سم الله الرحمن الرحيم
Harini hari ke 3 journey(18 September 2016).
Bangun seawal 3.30pagi..sebab breakfast by 4pagi sebab Irfan kata nak gerak pukul 4.30 untuk ke Sonamarg. Harini plan kami ke Sonamarg, ponny ride. 4.00 pagi breakfast cek oi. Terkejut sistem pencernaanku. Sahur pun tak awal macamni. Tapi kalau dah namanya travel tu, kena sesuaikan diri ikot keadaan lah kan. Menu egg & toast & tea & coffee. Owh, ada sejenis kopi ni berbau kambing. Haha. Mmg yang tu paling tak laku sekali. Menusuk betul baunya. Everytime di serve, memang yang tu akan cuba dielak tapi kadang2 terambil juga sebab teko airnya semua sama. So kalau tak sure, kena tuang dulu sikit, hidu..kalau takde bau kambing bole proceed. Kalau bau, memang ambik yang lain pulak.
Lepas breakfast, naik shikara untuk ke shikara stand dan meneruskan perjalanan naik kereta. Still 2 kereta macam semalam.
Lepas bersampan balik houseboat pastu ready untuk jalan-jalan sekitar Srinagar. Kami ke Mughal Garden, Pari Mahal, Shankar Achariya Temple dan Handicraft Emporium.
Dari Shikara Stand ke Mughal Garden tak jauh mana pon. Tapi masa nak masuk ke kawasan garden tu kami terpaksa turun dari kereta dan melalui security check. Lepas lalu security check tu, naik semula kereta. Dahla ada enjeng-enjeng kat area security check tu. Aduhai. Penat control diri untuk tak cuak.
Fee masuk Garden Rs20 untuk dewasa dan Rs 10 untuk kanak-kanak dan ia dah termasuk dalam pakej Irfan. Nak masuk ke kawasan Garden, kena panjat tangga. Tak tinggi sangat tapi tak rendah juga. Sampai-sampai atas, dah boleh nampak ada taman bunga, air pancur, tangga untuk ke level lebih tinggi. Pening K.Maya asyik nampak tangga je ek?hihi. Tapi hati sejuk sikitlah sebab tengok bunga-bunga cantik. Kat sini memang bersightseeing dan berposing je lah. Rasanya kalau Spring, mesti lagi cantik ek? Meh jamu mata dengan gambar-gambar kami. Eh. Gambar bunga.
|
Irfan paid the tickets |
|
Tangga nak menuju ke Main Entrance Mughal Garden |
|
See? tangga here & ther & everywhere. haha | | |
|
Air yang keluar dari saluran tu katanya dari gunung. Sejuk oi. Bersih & selamat untuk diminum. |
|
Love this photo so much. Girls. Feeling Kajol dalam Dilwale sangat gambar ni. Ala, yang scene dia jalan nak tembak SRK tu, Muehehehehe. | | | |
|
Ok2, ni gambar bunga-bunga yang dinyatakan. Haha. Banyak lagi, tapi tunjuk yang ni cukup lah. |
Selesai di Mughal Garden, kami ke Pari Mahal pula. Jalan ke sini macam mendaki dan rasa macam hutan simpan la pulak. Kawasan yang dilindungi agaknya. Tapi sampai-sampai sini, turun kereta dah nampak tentera berkawal depan pintu utama. Geng kami entah sape yang start dulu, minta nak ambil gambar dengan tentera tu. Dia ok je, tapi muka tara senyum. Da hujung-hujung tu ada senyum sikit. Maybe dia rasa glamor kot kami ambil gambaq ngan dia secara bergilir-gilir. Haha. Yang ni nak masuk main entrance pon naik tangga juga, tapi rendah je.
