background

Wednesday 14 December 2016

Wonderful memory #tripkaripastijadi to Kashmir & IndiaGoldenTriangle (Episod 3)

سم الله الرحمن الرحيم


Hari ke 4 (19 September 2016)

Harini bangun seawal 2.30pagi. Malam tadi dah siap pack semula bag kecil memandangkan kami akan overnight kat Sonamarg 1 malam. Dah selesai mandi dan bersiap, keluar jap sebab rasa macam sunyi sepi je ni. Noora ada kat ruang tamu, still tidur lagi. Tak sampai hati nak kejut tapi kami kena breakfast @ 3am. Tapi agaknya dia tersedar masa ku jenguk, dia terus cakap "Good morning madam", pastu bangun. Okeh, lega. At least dia da bole start siapkan breakfast kami. Kawan-kawan lain pon tengah get ready kot. 

Sarapan menu sama lagi. Kami yang request menu sama ni sebenanya. Senang. Egg & Toast, Coffee & Tea. Bezanya kadang-kadang scramble egg, kadang-kadang ommelette. Hehe. Harini try duduk kat tempat lain pulak masa makan. Tukar angin. Pakai tudung merah baju kuning, so Ibnor kata macam Pengerusi mesyuarat wanita UMNO. Ha, bolehlah. Before ni K.Maya jadi pengerusi PIBG. Haha. Lepas makan, kami mula bergerak. Shikara tak de lagi maybe sebab awal. So kami naik sampan yang Salim selalu bawak kami pusing tasik tu. Kali ni naik dengan barang sekali. Nervous juga. Dah rasa macam PATI nak seberang masuk Malaysia pula. Kami pon mulakanla dialog-dialog PATI kami ni. Pukul 3-4pagi naik sampan uolls. Mana nak dapat experience ni. Bertemankan bulan purnama lagi tu. Haha. 

Bukti naik sampan kul 3 pagi. Nampak bulan ja. 

Da selamat sampai seberang, kami pon naikla kereta masing-masing. 1 kereta girls with Irfan. 1 kereta boys with Salim. Perjalanan ke Sonamarg ambil masa lebih kurang 3 jam. Jalan memang sunyi sepi. Sebelum keluar kawasan Srinagar, driver kereta kami stop kat 1 shrine, letak duit dalam tabung. Sedekah agaknya. Pastu sampai kat satu tempat, ada orang jaga. Jalan tutup dengan palang yang dibuka tutup secara manual guna tangan je. Macam palang nak masuk kawasan perumahan yang ada guard jaga tu. Kat sini kena bayar sikit. Rasanya macam tol kot. Pastu kami teruskan perjalanan. 


Ada stop 1 tempat sebab kete boy berenti. Ingatkan kenapa, rupanya nak shishi. Terasa nak juga tapi tak jadi bila tau kena bershishi disebalik pokok-pokok sahaja. Walaupun ada bunyi sungai kat seberang jalan tu, ku sanggup bertahan. Dalam sejam kemudian, sampai kat 1 stop. Ala-ala R&R. Katanya kita stop untuk minum chai sat. Kata je chai, tapi kaki menuju ke kedai sebelah. Kedai jual cenderamata & baju-baju tebal. Lepas ke toilet, berbondong-bondong kami masuk kedai tu. Tak peduli pon kat chai. Haha. Kat kedai ni kami beli cenderahati, ada yang beli pashmina, sweater dan mafla. Me, beli sarung bantal 2biji dengan beg isi duit syiling tu. Buat dari kulit kambing katanya, ada sulam tangan. 50-80Rs je 1. Dah ambil apa yang nak, Ibnor tolong deal harga. Part deal harga ni dia memang pakar. Kami tunggu & tinggal keluarkan duit je. Oleh kerana kami tak herankan chai kat kedai sebelah, maka chai tersebut dihangkut ke kedai cenderahati tu. Maka bershoppinglah kami sambil minum chai. Dari hari gelap sampai dah teranglah kami shopping. Bukti dia boleh tengok kat 2 gambar bawah ni. haha.
"R&R kami stop"
Posing depan kedai dulu before sambung perjalanan. Sambil tunggu yang lain keluar dari sesi tawar menawar. 

