background

Monday, 2 January 2017

Wonderful memory #tripkaripastijadi to Kashmir & IndiaGoldenTriangle (Episod 6)

سم الله الرحمن الرحيم


Hari ke 7 (22 September 2016)
Bangun seawal 3.30pagi. By 4.00pagi menapak ke NDLS. Jalan sunyi dan gelap. Tapi dalam gelap-gelap tu ada nampak beca dan tuktuk dua tiga biji yang dah bergerak. Ada nampak orang yang tidur kat dalam tuktuk tu. Kesiannya. Dorang takde rumah ke? Masa dah nak sampai hujung shoplot, ada dengar bunyi gaduh-gaduh. Mabuk kut. Jalan cepat-cepat. Half geng lagi kat belakang. Masa toleh belakang tengok dorang, dengar kaca pecah. Aduhai. Cuak. Tapi kami jalan terus je. 

Sampai di train station, sebelum letak beg untuk scan. Ada sorang yang pakai office attire minta nak tengok booking tiket kami. So Zaha pun bagi lah. Pastu dia cakap "normally this train will depart at 5.15am, but today this train is cancel. So you have to buy another train ticket. Good train blablabla". Aku ngan zaha dah tercengang tanya why lah, apelah. Pastu tetiba insight datang. Scammer!! Zaha terus tarik kertas booking tiket kami pastu blah scan beg. Cissss sangat hokkey. Nasib baik kami tak tertipu. Ingatkan staf Train Station, rupanya scammer. Pastu kami terus ke lane train kami. Lane train kat NDLS ni sangat banyak hokkey. Kena tengok bebetul. Turun tangga yang betul. Kalau tak jenuh nak menapak naik turun tangga tinggi.

Masa tunggu train ni, risau juga kot-kot betul2 train ni cancel. Ada nampak few budak-budak muda kat tepi tangga. So tanya dorang. Relaks lah sikit sebab dia kata betul. Dorang pun tunggu train tu juga. Masa train sampai rasa lega tapi cuak jugak dok perhati coach yang kami kena naik. Tiket kami sleeper class, kipas. Huhu. Me, Nanna, Thirah & Jack dapat seat dekat2. K.Maya, Zaha, Zul, Ibnor & Qayyum kat coach lain. Sebab masa booking dah takde tempat dekat-dekat. Tu jadi split macam tu. 

New Delhi ke Agra Cantt ambil masa 3jam. Masuk-masuk train ada macam-macam bau. bau hancing tu ada lagi sayup-sayup terbau kat hidung ni. Solat Subuh kat dalam train. Pinjam kompas zaha nak cek kiblat. Nasib baik wudhuk dah ambil siap-siap kat hotel. Since kami punya ni sleeper class, maksudnya yang seat untuk tidur lah kan. Ada 3 tingkat. Boleh suffocated kalau yang duduk seat tengah tu. Tersepit je rasanya. Kami duduk bahagian bawah je. So tak baring pun kecuali Jack elok layan tidur. 
Besi tepi tu jadi tangga untuk naik ke sleeper atas. Nanna dah bungkus hidung berlapis2.

Yang warna biru Thirah sandar tu adalah sleeper utk 2nd level (level tengah), since kami tak guna, turunkan dia dan bolehlah kami duduk.
Sepanjang perjalanan, macam-macam gelagat boleh tengok. Orang meniaga lalu lalang. Jual chai, cekedis, jual newspaper. Ada yang datang minta sedekah, merangkak-rangkak sapu lantai pastu hulur tangan minta duit. Huhu. Risau juga. Alert je dengan beg. Sebab tu masa train berhenti lama kat 1 station, Thirah & Nanna pegi ambil gamba kat area pintu train, ku tak pegi. Sebab risau nak tinggal beg. Kalau ikut hati nak juga join tapi takpelah. Nanti beg takde sape nak jaga, si Jack elok je tidur tak sedarkan diri. 

