background

Monday 21 August 2017

Winter In Ireland (23Disember 2015-7Januari 2016) - Part 12

سم الله الرحمن الرحيم


7.1.2016

Hari terakhir di Dublin. Huhu. Flight pukul 7.05pm. Tapi pergi airport agak awal sebab adik ada hal lain. Tapi pagi-pagi tu jalan kaki ke UCD dulu, melawat School dan sekitar UCD. Syahdu juga. Over tak?Haha. Adik tu lagila syahdu kan sebab dia da 2tahun lebih duduk dan belajar situ. Mehle layan gambar. 

Da ready semua barang. Harini pakai baju & tudung yang match. Kang sampai Malaysia tak pakai winter coat pening lak orang tengok berbunga dari atas ke bawah.

Thanks UCD. My sister's dream since in Form 2.

Iols belajar over the sea je. Haha

Sistur!

Belakon overload. Cakap ngan minah tu kita da nak balik. Silau lak tu.

Kemain dok atas riba terus!

Lake depan library

Mengenang nasib nak balik Malaysia for good.

School.



2 Femine berjalan pulang

Lepas balik UCD, makan jap pastu siap-siap nak balik. Naik teksi since beg berat. Haha. Bila sampai airport, cek in beg. Cek in 1 beg jela, 25 kg kot. Pastu staf Etihad tanya nak tak cek in another beg. Aik, boleh pulak?Kata 25kg je?adeh...rugi-rugi. Tapi masa tu jawab takpe, sebab ada barang fragile. Mangkuk kaca umi. Dah lepas cek in, pusing-pusing airport tiba-tiba rasa rugi pulak tak cek in beg tu. Keluarkan jela mangkuk dan letak dalam beg lain kan? At least boleh lenggang kangkung dan bawa beg ringan sikit. Tapi dah terlambat nak buat macam tu. Patah balik ke kaunter pun orang da ramai sangat nak cek in. Makanya, ku pon heret jela kabin beg tu naik atas. 

Masuk awal sikit sebab adik pun dah nak balik ada hal. Tapi masa dah lepas security dia mesej tanya kat mana sebab dia patah balik nak stay je tunggu kat airport. Tapi ku dah masuk. Tak pe jelah, lepak kat dalam departure hall pun ok je. Cuci-cuci mata. Sambil tu drop sekali claim VAT kat box yang ada dalam departure hall tu. Nanti dia akan masukkan kat credit card kita. 
 
Bubye. Terpaksalah pakai handbag baru, gara-gara tak muat beg. Haha

Will always miss u Ireland. Thanks for the memories.

Flight to Abu Dhabi.

Flight Dublin-Abu Dhabi dalam 7jam 45minit. Bengkak perut tahan kencing oi. Gara-gara tak mau ganggu orang sebelah yang lena. Tu yang serik betul nak duduk sebelah tingkap atau seat tengah-tengah. Sebab sejenis tak berani kacau orang nak tumpang lalu ke toilet. Huhu. Sabau yo lah. Sampai airport Abu Dhabi transit dalam 4 jam macam tu. Pastu teruskan perjalanan ke KLIA, 7 jam 40minit. Masa tunggu flight, nampak ramai atlet-atlet Malaysia. Tapi tak borak pun. Duduk diam-diam melayan perasaan. Haha. 

Sampai Malaysia dalam 10 malam. Masa tengah tunggu beg, ada chinese tegur, tanya study kat Dublin ke?Balik cuti?sebab dia pun study kat Dublin. Adeh, makanya iols pun cakapla ku melawat adik je kat Dublin. Pastu elok ja buka internet handphone, menderu mesej masuk beserta gambar surat tukar jabatan. Huhu. So, it's for real now. Welcome back and welcoming my new journey. May Allah ease. 

Whatever it is, i'm so blessed for the opportunity. Berjalan kenal tempat orang. Kenal diri dan kenal lagi tentang Islam. Kalau duduk Malaysia je, takde nya tau pasal Khuf semua kan. Ireland permulaan ku mula berjalan keluar negara. Sekarang dah rasa tak senang duduk kalau tak kemana-mana. Hadeh. Maka kena lebih gigih saving untuk allocation bajet for vacation pula. Haha.Oh, this is my 1st time travel long distance sorang-sorang. Mencabar juga especially nak ke toilet, takde orang tengokkan beg masa nak solat, kerabunan tak nampak word dekat skrin kalau jarak jauh-jauh, takde kawan nak borak dan macam-mcamlah. But surely i learn a lot dan tidak dinafikan, selalu outstation sorang-sorang untuk kerja helps me a lot. Dah biasa survive sorang-sorang, so it's no big deal. 

Okeh, next post untuk expenses je. Weehooo...akhirnya selesai juga Winter In Ireland series ni. Hehe.


 

No comments:

Post a Comment