background

Wednesday, 17 February 2016

Europe Trip (Episode 9)

بسم الله الرحمن الرحيم

20 Mac 2015

Selepas 40 minit perjalanan, kami pun tiba lah kat Pisa. Tinggalkan beg kat tempat beg drop tu, bayar 4euro. Pastu tanya-tanya orang cemana nak g Pisa, kami tunggu bas yang tulis Lam Rosa kat area train station tu juga. Murah je tambangnya, 1.45euro pergi balik. Naik bas tak sampai 20minit, sampailah kami ke Pisa. 

Bahagian depan sebelum masuk ke kawasan menara condong Pisa yang dikelilingi  tembok pagar ada banyak booth jual souvenirs. Masuk je pintu gerbang, dah boleh nampak 3 building kat atas padang rumput nan hijau. Berdasarkan information board yang ada kat situ, katanya building-building ni mewakili heaven and hell la. Tapi kami pun tak tau mana 1 heaven mana 1 hell. huhu

Gambar cliche kalau tengok orang ambil kat Pisa ni, mestilah gaya-gaya menolak Tower tu kan?huhu, jadi kami pun ikot lah sekali. Gigih sungguh sampai ketaq tangan. haha. Me and my sister jalan sampai bawah Leaning Tower sebab nak tengok tang mana yang condong or lantai yang senget tapi surprisingly, tak nampak pun. Rata je lantainya. Huhu. 

Lepas dah puas bergambar, kami keluar dan beli sikit souvenirs. Pastu tunggu bas Lam Rosa untuk balik ke train station. Dari train station kami naik teksi ke airport. Awal betul sampai airport, gara-gara fobia hampir tertinggal flight tak habis lagi. Tapi airport Pisa ni kecil je pun. So melangutlah kami tunggu nak berlepas. 

Sempat solat dan makan Pizza di airport. Tapi kena marah masa nak beli Pizza tu, kita tanya pasal Gelatin in Gelato, dia tak faham. Vege pon tak faham. Tapi respond macam nak marah kita pula. Huhu. End up, ambil Pizza jela, Gelato tu terus takde mood nak makan. Huhu. 

Masa nak naik flight, kami cuak juga sebab macam ada thorough cek je luggage masuk cabin. Dengan kami punya beg yang berat amat ni. Siap main sorok2 bawah jaket lagi. Huhu. Tapi Alhamdulillah, sampai turn kitorang mudah je, dia ambil beg yang besar masuk tempat luggage. Nasib tak payah bayar. Katanya sebab flight penuh, so takut compartment kat cabin tak cukup, so beg yang nampak besar sikit tu, dia tahan siap2 tak boleh naik atas. huhu. 

on the way to leaning Tower

Hello Pisa

Heaven and Hell, mana 1 heaven mana 1 hell ni?

Macam2 gaya

Pose sampai terbaring-baring la memasing    
 
Leaning Tower Pisa, boleh naik tangga sampai atas.







Sunday, 14 February 2016

Europe Trip (episode 8)


بسم الله الرحمن الرحيم


19 Mac - 20 Mac 2015

Kami sampai Florence almost 5pm. Keluar dari station train, melilau cari hotel. Berpusing 360 degree, sesat. Navigator bagi salah direction. Pusing punya pusing, rupanya dari train station tu, just lintas jalan straight ke depan tu lah hotel kami. Tak sampai 10minits walk pon. Sabau aje lah.

Kami stay di Ottaviani Hotel. 1st benda yang unik jumpa masa sampai sini adalah lif dia. Lif yang ada daun pintu. Macam pintu rumah kampung tu. Kecik je lifnya, kapasiti 4orang. Kami masuk 4org with luggage dan menyebabkan susah amat nak buka pintu bila nak keluar. Orang hotel terpaksa tolong kami keluar dari situ. Haha.

Lepas tunggu urusan check in, kami masuk bilik. Sempit jela. solat pon kena solat atas katil. huhu. Masa check in, orang hotel ada bagitau biasanya tourist ke mana kalau datang florence tapi kata dia, "it's not our culture", sebab St. David tu banyak statue bogel. Owh, by the way, orang hotel tu Muslim, Pakistan rasanya.

Hotel ni bukan hotel pun. It's more like a hostel. Toilet and shower semua kat luar. Dalam bilik ada area yang macam shower tapi sangat sempit & transparent. Memang kalau mandi situ, semua orang pengsan dan banjir 1 bilik kot. Good thing is, ada sink dalam bilik so setakat nak wudhuk, brush up dan cuci muka tak payah keluar biliklah.

Lepas rehat, kami keluar cari makan. Tanya orang hotel kedai halal, jalan dalam 20minit juga kot baru jumpa kedainya. Kedai Kebab. Range harga 1 meal 8euro-10euro skali dengan air. big portion...kira kalau kongsi pon ok jela. On the way balik, try makan Gelato. 2euro 1cup. Sedap sangat!!

Esoknya, kami breakfast kat ruang makan hotel tapi makanan sendiri la. Ada selection of food like cereal, bread, salad..tapi tu semua kena bayar. Yang free air panas je kot. So kami rendam maggie jela. Makan roti with peanut butter/tuna pastu buat air 3in1. Kenyang gak tu.