Suasana dalam train 1 benda, suasana kat luar sepanjang perjalanan pun satu hal. Sepanjang perjalanan boleh nampak keadaan penempatan penduduk yang tak terancang, ada nampak macam building tak siap dan ditinggalkan, nampak khemah-khemah dibina ditepi rail keretapi siap masak-masak lagi kat situ dan yang paling win, pemandangan orang "melabur berjemaah" kat tepi rail keretapi. Mula-mula tengok ingatkan dorang ni duduk melepak tengok keretapi lalu, tapi after some times baru realize yang dorang sebenarnya tengah "membuang". Adoi. boleh pulak berak berjemaah ye? selang 1-2 meter ada sorang, pastu ada lagi...dan lagi. Hahahaha. I bet u can't see this kind of thing kat tempat lain. 

Menikmati view yang rear. Sayup-sayup terbau juga kehancingannya. Haha

Selepas 3 jam, sampailah kami di station Agra Cantt. Tercangak-cangak tak tau arah nak pergi. Kalau ikot plan, nak cari cab/auto untuk ke Taj Mahal. Tapi masa tengah cari arah nak dituju, ada orang datang offer kereta sewa. Deal punya deal, ambil 2 kereta. Tak sure harga berapa tapi aircond and non-aircond lain harga. Kami ambik yang takde air-cond je. Aku satu kereta dengan Thirah, Jack, Qayyum ngan Zul sebab kereta kami macam besar sikit dari kereta lagi satu. Masa jalan kaki dari station train ke kereta seriously tak sangka ni lah Agra yang gah itu. Kotor. Hukhuk. Patutlah local people pon cakap, kalau tak sebab ada Taj Mahal, takde orang pon nak datang Agra. 

Dari station train tak terus pegi Taj Mahal, singgah satu tempat dulu. Kat sini ambil tour guide. Pastu baru gerak ke Taj Mahal. Tour guide ni tak berbayar, tapi bagi tips je katanya. Kat sini dia bagitau untuk keluarkan terus barang-barang tak boleh bawa, food, chewing gum, macam-macam lah. So kami kumpul 1 beg, simpan dalam kereta je. 

Kereta park je tepi untuk drop kami, terus kena serbu dengan orang jual cenderahati. T-shirt, Fridgemagnet dan macam-macam lagi. Bertabah jelah dengan keserabutannya tu. Jauh juga menapak untuk sampai ke main entrance Taj Mahal ni. Kenderaan berpetrol tak boleh masuk dalam kawasan taj mahal ni untuk menjaga kecantikan binaan taj mahal tu. 

Dah sampai ke entrance..tour guide belikan tiket. 1000Rs dapat 1 drinking water n pelapik kasut. Dah beli tiket..kami pun beraturlah untuk masuk kawasan taj mahal. Security cek lagi. India n security cek mmg tak dapat dipisahkan. 

Dari security cek ni..jalan2 sikit..boleh nampak main entrance ke taj mahal. Kami berenti situ ambil gambar dlu. Masa kami tgh nak dok posing bergambar ni ada member kami nangis., xmau mention nama lah, biar kami jela tau. Actually dr masa bli tic lg dok jalan ngan dia & dia cerita something. Aku pun risau juga sebab melibatkan org yang aku kenal juga. 

Lepas ambil gamba depan entrance, kami pun masuk ke main entrance taj mahal. Main entrance dia binaan batu kaler merah..dr situ boleh nampak straight taj mahal. It's like a dream come true ok! Akhirnya nampak Taj Mahal depan mata. 7 wonders of the world. Omaigoshhh.. pastu setiap sorang beratur nak ambil gambar berlatar belakangkan taj mahal. Macam2 pose ada. Ada fotografer yg offer pakej gamba. Tapi aku xambik pon. Kat sini, jalan sket, pastu benti ambik gamba..jalan..benti lagi. Haha. Mehla jamu mata sket tgk gamba kami. 
Depan entrance.

1 of 7 wonders of the world

Geng Tripkaripastijadi with Taj Mahal. Kami dok mengata guide ni. Nampak "mabuk" cam Salim tapi hasil gambar bole tahan gak! haha

 Lepas da puas bergambar berlatarbelakangkan taj mahal. Kami ke kawasan masjid pula. Kiri & kanan taj mahal ada binaan bangunan dari bata merah. Bangunan sebelah kiri (jika berdiri menghadap Taj Mahal) adalah masjid dan bagunan sebelah kanan adalah rumah tetamu dorang zaman dolu2. Kalau tak silap kat situ tak boleh masuk kot. Binaan Taj Mahal ni memang simetri kan. Sampai sekarang pun artkitek2 dunia kagum dengan binaannya. Hebatkan islam dulu? 


