background

Monday, 5 December 2016

Wonderful memory #tripkaripastijadi to Kashmir & IndiaGoldenTriangle (Episod 1)

 سم الله الرحمن الرحيم

Day 1 and 2 ( 16& 17 September 2016)

Selepas terkejung kat dalam flight 5jam 30minit, maka selamatlah kami landing kat Indira Gandhi International Airport, Delhi @ 10.00pm waktu Delhi. Pukul 12.30 waktu Malaysia macam tu. Dah settle ambil beg (me & geng utara kongsi ambil luggage and beli nasi lemak pak nasir makan dalam flight) maka kami pon berbondong-bongdonglah keluar dari terminal 3 sebab nak kena tukar pergi terminal domestik flight iaitu Terminal 1D. 

Tapi before tu kena hadap imigresen dulu. Ada member yang senang je lepas. Tak banyak soalan. Tapi den ni macam-macam pulak di tanya sebab dia tengok details kami nak ke Srinagar. Dia tanya tau kan condition sana tengah curfew?dah arrange tempat tinggal ke? sape bawak kat sana? Jawab yo lah. Dahla banyak kali nak kena say sorry, sebab nak suh repeat. Otak tak boleh tune lagi dengan English with Indian accent. Huhu. Tapi all in all, ok ajelah. Lepas semua settle imigresen, kami pon gerak keluar. Before gerak keluar untuk cari tempat shuttle bas,  ada geng yang dah siap-siap beli nombor india. Me?tak beli pon. Tak pe jelah kot. 


Goodbye Malaysia, Happy Malaysia Day! Izinkanku merantau diharijadimu. Tak, bukan tak sayang. Berkelana untuk rasa lebih sayang. Ewah!

Menggagau-gagau cari kat mana nak naik bas, nampak  tiang No. 10 yang dimaksudkan oleh blogger2 yang share tentang experience dorang ke India. Tiang No. 10 tu tempat nak tunggu shuttle bas untuk ke terminal 1D. Memang ada tulis pon kat tiang tu, "Shuttle Bus Terminal 1D". Dekat-dekat area situ ada kaunter untuk dapatkan pass naik bas tu. Kita kena tunjuk booking tic kita untuk next flight & dia akan bagi 1 kertas macam tiket. Since kami in group, dia bagi sekeping jelah, dalam tu ada tulis untuk 10 orang. Anxious juga masa menunggu bas nih. Almaklumlah, semua tulis bahasa dorang. Manala kami faham. Tapi tanya-tanya orang juga dan alert dengar orang cakap mana 1 bas ke terminal 1D tu. Dah confirm tu, berbondong-bondonglah kami naik. 

Almost 10minit juga kot nak sampai terminal. Bermulalah experience naik bas yang sesak dengan cara pemanduan dan keadaan trafik di India. Ku hanya mampu gelak sebab dah ada experience masa ke Chennai early this year. Sampai terminal 1D, kami pun masuk airport. Nak masuk airport pun askar cek nama dekat tiket booking dan pasport. Memandangkan kami masih ada masa yang panjang, so cari port untuk duduk-duduk jap sambil makan dan minum apa-apa yang boleh. Me, choc muffin with hotchoc. 

Bila kaunter check in buka @ 3a.m, kami check in..naik GoAir, free 15kg luggage. So semua orang boleh lenggang mak limah je naik flight. Eh,tak tak. Ketua tak check in beg, sebab deduit trip & few documents ada dalam bekpek beliau. Jadi, galas yolah untuk keselamatan dan kesejahteraan perasaan. Dah check in kami masuk ke departure hall, lepak kat dalam sana lah. Ada banyak tempat duduk & ada surau. Dah lepas solat, pindah pulak kat area gate, tunggu situ. 

Masa menunggu ni, kejakunan terserlah. Dok bergambar depan toilet sebab gamba kat toilet tu "helok" sungguh. Haha. Boleh nampakla local people dok tersenyum-senyum tengok kami yang bergilir-gilir posing nih. Peduli lah kan? nama pon "pelancong". haha. 