Kat dalam ni ramai tentera. Relaks-relaks je. Main dam ke apa ntah. View kat atas ni lawa amat OK! Berlatarbelakangkan gunung dan boleh nampak kawasan Srinagar dan Dal Lake. Kat sini kami sewa costume Kashmiri dan ambil gambar. Rs300, sewa costume dan dapat 2 keping gambar. 1 gambar sendiri, 1 lagi with the group. Dah pakai costume & posing macam-macam gaya, timbullah idea nak buat video klip lagu Hindustan pulak. Aduhai. Gelak macam ape je. Budak-budak ni boleh tahan berjoget-joget. Zul lah kepala. Me? Tak terbuat gaya sebab dok gelak tak hengat. Diriku ni memang tak berapa nak sporting kalau bab2 ni. Haha. Malu oi. Dok kat bilik sorang-sorang pun ku tak ikut kalau video zumba tu buat gaya pelik-pelik. Depan orang macam ni, lagilah tak. Bila nak shoot lagu lain pulak, ku volunteer jadi tukang rekod jelah. Haha. Tu pon tak larat nak gelak juga. Tak kesah la kan, janji bahagia. Idokle buat benda melampau mana pun. Setakat penari-penari kayu kelas bawahan je pon. Bukan tahap penari tiang tu. HAHAHA. Tapi video tu untuk tontonan kami-kami jelah. Takkan dipublish dimana-mana. Tak sanggup tengok masing-masing dengan gaya tak ketahuan macam tu. Haha.
|
Pari Mahal |
|
Cantik |
|
In costume |
|
Kami. K.Maya tak pakai costume. |
|
|
Complete. |
|
The guys with Irfan. |
|
Posinglah selagi boleh. | |
|
Cantik kan kan kan? |
Dah habis daya dan gaya. Kami pun bergerak untuk ke lokasi seterusnya. Tapi before tu berenti jap untuk pick up gambar dan beli air. Lokasi seterusnya ni adalah temple Hindu. Dibina di kawasan tertinggi di Srinagar katanya. Sebab pernah ada cubaan nak dibom, maka kawalannya ketat amat. Tentera ramai kat luar tu. Kamera tak boleh bawak. Nak masuk bukan setakat security check yang scan tu je, tapi siap kena body check raba-raba lagi. Kat sini K.Maya & Ibnor tak naik. Tunggu kat kereta je. Tangga nak naik ke atas tu, mak aiiiiiii. Almost 600 anak tangga. Semput tak yah cerita. i'm the last person to reach up there lah. Dah sampai atas tu, nak naik kawasan kuil, kena tanggalkan kasut. Kami bertiga dengan Jack tak naik sampai tempat sami pon. Zul,Zaha & Qayyum masuk sampai dalam tu. Siap kena khutbah pastu tok sami suruh buat ape ntah. huhu. Nasib baik kami tak masuk. Sini pun enjeng banyak. Risau je takut dia jilat kasut kami. Lepas dah rehat jap. Kami turun semula. Masa nak turun, ada tanya Irfan, kenapa kena sentuh loceng tu bila nak masuk kawasan kuil ni. Dia kata benda tu macam Salam, to tell the God that u are here. Ooooo...baiklah. Masa turun ni, dah rasa belakang dan tulang pinggul sakit. Bertahan jela. Cuba sedaya upaya turun slow slow sebab kalau laju, tulang akan terhentak kuat when the body bounce. Mesti orang terfikirkan, dah tau sakit belakang, buat apa naik juga? Entahla kan..tapi for me, da alang-alang sampai, naik jelah..takut nanti teringat-ingat dan rasa rugi pula kalau tak naik. All in all, it's worth the climbla viewnya. Cuma nak kata cantik gila2 tu tidaklah juga. Tak sampai tahap perasaan cantik masa tengok Zaanse Shans dari atas jambatan setelah penat berjalan jauh. Infact, kat bahagian atas area kuil tu pon ada bau kurang best sikit. Huhu.
|
Minta driver berenti tepi jalan on the way turun dari temple semata nak ambil gambar nampak Lake dari atas. |
Seterusnya Irfan bawa kami ke Handicraft Emporium. Ada karpet dan pashmina. Masa ni, turun dari kereta menuju ke kedai tu. Tulang pinggul dah rasa sakit gila. Like seriously sakit yang rasa macam kena siat tu. Tapi diam-diam jelah. Am the last person to go up sebab kena jalan super slow and watch my step. Kat sini bermulalah sesi penerangan pasal pashmina. Ku dengar jelah tapi memang takde rasa nak beli pun. Harga dalam RM90 and above. Sebab memang berkualiti. Lembut gila kainnya. Si Zaha dok nak selimut yang macam Salman Khan pakai dalam Bajrangi Baijan tu. Huhu. Tapi mana ada kat situ. Yang ditunjuk tu bukan kainnya. Dahla harga RM600. Masa dok tunggu kawan-kawan lain pilih pashmina, ada sorang orang kedai tu dok berminat dengan jamku. Tanya harga, beli kat mana?boleh tak jual kat dia, dia nak bagi hadiah birthday anak. Aduhai.
