background

Monday, 14 November 2016

Wonderful memory #tripkaripastijadi to Kashmir & IndiaGoldenTriangle (Prologue)

سم الله الرحمن الرحيم



It's gonna be 2 months tomorrow since my trip to Kashmir&IndiaGoldenTriangle on 16 September 2016- 25 September 2016. A wonderful trip indeed. Mula-mula rasa macam taknak tulis pasal trip ni kat sini, cukuplah reflection sikit kat fb. Tapi rasanya it's a waste kalau tak abadikan the journey kan?at least bila baca balik, boleh remind me of the memories. 

For a start, nak share macamana boleh terjebak dengan trip backpackers ni. Masa tu in May, baru balik dari Kuching, bawa umi jalan-jalan sempena Mother's Day, ternampak kawan post kat BBM cari geng untuk trip ke Kashmir & India Golden Triangle. Saja komen sebab teringat kempunan nak gi Taj Mahal tak kesampaian haritu. Pastu nampak dia post kat personal fb pasal trip tu. Macam dah cukup orang...ala...baru ingat nak join. Sebab baru cakap ngan umi pasal trip tu, umi cakap pergilah. Kashmir cantik. Dipendekkan cerita, malam tu member mesej tanya betul ke nak join?masa tu doubt lagi..betul ke nak join ni?dahla siap warning syarat backpack, takboleh bawak beg troli. Selaku cikkiah, iolls memang travel pakai troli beg. Almaklonglah, masalah tulang temulang. huhu. Tak sempat bagi kata putus, tau-tau bangun tidur esok dah termasuk dalam group watsapp "Geng Backpack Kashmir", adeh. Sabau yo lah. Fikir punya fikir, hmm, join jelah. Boleh merealisasikan impian nak tengok TajMahal dan mencari 'hikmah' tentang sesuatu. 

Basically, hanya kenal sorang jelah in this group. Yang lain semua kenal sebab trip ni. Mula-mula nervous juga sebab tak kenal tetiba nak travel sesama. Tapi dah tau diri sendiri ni jenis senang nak get along dengan orang, so rasa macam ok je la kot. 

Before trip kami jumpa 2 kali untuk bincang about trip dan sekali pegi buat Visa sesama. India Visa Centre kat Lebuh Pasar, will cost u rm186.90. Masa nak buat visa ni pening sikit isi borang online but luckily dah pernah isi sebelum ni so boleh share dengan kawan-kawan lain cemana nak buat. India Visa cerewet sikit, salah isi kena isi semula dan kena denda. 

Asalnya trip ni 8orang, 3 lelaki dan 5 perempuan. Tapi akhirnya jadi 10orang, 5lelaki 5perempuan. As long as ketua rasa boleh manage, ok jelah kot. 2orang perempuan geng utara. So meeting dorang tak dapat join. Tapi i manage to meet them in July, saja turun Penang ziarah adik & food hunting with them. So far, so good. Ada geng perempuan rasa lebih secure & senang nak share apa-apakan?hihi 


Kusangka panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengah hari. ewah. Sesuai ke tidak perumpamaan ni. Tapi sebenarnya nak cakap makin dekat nak pegi, makin banyak pula ujiannya. Keadaan Kashmir yang bergolak dan plan nak explore sendiri tak boleh diteruskan since keadaan tak stabil, so perlu cari tour guide. Ada tour guide yang suggest untuk tukar route. Dah jumpa guide yang ok, tapi lost contact pulak. Berjaya cari company guide based in Delhi & just communicate dengan dia and he assure me yang guide akan tunggu kat airport. So tawakal jelah, harap2 memang betulla Irfan akan tunggu kami kat airport. 

Isu guide tak settle lagi, tambah pulak isu account member kena blok, pastu ada isu geng backpackers yang terpaksa tarik diri malam sebelum hari fly sebab isu personal. hadeh. Rasa nak pecah kepala fikir macam-macam. Dok watsapp diskas tak berenti. Ingatkan malam tu dah settle, rupanya bangun subuh bersambung lagi sampailah dah nak gi eport. Baru plan nak golek2 bangun lambat sikit sebab lepas zohor baru nak gerak ke airport. Tapi dok tercongok contact sana-sini nak selesaikan macam-macam hal. 

Tapi akhirnya berjaya jugalah kami bersembilan jumpa kat airport & ready untuk boarding. Excited campur nervous. Takut Irfan takde tunggu kami kat airport. Dalam flight dok doa moga Allah mudahkan trip ni & semuanya berjalan lancar. 

Flight KL-Del at 7pm, 5jam 30minit. Sampai delhi @ 10pm (local time). 
Del-Srinagar at 5.15am next day. 
 
tujuan asal join trip:nak tengok Taj Mahal

2 comments:

  1. Wow...Tazabar nak tau geng2 #tripkaripastijadi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha..bawak bersabar ye k.maya..hihi..doakanku mempunyai kerajinan nak update blog nih

      Delete