Kami meneruskan lagi perjalanan. Jalan bersimpang siur dengan gaya pemanduan mengalahkan F1 sambil ditemani lagu rancak kemain, memanglah sangat mengujakan. View cantik. Udara nyaman. Kami dok menghayati view sambil standby kamera nak ambil gambar. Ada benda terlintas nak tanya, barulah bercakap sesama sendiri or tanya Irfan. Bila makin ke atas, jalan makin sempit juga. Seriau rasa bila selisih dengan lori/kenderaan lain. Depa bawak pon kemain laju juga. Kalau kita yang tak biasa ni, eloklah hire driver. Takpayahla berani sangat nak roadtrip drive sendiri. Takut tak pandai control, ke gaung peginya. huhu.Selain selisih dengan kenderaan, kami juga selisih dengan segerombolan kambing dan pengembalanya. Excited tengok. Hebatnya la kambing banyak-banyak tu boleh jaga seorang dua je. 

Masa sampai area Signboard Leh, Sonamarg, kami siap minta pemandu berenti lagi. Nak ambil gambar signange punya pasal. Irfan & driver layankan ajolah. 

Dah dekat nak sampai Sonamarg. Satu hari harap boleh ke Leh.

Pengembala dan kambingnya. They are moving from mountain ke kawasan lebih rendah/balik kampung sebab cuaca makin sejuk kat gunung.


Next kami stop di Sindh Guesthouse & Restaurant. Sebab masih awal lagi, so lepak sini dulu sambil dorang prepare ponny untuk kami naik. Sementara menunggu, kami jalan-jalan kat sekitar kawasan ni. Kat sini dah makin sejuk. Dan diri ni memang sangat pandai tak bawa pun sweater sebab tak mau beg berat sangat dan tak expect akan sesejuk itu. Nasib baik boleh rembat sweater big boss. Haha. Time kasihla ye. Kat area sini ada guesthouse, ada yang masih dalam construction lagi, truck2 tentera pun banyak yang lalu, orang tempatan pon ada juga yang berselisih. Tengah ready nak memulakan hari agaknya. Kami jalan sehingga kawasan sungai yang ada jambatan. Posing-posing kat situ pastu treking sikit masuk ke kawasan hutan. Jumpa kandang kambing. Kat kandang pun ambik gambar jugak. Haha. Unikla katakan. 

Sungai cantik.


Pose everyone! 

Atas pokok pon boleh.


Kandang.



Girls



Walnut. Rasa dia pahit-pahit sikit. Kulit boleh wat lipstik. Ku pon cuba lah. Kaler oren. Haha


With Gypsy people. Slamber je ulang alik naik turun gunung jalan kaki. Patutla slim-slim semua.


Balik dari merendek kat kawasan sekitar, kami tunggu kejap pastu mula bergerak ke kawasan nak naik ponny. Tapi rupanya dia tak hantar sampai ke atas. Sampai bridge Welcome to Sonamarg je. Pastu kami kena jalan kaki untuk sampai ke tempat Ponny. Untuk bagi peluang menghayati view katanya. Tapi seriously, view amat sangatlah ohsem. Walaupun jalan agak mendaki, tapi dek kerana view cantik tambah pula cuaca sejuk, jadi takdelah rasa penat sangat. Tapi suara dalam video semput jugak oi. Yela, dengan tekanan udara semua tu lagi kan. Mempengaruhi kesemputan juga tu. Tinggi kat area ni 8950kaki dari paras laut. Meh enjoy view. 

Welcome to Sonarmarg everyone. Sebutnya Sonamaragh. Macam ada qalqalah sikit.  Haha

Group photo

One of my fav photo. Background belakang tuuu...aduhai. Bikin rindu!

From the bridge
Kawasan kampung bawah lembah. Indahnya hidup dorang ni ya. Hari-hari nampak view cantik.

Nak tunjuk bukti 8950kaki tu. Hihi

Setelah penat berjalan hampir 30minit, maka sampailah kami ke tempat Ponny Ride. K.Maya memang dari awal taknak naik Ponny, just nak tunggu kami kat bawah. Tapi bila sampai tempat nak naik Ponny, Irfan suruh pujuk K.Maya naik juga sebab bahaya stay sorang-sorang. Lagipun akan ambil masa sangat lama untuk ride. So akhirnya K.Maya setuju jugakla naik dengan berat hatinya. 