Masuk masjid ni..of course kena buka kasut. Tour guide kami jadi penunggu kasut2 kami ni. Masjid dia simple je. Masuk tu, trus dewan solat. Lantai dah berukir macam corak sejadah. Masa kat masjid ni jumpa bilal masjid. Nampak garang mula2 tu. Tapi rajin pula dia cerita. Dia tunjuk keliling pintu gerbang tu..ukiran surah al-insyirah. Pastu dia bagitau pintu2 taj mahal tu ada ukiran surah yassin. Bila tengok betul2..yep..memang boleh baca pon. 


Kawasan masjid. I like this pic. Macam K.long kawasan dan konco-konconya. Haha

Taj Mahal dari arah masjid. Masjid masih digunakan untuk Solat Jumaat.
Ukiran dinding masjid. Depan sana mimbar.

Lepas settle melawat masjid dan sekitarnya, kami terus ke taj mahal pula. Kawasan ni lebih ramai orang compared to kawasan masjid. Macam mimpi okeh dapat tengok Taj Mahal dalam jarak dekat. Bukan tengok je tapi to be in that building. Masuk je pintu untuk ke kawasan makam, no camera allowed. So tak payahla ambil risiko nak ambil gamba curi2 ke cemana. Tapi ada kot yang berani curi2 ambil juga. Makam mumtaz & shah jehan berada di tengah2 dan dikelilingi oleh pagar. Macam sarang pun ye. Makam mumtaz bigger & terletak betul2 centre manakala makam shah jehan berada kat sebelahnya & nampak lebih kecil. 
Dan sebenarnya ini hanyalah replika makam sahaja..makam sebenar berada dibawah makam replika dan hanya dibuka untuk lawatan once a year. Tak ingat dah sempena apa. Tapi makam replika pun exactly like makam sebenar. Sebenarnya shah jehan plan nak bina makam dia kat tempat lain. Bertentangan dengan taj mahal tapi bila shah jehan mangkat, anak dia tak mau buat makam tu & kuburkan bapak dia sebelah mumtaz je. 




Berehat-rehat di Taj Mahal 

Lepas dah puas tengok kat dalam, kami keluar pusing bahagian luar pula. Bahagian belakang taj mahal ni ada sungai yang tak jernih. Haha. Kami rehat2 kat luar. Bergambar sana sini. Pastu bergerak keluar pula. Masa untuk ke destinasi seterusnya iaitu MAKAN. 
Keluar at 4am, makan biskut dan minum air je dari pagi, masing-masing dah kebuluran. Tour guide bawa makan kat The Silk House. Restoren ni agak eksklusif. Harga makanan pun boleh tahanlah. Masa ni Zaha macam nak makan kat tempat lain yang lebih murah, masa dorang berbincang-bincang tu, ku ke toilet so tak tau apa dorang discuss tapi masa ada kat meja, masing-masing dah pilih untuk order. So semua setuju proceed makan kat situ la kot. Diulangi lagi sekali, Beriyani dia sangat sedap. Lepas makan, kami tumpang solat terus kat sini.

Plan kami seterusnya adalah untuk ke Agra fort. Tapi tour guide bawa kami ke tempat proses marmar pulak. Kat situ memang boleh tengok cara dorang buat ukiran pada marmar yang dikatakan menggunakan material yang sama bina taj mahal. Dalam kedai ada replika taj mahal macam2 saiz. Kami masuk kedai tengok-tengok jelah. Ada yang tak masuk pun. Rupanya kat luar (tempat demo proses marmar) Ibnor dah sound tour guide tu. Suruh bawa kami ke tempat kami nak pergi sahaja, kalau tak, hantar ke train station je terus. Huhu. Cuak agaknya guide tu. Terus bawa kami ke Agra Fort. 

Sampai ke Agra Fort, terpegun sekejap. Gah betul binaannya. Selayaknyalah binaan sebuah kubu. Rasa kerdil la pulak berdiri kat depan tu kan. Pastu kami masuk kedalam, security check tu macam biasalah. Dah masuk dapat tengoklah kawasan dalam Agra Fort ni. Ada istana, masjid, taman, kolam-kolam. Meena Masjid tu memang dibina khas untuk kegunaan peribadi Shah Jahan. Ada building yang binaan warna putih. Kalau baca info tu, katanya Shah Jahan suka binaan daripada marmar, warna putih tulah. Macam Taj Mahal kot. Dari Agra Fort ni, boleh nampak Taj Mahal juga. 

