background

Wednesday 28 December 2016

Wonderful memory #tripkaripastijadi to Kashmir & IndiaGoldenTriangle (Episod 5)

سم الله الرحمن الرحيم


Hari ke 6 (21 September 2016)
Harini tak perlu bangun awal sangat macam hari-hari sebelum ni. Flight ke Delhi at 11.45pagi tapi Irfan kata by 7lebih gitu kami perlu gerak ke airport. To be safe kan. Pagi ni breakfast macam biasa. Sayu je rasa dah nak tinggalkan Kashmir. Sambil-sambil makan ni dok cakap, nanti kat Delhi takde dah labu labi & Irfan yang boleh layan kami macam-macam. Huhu. 
Before balik, ambil gambar & video last with Irfan, Salim & Noora. Menikmati perasaan & pemandangan naik shikara for the last time. Semua rasa ada. Huhu. Masa gerak ke airport ni boleh tengok pekan Srinagar yang hidup. Orang berniaga kat tepi-tepi jalan. Lain suasananya compared to hari pertama kami sampai. 
Last Shikara Ride
Masuk je kawasan airport, semua kena turun & bawa beg masing-masing untuk cek. Ni baru kat pagar airport tau. Belum dalam building aiport lagi. Jadi, memang patutlah sampai airport 3,4 jam awal dari waktu berlepas. Lepas dah settle kat situ, angkut beg semua, masuk kereta balik untuk bergerak ke bangunan airport. Sampai sini Irfan drop kami, salam-salam semua, dia terus chow. Kami suruh tunggu tapi dia kata tak boleh. Muka dia pun nampak sedih juga. Hukhuk. Bye-bye Irfan yang helok! till we meet again. 
Lepak-lepak dulu before dapat masuk airport

Lepas Irfan pergi, maka tercagak-cangaklah kami kat area depan airport tu. Beratur nak masuk airport kononnya, tapi rupanya kami tak boleh masuk lagi sebab masih awal. Rules kat sini kita hanya boleh masuk 2hours before waktu berlepas kita. Makanya, kami pun berbondong-bondong melepak kat kawasan padang depan terminal. Memang tu port orang melepak sementara tunggu masa boleh masuk dalam building airport. Masa dok menunggu ni, rasa nak ke toilet. Tapi toilet dalam airport. So kena bagitau polis/tentera yang jaga nak masuk g toilet. G toilet pon kena scan2 juga sebab nak masuk kawasan airport kan? Dahla tanya dalam bahasaHindi nak g mana? Nasib baik dari kecik sampai besar dok tengok cerita Bollywood, makanya bolehla faham dan jawab. Haha. 
After check in.
Dah cukup time, kami pun berbondong-bondong masuk. Maka bermulalah adegan security cek yang berlapis-lapis ni. Jenuh cek oi. Cek yang last skali before ke gate paling hebat. Semua benda dalam handcarry dia minta keluarkan. When i said semua, it means SEMUA. Dari sekecik-kecik benda, hingga sebesar-besar benda. Pastu yang dia tak tau apa, dia tanya lah. Kamera kena on dan tunjuk gambar-gambar. Tak delah semua gambar dia nak tengok. Masa ni GoPro Zaha ada ngan aku. Nasib baik orang tu tak minta on, kalau tak menggagau tak reti. Haha. Lepas cek yang ni, last skali ada cek point lagi satu just before masuk kawasan gate. Tapi ni just nak tengok semua beg kita da ada tag menandakan semua benda dah fully cek. Aduhai. Kalau tak sabar, mau amuk nih. Tips yang paling penting, silalah cek in semua barang kalau tak mau buat adegan lipat kain kat table security. Barang-barang penting je yang bawa handcarry. Rasanya total security cek dari pagar airport sampai masuk flight ada 7. Haha. Sila tabah!!

Lepas semua orang da selesai last security cek tu, kami terus tuju ke Gate. Masa flight lama lagi. Sempat lagi budak-budak ni cari makan. Just nak share pasal dia punya toilet. Siap ada orang yang hulurkan sabun, hulurkan tisu bagai. Masa aku tu, makcik jaga toilet tu dok tanya, dok puji2 kita, pastu dia cakap "i'm a poor old woman", maybe dia nak tips kot. Tapi masa tu tak bagi pun. Masuk toilet tak bawak purse pon. Huhu. 

Perbincangan nak tambah Kg luggage Del-Kul..haha
Jam 11.45pagi, maka berlepaslah kami ke Delhi. Sejam kemudian sampai. Maka bermulalah pengembaraan di Delhi pula. Keluar dari airport, cari information counter tanya mana bas yang boleh naik untuk ke Metro Station. Orang tu cakap bas Biru, free je. Tapi masa kami naik bas, kena bayar Rs 30. Ni bas lain kot. Tapi nasiblah masih hantar kami ke Metro Station. Huhu. 
Sampai Metro Station, seperti biasa, kena scan beg bagai, pastu beli tiket untuk ke NDLS. Train station dan keadaan dalam train ni rasanya sama macam naik KLIA Transit tu. Selesa & Bersih. Masa kat sini thirah tercicir duit Rs500 kot. Aduhai. 

Sampai je Station New Delhi, bermulalah pengembaraan kami. Hon merata-rata, nak lintas jalan pon ngeri, orang ramai bersesak-sesak dan yang paling win sekali, bau hancing yang menusuk ke kolbu terpalingggggggg dalam. Aduhai. Serious muka tak boleh nak control. Tengah menaip skang ni pun masih terbau-bau lagi kehancingannya. Masih ingat lagi tepi jalan ada pondok macam untuk orang kencing tapi nanti airnya mengalir merata-rata ke jalan sebab bukan ada saluran khas pun utk halakan sisa buangan tu. Adoi.