"helok" kan?rugi kalau tak posing depan ni..haha

Dah masuk subuh, geng gi solat subuh. Me, tunggu barang and sorang lagi tidur. Masa ni lawak betul. Haha. Ada few orang yang nak tumpang tengok jam member yang tengah tidur tu & they are so confuse sebab waktunya lain. Yelah. Mestilah cepat 2jam 30min since jam tu masih waktu Malaysia kan. Haha. Kelakar tengok muka confiuse masing-masing. Diriku ni dah rupa ape je, stay alert. Tengok barang-barang. Kamera & everything sambil-sambil cuak dorang ni tak sampai-sampai. Macam dah dekat boarding time je ni. Bila semua dah ada, kami masuk gate. Ingatkan terus ada flight, rupanya kena naik bas untuk ke pesawat. Pergh, nasib baik tak lengah-lengah. Kalau tak, cuak lagi. Huhu. Selamatlah kami naik flight untuk 1jam 30min untuk sampai ke Srinagar. 

Orang lain syok tidur, diriku juga terkebil-kebil. Memang jenis tak reti tidur kalau on the go. Susah gak kadang-kadang. Nak layan view pon cek dok seat tengah. 

Tema Kissing The Sun kononnya. Tuan badan tidoq tak sedar diri. Haha

Lepas sejam setengah, maka selamatlah kami landing. Masuk je kawasan airport, dah nampak tentera. Kedai semua tutup. Sunyi sepi, mute habis. Masa ni tak putus-putus istighfar, doa semoga semuanya baik-baik aje dan yang penting our tour guide ada kat luar. Masa tengah tunggu beg, kami je orang luar. Yang lain semua local people. 1 guy dari flight kami pun cakap benda sama. Before tu siap tanya lagi, tau kan now tengah curfew dan keadaan tak stable?tapi cakap jelah, kami proceed sebab semua arrangement dah buat. 

Berdebar tak payah cerita lah. Kitorang ni dah senyum-senyum cuak, ku sampai tanya ketua group, "are we making the right desicion proceed datang sini?"..haha..soalan tu tak payah tanya dah, sebab dah sampai. Sambil-sambil tunggu luggage, ada member pergi toilet. Ada yang cakap, pergi toilet pun tentera ikut. Aduhai. 

Dah selesai ambil beg, kami pun keluar. Orang ramai-ramai tadi semua dah takde. Tinggal kami bersembilan dan ada tentera dekat area pintu keluar. Sini tak berani ambil gambar pun. Before keluar, staf kat kaunter minta kami isi arrival details. Tak surelah dia tu imigresen ke apa?cuak sangat tak sempat fikir. Lagipun dia pakai baju biasa je. Pastu dia tanya pasal alamat houseboat semua. Kami pulak tak tau detailnya. Since i have phone no. Irfan yang agen Delhi bagi, so kami bagilah kat orang tu. Masa tu nervous cek oiiiiiii. Tapi lepas tau Irfan ada kat luar tengah tunggu kami, happy rasa macam nak melompat. Pastu orang tu minta token sketla. Nak sweets or choc dari Malaysia since dia tolong call. Kami bagi jelah coklat2 dan jajan yang ada. 

Keluar airport nampak seseorang pegang kertas with 1 of our members name. Ya Allah. Lega tak tau nak cakap lah. Senyum sampai telinga. Tu kalau tengok video trip nampak sangatlah happynya. Huhu. 

Irfan terus bawa kami naik kereta. since kami 9 orang, kami naik 2 innova. 1 keta me, K.Maya, Thirah, Zaha & Ibnor. Another car Zul, Qayyum, Jac & Nanna. Nak susun sape naik mana pun siap plan2 lagi. Mesti atleast 2 lelaki dalam kereta. Maka jadilah susunan begitu. Maklumlah, tempat tak biasa kan. Kena ambil precaution step lah. Dari airport ke houseboat dalam 20minit je. Sepanjang jalan lengang, hanya nampak tentera je.

In the car on the way ke Houseboat



  
  
Jalan nan lengang, kedai semua tutup


Tempat kami naik shikara untuk ke Houseboat 







 Dah sampai kat shikara stand tu, maka bermulalah perjalanan kami naik shikara ke houseboat. Dari seberang sini boleh nampak je Houseboat kami tu. Maybe naik shikara dalam 5-10minit kot. Yela, kayuh pakai tangan oi, bukan ada enjin macam speedboat. huhu. Nervous juga naik shikara nih. Almaklong, "ringan" kan. Kesian kat orang dayung tu. huhu. Tapi seriously tenangnya la hai. Masa nak sampai ke houseboat tu, dah nampak ada staf houseboat tunggu kat pelantar/deck. Salim namanya. 

