background

Sunday 14 February 2016

Europe Trip (episode 8)


بسم الله الرحمن الرحيم


19 Mac - 20 Mac 2015

Kami sampai Florence almost 5pm. Keluar dari station train, melilau cari hotel. Berpusing 360 degree, sesat. Navigator bagi salah direction. Pusing punya pusing, rupanya dari train station tu, just lintas jalan straight ke depan tu lah hotel kami. Tak sampai 10minits walk pon. Sabau aje lah.

Kami stay di Ottaviani Hotel. 1st benda yang unik jumpa masa sampai sini adalah lif dia. Lif yang ada daun pintu. Macam pintu rumah kampung tu. Kecik je lifnya, kapasiti 4orang. Kami masuk 4org with luggage dan menyebabkan susah amat nak buka pintu bila nak keluar. Orang hotel terpaksa tolong kami keluar dari situ. Haha.

Lepas tunggu urusan check in, kami masuk bilik. Sempit jela. solat pon kena solat atas katil. huhu. Masa check in, orang hotel ada bagitau biasanya tourist ke mana kalau datang florence tapi kata dia, "it's not our culture", sebab St. David tu banyak statue bogel. Owh, by the way, orang hotel tu Muslim, Pakistan rasanya.

Hotel ni bukan hotel pun. It's more like a hostel. Toilet and shower semua kat luar. Dalam bilik ada area yang macam shower tapi sangat sempit & transparent. Memang kalau mandi situ, semua orang pengsan dan banjir 1 bilik kot. Good thing is, ada sink dalam bilik so setakat nak wudhuk, brush up dan cuci muka tak payah keluar biliklah.

Lepas rehat, kami keluar cari makan. Tanya orang hotel kedai halal, jalan dalam 20minit juga kot baru jumpa kedainya. Kedai Kebab. Range harga 1 meal 8euro-10euro skali dengan air. big portion...kira kalau kongsi pon ok jela. On the way balik, try makan Gelato. 2euro 1cup. Sedap sangat!!

Esoknya, kami breakfast kat ruang makan hotel tapi makanan sendiri la. Ada selection of food like cereal, bread, salad..tapi tu semua kena bayar. Yang free air panas je kot. So kami rendam maggie jela. Makan roti with peanut butter/tuna pastu buat air 3in1. Kenyang gak tu.

Lepas breaskfast dan kemas2 barang, kami chow. G shopping barangan kulit kat tepi2 jalan tu je. Florence ni terkenal dengan leather produk yang murah. Handbag cantik2, tapi tak beli pun. sebab malas nak penuhkan beg since perjalanan masih panjang. Just beli 1 purse sebab yang ada memang dah layak ditukar, lagipun tak makan banyak space. My sis yang beria2 nak ke florence sebab nak cari barang kulit tak beli apa pun. Konon nak tengok tempat lain lepas dah ambil tiket train, tapi tak kesampaian sebab proses nak claim tiket train tu lama kemain. Risau jugak kot tertinggal train. Adoi.

Rupanya, sistem tiket kat stesen Florence ni, kita kena ambil nombor dan tunggu sampai panggil untuk tunjuk kertas booking kita tu dan ditukar kepada tiket tu. Lama betul menunggu. Nasib baik tak pergi jalan2 cari barang dulu baru g stesen, kalau tak mesti lagi cemas sebab masa ni pon da agak cemas. huhu

Lepas dah settle tiket, terus cari train dan kami meneruskan perjalanan untuk ke Pisa.
Train Florence ke Pisa ambil masa 40-50minit, dengan harga tiket 8euro.





Bilik kami yang takseberapa, cukuplah untuk tidur 1 malam. hehe


Sinki dan Shower yang super kecik with transparent door in the room. 



Jalan-jalan cari makan



Pastry Shop. Nampak menarik betul.



Gelato yang super sedap!



Pure leather..yang cantik dan murah. Again, peniaga dari Bangladesh.


Tiket to Pisa


Dari dalam train, menuju ke Pisa.











No comments:

Post a Comment