang yang di bawa tu, kalau nak senang, buat list siap2 untuk bagi pada imigresen masa dia cek. Kalau tak buat pun takpe. Adik cakap dia da  3 tahun kat sana, setiap kali balik NZ takde pun buat list makanan macam kami buat tu. Huhu.  

Dah dekat sana, barang basah biasanya beli kat Pak n Save. Ayam halal kalau kat south beli siap2 kat christchurh, sebab makin ke bawah, makin susah nak jumpa. Elok je, tak busuk pun berjam-jam dalam kereta tak masuk peti ais. Jangan risau. Huhu.  

Makanan penyelamat, dimana saja anda berada. Haha. Tapi toksah bawak dari Malaysia ya. Berat

3.  Tiket masuk attractions

Tiket masuk attractions boleh beli kat bookme.co.nz untuk dapat promo price yang berbaloi-baloi. Yang ni kena rajin cek ya. Bila jumpa yang murah, silala grab cepat2. Beza bole jadi up to 50% dari harga kalau kita beli kat sana. Antara tiket yang kami beli kat bookme adalah Rotorua Skyline Gondola, Milford Sound Cruise, Whakarewarewa Thermal Village, and Agrodome. Tapi sadly, hobbiton takde jual kat bookme ya. Huhu. Silala pergi web dia untuk beli. Tapi beli awal, jangan ambil risiko walk in especially kalau pegi masa peak season. Nanti trip dah penuh, berhuhuhu jela ambil gambar kat shire's rest dengan signboard hobbiton je. Haha. 

Pastu, incase tiket kat bookme tu available untuk 2org je yang ada diskaun sedangkan u all p berlima, grab je. Yang balance tu beli je tiket harga normal. Nanti pro ratela total price biar semua merasa ada diskaun. Hehe. Comman sense kot ni eh? Tapi saja nak bagitau jugak. 


Hello!

4. Sewa kereta

Banyak choice. Jucy, Rent a dent, shoestring, ace dan macam2 lagi. Yang saya tulisni, yang adik pernah mention la. Kami guna rent a dent haritu. Antara choice termurah masa tu. Sewa kereta ni tengok jugak, kalau bukan peak season boleh dapat wayyyyyy cheaper dan ada yang bagi free gps semua. 

Our cars, 1 sedan 1 compact. Isi minyak area Mt. Cook. Self service

Kalau gps ada caj tu, tak yah ambil pun takpe. Pakai je waze or google map untuk navigate jalan. Tapi fon kena ada internetla kan. Buat back up download offline google map untuk kawasan yang kita nak g tu, at least kalau internet problem, masih bole navigate jalan. 

Jenis kereta bergantung bilangan orang dan kena consider juga luggage. Kami kat north sewa MPV 7 seater, south sewa 2 kereta 5 seater, 1 sedan dan 1 compact car. Kenapa sewa 2 kereta? 1 sebab barang macam2 dan ada bonet yang cukup untu masukkan semua barang tu, lagi 1 sebab ia long distance dan jalan mencabar, kalau ambil 7 seater, kesian yang duduk paling belakang takut "mabuk".  

Oh, alang-alang cerita pasal kereta ni, nak cakap, minyak kereta harga berbeza ikut tempat dan ikut "jenama" ya. Kat town murah berbanding dengan kawasan kampung2/deserted area. Jadi bila kat area city tu, ambilla peluang fullkan tank, kang kalau tak cukup minyak dekat celah gunung mana, cuak oi. 

Lagi 1, kalau u all pick up and drop kereta di tempat yang berbeza, contoh pick up kat airport christchurch, drop off kat airport Dunedin (macam kami buat), carilah rental yang tak kenakan caj relocate drop off kereta tu. Kalau ada caj, akan menambahkan kos sikitla kan. Kalau pick up & drop tempat yang sama, NO HAL.

6. Data Plan. 

Simkad Nombor new zealand boleh ambil free je kat tempat sewa kereta tu. Nanti top up je kat convenient store. Haritu 50nzd untuk 4GB. Haha. Mahal eh? Convert ke tak, still mahal berbanding Malaysia kan? syukur internet kita murah. Haha. Kalau pegi ngan geng, kongsi jela, pastu buka hotspot. Kat hotel or homestay, dah ada wifi kan. 

Travel simkad

Saya tak penah sewa pocket wifi dari Malaysia bila travel. So tak boleh komen. Roaming memang a big no sebab mahal

7. Tukar duit   

Personal opinion saya, tukar sikit-sikit maybe dalam 2-3bulan before pergi. Jangan tukar sekali banyak dan terlalu awal sebab kang rate lagi murah masa nak pergi, menyesal pulak kalau da tukar awal-awal. Kalau tukar lewat sangat, kang makin tinggi rate, nyesal pulak tak tukar awal-awal. Kan? So for me, tukar sikit-sikit & tengok pattern kadar tukaran. Susah nak predict juga tapi bolehla ambil guideline sikit-sikit. 

8. Bawa extension

Gajet masing-masing paling-paling ada 2 (phone & kamera). Tak masuk GoProla, Dronela, 2nd phonela..jadi silala bawa extension sekurang-kurangnya 1 untuk mudahkan kita caj segala bateri gajet tu. 


Okeh, setakat ni, 8 benda ni lah yang teringat. Kalau ada lagi, akan update kemudian ya. 
Semoga membantu kawan-kawan yang bakal ke sana tak lama lagi. I is jelly chuols. Huhu. Have fun & may Allah ease your journey ya. 

Oh, jangan lupa. Banyak-banyak doa ya. Kan musafir tu. Doakan saya sekali. =)