3 shikara untuk kami bersembilan + Irfan, Yeah, helok kan pendayung Shikara kami?muehehe

Houseboat. Kami Punya Young Alzira, sebelah New Alzira ni. Tak nampak lak dalam gambar. huhu
 Dah sampai ke Houseboat. Ya Allah, cantiknyaaaaaaaaa. Every part of the houseboat sampai ke siling tu berukiran kayu. Katanya 1 houseboat ni ambil masa 2tahun untuk disiapkan. Yelah, bukan senang nak ukir cecantik lagu tu. Jakun sekejap oi. Nama pon boatkan, jadi dia punya concept memanjang ke belakang. Masuk pintu 1st tu ada tempat duduk ala-ala balkoni, pastu masuk pintu houseboat ada ruang tamu, pastu ruang makan pastu ada sikit ruang ala-ala pantry pastu ke belakangnya bilik2. Ada 4 bilik. 3 bilik 2 single bed. Bilik belakang sekali queen, cantik kemain chuolls. Honeymoon room gittew. 2bilik depan utk lelaki. 2 bilik belakang untuk perempuan. Me with Thirah. K.Maya & Nanna masuk bilik honeymoongg. Each room ada toilet sendiri. (Percubaan nak upload video sekitar houseboat gagal, jadi attach gambar ajela ye).


Ruang Tamu
Ruang Makan


Bilik tidur paling hujung yang kami kata honeymoon room

Rupa 3 bilik lain, 2 single bed. Ada build in wardrobe. 



 Lepas kami rehat-rehat and explore houseboat kejap, kami dihidangkan breakfast. Toast &  eggs, tea/coffee. Lepas makan Irfan ada cakap, kalau nak ambil gambar with Kashmiri Costume boleh ambil lepas ni, ada orang akan datang. Macam ada dua tiga orang nak, so join jelah. Sekali-sekala ye dak? Tapi akhirnya me & zul je yang proceed. So ambik ajelah. Nak pakai costume ni satu hal pulak. Dia yang pakaikan. Laki lak tu. Adoiyai. I is menyesal! Siap suh remove tudung sebab nanti baru nampak elok "topinya" (taktau nama amende, topi pon topi lah). Memang kem salam la cek oi. Dia kata takpe, ada headcover lagi. Abeh, leher kami ape cite?bawak bersabar jela. Memang keras2 tak mau buka, tarik tudung kebelakang sikit, bagi nampak eloklah. Dipendekkan cerita, abeslah sesi "photoshoot" tersebut. 200rupee, dapat 1 keping gambar. Kalau ambik semua soft copy kena tambah another 50-100rupee ke kalau tak silap, tapi tak ambil pon. 

Seterusnya kami pun dibawa untuk Shikara Ride, mengelilingi Dal Lake. diriku ini lah yang last sekali naik boat. Sebab photoshoot kan tadi. Nak kena ambil baranglah, apelah kat bilik. Pastu confuse nak naik Shikara mana 1. Kalau ikotkan 1 shikara 3 orang kecuali 1 shikara 4orang sebab Irfan naik sekali. So tinggal Shikara Qayyum & Ibnor jelah. Ala...kita nak naik dengan orang perempuan. Agaknya Irfan perasan mukaku yang confuse tu, terus dia cakap "you want to ride with other girls?" angguk2. Terus join girls punya shikara. 

Before Shikara Ride. Nampak tak nun dalam shikara ada seorang minah berKashmiri Costume tengah photoshoot kononnya. haha

 Aman, makmur dan sejahtera betul perasaan naik Shikara ni. Keliling 1 tasik berlatarbelakangkan gunung-ganang. Feel cerita Hindustan zaman dulu kala sangat chuolls. Masa ni terfikir, ada hikmah juga datang masa curfew ni. Pelancong tak ramai, jadi takdelah sesak sangat. Masa ride ni, adalah beberapa peniaga bersampan datang promote barang kat kami. Kejap barang kemas, kejap flower seed, kejap nuts & souvenirs. Adoi. Pening. Kami tak mau. Pastu shikara kami je yang kena attack, yang budak laki punya tak pon. Ini tidak adil!! mesti dia ingat orang perempuan suka shopping kan. 