|
Kusyuk dengar penerangan |
|
Tudia. Kemain lagi ye. |
|
Cantik-cantik coraknya. But I won't buy something I won't wear/use. huhu |
Lepas settle beli pashmina. Kami balik ke houseboat, lunch dan rehat. Masa on the way balik ni, ada orang jual aiskrim. So kami belilah. Rs30 kot 1 cup. Sedap juga. Da puas berehat kat bilik, keluar jap. Zul cakap, dia nak jalan-jalan sekitar Shikara Stand seberang sana, tapi Irfan tak bagi. Rupanya hari sebelum tu ada serangan kat kem dan keadaan kecoh. Patutlah bila dah dapat wifi, ada antara kami yang dapat mesej dari friends or family, ok tak kat sana? kami yang kat sini tak tau apa-apa. huhu. Owh, by the way harini lah kami dapat wifi. Masa dah petang kot. Masa ni semua dah khusyuk dan tawadhuk tengok fon. Bak kata Qayyum, masing-masing dah tak pedulikan each other lah nampaknya. Dah tak bersosial sesama sendiri sebab dah ada internet. Huhu. Petang ni juga ada orang datang jual leather jacket. Ku memang tak ambik port sebab tak minat. Ibnor & Jack je melayan tapi tu pon malas nak layan dah sebab mahal. Selalu orang kata leather jacket Kashmir murah je. Maybe sebab curfew ni, depa caj gila-gila nak cover pelancong tak ramai kot.
Lewat petang Me, Nanna, Thirah & Zaha keluar nak tengok-tengok kawasan kedai. Lalu semula area kami Shikara ride aritulah. Ada kedai runcit, kedai pakaian, aksesori dan macam-macam lagi. Salim berhenti kat 1 kedai. Kami turunlah. Aduhai, dahla diriku ini tak pakai kasut pon sebab ingat duduk dalam sampan je. Haha. Rupanya tu kedai jaket kulit. So tengok-tengoklah jap. Nanna ada cuba-cuba jaket. Tapi harga tu boleh tahan juga. Me?tak try pon. Dok kat luar ambil gambar. Masa tengah kat luar tu, nampak pakcik yang kat houseboat kami jual jaket tu datang ke situ juga. Laaa..orang yang sama ke?hadeh..
Dah lepas tengok-tengok dan tak beli apa-apa, Salim bawa kami menuju ke tengah tasik macam semalam. Tengok sunset lagi. Dok ambik-ambik gambar Nanna&Zaha, tak perasan terlebih bergerak sampai sampan nak tersenget. Pergh! Nervous oi. Phone thirah terjatuh, nasib jatuh atas lantai sampan je. Pastu kami baliklah. Rehat-rehat & ready for dinner. Menu malam ni Beriyani Ayam. Sedap.Lepas makan, masuk bilik rehat-rehat, tak join geng melepak kat ruang tamu. Mood dah kelaut sikit sebab belakang sakit gila. Dok melumur ubat & Thirah tolong urut. Masa keluar jap since line wifi dalam bilik tak kuat, Ibnor tegur, ko kenapa monyok je ni??huhu. Emosi tidak stabil. Harap maaf. Rasanya malam ni kot orang jual jaket datang lagi tapi bawa yang cheaper price. But not that cheap pun rasanya. Again, tak ingat sangat sebab memang tak ambil port.
Malam ni semua tidur awal sebab esok kami nak ke Sonamarg lebih awal. 3.00pagi breakfast & 3.30 pagi gerak. Mula-mula cakap ngan Irfan boleh tak tapau je breakfast & kita makan dalam kereta since 3.00am is too early. Tapi nampaknya tak boleh sebab takut food tak tahan. OK! 3.00am then!
Owh! Lupa cerita, since 2days before trip kena demam, selsema & batuk. Dan ianya berpanjangan sepanjang trip cuma masa kat Golden Triangle getting better. Dok pulun telan ubat everyday sampai ubat selsema habis tapi selsemanya xlega2. Nasib baik bole pau ubat geng lain. Ubat batuk k.maya berkesan betul.
|
Sanggam |
|
Shops area |
|
Almost sunset |
End of DAy 3.
No comments:
Post a Comment