Me antara yang last naik kuda. Ikot jela mana yang dia suruh naik. Lagipun depa tengok saiz kita dulu padankan dengan saiz Ponny. 1 horseman jaga 2 kuda. My Ponny pair dengan ponny Zaha. Hmm..dahla awal-awal horseman tu macam garang je. Memang rasa macam tak best terus mula-mula tu. Dahla makcik cuak oi. Yang si Ponnyku pulak mengekor je ponny si Zaha tu nak jalan dekat-dekat. Ponny tu ke tepi curam, dia pun ikot. Mulala mulut ni nak keluar...uuuu..aaaa...eeee...haishh. Pastu horseman tu bagitahu kalau kuda mendaki kita kena lean forward, bila dia menurun bukit, kita kena lean backward.  Ceh. Masa ni feeling dah getting better & acah2 horsewomanla pulak. Haha. Pastu sepanjang-panjang jalan dok borak je dengan horseman tu. Dia tanya, "is he your father?" merujuk ke Zaha. HAHAHAHAHAHA. Bengang jela pakcik tu. Pastu bagitau dia kami semua kawan. Pastu dia cakap kuda kami tu bestfriend. Ponny Zaha 8tahun, Ponnyku 3tahun & dia memang akan ikut je Ponny Zaha tu, takleh pisah. Aduhai. Patutla mengekor je dari tadi. Ponnyku namanya Bihul, Horseman nama Suhil, umur baru 22. Tapi matang nampak orangnya. Orang Kashmir ni memang muka matang dari usia. Irfan pun baru 23 kalau tak silap. Aku rasa sepanjang naik Ponny ni, ada 2,3 kali kot aku tanya, is he ok? because i'm heavy. Haha. Pastu Suhil kata "don't worry, he's a good horse, can manage up to 200kg weight". Lega sikit hati. Macam-macam topik borak dengan Suhil ni. Dari hal kehidupan seharian, ponny, love story dan macam-macamlah. Sambil-sambil layan view dan layan lap si Ponny ni buat. Ikotkan ajolah walopon seriau everytime kaki kuda macam nak tergelincir bila batu yang dipijak menggelungsur. Selain dari suka borak, dia pon suka ambil gambar. Siap mintak kamera lagi nak ambilkan gambar dari atas jambatanlah, apelah. Ayat tak boleh belah "let me take your picture from the bridge. Nice photo. Your friends must be jealous when they see your photo." Haha. Iyolah. 


Bersama kuda masing-masing


Angkatan tentera berkuda. Haha

Sungai ni katanya antara tempat shoot Bajrangi Baijan. Cantik
 Dan hampir 3 jam berponny ride, maka sampailah kami ke kawasan base camp. Berehat kat situ sambil makan maggi dan minum chai. Maggi goreng Rs50, Chai with biskut Rs 30. Penat-penat berpony, layan sungguh makan maggi & chai panas. Lepas da kenyang, ape lagi..aktiviti wajiblah. Posing sana-sini. Sepatutnya kami stop di sini dan patah balik tapi nego punya nego, dorang setuju bawa kami naik sampai kawasan glasier. Aduhai. Tengokkan tingginya tu macam ngeri nak naik tambah pula naik dengan Ponny. Tapi dah alang-alang. Naik jelah. Lagipun Thirah nak naik, K.Maya & Nanna tak naik. So kalau ku tak naik, sian Thirah sorang-sorang gegirl. Masa nak naik, Suhil cakap akan naik dengan Ponny sampai 1 batu besar, pastu nak ke glasier kami jalan je & dia akan turun dengan ponny, tunggu kat bawah. Tapi masa dah jalan sikit menuju glasier, tiba-tiba dia ada kat belakang suruh pegang tangan dia. Agaknya dia tengok iolls jalan macam siput sedut agaknya. Terus ikut sekali naik atas, tak jadi turun dengan Ponny. Ada dia tu baru confident sikit nak jalan. Sebab ikut step dia. Bukan apa, takut salah pijak batu, menggelungsur ke bawah karang. Huhu. Pendekkan cerita, sampailah kami ke glasier. Ambil gambar kat situ. Acah-acah snowfall kononnya. Tapi bila tengok balik gambar yang diambil, nampak pulak horseman dok kikis glasier buat gimik snowfall tu. Cis, penat je kita berlakon sampai nganga-nganga mulutlah kononnya excited ada snowfall. HAHAHAHA. Da lepas turn masing-masing bergambar pastu few group photo, kami terus turun. Nak turun pon ngeri juga. Ada part yang curam memang kena pegang lengan sweater si Suhil tu, berangkai-rangkai ngan Thirah. Bak kata Zaha "Huntongla, bole pegang-pegang". Nak join kami ke?hahaha...idokle all the time berkepit ngn Suhil tu, time tak confident bila curam gila je. Kang tergolek susah pulak.