Lepas breaskfast dan kemas2 barang, kami chow. G shopping barangan kulit kat tepi2 jalan tu je. Florence ni terkenal dengan leather produk yang murah. Handbag cantik2, tapi tak beli pun. sebab malas nak penuhkan beg since perjalanan masih panjang. Just beli 1 purse sebab yang ada memang dah layak ditukar, lagipun tak makan banyak space. My sis yang beria2 nak ke florence sebab nak cari barang kulit tak beli apa pun. Konon nak tengok tempat lain lepas dah ambil tiket train, tapi tak kesampaian sebab proses nak claim tiket train tu lama kemain. Risau jugak kot tertinggal train. Adoi.

Rupanya, sistem tiket kat stesen Florence ni, kita kena ambil nombor dan tunggu sampai panggil untuk tunjuk kertas booking kita tu dan ditukar kepada tiket tu. Lama betul menunggu. Nasib baik tak pergi jalan2 cari barang dulu baru g stesen, kalau tak mesti lagi cemas sebab masa ni pon da agak cemas. huhu

Lepas dah settle tiket, terus cari train dan kami meneruskan perjalanan untuk ke Pisa.
Train Florence ke Pisa ambil masa 40-50minit, dengan harga tiket 8euro.





Bilik kami yang takseberapa, cukuplah untuk tidur 1 malam. hehe


Sinki dan Shower yang super kecik with transparent door in the room. 



Jalan-jalan cari makan



Pastry Shop. Nampak menarik betul.



Gelato yang super sedap!



Pure leather..yang cantik dan murah. Again, peniaga dari Bangladesh.


Tiket to Pisa


Dari dalam train, menuju ke Pisa.











Wednesday, 10 February 2016

Europe Trip (Episode 7)

بسم الله الرحمن الرحيم
19 Mac 2015
Have a very good sleep in Venice. 
Bangun pagi, masak maggie lagi. Mentang-mentanglah peralatan dapur semua cukup kan. 
Kitorang jalan-jalan tengok sekitar Venice, since masih pagi. Banyak kedai tak buka lagi. Gondola pon baru nak set up. Kami tunggu kejap, pastu dapat naik. 80 euro 1gondola. Maksimum boleh naik 6 orang. 
Gondola ni akan bawa kita mengelilingi sungai sekitar Venice. Tukang dayung gondola kami nama Stephan.  Nice guy. Rajin cerita macam-macam.Sepanjang mengelilingi Grand Canal tu, stephan tunjukla rumah Marco Polo, Rumah Casanova dan tempat2 lainnya

Tenang betulla naik Gondola ni. Tourist sangat rupanya. Haha. Hidup kat venice ni macam bertenang je, semua orang jalan kaki. Paling kuat pun ada basikal. Tapi jenuh jugak everytime tempat yang ada jambatan tu kena angkat basikal sebab dia bertangga. 

Banyak tempat boleh pergi lawat selain daripada naik Gondola kat Grand Canal ni. Macam sorang tourist yang kami sempat borak-borak, dia nak pergi tempat proses murano glass. Sini ada pulau-pulau kecil juga, tapi memandangkan kami ni pergi sehari semalam je, sempat round2 venice tu jela. 

Lepas naik Gondola, kami balik apartment untuk ambil beg and check out sebab check out time pukul 10pagi. serah kunci dan Tinggal beg kat ofis company yang sewakan apartment tu. Tricky betul nak cari ofisnya. Sebab lorong kecik-kecik kat belakang-belakang. Macam jalan tikus tapi rupanya ada ofis or rumah area tu. 

Lepas tu kami jalan-jalan cari souvenirs. Mostly yang jual souvenirs kat booth tepi2 jalan tu, orang Bangladesh. Muslim. So dapat special price sikitla. Kalau pandai kecek, dapat free gift. huhu. Pastu masuk kedai murano glass..sangkut beli gelang. Tu je kedai murano glass yang murah, kedai lain kalau untuk gelang yang sama, mahal oi. Huhu. 

Lepas tu kami jalan-jalan menelusuri (ewah, bahasa!haha) blok2 kedai untuk ke Saint Mark's Basilica. Tapi tak masuk pon, dia ada tour kalau nak masuk situ. Kami duduk-duduk area ctu ambil gamba sambil bagi makan burung je. Jauh oi perjalanannya, risau sesat mula-mula tu. Nasib baik jumpa. 

Basilica ni penuh dengan ukiran dan lukisan kat belah luar, orang beratur panjang juga nak tunggu turn masuk tour. Kat sekeliling ada building dan tengah-tengah tu macam dataran. Rasa macam tengok movie orang putih cite zaman-zaman raja2 dan pahlawan tu.. Orang kumpul keliling building nak tengok lawan2.. huhu

Owh, by the way..kedai BATA ada kat venice ni. ala-ala kedai exclusive gitu. Jangan memain. hihi.  

Lepas berenti hilangkan letih, bagi makan burung dan ambik gamba jap, kami patah balik. Dah serik terkejar2 kat airport semalamnya so nak make sure sampai ke stesen ketapi awal sikit. Jauh juga nak berjalan pergi station ketapi tu, nevigate ngan phone jela. Nasib baik jumpa. Adik dah risau kalau sesat. Huhu.  

Maka selamatla kami naik tren untuk menuju ke Florence pulak. Journey dari Venice ke Florence lebih kurang 2 jam.  Tiket train (Trenitalia) dalam 20euro. 
depan apartment kami. setiap rumah ada bot kot. because they don't have cars


gondola =)

Rialto Bridge, penghubung terpenting di Venice =)

Rambang mata tengok produk murano glass. 

  
Area St. Mark Basilica




St. Mark Basilica..
Depan Train Station Venice