background

Wednesday 9 August 2017

Winter In Ireland (23Disember 2015-7Januari 2016) - Part 9

سم الله الرحمن الرحيم


4.1.2016

Harini meronda City je. Melawat Park, shopping barang-barang kiriman (most of my friends kirim coklat) dan souvenirs dan melawat Book of Kell di Trinity College. 


Cuaca harini baik. Ramai orang kat Park, berjemur. Haha. Kami pusing-pusing park sekejap pastu ke Disney Store. Saja tengok costumes and toys. 


ada matahari okeh

my sister cakap, winter kali ni does not look like Ireland, sebab selalunya gloomy & hujan je. Doa musafir makbul katanya (because i wish it is not freezing cold when i'm in Dublin). Haha

 
lakonan sangat!


Anak bos suka betul kostum ni

Sebelum meneruskan aktiviti harini, kami makan kat restoran South Street dulu. Restoran ni kita boleh makan ayam/daging dia sebab ambil dari supplier halal. Workers dia ada muslim sorang. Pastu masa order tu pandai-pandailah minta modify supaya kita boleh makan kan? Yang becon bagai tu tukarlah. Kalau ambil yang sosnya ada arak, bagitaulah tak mau. Tapi dorang ni dah biasa selalunya. Tengok muslim dah tau dah do and don't. Cuma kita bagitau lagilah untuk remind kan?

Seriously sedap. Nyam nyams

Lepas melantak, kami naik bas ke Trinity College sebab nak ke Book of Kells. Harini naik bas ambil Day pass sebab nak tukar-tukar few bas kat city kan. So Day pass better lah. Bayar sekali untuk the whole day tu. Rasanya dalam 4euro kot untuk 1 day. Kalau nak naik bas sekali je pergi city pastu naik tour ke mana-mana or just ronda city jalan kaki, rugi ambil day pass, better bayar untuk skali naik je, ikot jarak. Contoh dari rumah ke city dalam 2.80euro macam tu. Masa kat dublin ni banyak duit habis ke transport rasanya. Skali reload leap card dalam 20euro. Tak ingat dah berapa kali reload tapi more than once lah yang pastinya. Haha. Tapi, pakai leap card ni lagi murah tau tambangnya compared to bayar tunai. Tapi bak kata adik, nak buat leap card pon da mahal gak. 30euro setahun. Tapi untuk yang memang commute dengan bas/luas, memang berbaloila sebab dapat cheaper price kan. 

Diingatkan ya, tambang bas hanya terima syiling sahaja. No notes please. Memang tak boleh nego2 lah ngan bus driver. Teringat pulak masa kami nak naik bas ke city, ada sorang mamat ni takde syiling, ada notes 5euro je. Driver tak accept. Kami nak bagi tukar syiling pun takde, jadi adik pun bayarkanlah tambang bas dia. Huhu. Nampakla cik mamat tu malu sikit, tapi tak pe jela kan. Kang takleh naik bas pulak. Huhu.

Ok, sambung cerita kami. Book of Kells ni terletak di dalam Trinity College. So kami jalan-jalan sekitar Trinity College dulu sebelum masuk ke Book of Kells. Book of Kells ni manuskrip lama yang ditulis dulu-dulu kala. Tulisan lama dan corak-corak semua handmade. Dalam tu juga ada Library lama, The Long Room. Pernah jadi library Harry Potter dulu. Bayaran masuk 10euro. To be honest, kalau bukan sejenis yang into book and library, tak payah pegi pon xpe je. Takut rasa tak berbaloi 10euro tu kan. Tapi kalau rasa nak melawat library yang legend dan selalu jadi background untuk quotes related to book and to kill the curiosity about The Book of Kells macam diriku ini, maka perlulah masuk tengok. Huhu. 

Trinity College
Manuskrip lama


See. Kitab depa yang lama-lama pun sebut pasal judgement day. Awat orang skang tak percaya eh?

The Long Room

Feeling Harry Potter sangat kat dalam ni

Jenuh wei nak cari buku kalau gini

Maka tercapai hajat nak tengok apa ada dalam ni. Haha

Tempat melawat harini 1 ni jelah. Pastu ronda-ronda city cari barang dan cuci mata. Haha. Carrolls memang tempat wajib masuk everytime pergi City pun. Haha. Aldi pon wajib masuk selagi stok coklat yang dikirim tak mencukupi. Lepas dah ronda-ronda dan beli apa yang patut, kami balik rumah. Winter-winter ni bukan boleh jalan lelama pun. Kejap je dah gelap kan. Huhu. 

No comments:

Post a Comment