Chai dan biskut je mula-mula tu. Tapi bau depa masak maggi tu sangat menggiurkan. So kami order skali. haha


Maggi Goreng Dap!!

Pose!

Posing macam-macam gaya. Bila tengok balik, ketawa berdekah-dekah.

Laga-laga kepala pon bole!
Gaya kemain lagi.

Haha. Penat berlakon excited snowfall, rupanya nampak pulak pembuat gimik kat belakang. Aduhai. HAHA
Group photo. Belakang kami tu glasiernya lah.

On the way turun. Kami dari tempat yang nampak berlubang kat atas nun. Glasier. 
With my horseman yang Helok bak kata K.Maya
Last group photo before gerak balik

 Dah selesai bergambar semua, kami pun memulakan semula perjalanan pulang. Nak balik ni seriau juga sebab rasa macam banyak menurun bukit, rasa nak tergolek ada, menyenget ada, kadang-kadang lupa dah nak lean forward ke backward..haha. Sampai ada masa rasa nak turun dan jalan kaki lah. Tapi horseman tak bagi. Masa balik ni, Suhil ada cerita asal usul nama Sonamarg ni. Maksud Sonamarg adalah "Meadow of Gold" sebab bila malam, gunung tu akan nampak warna Gold bila kena cahaya. So dia tunjuklah which part of the Gunung masa on the way balik ni. 


Meadow of Gold, sebab gunung tu botak tak de pokok pon, jadi biasan cahaya kena kat gunung tu nampak color gold la. Ni namanya segunung emas. Oh, kayanya!haha

Lepas almost 3hours, maka sampailah kami ke tempat naik kuda tadi tu. Dah menjadi amalan kat sini, dari Shikara ride masa 1st day pun, kita bagi tips. Masa Shikara ride tu kami yang sendiri-sendiri rasa nak bagi sebab dia layan kemain baik lagi. Tapi yang ponny ride ni, horseman memang cakap "if you are happy with me, just give me some tips, ponnyride pay to the boss". Oleh kerana ke"best"an Suhil ni melayan & menjagaku, jadi ku bagilah tips lebih sikit. Seriously he knows what he is doing, can tell you a bit of history, can take good pictures dan macam-macam lagilah. Walaupun awal-awal rasa macam dia garang, tapi rupanya best gila. Haha. 

With my horseman Suhil, my ponny Bihul & his bestfriend tak tau nama & big boss

Lepas penat berkuda, kami ke Hotel yang kami akan stay malam tu. Just lintas jalan je dari tempat ponny ride. Nice Hotel. Lepas ambil beg, lepak jap kat lobi sementara tunggu Irfan uruskan check in. Masa ni kami geng gegirl nak beli air masak kat kedai sebelah hotel tu je. K.Maya tak ikot sebab dah tak larat, semput menahan perasaan berponny ride sekian hal, pastu dengan tekanan udara yang rendah lagilah boleh semput. Masa nak pergi beli air ni, Salim ikot. Dahla kami tengok dia berjalan pon dah menyenget, tak payah ikot pon takpe. Dekat je pun. Tapi nak juga ikot, macam tu sekali jaga kami. Kemana-mana pergi pun nak ikut. Kami naik ponny, dia ikot juga tapi jalan kaki. Hukhuk. Mananya tak menyenget petang tu. Penat oi. Masa jalan nak beli air ni, Salim cakap jalan ni boleh ke Leh. Dia kata kalau naik ponny, sebulan sampai. Kalau jalan kaki dengan dia esok sampai. Haha.