Oh, masa sampan flower seeds tu datang, terus iolls feeling cerita "Mission Kashmir" lagu "Chupke Se Sun". Hrithik Roshan ambil bunga dari sampan yang lalu, selit kat telinga Pretty Zinta. Agak2 kalau ku buat lagu tu, kena perambat dak?muahahaha. Tapi orang tu bagi kami bunga sekuntum sorang. Dengan harapan kami belila kot. Tapi kami tak beli pun. Mananya nak hidup kat Malaysia. Panas cek oi. Kalau hidup pon, diriku ini bukan penanam bunga. Nanti sia2 ja seed tu. 

Mehla jamu mata sikit pemandangan masa shikara ride. Dalam tasik banyak lotus. Pastu kat tepi2 area yang ada tanah ada kebun dan rumah-rumah penduduk local. 

Rumah local

Kebun

1 of the Shikara

Masa sampai tengah tasik tu, tiga-tiga shikara ni berduetlah duduk dekat-dekat. Tak bergerak pon. Bagi peluang kami nak bergambar sambil beramah mesra agaknya. Topik cerita hindustan, hero hindustan & macam-macamlah. Ku cakap ngan Irfan pasal Mission Kashmir tu. Dia kata nanti akan singgah kat pelantar tempat depa shoot 1st scene Mission Kashmir tu. Yang part bom meletup tu. Amboi, Irfan cakap depa2 chuolls. haha. Propa semata. Dia speakinglah opkos. 

3 shikara berduet ditengah tasik
Sampai kat pelantar yang dimaksudkan, masing-masing excited nampak aci2 tengah basuh kain kat jeti tu.Ada yang nak pergi dekat & ambil gambar tapi orang bawa shikara tu cakap tak boleh. Dorang ni sangat menjaga wanita-wanita dorang. Kat situ kami pusing-pusing & posing-posing jap. Pastu meneruskan perjalanan pusing lake. Masa pusingan balik ni, lalu area kedai-kedai. Kira kedai pun atas air jugalah.

Owh. Nak cerita pasal pendayung shikara kami yang baik hati melayan karenah kami yang nak ambil gamba lotus ni. Dia siap dayung p dekat2 nak bagi kami dapat ambil gambar cantik. Yang lagi sweet, dia siap petikkan lotus tu untuk kami pastu buat rantai. Huhu. Pastu kami nampak dia dengan slumbernya cedok air tasik pastu minum. Huhu. Rasanya Thirah kot tanya, boleh ke minum. Dia kt takboleh. Dia bolela sebab da biasa kot. Hmm..insaf sekejap. Air tasik tu bukan bersih sgt kan. Tapi yela..Allah mesti tolong. Panas kot dayung2 lelama. Dapat lak sebeban berat mcm diriku ini. Aduhai..


Nilah pelantar shoot Mission Kashmir tu. Pokok tu dah tua kata Irfan.

Kami bersembilan



Meneruskan perjalanan 
Kedai

Sampan ni kira kenderaan wajib merekalah.

Balik dari Shikara Ride, naik rooftop jap ambil2 gambar pastu ready for lunch. Semua di serve. Kita tinggal duduk & makan aje. Food dia ok jelah. Kashmiri style. Macam cair-cair sikit & untuk makhluk yang makan pedas dinasihatkan bawaklah bekal sambal bilis macam K.Maya. Memang membantu menaikkan selera. But all in all, it's a good food. Cuma mungkin tak kena selera. But that is part of travelling experiencekan. Nak makan macam kat tempat kita, sila duduk Malaysia diam-diam. huhu.

