background

Monday 5 September 2016

Buku Motivasi Bahasa Melayu

سم الله الرحمن الرحيم

Dah lama tak cerita pasal buku. 
Ada few books bahasa melayu yang dibaca tahun ni yang rasa sangat best dan wajar dikongsi. 

Pada saya, 3 buku ini adalah buku motivasi Bahasa Melayu yang "page-turner". Sangat susah untuk jumpa buku-buku begini dalam bahasa melayu. So, kudos to the writer. 



Buku Ulu Yam di Liverpool ni dah ada 2nd book tapi tak beli lagi. Cerita dulu yang 1st book ni. Rasanya ni buku 1st BM yang tebal dan habis dibaca in less than 2 weeks kot. Berbentuk penceritaan penulis berkaitan liku-liku hidup. Walaupun ceritanya ringkas, tapi ia sampai ke hati. Cerita yang ditulis dari hati, akan sampai ke hati. Cerita-cerita dalam ni kadang-kadang tu sangat boleh relate dengan diri sendiri. Dan secara tidak langsung cerita Abg Naz ni buat kita sedar yang perancangan Allah itulah yang terbaik. Walaupun kita kecewa sebab hajat tak kesampaian awalnya, tapi rupanya Allah dah takdirkan perkara yang jauh lebih baik untuk kita. I don't want to elaborate each and every chapter in this book. Do read it yourself to know more. I believe everyone has their own perspective. RM19.90

Kanvas. Sangatlah colorful bukunya. Ni boleh habis baca in a day je kot. Sebab dia adalah himpunan kata-kata hikmah & short stories. Kata-kata yang ringkas, tapi meninggalkan maksud yang mendalam pada diri. Mampu memujuk hati. Mampu menjentik emosi. Sesuai dijadikan present jugak. RM30. 



My sister beli buku ni. Sebab dia kata dia baca kawan punya and it is a good book. The writer is actually budak batch dia masa study kat INTEC dulu. Cerita tentang struggle seorang student yang salah percaturan diawalnya sampai tak dapat scholar untuk sambung belajar dalam course yang dia nak  di oversea. Walaupun ianya cerita tentang kehidupan student yang belajar oversea, ia masih tetap sesuai untuk dibaca oleh semua peringkat umur. Kerana ia cerita tentang usaha, kesusahan, pengorbanan, kepayahan untuk survive demi mencapai cita-cita. Bila baca buku ni, kita boleh nampak, segala kesusahan yang kita hadapi, selagi kita teruskan usaha, akan menjadikan kita orang yang luar biasa. Akan menjadikan kita lebih kenal potensi diri, lebih faham erti setiap apa yang berlaku ada hikmahnya, lebih percaya Allah itu sebaik-baik perancang dan Maha memakbulkan doa-doa. Yang penting jangan pernah putus asa dan teruskan berusaha. Bersangka baiklah dengan Maha Pencipta. RM25.

I recommend u guys these 3 books. I'm not a good book reviewer. I just wanted to share what i feel when i read them.


No comments:

Post a Comment