Lepas dapat kunci bilik kami naik letak beg kat bilik pastu turun lunch. Before turun tu ambil gambar bilik & pemandangan luar dulu. Cantiknya Subhanallah. Jakun oi. Rasa nak melompat-lompat tengok cantik sangat. Rupanya lunch Irfan bawa bekal. Bukan makanan kat situ. Jadi muka pekerja hotel tu ketat la sikit sebab tumpang makan dalam restoren dia. Patutla mula-mula Irfan ajak makan kat laman hotel tu. Kami ni dok fikir sejuk kat luar, nak makan dalam restoren jela. Huhu. Dah lepas makan semua, masuk bilik rehat. Dah janji petang dalam pukul 5 nak keluar jalan-jalan. 

Bilik Hotel

View from our room
Our Hotel

 Dah pukul 5, kol bilik K.Maya & Nanna ajak turun. Bilik Zaha & Ibnor tak pick up. Tidur lah tu. Zul, Qayyum dan Jack dah turun. Kata Salim dorang pergi memancing ngan Irfan kat belakang hotel. Kami pun pergi lah belakang hotel. Kat belakang hotel ada sungai. Tapi kena turun ke bawah, agak tinggi dan takde laluan. Pandai-pandailah redah sendiri. Since belakang dah rasa sengal-sengal sikit dan K.Maya pun tak nak turun maka kami melepak je kat atas sembang-sembang. Nanna & Thirah turun. Lepas dorang naik semula, kami semua ke kedai sebelah hotel. Minum chai. Zaha & Ibnor masih tak sedarkan diri, tak join kami. So kami buat lawaklah, afundi keluar dua orang, afundi masuk dua orang. Masuk geng baru Salim & Irfan. Haha. Chainya sedap amat dan murah gila. Rs100 untuk 9 cawan.


Depan hotel

Sabar menunggu chai panas yang tengah dibuat. Sedap amat nak2 time sejuk2 menjelang senja ni.

Malam ni demam dah naik balik. Aduhai. Air pula sejuk kemain sebab air panas dia tak function sangat. Tapi basahkan jugalah badan. Seharian berponnyride kot. Makan malam ni makanan hotel punya. Sambil tunggu semua orang turun dan food ready, kami lepak-lepak kat lobi, sembang-sembang dulu. Thirah & me naik bilik jap pergi toilet. Bila turun bawah, tengok K.Maya dah bergenang ayaq mata. Alamak, kenapakah? Zul cerita hal family rupanya. Lepas sembang-sembang lagi, kami p dinner. Lepas dinner lepak kat luar hotel, tapi kejap je. Tak larat oiiii. Sejuk dia mencengkam ke tulang. Huhu. Pastu decide nak balik bilik, lagipun esok kena gerak awal untuk ke Naranag. 

Dinner

Malam ni ada cerita lawak. Masa kami dok tadah air untuk mandi esok dengan harapan dia kurang sejuk, ku dok brush up. Tiba-tiba ada bunyi macam loceng kebakaran. Jadi buka pintu toilet sebab Thirah tanya bunyi apa tu? Bunyi tu keep on berbunyi lagi. Pastu Thirah cakap, bukan bunyi macamni kita kena keluar ke? Tapi ku cakap, ke ada orang nak masuk rumah kita? Pastu Thirah pakai tudung nak pergi tanya K.Maya. Buka-buka pintu tengok si Zaha dok berdekah-dekah gelakkan kami. Cisssss...tu bunyi loceng bilik rupanya. Tapi macam loceng kebakaran. Hish. Jadi bahanla lepas tu. Dia datang hantar memory card cameraku setelah percubaan nak transfer tak berjaya.

Before tidur, kami pack barang, masukkan barang-barang yang beli kat R&R tadi. Baru perasan tertukar beg barang dengan Nanna. Pack semua siap-siap esok senang sikit siap-siap je dah bole chow. Tengah pack-pack ni, si Zaha mai mintak sweater yang ku pinjam seharian tu. Sejuk oiiiii malam ni. Nak ke toilet pun rasa seksa sangat. Dahla demam & selsema. 

Tamatlah hari ke 4. Rasa rugi takboleh tengok morning view dari balkoni bilik esoknya sebab akan gerak @ 4am. Tapi takpelah. Lain masa mungkin ada rezekinya. 








No comments:

Post a Comment