Tiket bas ke Metro Station

Coin Metro

Dalam Metro

Kami perlu berjalan untuk ke kawasan hotel di Paharganj. Katanya 100meter, tapi i bet it's more than that. Jauh oi. Dengan beg berkilo-kilo kat belakang, keadaan sesak dan bising, memang kaki ni laju jelah jalan mengekor Ketua group. Kami menyusur deretan kedai, so sambil-sambil jalan tu, mata ni melilau juga tengok barang-barang yang di jual. 

Lepas ntah berapa lama jalan, akhirnya sampai juga ke Hotel. Aduhai. Penat. Relaks kat lobi sementara tunggu proses cek in. Pasport semua orang dia mintak masa cek in ni. Bilik hotel sini selesa. Since aku antara orang yang terakhir masuk, maka ikut ajelah mana Thirah dah masuk, maka itulah bilik kami. Bilik kitorang mengadap bilik Ibnor & Zaha. Bilik K.Maya & Nana kat sebelah, bersebelahan dengan bilik Zul, Qayyum & Jack. Luas biliknya. Kalau kami semua geng gegirl stay in a room pun muat sangat. 

Masing-masing dah jumpa bilik, maka semua pun dah nak landing. Freshen up. Ada kejadian kelakar kat sini..masa baru nak tutup pintu bilik, nampak Zaha & Ibnor tinggal selipar kat luar bilik. Gelak besar aku n Thirah. Org kampung mana mai Delhi ni buka selipar luar bilik hotel. Apa ingat ni Houseboat ke?hahaha..Thirah siap ambil gambar lagi sebagai bahan bukti dan balas dendam sebab zaha gelakkan kami pasal isu loceng bilik di Sonamarg tu. Haha. 1-1. 

Bahan bukti. Ada budak bukak & tinggal selipar luar pintu bilik hotel.  Haha
Lepas rehat, kami keluar cari makan. Melilau kehulu-kehilir. Ada restoran Veggie, tapi katanya tak mau, nak cari beryani. Street food tak berani nak makan takut sakit perut. Tengok keadaan tu, macam mencurigakan je part kebersihan. Huhu. Dok jalan rata-rata, decide cari masjid sebab mesti area masjid ada halal food kan? pastu berenti tanya orang sana sini akhirnya sampailah kami kat area kedai makan India Muslim. Baru aku tau tanda 786 tu rupanya tanda perniagaan tu own by India Muslim. Patutlah mamak ada yang tulis 786 ni. Yang aku tau lagu "786alhamdulillahsyukur" tu je. 

Maka kami pun masuklah 1 kedai. Sempit je kedainya. Ada 2 je meja makan. Briyani dia portion besar betul. Geng girls ambil 1 set Briyani ayam large portion. Harga baru dalam 150Rs kot. Tapi nasi menimbun. Bayangkan kami boleh makan 4 orang. Walaupun kedai tu kokak je, makan pun sambil rasa tersepit, geng boy siap kena makan kongsi table ngan local people lagi tapi rasa dia, PERGHHHHHH. SEDAP GILA!! Sambil makan tu sambil doa juga supaya tak sakit perut. Huhu. 
Briyani Ayam kami. Banyak Oi.

Sesi jual beli di jalanan.

Lepas makan, kami pun jalan semula dengan senang hatinya balik ke Hotel. Dok tengok kehidupan orang-orang Delhi. Sesak dan bising dah memang jadi kebiasaan mereka. Even bawa kereta/motor macam hape, hon sana-sini tapi accident takde pon. Masa g Chennai dulu pon sama, siap ada lembu lagi kat jalan raya. Tapi elok je takde kemalangan macam tempat kita.

Masa on the way balik hotel ni, jack, qayyum ngan zul nak singgah masjid. So kami geng girl balik dengan zaha & ibnor. Dah sampai hotel, Zaha, Thirah & Nanna nak g beli no. Phone Delhi. Me, K.Maya & Ibnor lepak2 kat lobi je. Borak2. Masa ni Ibnor ada tanya pasal hypertension, stress & blablabla. 

Lepas dorang settle beli no. Fon, kami naik bilik untuk rehat. Me & Thirah lepak bilik K.Maya jap. Masa dok borak2, Zaha mesej cakap Ibnor panggil nak cakap pasal sesuatu. Makanya ku pun keluarlah & bermulalah sesi perbincangan yang biarlah ku sahaja yang simpan. Dah settle kat situ, masuk lepak balik bilik K.Maya, tumpang solat semua. Pastu melepek kat bilik sendiri pulak. Tengah melepek ni, ada orang ketuk pintu. Rupanya Zaha bagi kek dia dapat/beli kat bawah masa g settle bayaran hotel. Pastu buat aduan pasal tax 18% tak include dalam bayaran masa book hotel rupanya. So kami ada additional chargela maksudnya. Huhu.

Malam tu kami tak buat apa sangat. Just rehat kat bilik. Upload gambar kat fb. Almaklong..free wifi. Haha. Esok kena bangun awal nak menapak ke NDLS..train ke Agra pukul 5.15pagi dan kami plan untuk start jalan by 4am. Maka haruslah tidur awal malam ni. Zzzzzzzz...


End of day 6




No comments:

Post a Comment