Lepas lunch, rehat-rehat. Ada yang tidur. Katanya pukul 5pm nak jalan-jalan. Me n Thirah dok borak tak berenti. Takleh tidur pun. Dah dekat pukul 5, kami pun siap-siap keluar tapi sunyi sepi. Adeh, semua tidur ke? Kat ruang tamu ada Zul & Qayyum. Jack takde. Rupanya Jack pergi surau solat kat sana. Kami duduk-duduk kat area depan rumah. Jack balik dari surau & Irfan offer untuk Salim bawa kami naik sampan ke tengah tasik. Mestilah mau. Pastu dok ulang alik lalu depan bilik Zaha & Ibnor ngan K.Maya & Nanna. Buat-buat bising. Tekap-tekap telinga kat pintu bilik K.Maya sebab nak tau depa da bangun ke tak. Tak berani nak kejut bersungguh-sungguh. Baru kenalkan, takkan nak main terjah aje. Lagipun tau semua orang penat. Maka kami pun keluarlah naik sampan berlima. 

Salim layankan ajelah kami ni. Bergambar, siap buat video klip lagu Tujo Mila lagi. Haha. Salim dibantu pendayung sampingan iaitu Qayyum. Haha. Jack cakap kami hantu paku sebab suka ambil gambar. Hantu paku pun hantu pakulah. Ada haku kesah. Hantu paku pun, dia menyelit jugak dalam gambar. Nak jadi hantu paku jugak lettew. Haha. Qayyum & Zul sporting abes. Posing macam-macam. Nasib tak terjun sampan je. Dah puas bergambar, Salim dayung sampan balik. Masa on the way balik ni lah si Jack kena scam beli kacang rosak dari "kedai sampan". Pandai sangat beramah mesra tanya harga bagai. Terpaksalah beli. Huhu. Kat sini rasanya kalau tak mau beli, buat tak tau je. Kalau tanya-tanya, kang macam memberi harapan palsu lak kan bila tak beli. They are desperate. Pelancong kurang sebab curfew. So memanglah harap sangat kat pelancong yang ada ni untuk beli barang dorang. 

Berlatarbelakangkan gunung. Dapat yang photogediks jadi model, sangatlah best!haha

Pendayung sampingan. Kalau dia dayung sorang, cek tak naik kot. Haha

Ini gambar sunset. Bukan iklan deodorant!

Dah nak sampai pelantar depan houseboat, nampak nanna & k.maya ada kat situ. Kami siap lambai-lambai lagi. Almaklong, nampak k.maya ambil gamba kami. Haha. Depa majuk, hashtag leftgroup sebab ingat kena tinggal p mana. Huhuhu. Maafkanlah kami. Nak kejut beria tak berani, nak tunggu lama lagi takut kena tinggal ngan geng laki. Haha. Nampak tak dilemanya disitu. Muahahaha. Yang lagi dua orang keras tidur tak sedarkan diri. 

Owh lupa. Petang ni ada orang baru yang serve kami. Noura. Noor Muhammad namanya. Dia offer kami minum chai. Serve kat rooftop sambil tengok sunset. Masa ni Ibnor dah sedarkan diri & join in. Yang lagi sorang tak sedar-sedar. Haha. Jenuh kejut tak bangun jugak. Penangan tak tidur malam a day before travel memikirkan macam-macam masalah sebelum fly. Sabau yo lah. 


Minum petang.
Sebelum dinner, Ibnor & sape ntah keluar g kedai beli air berperisa. Pastu kami kongsi-kongsi beli Kebab Lamb yang dikatakan sedap amat tu. Dia bakar kat depan rumah kami tu je. Kami yang jakun ni, tercongokla sat tengok. Tapi tak tahan tunggu lelama, sejuk oi. Masa dinner, Irfan bagitau esok kena keluar 4.30pagi untuk ke Sonamarg. Kena keluar awal untuk elak curfew. Maka, kami pun tidur awal sebab esok nak bangun awal kan. Masa ni internet semua takde. Line wifi masih tak OK dan Irfan dalam usaha bagi dapat jugak-jugak wifi tu. Nampak tak cemana dia jaga kami. Sebut je nak ape, tinggggg...terus usahakan.


Dinner like 1 big family. Desert sangat sedap.

Tamatlah sehari yang panjang.




 




 



 

2 comments:

  1. Huntungla kmaya n nanna dpt bilik honeymonggg hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tula..huntong shangattt..main terbelit2 kat tiang x?muahaha

      Delete