Hebat kan?huhu


Masuk je kawasan taman, ada chipmunk. Dorang dok bagi makan.

Disalah satu open hall dalam istana
 
Nampak Taj Mahal dari sini


Habis melawat kat sini, minta guide bawa ke kedai souvenirs. Tapi boleh tahan mahal kedainya. End up, Ibnor deal dengan orang jual tepi-tepi jalan je, dapat harga murah untuk FM. 30keping 500Rs rasanya. So kami kongsi-kongsi lah. Kat kedai souvenirs tu ku tak beli souvenirs pun, beli Himalay Rub je. Si Ibnor jugak suruh beli since belakangku sakit. Huhu. Iyolah. Murah je. Rs150 kot 1 tube. Rupanya kedai cenderahati ni sebelah je dengan The Silk House tu, tapi kalini bahagian depan kedai pulak. Yang kami masuk masa lunch tadi dari belakang. Jadi, lepas bincang-bincang, kami tapau makanan untuk dinner. Makan masa sampai Jaipur nanti. Lepas da tapau food, kami terus ke train station. 

Sementara menunggu train sampai, macam-macam gelagat manusia la kami tengok. Yang datang mengengsot kat kaki kita minta sedekah, bila tak dilayan, elok pulak bangun terus jalan. Adeh! Bau??tak payah cakap lah. Kritikal! Station Agra Cantt ni rasanya paling teruk part kebersihan dan bauan. Huhu. 

Muka cuak takleh control, tapi lepas tu elok je budak ni berdiri jalan


Dah sampai train kami pun chow. Train pukuk 6.05 petang. Kalini dapat sleeper class, air-cond. Selesa sikit. Orang minta sedekah or jual-jual pun jarang datang. Kami bersembilan pun tempat duduk tak terpisah. Kali ni ku mampu tidur dalam train. Sejuk-sejuk dan badan pun penat, memang gone. Tapi set alarm takut tak jaga. Tapi terset awal sangatla pulak. 1 jam sebelum sampai, end up terlelap balik. Sedar-sedar masa si Ibnor gegar beg lapik kepala suruh bangun. Huhu. Sampai dalam jam 10.50 pm.

Dah sampai station, menapak pulak cari Krishna Palace. Jalan kaki lah. Bekpekes katako. Haha. 1.4 ke 1.7km berjalan, akhirnya sampailah kami kat Krishna Palace tu. Kawasan ni macam kawasan elite. Banglo besar-besar. Sampai kat rumah ni gelap-gelita je. Penjaga tu tidur kat sofa depan rumah. Agaknya tunggu kami sampai kot. Bilik kami kat 1st floor. Memang rumah ni style rumah-rumah agam cerita hindustan tu. Kiri kanan bilik2 kami. Kali ni bilik aku & thirah macam besar sikit. Selesa biliknya. Deco-deco style zaman dolu kala. Antik sikit. Tapi siriyesly, masa nak mandi, rasa seriau sikit. Sampai dah masuk toilet nak mandi, keluar balik. Borak-borak dulu ngan Thirah, dah rasa ok baru masuk balik. Haha. Mandi sepantas kilat hokkey!!

Lepas mandi & solat. Cari port untuk makan. Aku ikot si Zaha cari tempat makan sebab dia ketuk suggest nak makan bilik kami, tapi kami tak mau. dok menyidai kain bagai dah. Tak properla pulak. Mula-mula ingat nak makan kat balkoni depan. Baru je buka lampu, tiba-tiba datang dah penjaga tu tutup lampu & cakap tak boleh buka lampu. Adeh. So, end up kami makan ramai-ramai kat bilik Ibnor & Zaha. Masa ni mulala rindu Kashmir. Makan terhidang sume. Ni makan atas plastik beg. Asal boleh ajelah. Nasib baik food memang sedap. Hasil bekal dari The Silk House tu. 

Makan. Lapik plastik pun jadi lah.

Lepas makan, semua tidur dengan aman damai. Haha. Esok nak explore Jaipur, the Pink City pulak. 

No comments:

Post a Comment